Assalamualaikum. Nama aku Hanan, aku baru setahun berkerja di ibu kota. Cerita aku tidak lah begitu menarik tapi aku nak share jugak sebab nak dengar pendapat orang lain. Aku selalu juga baca confession dekat sini. Sebab aku sejenis manusia yang suka ambil iktibar dari kisah sekeliling.
Awal tahun lepas keluarga aku berpindah dekat dengan kampung ibu. Adik ibu seronok lah sebab kami sekeluarga jenis merantau..agak susah nak berjumpa. Dan kebetulan hujung tahun lepas abang saudara aku kahwin. Dia anak kepada mak Lang aku. Mak lang aku ni janda anak 4. Suami nya da meninggal hampir 7 tahun. Anak yang sulung sudah berkerja. Yang lagi 3 masih menuntut di alam universiti.
Waktu abang saudara aku nak kahwin semua orang seronok. Ye la abang saudara aku ni kesayangan semua la juga. Sebab dia bertanggungjawab. Dan berapa bulan sebelum dia kahwin aku nampak dia struggle nak cari duit. Sampai mak lang dan ibu mohon aku dahulukan duit aku untuk beli cincin kahwin untuk abang saudara aku tu. Aku malas nak berkira sebab berapa ratus je pun. Beli cincin simple je. Dan di bayar balik dah pun.
Mula2 semuanya indah. Selepas kahwin abang saudara aku mula berubah. Untuk pengetahuan semua mak lang aku ni berpenyakit. Kadang2 wad emergency tu rumah no 2 dia. Biasalah faktor umur. Aku dan saudara lain mula perasan perubahan abang saudara. Mak lang masuk hospital. Jangan kan jengah tunjuk muka, call pun tak. Yang paling aku geram bila susah tak ada duit pandai pulak call mak lang aku. Bila sampai mak lang pula nak pakai duit. Tetiba tinggi suara.
Sebelum korang cakap bini pengaruh terkuat. Kami dah siasat bukan bini dia yang menjadi punca tapi abang saudara aku sendiri yang berubah. Ikut kan hati aku nak je call maki. Tapi ibu pesan jangan. Anak2 mak lang yang lain? Masing2 jauh. Sorg di kelantan, sorang di johor sorang di sabah. Aku ada suruh ibu nasihatkan tapi ibu diam. Ibu kata jangan sebab kita hubungan mak lang dan anak dia renggang. Fine aku give up nak bertekak dengan ibu.
Pernah sekali aku dan saudara yang lain tak ada. Time tu cuti sekolah jadi masing2 bawak berjalan, bercuti bersama keluarga masing2. Tetiba ibu dapat call mak lang masuk wad. Mak lang mengadu dari pagi masuk. Time tu da nak pukul 11 malam. Tak gelabah ibu bila adik dia masuk wad? Aku tanya mana abang saudara aku tu? Ibu diam.
Kadang2 mak lang tak ada duit nak makan. Ibu juga hulur. Kadang2 ibu tak ada duit ibu mintak aku yang hulur. Aku bukan nak berkira. Tapi ini da naik lemak. Abang saudara macam lepas tangan. Langsung tak ambil kisah pasal mak lang, pasal syurga dia.
Bila jadi macam ni, aku rasa takut nak kahwin. Sebab aku takut aku lupa ibu dan ayah bila aku dah kahwin. Aku cakap dekat ibu. Kalau macam ni la lepas kahwin, Hanan tak nak kahwin. Hujung tahun ni ibu dan ayah berpindah lagi sebab urusan kerja. Macam mana pulak mak lang? Siapa nak tengokkan mak lang? Tak kan aku kot? Tak kan nak biarkan abang saudara aku tu lepas tangan? Aku sebenarnya tak nak menyusahkan ibu dan ayah. Adik2 aku pun setuju. Kami patut ringan kan beban mereka bila umur mereka makin meningkat. Aku tak nak sebab kes mak lang, ibu selalu susah hati. Bukan aku tak nak jaga. Tapi aku pun selalu outstation. Macam mana? Lagipun aku terfikir tanggungjawab aku ke?
So sekarang aku nak tanya pendapat pembaca, macam mana aku nak sedarkan abang saudara aku ni? Aku dah mati akal fikir penyelesaian. Tapi kalau ada yang cadang suruh aku je yang jaga. Aku tak kisah. Cuma tu la sampai bila nak biar abang saudara aku ni lepas tangan. Tak kan nak tunggu mak lang da tak ada baru nak menangis air mata darah kan?
– Hanan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit