Taktik Sc4m Barang COD

Boleh baca confession sebelum ini, (https://iiumc.com/ak4k-kena-scam-dalam-masa-48-jam/)

Sindiket kerja sampingan mudah dengan gaji lumayan.

Sambungan kepada sesiapa pernah menerima tawaran kerja separuh masa di Whatsapp atau Telegram, yang memerlukan kita melanggan akaun Youtube tertentu dengan bayaran RM10 setiap satu?

Ramai yang terpesona kerana sindiket akan membayar ‘khidmat’ anda pada peringkat awal, menyakinkan anda apa yang anda sedang lakukan benar-benar berbaloi.

Fasa seterusnya selepas kerja-kerja mudah, peserta akan digesa menyertai skim di mana kita perlu memindahkan wang ke akaun yang ditetapkan dan akan mendapat ganjaran selepas tugasan kita selesai.

RM100 dipindahkan? Kita dapat balik RM130. RM200 kita pindahkan? Kita dapat balik RM260 dan seterusnya.

Biasanya untuk dua pindahan pertama, ya memang anda akan menerima amaun yang dijanjikan.

Bila dah terjerat, sindiket melalui ‘penyelia’ anda akan mula mendesak agar anda melabur dengan amaun lebih besar, sehinggalah sampai ke satu tahap wang anda tidak lagi dikembalikan.

Demi melindungi kegiatan, mana-mana peserta yang gagal memberikan kerjasama untuk melabur selepas slot dibuka, akan ‘dipecat’ dan dikeluarkan daripada kumpulan kerana enggan memberikan kerjasama.

Sambungan dari cerita di atas ialah Taktik scam barang COD

Taktik ini semakin kerap dilaporkan berlaku, khususnya melibatkan warga tua yang dijadikan sasaran. Walaubagaimana pun, golongan muda tidak terkecuali.

Mengambil peluang atas populariti membeli belah dalam talian, wujud kumpulan peniaga/penipu menggunakan kaedah Cash on Delivery atau Bayar Ketika Terima,

Ianya bagi ‘memaksa’ penerima mengeluarkan wang untuk mendapatkan barang yang tiba di kediaman mereka.

Anehnya, barang yang dihantar berasal daripada pelbagai jenis kedai berbeza yang memang beroperasi secara sah.

Namun bila dihubungi mereka langsung tidak tahu menahu tentang penghantaran yang telah berlaku.

Di pihak penerima pula, ramai terpedaya disebabkan informasi yang tepat terkandung pada bungkusan. Nama kita, alamat kita dan nombor telefon kita semuanya sahih.

Kita sebagai pengguna mungkin mengandaikan ada individu dalam isi rumah kita melakukan pesanan, jadi tidaklah kisah untuk mengeluarkan bayaran.

Hanya selepas diselidik dan barang ada dalam tangan barulah kita tahu pesanan tak pernah dibuat,

Penghantarnya sendiri tak tahu dan mungkin hanya ada kertas-kertas kosong atau batu dalam bungkusan.

– Peah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *