Takut Buta Kerana Cinta

Seperti tajuk dia atas saya merasakan diri saya banyak berubah dan takut terus menerus tenggelam kerana cinta.

Kisahnya saya sedang berkenalan dengan seseorang bernama H. Saya sebenarnya anak tunggal perempuan dari 2 beradik dan telah kehilangan bapa sejak bersekolah menengah.

Disebabkan ini, saya berpewatakan agak lasak dan diajar untuk hidup independent.

Sejak zaman universiti, saya sudah biasa makan, jalan, study, repair paip and lampu seorang diri tanpa megharapkan keluarga mahupun kawan.

Tidak dinafikan circle saya sangat2 la kecil sampai pernah saya menguruskan diri sendiri sewaktu sakit tengah malam.

Kawan2 di office pula hanya la kawan di office. Saya sememangnya tidak akan mengganggu mereka luar dari waktu kerja.

Fast forward, setelah hampir 4 tahun mempunyai kerjaya yang stabil, timbul lah perasaan sunyi dalam hati ini dan perasaan ingin berkeluarga menjadi membuak2. Tapi apa kan daya, saya sememangnya tiada calon waktu berkenaan.

Untuk ikhtiar mencari jodoh dengan cepat, saya pun sign up 1 platform cari jodoh di sosial media.

Disebabkan faktor umur yang telah masuk 30an, saya sememangnya berkongsi maklumat jujur di dalam platform berkenaan tentang diri saya, target berapa tahun untuk bekahwin dan ciri2 suami yang saya inginkan.

Berlaku la episod ramai yang DM menunjukkan mereka berminat. Saya tapis dan hanya membalas salam untuk calon yang saya rasa sesuai.

Disini la saya berjumpa dengan H. Profil H dalam platform berkenaan sangat2 la secretive dimana dia hanya berkongsi nama, umur dan lokasi.

Pada awalnya saya hanya layan tak layan sahaja si H. Dia tanya berjela2, saya jawab sepatah..

Saya jadi lebih tak berminat H bila dia memberi tahu yang dia sekarang ini unemployed. Saya rasa unsecure ketika itu kerana saya mempunyai career yang stabil tapi beliau tidak.

Mula la terngiang2 benda2 nagatif dalam otak saya seperti risau sekiranya saya yang akan menyara hidup dia setelah berkahwin nanti.

Saya cuba untuk letak fullstop selepas itu dengan tidak membalas sebarang mesej dia di platform berkenaan.

Nasib baik juga ketika itu saya tidak berkongsi lagi no tel saya dengan H dan hanya sempat bertukar2 akaun facebook dan IG sahaja.

Beberapa bulan selepas tu saya nampak posting H di facebook dan beliau kini baru sahaja mengusahakan kedai bundle di sekitar Petaling Jaya. Ketika itu saya macam rasa bersalah sebab menghiraukan mesej dia selama ini.

Tiba2 di kepala saya seolah2 berkata mungkin sewaktu dia declare yang dia unemployed tu memang dia tengah susah. Lagi2 waktu covid. As long as dia tak malas nak cari duit should be fine for me to proceed.

Akhirnya saya membalas mesej H setelah berbulan2 tidak layan. And yes he is fast. within seconds dia akan reply.

Disini bermula la kisah kami berdua bertatih untuk menghidupkan connection antara kami berdua. Everything goes well after that.

Kami berjumpa beberapa kali dan ketika itu aku rasa he is the one dan dia juga pernah meluahkan yang aku ini adalah someone special to him.

Apabila kami dah mulai rapat, H mula talks dirty dengan aku. Aku yang naif ni tak faham mula2. Kadang ayat orang lelaki double meaning tapi aku yang salah tafsir. Contoh bila ayat ada perkataan pisang, air bertakung dan sebagainya.

Aku jijik sebab aku tak pernah berborak pasal benda2 ini. Adakah benda ni topik biasa pasangan berborak? Aku serius tak tahu.

Aku cuba tegur H. Dia balas yang dia hanya berborak perkara ni dengan aku saja. Aku hanya berdiam diri.

H kemudian makin berani meminta untuk berpegang tangan. Tapi aku menolak.

Walaupun aku tahu benda tu macam biasa dikalangan pasangan bercinta sekarang, tapi aku tak nak sebab tak berasa selesa dan sedar perkara itu haram. H mula memerli aku. Cakap aku jual mahal bagai.

Lama kelamaan dia macam dah tak bersungguh2 dengan aku. Aku pulak yang terhegeh2 mesej dia. Tapi dia tak layan. Kalau layan pun sepatah saja dia jawab.

Bila aku pun rasa terasa dengan sikap H, aku hantar mesej untuk memutuskan hubungan kami. Laju pulak H reply bila aku mesej untuk break.

Dia reply dia stress, business not good tu sebab tak layan mesej aku. Bukan sebab merajuk sebab aku tegur pasal dirty talk and pegang tangan tu.

Aku pulak sebagai perempuan yang kesepian dan rapuh, terima explanation dia dan tak jadi putus. Alhamdulillah, sehingga kini maruah aku masih terjaga.

Next kejadian, mak dia call semasa kami tengah makan. Dia jawab dan bila mak dia tanya dengan siapa tu, dia jawab tengah makan sorang2 kat kedai. Serius aku terasa beb masa tu. Selang beberapa bulan, kakak dia nak kahwin pulak.

Tapi haram dia tak jemput aku datang majlis untuk kenal2kan dengan keluarga dia. Bila aku tanya, dia jawab nanti kecoh keluarga dia. Sebab dah sayang aku sedapkan hati dengan beranggapan dia tak ready lagi.

Tapi setelah hampir 1 tahun aku kenal dia, aku tak nampak effort dia untuk bawa hubungan kami ke next phase. Nak kenalkan pada family dia pun dia tak ready. Aku pulak di saat ini keliru kenapa aku masih bagi peluang pada dia.

Kenapa aku terlalu positif. Aku takut yang aku dalam fasa buta kerana cinta. Aku shutdown orang lain yang nak kenal2 dengan aku kerana H. Berbaloi kah tindakan aku ni?

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *