Taktik Mendapatkan Kerja dan Runding Gaji

Assalamualaikum

Terima kasih kepada IIUMC kerana menyiarkan penulisan ini.

Kali ini saya akan berkongsi pengalaman mencari kerja serta runding gaji. Harap menjadi panduan kepada para graduan mencari kerja di luar sana.

Saya pasti para graduan di luar sana sudah bertungkus lumus mencari kerja, pergi ke tawaran temuduga dan bermacam2 usaha lagi.

Saya juga melalui laluan yang sama, mohon kuat serta bertabah dan sentiasa mencari peluang ya.

Sebelum saya bercerita mengenai pengalaman saya, saya minta para graduan

1. Meletakkan niat yang baik

Sebelum cari kerja, adik2 sekalian perlu letakkan niat yang baik. Niat ingin tolong ibu bapa, adik beradik, saudara serta sahabat2 dan mengubah kehidupan lebih baik.

Bila gaji naik, saya tidak serta merta mahu tukar kereta, atau menumjuk2 kepada adik beradik, sahabat2 saya. Saya potong gaji untuk bagi elaun ibu saudara saya yang terkena strok. Kereta dan gaya hidup masih sama sahaja..malah mungkin lebih menurun dari segi kos.

Ramai graduan yang mendapat kerja gaji lumayan, malangnya niat hanya semata2 pakai kereta mewah menunjuk serta hidup bergaya bahkan duit untuk mak ayah jauh sekali.

Jadilah mereka eksekutif bongkak & sombong. Percaya lah sangat ramai menjadi sebegini yang saya jumpa. Mereka juga menjadi golongan tidak bersyukur dibebani hutang peribadi (personal loan/card credit) tidak bertepian. Moga dijauhkan dari sifat sebegini ya.

2. Berdoa & Bertawakal pada Allah Ta’ala

Letakkan pengharapan tinggi pada Allah Ta’ala dan senantiasa bersangka baik ya.

Saya pernah meletakkan jawatan tanpa apa2 tawaran kerja setelah memberi notis. Hal ini kerana saya berniat menunaikan umrah & ziarah di Tanah Haramain. Disamping itu saya berusaha mencari kerja.

Dengan izin Allah Ta’ala saya mendapatkan pekerjaan hampir 2 kali ganda gaji terdahulu, seminggu sebelum berangkat ke sana. Yaqin bila kita niat baik, usaha dan tawakkal, insha Allah dipermudahkan ya.

Tipulah jika saya tidak rasa gelisah tapi saya yaqin rezeki senantiasa ada dan bukan dalam bentuk duit sahaja ya.
…………………………………………….

Skop strategi ini berkesan dalam sektor swasta untuk bahagian2 pengurusan (management) contohnya

IT, kewangan(finance) atau sumber manusia (HR) & lain2 dan bukan untuk sektor awam/kerajaan ya.

Antara taktikal berkesan dalam mencari kerja

a) Menguasai bahasa Inggeris ‘ versi kerjaya anda’

Para majikan amat teruja jika para graduan mengungkapkan kosa kata bahasa Inggeris yang selalu digunakan dalam kerja mereka.

Exemplary keywords can be use for those who aim to have ‘financial’ job
– Tax planning
– Percentage of completion
– Deferred taxation
– Year-on-year basis
– Yield or Ebitda.

Perkataan dia atas dan lain2 berkaitan dengan sedikit pemahaman asas akan menarik perhatian majikan serta merta jika diungkapkan semasa temuduga.

Mata mereka akan terbeliak tanda teruja nanti dalam sesi temuduga bila anda sebut2 nanti.

b) Mengumpul pengalaman

Biasanya di dalam dunia kerja setiap bidang terbahagi pula kepada 2 bahagian

i. Bahagian mudah dapat kerja, gaji murah, pangkat & gaji cepat naik, meraih banyak pengalaman, sukar untuk bertahan lama, ‘staff turnover’ tinggi dan kerja bertimbun (hampir mustahil nak siap..)

ie dlm bidang kewangan dipanggil dunia firma

ii. Bahagian kerja susah dapat, gaji stabil, pangkat & gaji lambat naik, kerja bersifat khusus, biasanya ramai ‘settle down’, dan kerja boleh disiapkan atau deadline tidak menekan diri.

ie dipanggil komersial.

Graduan digalakkan fokus untuk mencari kerja demi pengalaman terlebih dahulu di dalam dunia firma. Tidak mengapa bersusah2 dahulu demi kestabilan hari kemudian. Sekejap sahaja 1-3 tahun.

Majikan bahagian komersil suka dengan pengalaman diraih bekerja di firma. Majikan saya sangat memahami reputasi tempat saya bekerja dahulu, memudahkan penerimaan saya sebagai bakal pekerja.

Walaubagaimanapun, kebanyakan graduan akan memilih untuk memasuki bahagian komersil dahulu. Ini tidak mengapa, ada masa lebih untuk keluarga dll tetapi kesan jangka panjang perlu disedari adalah

– Sangat takut mencuba benda baru kerana sudah lama dalam zon selesa
– Gaji tidak mampu selari dengan kenaikan sara hidup
– Takut dengan kemasukan staff baru yang lebih muda & kompeten.

Saya nasihatkan sesiapa yang sudah masuk komersil, punya masa berlebihan & gaji lebih sederhana. Fokus untuk hidup sederhana di bawah kemampuan tanpa kad kredit, hutang peribadi atau kereta mewah.

Elak rasa tergugat dengan staff muda lebih kompeten, mereka masuk untuk memudahkan kerja anda bukan menjadikan anda tidak dihargai ya.

Lagipun kalau gaji tinggi tapi hidup mewah banyak komitmen, saya tengok ramai senior manager merungut tak cukup duit juga. Baik kerja secara sederhana sahaja.

Kebahagiaan & ketenangan itu ada dalam kesederhanaan .

c) Melanjutkan pengajian sijil/professional

Majikan gemar dengan pekerja yang sentiasa mempertingkatkan keupayaan diri. Semasa saya belajar dahulu ada akak umur 40 tahun yang masih belajar ACCA. Biasanya sesiapa punya degree akaun hanya perlu ambil 5 paper ACCA.

Pabila ditemuduga, gunakan ayat berikut… “saya sudah punyai degree dan tengah melanjutkan sijil…sekian2”.

d) Bekerja dalam tempoh minima

Bila bekerja, pastikan tempoh bekerja minima setahun. Elakkan kerap melompat kerja setiap 1-9 bulan. Ini menunjukkan daya tahan kerja kurang.

Hatta dengan pengurus yang garang atau kuat mencemuh, perlu tenang dan sabar. Cari kerja lain secara tenang, elak terburu2.

Bila ditemuduga, majikan suka mendengar kita mampu bertahan 1-3 tahun di tempat kerja.

e) Mencari kerja melalui langganan(subscription) jobstreet atau carian kerja lain.

Pastikan adik melanggan carian kerja. Langganan carian kerja akan memudahkan resume dilihat oleh majikan berpotensi.

Tanpa langganan, ‘resume visibility’ adalah rendah di kalangan majikan.

………………………………………………………..

Bab Runding Gaji

Rundingan gaji hanya berkesan jika sudah punya pengalaman yang dinyatakan diatas. Tanpa pengalaman setakat ilmu teori uni, gaji tak boleh dirunding ya.

a) Pastikan syarikat komersil yang anda mahu runding mempunyai hasil jualan RM100 juta ke atas.

Percayalah, syarikat jualan bawah RM100 juta tak mampu nak bayar gaji mahal, kalau mahal nescaya akan dikerah habis habisan.

b) Pilih syarikat swasta luar negara

MIDA (Malaysia Investment Development Authority) telah melancarkan Principal hub incentive.

Syarikat swasta punya shared service yang mengambil insentif ini disarankan menghasilkan peluang pekerjaan minima gaji 5k. Anda dipersilakan merebut peluang ini ya. Dan tekanan kerja tidaklah seteruk dunia firma.

Sesiapa yang tidak pernah kerja di dunia firma global atau tanpa pengalaman mungkin akan mengalami kesukaran berhadapan dengan ekspatriat.

Sesi temuduga pon ramai yang bersoal jawab dengan saya seorang. Terkontang kanting saya di dalam bilik temuduga disoal bertubi2 soalan teknikal.

c) Tenang dan elakkan nampak terdesak

Elakkan semasa temuduga nampak terlalu inginkan kerja tersebut. Berani nyatakan ramai lagi bakal majikan inginkan anda. Lebih senang proses rundingan gaji.

d) Meletakkan gaji +50% dari gaji kerja terdahulu

Kemungkinan besar bakal majikan akan tawarkan gaji lebih rendah dari ketetapan anda. Tapi jika sudah diletakkan tinggi mudah anda runding mencapai ‘increment’ yang lebih selesa.

e) Keyakinan tinggi dan bertanggungjawab

Tanya diri anda, jika anda letakkan gaji sekian2 adakah anda layak?. Jika anda yaqin dan mampu memberi nilai lebih kepada majikan berbanding gaji diberi mintalah dengan keyakinan dan justifikasi kukuh.

Bila kerja, bersedia untuk mengambil tanggungjawab ya.

Ingat…..bukanlah majikan dan duit gaji segala2nya. Masa dan kerja yang boleh digalas juga satu bentuk rezeki.

Bila kita fokus susah payah cari pengalaman dahulu, bukan hanya insentif kewangan kita peroleh, masa yang lebih untuk keluarga dapat juga.

Apa2 pon yang penting kita syukur dan elak putus asa…selalu perbaiki diri k.

Kami doakan agar para graduan dapat mencari kerja serta menyumbang kepada masyarakat.

Terjemahan Suurah Ibrahim.
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
(Ibrahim 14:7)

*Saya sudah hantar penulisan sebelum ini, tidak pasti jika tidak diluluskan atau tidak diterima . Jika kali ini tidak diterbitkan, its ok ya.

– Abdullah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit