Takut Akan Perubahan Hidup

Assalamualaikum semua. Tujuan saya menulis confession ini untuk meminta nasihat atau kata dorongan dari orang ramai.

Nama saya Fasha (bukan nama sebenar). Berumur 27 tahun dan kini tidak bekerja untuk menjaga ibu ayah yang masih sakit.

Mak saya mengalami mild stroke. Jadi segala aktivitinya terbatas.

Alhamdulillah sekarang mak saya dah mulai makan, mandi sendiri. Cuma masih memerlukan pertolongan orang untuk memakai baju dan naik turun dari kerusi roda.

Saya berhenti kerja kerana ingin menjaga mak saya. Saya dan ayah saya membahagikan tugas untuk menjaga ayah saya.

Ayah saya akan ke pasar membeli bahan basah dan mengambil alih tugas memasak.

Saya pula menguruskan sepenuhnya mak saya seperti pakaikan baju, sediakan makanan, mengemas rumah etc. Bahan basah yang dibeli oleh ayah, saya akan cucikan.

Sejujurnya, bab memasak saya kurang mahir. Ayah saya pandai memasak pelbagai jenis masakan sebab itu saya serahkan sepenuhnya pada beliau.

Baru baru ini, ayah saya disahkan mengalami penyakit kencing manis. Ibu jari kakinya ada jangkitan dan kata doktor perlu dipotong. Ayah saya minta hold dulu untuk cuba kaedah perubatan yang lain.

Sekarang adik beradik saya sedang cuba mencari ikhtiar lain untuk membantu ayah saya. Tapi sejujurnya, saya mulai takut. Pelbagai perkara yang negatif muncul di fikiran.

Apa terjadi kalau kaki ayah kena dipotong? Aku seorang mampu kah menjaga ibu bapa aku? Nampaknya aku kena belajar untuk pergi ke pasar untuk membeli bahan basah dan merancang menu seharian.

Banyak perkara yang saya fikirkan hingga aku sukar tidur pada waktu malam. Tapi aku cuba bertenang bagi elakkan panic attack.

Bagaimana aku nak hadapi perubahan ini. Aku jarang memasak dan kini perlu belajar memasak. Aku takut kerana beban kini di bahu aku seorang.

Please, aku perlukan nasihat korang. Beri aku semangat untuk terima perubahan ini. Aku tidak berhenti berdoa agar dipermudahkan segala tapi hati aku tetap rasa takut.

– Fasha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *