Takut Hilang Kawan

Hi readers iiumc sekalian, sebelum saya mulakan cerita saya, ingin saya kenalkan diri dengan ringkas. Seorang fresh graduate yang berumur 22, bekerja dan mula hidup jauh dari keluarga dan rakan rakan.

Niat saya ingin berkongsi cerita saya bukannya nak memburukkan kawan saya, tapi saya cuma ingin meluahkan perasaan dan berharap dapat membantu mereka yang berada dalam keadaan yang sama seperti saya.

Baru baru ni saya dapat kerja yang hampir berkaitan dengan apa yang saya belajar dulu, alhamdulillah. Dapat la saya mengumpul pengalaman bekerja sebab saya tahu ramai yang masih belum berpeluang untuk bekerja. Saya syukur dengan rezeki saya dapat kerja seminggu selepas saya habis belajar. Tapi saya kena jauh dari family sebab tempat kerja agak jauh kalau nak ulang alik. Jadi saya kena duduk rumah lain.

2 bulan yang lepas, saya jumpa balik kawan saya yang rapat dengan saya masa belajar dulu. Rupanya dia pun kerja dekat dekat dengan saya juga. Happy lah dapat jumpa balik, ada la kawan . Takde la sunyi ..

Kerap juga dia tumpang rumah saya sebab saya ni duduk seorang je. Saya memang tak kisah dia nak tumpang, tapi bila lama lama, saya mula terasa hati.

Mula mula dia tumpang tidur dan mandi. Which means barang mandi semua dia pun pakai. Sabun badan, shampoo, ubat gigi. Memang lah sekali dua saya tak kisah. Tapi kalau dah sebulan lebih? Saya tengok ubat gigi saya cepat je habis, dia siap lipat untuk keluarkan ubat gigi .

Sabun badan pun sama, senang cerita memang semuanya cepat habis berbanding dulu saya pakai seorang. Ada 1 hari tu saya pergi kedai dengan dia, sengaja saya cakap dengan dia pasal ubat gigi kat rumah dah habis. Nak beli tapi taktahu nak beli yang mana 1 . Kalau dia kata kongsi bayar separuh pun sedap sikit hati ni. Tapi dia langsung tak cakap apa apa.

Sabun basuh baju pun sama, tapi ni tak kisah sangat sebab saya memang akan basuh baju saya, cuma sabunnya kena pakai lebih dari yang sepatutnya sebab baju dia pun sama banyak dengan saya.

Ada 1 hari tu, saya balik dari kerja penat2, masuk bilik saya nampak barang make up dia semua atas selimut saya. Brush dia directly kena kat selimut saya. Sakit hati ni tapi pendam. Takkan tak boleh fikir, kotor lah !

Hari demi hari, moisturiser saya pun dia pakai. Katanya kulit kering, lupa bawa dia punya. So pakai saya punya. Hishh makin geram hati ni.

Oh lupa nak mention, bilik saya ni kecil je, kawan saya ni berbadan besar sedikit berbanding saya. Saya memang offer diri untuk tidur bawah, bagi dia tidur atas katil. Saya hanya beralaskan tilam yang sangat sangat nipis.

Dia pernah kata akan belikan shampoo , katanya segan sebab pakai shampoo saya. Tapi tak beli pun. Sama juga dengan sabun baju. Dia pernah kata dia nak bawa toto untuk saya sebab kesian tidur lantai. Tapi tak bawa pun.

Saya ni gaji kecil je, tapi alhmdulillah masih mampu tanggung makan minum harian dan masih ada baki untuk beli itu ini. Baru2 ni juga saya ada pinjam duit kat dia. Sebab dia dah kering sangat. Nanti dia bayar balik katanya. Tapi bila ada duit, pergi downtown beli barang RM15 RM20 laju je. Tapi hutang saya tak bayar.

Saya ni jenis diam, tak suka tegur takut kawan terasa hati. Saya jenis harap dia akan faham sendiri. Saya takut kalau saya tegur, semuanya akan jadi lain selepastu. Mungkin saya ni takut hilang kawan kot.

Banyak lagi saya terasa hati. Semuanya nampak kecil, tapi ingatlah readers sekalian, kalau awk tumpang tempat orang lain, jaga la hati tuan rumah, tuan bilik sekalipun. Pakai barang orang, ganti balik. Orang lain beli barang pakai duit juga, bukan pakai air paip. Macam mana awk hidup , macam tu juga orang lain hidup. Kawan , kawan juga. Jangan sampai gaduh. Memang sumpah saya taknak gaduh. Tolong bagi nasihat kat saya macam mana nak berkeras sikit. Thanks.

– RL

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit