Takkan Dapat Seorang Mak

Hi. Aku berumur 27 tahun, baru saja berkahwin setahun yang lepas. Alhamdulillah semuanya okay dengan suami aku.

Aku datang dari keluarga sederhana dan menpunyai 7 beradik. Sebagai anak perempuan pertama, aku sebenarnya sangat mendambakan kasih sayang seorang ibu.

Sejak kecil, dalam umur darjah 4 macam tu, sebab adik beradik aku ramai, ibu sibuk kerja dan ayah kerja jauh, aku lah yang menjaga adik adik,

Bahkan aku selalu cari dan baca blog dan majalah yang menyiarkan tentang cara mendidik kanak-kanak, padahal aku sendiri masih kanak-kanak waktu itu.

Aku tak tahu kenapa tapi sejak kecil lagi, aku dah faham banyak perkara jadi sebab tulah aku rasa susah nak bergaul dengan rakan sebaya, bagiku mereka sangat sangat tidak matang, sedangkan sebenarnya aku yang terlebih usia.

Ibu aku baik, tapi mungkin kerana kekurangan masa dan skill, ibu aku sangat mudah marah, maki, sumbatkan cili kering dalam mulut dan marah adik adik aku.

Aku lah yang akan pertahankan mereka di depan ibu dan masuk ke bilik pujuk mereka apabila mereka dimarahi tanpa faham apa kesalahan mereka walaupun selepas itu aku akan turut dimarahi kerana tak pandai jaga adik adik.

Ayah aku kerja jauh dan abang aku duduk di asrama jadi aku rasa macam aku takde pelindung.

Bila dah besar pula, disebabkan rasa tanggungjawab sejak kecil tu, aku lah yang akan bantu adik adik aku untuk cari universiti yang okay, hantar mereka ke universiti dan bantu mereka cari bantuan kewangan.

Ibu pula tak pernah acknowledge usaha aku, bila aku bergurau dengan adik aku tentang betapa penatnya aku mengajar mereka buat kerja sekolah dulu,

Ibu marah aku kerana katanya aku tak pernah menolongnya langsung, bahkan kejayaan anak anak semuanya hasil usaha dia seorang kerana ayah kerja jauh.

Walaupun aku tak pernah minta dihargai, tapi bila ibu cakap begitu berulang kali aku jadi sedih sangat. Sedangkan kawan kawan, masalah adik adik pun ibu tak pernah kisah. Bagiku ibu cuma kenal kami di permukaan.

Aku pernah sedih bila ibu bercerita kepada suamiku makanan favouriteku, sedangkan aku tak pernah suka makanan itu, hanya sekali saja masa kecil dulu aku makan bertambah dengan lauk itu, ibu fikir itu favouriteku sampai dewasa.

Bila aku dengar ibu bercerita dengan makcik tentang plan adik aku selepas keluar universiti, tapi cerita ibu salah sebab ibu tak pernah betul betul mendengar, aku jadi sedih.

Aku sedih sebab ibu selalu fikir ibu kenal kami luar dalam, tapi sebenarnya tidak. Sebab ibu tak pernah betul betul berborak dengan kami, cuma bertanya perihal kami bila di depan orang lain untuk jadikan kami topik borak.

Bila kami di universiti, adik adik lebih selesa mengadu masalah dengan aku kerana setiap kali bercerita dengan ibu, ibu akan tukar topik untuk cerita pasal orang lain pula dan akhirnya cerita kami tak didengari.

Kami tak marah ibu, kerana kami rasa relationship ayah dan ibu juga begitu, di mana ibu dan ayah saling tidak didengari. Juga sama seperti relationship mereka dengan kedua atuk nenek, suka duka ibu ayah jarang didengari ibu bapa mereka.

Sebelum berkahwin, jujur aku sangat mengharapkan ibu bapa yang sangat care pasal anak anak. Tapi ternyata, ibu bapa mertua aku juga sebegitu.

Mak mentua aku pernah cerita pada aku tentang apa yang anak dia tak suka buat seperti melukis, sedangkan sepanjang kami bercinta, benda tu lah yang anak dia selalu buat.

Relationship antara anak-anak dan mak dan bapa mentua aku baik tapi tidaklah sama seperti yang diharapkan. Suami aku ada 6 beradik dan situasi dia sama seperti aku, bezanya kakak dan abang dia pun sama je tak betul betul kisah.

Suami aku membesar dengan tak pernah bercerita masalah dia, kerana nanti topik tu akan ditukar kepada orang lain.

Contoh, suami bercerita yang aku dah nak bersalin, tapi mak mentua aku punya respon adalah oh, jiran sebelah pun dah bersalin dan teruskan bercerita tentang jiran yang telah bersalin yang takde kena mengena pun dengan kami. Bukannya excited untuk dapat cucu hahaha.

Sama macam ibu bapa aku, ibu cerita tentang orang lain, bapa pula jenis tak kisah sangat.

Aku dan suami sekarang sangat bersungguh sungguh nak belajar cara untuk menjadi pendengar terbaik, supaya anak anak kami takkan rasa macam ni.

Terima kasih..

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *