Takut Kehilangan

Salam semua.Nama aku Liza.Aku memang tak pandai nak meluahkan sesuatu masalah tu,apatah lagi nak menulis panjang2.Tapi aku macam terdetik nak luahkan masalah aku kat iium confession ni,mana la tahu dapat jumpa orang yang sama2 mengalami benda yang aku nak cerita ni.

Tahun lepas aku baru kehilangan ibu aku.Ibu yg aku sayang sangat.Semasa hayatnya,kami macam tak boleh berenggang.Rapat sangat2.Selalu kongsi cerita masing2,tambahan aku anak perempuan tunggal dalam family nih. So,since ibu aku dah meninggal dunia, aku rasa kehilangan besar sangat.Aku macam hilang separuh dari hidup aku.Aku selalu rasa aku mimpi ke?Aku selalu nangis sorok2 sebab taknak bagi family or kawan aku nampak.

So,nak dijadikan cerita,since ibu dah takde, aku rasa takut sangat kehilangan.Kehilangan apa?Kehilangan ahli keluarga aku yang lain. Sampai satu tahap,aku dah tak boleh fokus dalam kelas,dah tak boleh fokus belajar kerana perasaan tu terlampau menguasai aku.Aku selalu risau pasal ayah la especially,sebab ayah pun dah berumur n ada beberapa penyakit jugak.Pernah satu masa,aku tengah drive,aku terpikir aku akan accident ke lepasni dan mati?Aku kalau nak drive,aku jarang bawa keluarga aku,sebab aku takut aku tak boleh fokus drive n pastu terjadilah beberapa kejadian yang tak diigini dan berkahir dengan kehilangan ahli keluarga aku.Teruk tak aku?Sampai macam tu aku fikir.Aku akui lepas mak dah takde,aku rasa down sangat dan sedih yang amat2.So,aku taknak rasa sedih tu lagi dengan kehilangan ahli keluarga yang lain.Aku sayang sangat ngn depa nih.Tak sanggup nak rasa sedih tu lagi.Kalau doa kt Allah,aku akan nangis banyak2 supaya jagakanlah keluarga aku,ayah aku.

Aku selalu fikir,aku ni ada anxiety disorder ke?Perasaan ni akan muncul bila aku tak sibuk,bila aku free kejap je,perasaan ni akan datang balik.Aku banyak juga istighfar,sebab mungkin bagi aku,ini adalah antara gangguan2 perasaan yang biasa. Please siapa2 yang pernah mengalami perasaan yang sama n apa2 nasihat ke,boleh sama2 share untuk kuatkan balik semnagat aku ni,walaupun dah banyak kali aku cuba.

– Liza

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit