Assalamualaikum salam sejahtera. Saya ade terbaca kes terbaru selebriti yang nikah dengan suami orang dalam proses cerai kerana langgar taklik 5 kali. Saya tau kalau suami baca confession ni mesti akan tau saya yang confess, we both antara pembaca tegar IIUM Confession ni.

Saya dan suami both early 30. Kami berkahwin di penghujung 20an dan baru nak masuk 3 tahun usia perkahwinan selepas hampir 10 tahun perkenalan.

Suami bagi saya seorang yang baik, walaupun kami PJJ nafkah tak pernah culas, ada duit lebih dia akan beri, tiap kali balik rumah boleh bantu uruskan anak, mandikan, basuh berak anak semua boleh. Bab kemas rumah dia rajin tolong mop lantai, sapu rumah dan bersihkan tandas.

Saya pilih tajuk di atas sebab saya sentiasa rasa ragu-ragu dengan perkhawinan kami. Semua bermula pada tahun pertama kami nikah, alhamdulillah Allah rezekikan kami cahaya mata awal. Nikah di awal tahun dan dihujung tahun yang sama saya melahirkan cahaya mata sulung kami.

Saya terpaksa bersalin czer atas sebab2 tertentu. Selepas habis tempoh berpantang dan maternity leave (sebelum ni 2bulan untuk syarikat swasta) saya kembali ke rumah bersama anak sulung kami. Saya dan suami dari awal berkahwin memang PJJ.

Syarikat suami berkerja sama daerah dan negeri dengan saya tapi scope kerja suami memang perlu untuk berada diluar kawasan dalam beberapa tempoh waktu atau tahun.

Sebab saya tak ikut suami kerana kerjanya perlu berpindah2, jika setle di kawasan tersebut akan berpindah ke kawasan lain, saya pula dah ada kerja tetap disini.

Kebiasaannya pada hujung minggu suami akan balik ke rumah sewa kami seminggu atau 2 minggu sekali. Suami biasanya akan tertidur sambil handfon terbuka dan dah jadi rutin jika saya tersedar akan tutupkan handfon suami dan tolong chargekan.

Tapi sebelum tu saya akan check recent apps yang suami tengok. Saya ternampak dating apps t****r. Saya tau t****r ialah dating apps tapi saye memang tak pernah guna apps ni.

Saya bukanlah seorang yang penyabar, nak screenshoot simpan, tunggu dan layan seperti biasa. Jika waktu tu saya nampak memang waktu tu juga saya akan kejut dia dan confront. Saya buka apps tu, target perempuan yang dia nak around 19-21 tahun. Wah taste yang muda2.

Honestly saya sangat kecewa plus saya rasa dikhianati. Suami saya muka nampak tegas dan garang tapi seorang yang soft spoken kalau tengok dari personality memang nampak macam seorang yang setia sebab raut muka dia yang sombong.

Saya habiskan usia muda saya since umur 18 tahun sampai we both nikah dengan kenal suami seorang. Baru 3 bulan bersalin, luka czer pun masih ngilu lagi dia dah start nak install apps2 macam tu.

If apps tu wujud since sebelum kami nikah saya tak pasti maybe cuma kebetulan dia buka malam sebelum dia kantoi dengan saya. Sebab kami pjj jadi memang saya tak rajin nak spotcheck2 setiap apps dalam handfon dia. Dia macam biasa la typical lelaki yang memang tak akan mengaku.

Gambar profile apps tu dah la letak gambar yang saya snap masa kami dating di awal 20an dulu. Tak sedar sekarang dah jadi suami dan bapak orang. Dia sekeras-keranya menafikan dan dia bagitau yang kawannya yang masih bujang yang installkan untuk cari calon.

Orang bodoh jela percaya, zaman canggih sekarang semua ade handfon sendiri dah kenapa nak guna handfon suami orang nak cri jodoh. Dah terang2 gambar, nama, details semua berkenaan suami.

Suami macam biasa merayu2 mohon maaf dan takkan ulang lagi perkara tersebut. Lepas dari kes tu memang suami uninstall app tu. Saya tak pasti saya betul2 maafkan dia atau tak, yang saya pasti memang saya takkan lupa apa yang dia buat.

Fast forward, anak sulung saya pun dah hampir 2tahun, dan Allah rezekikan saya mengandung anak kedua. Tapi kami masih PJJ, sesekali suami akan pulang ke rumah atau saya yang akan drive ke tempat suami.

Anak sulung memang saya uruskan seorang diri di sini. Burn out, stress semua ade uruskan anak seorang diri dan mengandung, dengan anak dalam fasa membesar, tantrum, asyik nak berkepit dengan saya je.

Satu hari, sewaktu pulang ke kampung saya, waktu tu suami dah tidur. Saya curi2 buka handfon suami, semua okay. Once sye buka satu apps biru dan check teliti, banyak video2 p**n suami download.

Allah dengan saya tengah mengandung trimester pertama waktu tu, urus anak sorang2 dekat rumah, mabuk dan tak larat, suami seronok pjj dengan isteri bersenang-senang boleh tengok vdeo2 mcm tu. Waktu tu juga saya kejut suami mintak penjelasan.

Sebelum ni saye pernah nampak dari search dia di apps biru tpi dia bagitau dia tengok movie kadang2 auto keluar dari group movie tu. Walaupun ragu2 saya percaya la tapi kalini saya sendiri tengok perempuan2 M***u muda2 lagi dengan vdeo B***l.

Saya bukak video tu depan suami saya ajak tengok sama2 apa yang best sangat. Saya tak buat benda2 mcm tu belakang suami, saya penat uruskan rumah, anak, chekup smua sendirian tp ini dia buat belakang saya. Dia rampas handfon delete semua vdeo2 tu.

Saya marah dia, selalu duit tak cukup ini kerja kau, kau beli vdeo2 mcm ni ye, tah2 kau kat sana langgan perempuan. Dia cakap dia takde habiskan duit untuk semua tu, dan tak selalu pun tengok hanya sesekali itu pun dah lama dia tak tengok.

Saya tau tuduhan saya melampau tapi hati tengah marah waktu tu memang ape je yang rasa semua saya luah sambil menangis. Memang waktu tu saya guna kau aku dah takde nak bersayang2 lagi.

Saya minta cerai, sebab saya rasa dia belum puas nak enjoy. Dah alang2 semua saya urus sendiri saye tak perlukan dia walaupun hati masih sayang.

Suami merayu, menangis taknak bercerai, semua apps2 tu dia uninstall dari fon dia. Dia sayangkan perkahwinan kami sebab masih baru tapi saya kecewa, dua kali dan dua2 tu di waktu saya baru lepas bersalin dan saya tengah mengandung. Emosi saya waktu ni memang sangat sensitif.

Dan dekat sini la saya minta suami bertaklik, jika dia masih install dan guna apa jenis dating apps atau masih layan vdeo p**n selepas ni maka akan jatuh taklik cerai talak satu keatas saya.

Suami setuju, saya minta dia confirmkan lagi sekali, dia ulang semula apa yang saya bagitau dan dia cakap dia setuju dan takkan buat semua tu lepas ni.

Tapi sekarang kami masih PJJ, saya sentiasa ingatkan dia jangan sampai saya jadi janda tanpa pengetahuan saya, maksudnya if dia buat semua benda tu belakang saya taklik akan jatuh kan?

Saya tahu mesti tindakan saya ramai yang kecam. Saya setiap masa rasa ragu2 dengan suami dan status saya sekarang, saya dah tak percayakan dia macam awal-awal dulu dan sentiasa akan overthinking.

Lepas dari kejadian tu memang suami takde install apps bukan2. Tapi entah la rasa tak tenang je sampai sekarang sebab we both baru early 30an, panjang lagi perjalanan perkahwinan tu kalau jodoh masih panjang la.

Setahu saya buat masa ni belum pernah ade isu orang ketiga dalam rumahtangga kami, jika dibelakang pengetahuan saya wallahualam, minta dijauhkan.

Saya risau if dia buat something belakang saya tanpa pengetahuan saya sebab dia dah bertaklik. Saya post di sini sekadar meluah, saya tak ada share dengan siapa2 tentang perkara ni termasuk family. Semua orang nampak kami baik2 je.

Kalau nak ikut ujian perkahwinan, saya tau ujian saya tak seberapa nak dibandingkan perkahwinan orang lain. Tapi bila trust dah tak ada, dan terlalu emosi memang apa yang keluar dari mulut tu otak tak sempat fikir dengan waras.

Entahlah, kadang-kadang tak faham sebenarnya apa yang suami nak? kalau nak ikutkan nafsu, perempuan ada 9 nafsu tapi masih boleh control kenapa lelaki yang ada satu nafsu tak boleh kawal.

Sekarang alhmdulillah hubungan kami baik2 je. Saya tak pasti taklik tu valid ke tak, perlu ke rujuk jabatan agama islam?

– Kasturi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Ok terima kasih. Sy cuba menjawab. 1.Dr segi taalik cuba tanya yg lebih arif. Rasa bukan simply masuk gitu² mcm agreement. 2.Ok lelaki yg taraf iman biasa² ni biasanya suka tengok perempuan seksi tp tiada lah berlebih-lebihan.3.sekiranya dia dh akui lg mudah sentiasa sport check hp dia. 4.satu lg sentiasa penuhkan masa bersama agar dia dpt kurangkan keinginan menonton cerita p rn tu. Skrnya pjj buat setakat yg boleh.

  2. Jgn la nak bertaklik benda2 camtu….. awaky yg paksa suami tertaklik dgn hal2 camtu, bukan dari kerelaan dia sendiri…..

  3. Lafaz taklik tidak boleh ditarik balik. Jika suami langgar taklik tanpa pengetahuan pihak puan dan menyembunyikan perkara tersebut rasa-rasa apa akan jadi dalam hubungan puan dan suami? Fikir-fikirkan.

  4. Salam

    1) Puan list perjanjian taklik puan dengan suami puan. Dapatkan khidmat nasihat dari peguam syariah nak buat apa jika berlaku lagi. Nak buat sesuatu benda, wajib jelas dengan ilmunya. Alang-alang dah buat perjanjian, buatlah sungguh-sungguh.

    2) Perempuan 9 nafsu vs lelaki satu nafsu tu hmmm. Mitos je tu. Nama pun manusia, level iman lain2. Perlu kita akui sebagai umat Islam dan Hamba Allah bahawa perbuatan melihat video blue/lucah/b*gel/porn*grafi adalah HARAM dan BERDOSA.

    Ikutlah pendirian dan pilihan masing-masing sama ada nak berjuang untuk sembuh dari ketagihan pornografi atau terus merosakkan diri sendiri. Benda yang jadi ketagihan ni, akan memusnahkan diri dan orang lain. Kes jenayah rogol, sumbang mahram, pedophile semuanya tercetus dari tabiat menonton video lucah. Semuanya bermula dari mata. Ramai mangsa rogol tidaklah secantik miss universe tapi kenapa mereka dirogol? Sebb fantasi yang ada dalam kepala sang pelaku. Dari fantasi semu berubah menjadi realiti gila.

    3) Sebagai isteri, puan banyakkan berdoa pada Allah agar suami puan berubah. Amalkn doa pelembut hati agar suami puan berubah ke arah kebaikan.

    Wassalam

  5. sy cadangkan untuk ketenangan hati dan fikiran pihak puan, sila rujuk pejabat agama/ mahkamah untuk taklik tersebut. memang tidak akan tenang selagi tidak mendapatkan kepastian. nanti jika betul kebimbangan puan tu, risau nasab anak-anak puan & suami akan datang. anak-anak tak bersalah. nanti fikir kan urusan akan datang mereka apabila mereka nak berkahwin nanti. semoga dipermudahkan segala nya untuk puan

  6. Hai. Kea awk lebih kurang mcm sy..sy da bg peluang suami tetap tak berubah , sampai 1 tahap sy pun buat taklik yg mcm ni..sy ckp dgn ex husband kalau awk buat juga tanggung la dunia akhirat dosa tu..tp Allah lebih mengetahui segalanya.akhirnya sy dan ex husband bercerai sebab sy memang dah xlarat nk hadap drama yg sama..alasan yg mase mule2 kantou pun die gune ayat yg sama, kwn single yg gune tp letak gbr zaman mude2 dlu..bg sy sekali da menipu mmg selamanya menipu..sy doakan semoga urusan puan dipermudahkan

  7. Nak cara senang, sebab kau pun pendek sangat akalnya.

    Korang cerai je lah untuk reset semula taklik tu. Bila cerai syarat taklik tu dah batal.

    Then nikah semula. Tu pun kalau masih nak lah.

    Nak jiwa tenang, kau berdua pergi hadap pejabat agama, nanti pegawai akan putuskan apa yang perlu.

    Korang PJJ. Sifir mudah untuk ingat, laki boleh bertahan 4 hari manakala perempuan boleh bertahan 40 hari. Ini alim ulama zaman berzaman yang sebut, budan Daie TV3 yang sebut. K bai.

  8. sebabtu la bila dah kahwi, elakkan untuk PJJ. better pergi ke pej agama. nanti takut kemudian hari anak2 bin binti kan bapak padahal anak tak sah taraf. bahaya la. bersama dgn suami tp dah cerai. lelaki yg tgk porn and tinder ni mana la hairan sgt halal haram ni.

  9. Asmkm puan.saya pernah jadi macam puan,suami buat benda terlarang..kantoi,minta maaf,kantoi,minta maaf dah 10 tahun..org yg Tak pernah kena memang akan cop kita macam2 knp suruh laki buat taklik.10 tahun kot,ko nk suruh sabar macam mana lagi..abaikan komen2 negatif yg puan terima,mereka tak berada di situasi kita..Saya paksa suami saya lafaz taklik,selepas beberapa tahun,instinct saya rasa dia buat balik benda yg dia stop nk buat …bila saya siasat memang sah dia langgar taklik,saya cepat2 berpisah tempat tidur dgn dia..selepas beberapa Hari,saya ke pejabat agama untuk pengesahan namun pegawai di situ kata lafaz taklik kami tak valid..puan boleh ke pejabat agama kalau puan yakin suami puan dah langgar taklik.siasat dulu..kalau jatuh taklik,bahaya jika Masih bersama suami sebab Kita nak jaga nasab keturunan..sesetengah lelaki Tak ambik berat perkara ini

  10. Saya minta maaf, klaw saya silap.. tp pej. Agama ni seboleh2nya mcm x bagi org bercerai, bagusnya niat depa tu, tp mcmne pula dari segi hukum dlm perkahwinan.. mcm kes sya dlu, sya mmg dah dduk sebumbung dgn dia beberapa waktu, bkn dia nk pujuk or ‘jemput’ kita, sebaliknya dia ‘call’ melalui telefon, dan sebut, “kita pisah je..”, saya confirm 2x dlm telefon tu, maksudnya, “cerai” ke, dan dia jwb “ye”.. fast fwd, sya sruh dia daftar cerai d pejabat agama, tp dia xmau, sya kta dia yg nk ‘cerai’, dia lah yg bertanggungjwb, tp dia buat xtau, kononnya nk ‘gantung’ sya x bertali, biar pdn muka sya.. so, sya pun ke mahkamah syari’ah utk menceritakn hal yg telah berlaku.. di sana sya telah mngisi borang permohonan cerai, dan d kategorikan sbg ‘cerai d luar mhkamah’, klaw begitu, suami akn didenda (dlm rm1k+ mcm tu), sya rse mmg dia xnk dftar sbb ni la kot (wallahu a’lam).. kmdn ada sorang pegawai yg mcm ‘interview’ sya, dia tnya adakah suami ada sebut perkataan ‘cerai’ atau nma penuh sya dsb., sya kta dia sebut perkataan ‘pisah’, tp mengiyakn bla sya tnya adakah maksud cerai.. pegawai tu kta, dia kna panggil suami skali, seolah nk kepastian niatnya yg sbenar.. dan lebih parah, dia minta kami menghadiri sesi ‘kaunseling’ dlu.., sya kta, nk kaunseling apa lg, dah jatuh pon talak.. later, sya pon telefon suami (mse tu), n terangkn apa yg pegawai tu ckp.. alih2, dia kta nk rujuk smula dgn saya, dan dia kta dia xde niat sbenarnya krn terikut2 ‘emosi’ nya pd mse itu.. sya xnak la rujuk smula (minta maaf, sya tinggalkan rumah pon sbb dia bkn shj umpama ‘biawak hidup’ & ‘buaya darat’, malah pernah pukul sya hingga lebam2), so mana ada isteri yg sanggup tunggu begitu.. jd sudahnya dia xnak ke mhkamah syari’ah tu.. skrg tempoh edah dah brlalu, dan dia masih nk ajak saya nikah semula.. sya ktakan kpdnya, klaw sya mati, hidup semula pon sya xnk hidup dgn dia, so biarlah begini sehingga salah seorang atau kedua2 kami dah mninggal nt.. maksudnya, sya x bole kawen lain, krn tiada “surat cerai” tu, tp dia ‘bebas’ je klaw nk kawen ln, sbb lelaki bole je kut kawen tanpa surat cerai (wallahua’lam), lantak dia lah.. saya pon xnak dah kawen, sbb ‘trauma’ hidup dgn dia, (kkaw dia yg berdosa menganiaya saya begini, dia tanggungla akibatnya nt..) so, biarla saya sendiri shj, mngkin lg bhagia, malah lebih bhagia – “hidup bersama Allah” shj.. wallahu a’lam bissawab..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *