Taklik Suami

Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession. Terima kasih admin jika artikal saya disiarkan. Maaf jika penulisan saya agak membosankan, tapi saya minta nasihat serta pandangan.

Saya kenalkan diri, saya seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata. Sudah berkahwin hampir 5 tahun.

Awal perkahwinan, saya dan suami tiada sebarang masalah, kecuali suami sering like dan bagi emoji “love” pada status serta gambar rakan-rakan perempuan dalam facebook dia.

Alasannya saja suka-suka sahaja dan tidak kenal semua perempuan tersebut.

Kemudian, saya terjumpa perbualan luc4h suami dengan rakan perempuan di facebooknya.

Suami mengatakan kawan kawan dia selalu gunakan facebooknya untuk add atau chatting dengan perempuan lain.

Saya diam, percaya tidak, marah pun tidak. Mungkin saya anggap tiada masalah kerana chat tersebut sebelum dia kahwini saya.

Masalah saya bermula pada awal tahun 2019, dimana suami saya telah terkantoi menonton video luc4h. Macam mana kantoi tak perlulah saya cerita lebih.

Tapi ia sangat menyakitkan saya. Sebab, saya depan mata dia, yang halal, tapi dia masih melihat yang haram. Alasannya kerana kurang “bersama” saya.

Ya betul, saya baru lepas bersalin anak pertama waktu tu. Dan juga kerana saya penat jaga anak siang dan malam. Saya lah yang menjaga, tidurkan, mandikan, susukan anak. Dia? Hanya terbongkang tidur.

Selepas kantoi, saya katakan pada suami, jika lagi sekali terkantoi, saya akan minta cerai dan dia bersetuju.

Dan setakat yang saya check, memang dia tak tengok video luc4h lagi sehinggalah pada pertengahan tahun ni, dia terkantoi lagi sekali. Dia kantoi selepas seminggu dia tengok video tersebut.

Saya mengamuk bagai orang gila. Kerana apa? Kerana tiap kali dia kantoi, adalah tiap kali selepas saya melahirkan anak!

Saya mengamuk, saya pukul dia, saya maki dia. Sebab saya rasa pengorbanan saya lahirkan anak dia tak dihargai. Saya menangis macam orang gila. Lagi2 saya baru lepas bersalin.

Saya rasa diri saya dah hampir gila, saya menangis dan ketawa sendiri. Sehinggalah dia datang meminta maaf pada saya.

Saya bagitahu dia, saya boleh maafkan dia dengan syarat, dia perlu BERTAKLIK!

Ya, saya nekad. Dia mesti bertaklik baru saya maafkan dia.

Dan dalam terpaksa, dia bertaklik jika dia masih menonton video lucah dan melakukan perkara yang bukan bukan dengan sengaja, jatuh talak pada saya. Lepas tu barulah saya maafkan dia.

Tapi, memaafkan memang mudah, tapi untuk melupakan, maaf, tak semudah yang disangkakan.

Saya asyik mengungkit kesilapan dia. Saya rasa jijik nak bersama dia, waktu bersama saya rasa dia terbayang perempuan lain.

Untuk pengetahuan, saya ada anxiety serta panic attack. Masih checkup di sebuah hospital kerajaan.

Masalah saya sekarang, baru baru ni, dia ada bersalam dengan seorang perempuan yang boleh dikatakan macam “istimewa”.

Saya tak marah, saya tak cemburu. Yang saya marah, bila saya cakap HARAM BERSENTUHAN walaupun dia istimewa.

Tapi dia cakap perempuan tu memang biasa bersalam dengan dia dari perempuan tu kecil sehinggalah sekarang umurnya lebih kurang 15 tahun, suami saya 20an ya.

Disebabkan anxiety dan panick yang ada dalam diri saya, tiap kali suami keluar rumah, saya rasa tak yakin, tak percaya dia pergi kerja. Saya rasa dia melakukan perbuatan terkutuk di belakang saya.

Jadi soalan saya, adakah betul berdosa suami bersalam dengan perempuan tersebut, dan adakah talak tu jatuh jika dia bersalam dengan yang bukan muhrim?

Dalam masa yang sama, saya juga takut jika talak tu sebenarnya dah jatuh tetapi suami tidak jujur dengan saya.

Terima kasih,

– Kayy, Seorang Isteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *