Takut Dengan Dosa Sendiri

Assalamualaikum pembaca semua. Saya wanita berusia 20-an yang tidak pernah couple dan dilahirkan di dalam keluarga yang sangat tegas.

Sejak dari kecil, parents sangat menjaga solat anak-anaknya. Siapa yang sengaja meninggalkan solat pasti akan dirotan atau didenda dengan hal lain.

Parents juga mendidik anak-anaknya tentang menjaga hubungan dengan Allah supaya urusan sentiasa dipermudahkan kelak.

Oleh kerana saya tidak begitu memahami ilmu agama, saya memahami maksud didikan parents saya secara literal.

Maksud saya, fikiran saya memikirkan sekiranya saya jaga ibadah saya sebaik mungkin maka saya tidak akan diuji langsung oleh Allah.

Pemikiran saya begitu sehingga lah saya tamat belajar. Sepanjang saya belajar, memang urusan saya sangat mudah.

Saya belajar sungguh2 dapat result bagus, saya baik dan jaga solat dapat kawan2 yang baik. Semuanya sangat mudah. Langsung tiada ujian sehingga boleh menyebabkan iman saya goyah.

Kini tiba masanya saya di alam dewasa yang bekerja. Sungguh mencabar dan jalannya tidak lurus seperti zaman belajar.

Saya mahu solat pun saya dianggap curi tulang. Katanya sebab ramai staff yang buat macam tu. Kata nak solat tapi sebenarnya tidur di dalam surau. Entah macam mana saya hendak buktikan yang saya memang betul2 solat.

Kemudian, saya didedahkan dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Apabila saya menyoal kembali, katanya saya tidak open minded. Mereka kata saya harus belajar beradaptasi.

Saya pun cuba.

Setiap kali saya cuba setiap kali tulah saya rasa tak selesa. Contoh seperti berbual-bual dengan mereka hal personal.

Perbualan mereka banyak yang double meaning. Namun mereka kata itu semua biasa. Lagi pulak, mereka kata saya sudah dewasa. Tidak apa untuk dengar perbualan ini semua.

Saya pun fikir, betul, saya sudah dewasa jadi ini semua normal.

Saya memaksa diri untuk selesa dengan keadaan tersebut. Saya juga mula tidak kisah menonton cerita yang diklasifikasi 18+, alasannya kerana sudah dewasa dan perlu menjadi open minded.

Saya juga belajar untuk couple. Keluar dating dan sebagainya.

Tanpa disangka, apabila saya mencuba semua itu, saya langsung tak gembira dan hati saya sentiasa tak tenang. Saya rasa berdosa setiap saat. Pelik, bukankah ini semua normal. Saya dah dewasa.

Mujur saya dijentik hati untuk bertaubat. Saya berhenti dari tempat kerja yang memaksa saya untuk menjadi open minded. Saya berhenti couple dan berhijrah sungguh2.

Saya fikir saya akan tenang selepas itu tapi tak. Saya masih dibelenggu rasa bersalah. Saya masih tak tenang. Saya menyesal sangat2.

Sepatutnya saya tidak dengar kata2 orang. Patutnya saya jadi diri sendiri saja. Ini semua salah saya. Saya rindu diri saya yang innocent ketika zaman belajar dulu.

Saya percaya ini semua akibat saya melanggar perintah Allah.

Asbab saya bertaubat, saya lebih memahami agama. Saya sedar bahawa semakin kita ingin dekat padaNya, semakin kita akan diuji kerana para Nabi dan Rasul juga diuji. Diuji untuk membuktikan adakah benar saya benar-benar cinta Allah atau sekadar mahu habuan?

Saya sedar sepanjang saya belajar, doa saya sentiasa dimakbulkan. Urusan saya sentiasa mudah. Apabila sudah diuji, saya sukar untuk menunaikan ibadah yang diperintahNya.

Jadi, mesti sekarang saya berada di fasa untuk membuktikan cinta saya pada Allah.

Apa yang terjadi pada saya juga membuatkan saya sedar hidup ini tidak mudah.

– Safiah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan bagi cik dan terus istiqomah dlm perjalanan yg sedang dijalani. aamiinn

  2. Alhamdulillah, awak telah dididik dgn baik oleh ibu dan ayah kamu.. apa yg awk lalui sesudah memasuki alam dewasa itu adalah sebahagian ujian dari Allah, utk mnguji iman kamu.. klaw kmu lulus, yakni menghindari segala dosa dan perkara2 yg ‘lagha’ tu, alhamdulillah.. tetapi jika kamu ‘tersasar’ dan lalai dgn pengaruh yg x baik, maka kembali lah ke pangkal jalan.. bertaubat & istighfar selalu, insha Allah, Allah yang maha baik sentiasa menanti2 permohonan taubat dari hamba2-Nya yg ingin bertaubat.. janganlah rasa ‘bersalah’ yg terlalu sgt, kerana semua insan di dunia ini melakukan dosa dan kesalahan.. cuma silapnya, jika mrk berterusan melakukan dosa2 tersebut tanpa rasa bersalah, malah seolah2 ‘mencabar’ Tuhan, kerana tiada balasan buruk pon yg turun kpd mrk.. mrk lupa, bhw Allah tangguhkn balasan trsebut ke suatu masa yg mreka tidak ketahui dan jangkakan.. pd mse itu mrk nk mnyesal pon tiada guna, krn dah ‘terlambat’ utk bertaubat.. atau pon balasan nya akn tiba d Akhirat nt, dan itu adalah lebih mnyeksakn.. kbanyakan manusia pd hari ini ‘lalai’ atau buat ‘tidak tahu’ tentang dosa, pahala, balasan baik dan buruk sama ada di dunia lagi, mahu pon di Akhirat (peringatan ini utk diri saya dan semua ye..), kdg2 ada yg spt mnganggap dunia ini akan ‘kekal’ selamanya.. tp hakikatnya, dunia ini akn habis ‘musnah’, dan Akhirat lah yg kekal abadi, itu pasti sbb Allah dah janji kan.. maaf, jika coretan Mamu ni spt ‘tazkirah’, tp setidak2nya saya dah sampaikn.. syabas ank muda dan semua yg bergantung hidup hanya kpd Allah SWT.. memang, sebagai insan, kita perlu berusaha dlm mengharungi kehidupan kita di dunia ini, tetapi jgn lupa ‘habuan’ yg menanti kita di Akhirat nt; klau baik perjalanan kehidupan kita di dunia (buat yg Allah suruh, n jauhi yg Dia larang, serta berbuat baik sesama makhluk), maka baik dan besar juga ganjaran yg akn diterima di dunia & Akhirat.. tetapi jika sebaliknya, maka ganjaran yg sebaliknya juga yg akn menanti, yg mna kita x akn sanggup menghadapi (selama2nya), so selagi nyawa dikandung bdn dan selagi matahari belom terbit dari sbelah barat, maka masih ada masa untuk bertaubat dan berbuat taat & baik kpd Allah SWT dan juga makhluk lain.. wallahu a’lam bissawab.. wasalam dr. Mamu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *