Hi, Assalamualaikum semua. Nama saya Pahuna. Saya berasal daripada sabah. Anak ke 3 daripada 7 adik beradik. Berumur 25 tahun. Baru sahaja berkahwin. Ok, cukup sampai situ saja untuk intro. Hehe.
Saya rasa terpanggil membuat confession, selepas baca kisah si dahlia, mawar dan siapa lagi satu tu. Tidak ingat siapa nama dia yang satu lagi tu. Boleh baca confessionnya di sini, (https://iiumc.com/housemate-yang-comel/). Saya rasa saya dan dahlia ada sedikit persamaan dari segi personaliti. Macam saya kan, saya takut bersosial. Mula2 takut lama2 jadi malas.
Bukan apa, sebab dari kecil saya terdedah dengan suasana ejek mengejek sampaila masuk sekolah menengah. Siapa lebih, dia disanjung2. Siapa kurang dia la yang akan terlaknat. Suasana macam tu membuatkan saya jadi takut bersosial sebab takut kekurangan saya tidak disukai.
Sehingga la saya masuk Universiti, personaliti saya terbentuk menjadi sosok peribadi yang penyenyap, Pemalu, pendiam dan semua yang pe pe pe ada dengan saya. Cuma, ada sesetengah orang yang saya rasa selesa dan mudah untuk saya masuk dengan Caranya. Biasanya saya mudah masuk dengan orang yang pandang saya seperti biasa dan bukan pandang seperti ada yang tidak kena.
Saya ada rapat dengan seorang kakak. Namanya kak Ana. Kawan saya berjoging masa di alam kuliah. Tapi sedihnya, bila tamat degree, kami suda tidak berhubung. Saya rasa macam ada gap antara kami. Saya pernah mesej kak Ana, tapi tidak berbalas. Kadang berbalas tapi hanya suam2 kuku saja. I’m so sad. Selalu saya kehilangan teman yang saya rasa selesa tapi bila berjauhan saya di lupakan. Tapi xpala.
Saya juga sebenarnya takut bersosial sebab saya sangat takut kekurangan saya tidak disukai. Pernah terjadi masa di University, saya rasa saya suda jumpa kawan tapi sebaliknya. Setelah dia nampak realnya saya, dia menjauh. Maksud realnya saya tu, personaliti saya yang agak pasif dan terlalu pasif. Level confident saya juga terlalu rendah. Saya sangat merasa sakit dengan keadaan macam ni.
Saya Cuba mencari teman tapi selalu berakhir dengan hilang. Ramai saya jumpa yang mulanya saja suka berkawan dengan saya. Namun bila nampak realnya saya, semua menjauh. Suatu hari tu, saya present dan cara present saya tu pasif, Tidak berkeyakinan,dan tidak hebat. Saya lihat dari riak wajahnya berubah. Lepas dari peristiwa itu, kami semakin jauh. Bukan dia saja. Tapi ramai. Tidak terbilang suda.
Sehinggalah saya berkahwin. Personaliti saya tetap tidak berubah. Sampai kan ipar saya bunyi kenapa saya tidak bergaul. Mak mertua saya juga tidak berapa suka saya sebab saya tidak peramah. Mak mertua saya suka menantu yang peramah. Saya tahu sebab suami saya yang beritahu. Sedih tapi macam mana kan. Terpaksa hadap. Usaha saya untuk menjadi orang yang agresif ada. Saya Cuba meramahkan diri dengan orang. Dan macam2 lagi tapi perubahan itu lambat. Sangat selow.
Saya sebenarnya tengah nervous mau tunggu raya. Raya tahun ni di tempat kelahiran suami. Sudah pasti akan berkumpul beramai2. Ya Allah, nervousnya saya. Saya risau jika saya tidak banyak cakap, saya tidak disukai. Sebab baru2 ini terjadi peperangan antara saya dan mil. Salah satu angkaranya ialah sebab saya tidak peramah. Macam mana ya. Mil saya juga suka tenung saya dalam diam. Tangan saya juga kadang ditenung dan satu hari tu saya tertangkap mil saya tenung tangan saya sambil membandingkan dengan tangannya.
Ya, saya tidak nafikan tangan saya kasar dan pendek2. Mau buat macam mana, saya terlahir dalam keluarga yang miskin. Masa kecil kalau nak duit kerja la. Angkat bata ka. Angkat pasir ka. Baru dapat upah duit. Kini, hubungan saya dengan mil begitu saja. Saya rasa semakin janggal bila sudah tidak tinggal sekali.
Oh ya, kami sudah tidak tinggal sebumbung sebab terjadi peperangan. Saya juga sudah tidak selesa sebab saya ditengking. Malunya ditengking depan suami. Saya ditengking sebab saya dikata tidak sopan. Macam orang yang tidak belajar agama. Tapi macam mana ya. Keluarga kami bukan jenis yang akan melaporkan setiap kali hendak keluar.
Tapi keluarga mil saya, jenis yang jika hendak keluar pergi masjid atau pergi mana2 saja mesti dilaporkan dulu. Dan disebabkan saya tidak melaporkan saya dikira orang tidak sopan. Saya tidak berniat untuk tidak sopan sebenarnya. Saya sedih dengan diri saya sendiri. Aduhh, nervousnya. Saya rasa tidak gembira menyambut raya. Hmm..
Kalau mau cerita detail, banyak lagi la perkara yang terjadi yang membuatkan saya takut untuk bersosial. Dengan sepupu sendiri pun saya malu berbual tapi tidak semua. Abang2 ipar saya sendiri pun saya malu dan tidak tahu macam mana mau bergaul.
Hmm.. Saya harap saya dapat ubah diri saya dan saya harap saya akan menjadi orang yang berani dan tidak penakut untuk bersosial. Doakan saya ya kalian2 semua. Terima kasih sudi membaca. Semoga semua sempat bertemu ramadhan. Assalamualaikum.
– Pahuna
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit