Takut Hamil

Dah nak masuk 7 tahun perkahwinan kami tapi masih belum dikurniakan anak.

Kalau orang lain banyak yang teruja dan tak sabar untuk hadir malaikat kecil di rahim sendiri tapi berbeza dengan aku. Aku sangat takut untuk hamil dari sebelum kahwin lagi.

Mungkin kerana memori zaman kanak-kanak aku di campur dengan bacaan yang di mudah didapati sekarang ni.

Zaman kanak-kanak aku nampak sama macam kanak-kanak lain, tapi ada memori yang tak dapat aku lupa sehingga aku rasa jadi dendam dalam hati aku walaupun orang tu dah tak ada kat dunia ni.

Aku pernah di cabul beberapa kali masa zaman kanak-kanak aku sampai aku jadi seorang yang ketagih pada rasa tu. Tak tahu aku nak terangkan macam mana.

Kadang aku rasa berdosa dengan diri sendiri dalam masa sama aku tak dapat elak perasaan tu. Aku selalu rasa marah pada pencabul tua tu.

Akibat di cabul beberapa kali telah buat aku rasa seronok dan mula melakukan onani dari aku kecil lagi sehingga sekarang aku dah besar dan berkahwin masih tak dapat buang tabiat tu.

Aku dah cuba hentikan tabiat ni tapi selalu tak bertahan lama, walaupun dah berkurangan tapi masih susah nak hentikan 100%.

Disebabkan perkara kotor ni aku jadi takut untuk ada anak. Aku takut anak aku jadi lebih teruk daripada aku.

Ditambah sekarang ni kita dah ada dekat dunia akhir zaman yang macam-macam dugaan dalam membesarkan anak.

Aku takut tak mampu untuk didik anak jadi seorang yang taat perintah Allah bila aku sendiri tak mampu didik diri aku jauh dari perkara kotor.

Banyak kejadian cabul yang aku baca di media sosial malah anak luar nikah pun dah jadi seperti 1 budaya dalam masyarakat kita. Semua bacaan tu buat aku makin takut nak ada anak.

Aku tinggal sekali dengan adik ipar ada anak perempuan seorang, hantar ke pengasuh sementara adik ipar aku kerja dan akhirnya anak dia kena rogol dengan anak pengasuh tapi polis tak boleh teruskan dakwaan sebab tak cukup sample dan bukti.

Anak tu belum sekolah pun lagi dan perogol pula masih sekolah menengah rendah. Semua ni buat aku trauma untuk ada anak.

Aku juga jadi takut dengan dosa aku sendiri yang tak mampu aku tanggung dekat akhirat nanti tambah kalau ada anak nak kena bertanggungjawab dengan amanah anak tu lagi. Aku tak sanggup dan sangat takut.

Aku tak tahu perasaan aku ni normal atau tak. Tapi ni yang aku rasa. Takut nak ada anak, takut nak bertanggung jawab dekat akhirat nanti dengan dosa aku yang menimbun.

Takut bila ada anak aku tak mampu nak pikul amanah jaga dan didik anak.

Sampai 1 saat kalau aku lambat datang bulan aku akan susah hati dan perasaan takut tu tak boleh nak bayang.

Tak normal ke aku sebagai manusia? Sebagai seorang perempuan? Berdosa ke aku bila ada perasaan macam ni?

– Pendosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Hi. Slm confessor.

    1st.of all, you kena tau tujuan utama you berkahwin. Trauma yg you hadap waktu kecil tu tak diubati dgn berkongsi pengalaman duka tu dgn somebody yg you percaya. I bet your husband never knew your struggle right?

    Second of all, kalau you seorang berkemampuan, silalah dptkan nasihat terapi yg bagus. You need to let it go all your misery then you can move on.

    About masturbation, I guess it’s depressing behaviour. Ada jugak yg belum berkahwin and tak pernah ada sejarah keganasan seksual ada perlakuan begitu. It’s normal because women do have sexual needs in all stage of ages. I bnyk baca bahan soal masturbation dari kaca mata psikologi barat, so it’s not something it cannot be cured. Tp dlm kes ni you dah kahwin, which means, you tak puas berhubungan kelamin dgn suami you or you feel oppressed by having a freedom to achieve satisfaction. Bincanglah dgn husband you soal seksual act antara you dgn dia and be honest what makes the seks good and satisfy for both of you.

    3rdly, lebih baik jgn fikir terlamapu jauh. We’re human not God. Jangan risau benda yg belum terjadi sbb itu adalah mainan syaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *