Takut Kahwin

By the way,terima kasih confession, izinkan aku meluah apa yang aku rasa. Tujuan aku menulis sebenarnya nak minta pendapat ke nasihat ke motivasi ke nak bangunkan balik semangat atau percaya aku terhadap insan bernama lelaki. Erm quit sensitive, but this is what i feel,apa yg aku lalui selama 25 years aku hidup. Sory la ye. Bahasa rojak sikit.

Aku bermula dari zaman sekolah, sangat pemalu. Sebab sikap aku yang ala ala segan depan orang laki, kalau ada laki lepak ke duduk ke depan jalan ke kerusi ke, seelok boleh aku akan cari jalan membelakangkan pandangan laki. Sebab ramai kawan aku cakap lenggok jalan aku agak errr.. malu la plak. Sbb ada bentuk macam botoi air yogurt Lite Yo (google tgk kalau xtau).Bumper belakang kawan cina aku cakap, ada bentuk. Dia kata cantik. Tp aku malu. Sbb rasa diperhatikan. Aku sendiri pun cuba nak hide bentuk ni sbb segan nk berjalan depan laki. Diet la tp xde hasil lg sbb bumper tebal skit. Heh. Ada orang kata iras muka aku ala ala wawa zainal . Erk. Bukan nk belagak ke apa k. Cuma nk gambarkan je k. Huhu. Aku x berasa pun aku macam wawa zainal. Perangai kasar semacam. Wawa lembut.

Ok berbalik pasal aku xmudah percaya kepada lelaki ni sbb aku prnah kena tipu 2 kali. Sekali masa aku blajar. Aku ni jenis fokus belajar masa zaman belajar. Bila kerja, workoholic skit. Haa. Memang xda masa nk fikir pasal jodoh. Nak nak aku ni dah payah percaya lelaki. Kena lak tipu . Haa .Haih.

Kisah aku masa zaman universiti,ada 2 3 orang try nak approach masuk minang. Masa tu aku belajar, malas nak fikir. Aku jenis susah nk berkawan dgn laki. Ni pun ada orang kenen kenen. Dia approach dlm fb.Aku xkenal sgt pun. Sbb xbg feedback baik, stop stakat tu. Lepas zaman u, orang lain lak bersungguh nak kawin dgn aku. Kawin ok. Ok aku terima. Sbb aku fikir ak dah janji dgn diri, kalau ada orang bersungguh, jumpa mak n ayah,aku akan on.Tp ditakdirkan, setahun berkawan , tup tup aku bleh rasa dia tipu aku. 3 bulan tanpa berita, Tgk2 dia dh bertunang n kawin dgn org lain. Xde jemputan ye. Kawin xbagi tahu apa pun. 1 tahun aku salahkan diri knp mudah percaya org dn bg ruang. Masa tu lg mnguatkan lagi walau berjanji bagai nak rak macam mana pun, alim mcm mana pun, kalau niat nk gunakan je, terkena jugak. 1 tahun tu aku x berhenti solat tahajud n taubat , mata ni bila teringat je memang menitik ah. Kali pertama seumur hidup diperlaku macm tu. Dan ia melibatkan kerjaya yang aku bina, diarah ikut ckap dia suruh berhenti dan dia ckp dgn mak ayah aku dia akan sara, dan yang paling bodoh, aku p dengar dan ikut. Sebab aku fikir aku nak cuba ajar jadi taat. Alih2 air mata n sesal yang aku dapat. Yang penting aku x akan lupa sampai sekarang. Mgkin Allah nak jadikan tu satu pengajaran buat aku. Mungkin Dia nak aku betulkan setiap niat aku sejak aku sekolah, zaman u dan kerja. Even kahwin, mungkin Allah nak makbulkan apa yang aku minta setiap sujud aku, sbb tu dia nak uji aku macam ni. Right now, I am happy. Kerja dalam bidang yang aku rasa puas n sambung master dalam ilmu yang membantu kerjaya aku. Alhamdulillah.

Namun, tipu la kalau aku cakap aku xnak kawin. Dalam plan hidup aku pun, aku nak kawin dalam umor 24, 25 .25! kawan2 aku sekarag beranak dua dah.huhu. But , aku takut benda berulang. Takut. Takut . Takut . Tambah2 , sekarang banyak artikel yg aku baca pasal isteri teraniaya dengan perangai suami berubah hati.

Sekarang, ada orang cuba approach untuk berkahwin, again, aku takut. Mak aku asyik tanya je, bila akak nk kawin. Dalam solat aku, aku tak lupa untuk doa semoga Allah bukakan hati aku untuk mudah menerima jika dah sampai waktu dan harap ia terbaik dunia dan akhirat aku. Bila ada orang approch je, aku jadi takut. Bukan takut menggeletar tuh! Risau macam macam benda terlintas dalam hati dan fikiran aku. Takut beranak la, takut laki kawin 2,3 la. Takut laki abaikan tanggungkawab la. Takut lepas kawin laki malas kerja la ,bini tanggung semua la. Takut mertua xsuka la. Takut anak degil la. Adoi. Semua benda aku takut. How?

Terima kasihh sebab baca. Maap la ye panjang beno. :)

– -Si Takut Kawin-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit