Takkan Berjaya Mengubah Persepsi Manusia

Hai, aku Ano. Aku nak ceritakan tentang perasaan/ tanggapan & kesan yang telah terjadi akibat dari satu-satu tanggapan manusia tentang KECANTIKAN.

Jangan risau ya. Bukannya tentang cerita boyfriend lelaki tak suka bagai.

Ianya melibatkan dari keluarga besar yang aku sendiri tak sangka akan adanya isu macam ni tetapi bila aku dah menginjak umur akhir 40-an ni, sudah nampak kesan-kesannya yakni persepsi MANUSIA.

Aku berkulit gelap. Manis ka tak manis ka… itu lain kira. Aku ada seorang makcik yang sampai sekarang masih single sebab memilih sangat.

Nak kata cantik tak pun tapi kuning langsat kulitnya.

Aku sedar layanan makcik aku ni terhadap aku & sepupu-sepupu yang berkulit gelap ni memang berlainan. Kami ni dianggap tak pandai, badan berbau & malu untuk diperkenalkan dengan orang lain.

Tetapi sepupu-sepupu yang berkulit putih ni, memang pandang kena 2 kalilah cantiknya, pandang sekali tak cukup memang menjadi kesayangan makcik aku.

Masa zaman kanak-kanak aku tak perasan & tak ambil hati pun. Budak-budak kan… bermula apabila..

Aku ingin berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri.

Ayahku menentang & menyindir mengatakan lelaki tu tak padan dengan aku sebab aku pegawai tinggi kerajaan, aku pun hairan “bakal suami pun pegawai kerajaan juga” Tetapi mak aku dapat menghidu ada “something fishy”.

Apabila disiasat rupa-rupanya makcik aku iaitu “adik ayah aku” ni yang menghasut mengatakan aku ni tak cantik mustahil ada lelaki nakkan aku.

Aku tak putih, takut aku ditipu kerana perempuan berkulit putih sahaja yang akan dapat jodoh cepat.

Disebabkan mulut makcik aku ni nak kahwin dah jadi macam nak buat kerja haram. Bermasam muka dengan ayah. Dah jadi tak seronok nak buat perkara yang halal.

Bermulalah episod mak aku “menemplak” adik iparnya tu.

Mak aku kata “yang bagi makan/ pelajaran/ didikan adalah aku, mak dia… yang adik-adik jangan masuk campur hal keluarga kami”.

Ayah aku memang sayangkan adik-adik dia. Cukup percaya 100% apa yang adik-adik dia cakap.

Tapi dengan mak aku…”mak aku boleh buat “silent” dengan ayah aku berhari-hari. Layan makan minum tapi mak aku boleh tak bercakap.

Hahaha… Mak aku kisah apa. Ayah aku akan kalah.

Selesai berjaya sudah aku berkahwin dengan suami aku sekarang ni. Apabila kami menginjak ke umur akhir 40-an ni. Bermulalah cerita… huhuhu…

Makcik aku ni nak anak-anak saudara yang tak cantik hitam-hitam ni jaga dia… Ko rasa????…. Aku dari awal terus cakap dengan ayah.

Setakat duit/ upah nurse jaga.. aku boleh bayar. Tapi aku takkan jaga duduk serumah dengan aku.

Apatahlagi aku tak mahu sepupu-sepupu yang cantik akan menuntut menyindir wang ringgit/ rumah/ kereta/ yang makcik andartu aku ni tinggalkan.

Sesen aku tak mahu jadi caranya adalah “mengelak” menjaga secara fizikal. Duit tak ada masalah. Aku nak jaga mak & ayah sahaja.

Sepupu-sepupu yang cantik ni pernah minta rumah sewa makcik aku tu nak duduk “free”. Makcik aku bagi.. cantik punya pasal. Sedap mata memandang.

Aku terus cakap dengan ayah, “minta yang dapat harta makcik serba free tu jagakan makcik”.

Kalau kami jaga nanti sepupu sepupu cantik akan mula mengungkit harta yang kami tak sentuh tu sebab semua orang akan sangka kami dah ambil harta makcik. MARUAH KAMI TAK SERENDAH TU.

Jauh di sudut hati, aku tahu tindakan aku ni salah tetapi PARUTNYA masih ada. Penat dengan manusia yang mempunyai persepsi, “tak cantik hitam mengotorkan pandangan mata orang”

Semoga aku berkesempatan berkongsi luahan lagi nanti.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *