Hi semua. Aku nak tanya pendapat korang semua.
Haritu aku terjumpa apps judi online dalam handphone suami aku.
Dan masa aku ternampak apps judi tu aku ada check bank acc suami aku ada tak duit yang daripada judi atau tak. Tapi takda.
Dan time aku confront suami aku, aku tanya, “You. Kenapa apps judi ni ada dalam apps you?”
Lepastu tiba-tiba suami aku bertindak agresif dan terus cakap sumpah demi Allah bukan dia download and dia pun tak sedar apps tu ada dekat phone.
Aku cakap la, “kalau bukan you download siapa yang download kat phone you?”
And suddenly dia cakap, “sumpah i tak download ni, kalau betul i download ni i cerai you talak 3 terus”.
Aku pun tergamam sebab aku tak sangka dia boleh terlepas talak 3 terus.
Dan aku diam membisu, dan aku terus cakap aku nak tidur.
Dan dia paksa paksa suruh aku percaya cakap dia, lepastu aku cakap beri aku masa untuk aku nak digest apa yang dia cakap.
Tiba tiba dia lafaz lagi sekali, “sekarang ni kalau you tak percaya jatuh talak”.
Aku cakap dekat suami aku bukan tak percaya cuma aku perlukan masa untuk digest kenapa sampai bertaklik se agresif macam tu.
Sebulan selepas kejadian tu kami kerap bergaduh sampai tahap teruk memaki hamun.
Aku terdetik untuk pergi ke mahkamah untuk buat pengesahan lafaz taklik.
Aku cakap dengan suami aku, dan ajak dia ke mahkamah bersama.
Jadinya minggu depan kami akan menghadapi court sama2.
Untuk pengetahuan korang.. Suami aku masa 2014-2017 dulu pernah berjudi online.
Lepastu start 2018 dia bagi aku kad bank gaji & semua TAC hanya melalui number phone aku.
Cuma di sini aku nak tanya, especially lelaki yang menggunakan android, bole jadi ke kalau kita tertekan link scammer or apa-apa kita terdownload apps judi online tu?
Suami aku berkeras dan dia kata yakin yang talak tak akan jatuh sebab dia tak download.
Aku pun risau dah sekarang ni. Sebab kami ada anak bersama..
Tolong ya korang bagi pendapat korang macam mana untuk kes aku ni.
Thank you..
– Sumayyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kenapa la sampai nk bertaklik jatuh talak, takkan hal2 mcm tu sepenting rumahtangga…
Boleh je auto download, Kadang2 yang android ni dia ada games center dia sendiri, akan auto download, auto install. Kena disable. kalau tak selagi ada apps semua dia akan install.
Boleh je..macam phone sy..tiba2 Ada apps Judi..sy xpernah install pun..android Ada auto download
Dulu zaman muda2 first time guna smartfon selalu jugak ada apps mengarut yg auto download. Mungkin pernah terinstall ware / apk. virus sblum tu. Jenuh nak kena delete tiap kali… Dah tukar phone lepas2 tu mmg hati2 nak install apa2.