Takut Kenal Orang Baru

Hai Assalamualaikum, aku tergerak hati untuk luahkan segala yang terbuku di hati ku ni. Aku harap agar confession aku disiarkan.

Aku Nash (bukan nama sebenar). Aku menghadapi kesukaran untuk memiliki pasangan hidup, dari zaman study, sampai ke alam pekerjaan.

Mungkin paras rupa aku yang kurang menarik (boleh jadi iya atau tidak)

1. Nak dipendekkan timeline cerita ini, aku lompat terus ke zaman kolej aku. Aku pernah berkenalan dengan seorang perempuan ini, aku namakan dia sebagai Scha ketika awal orientasi.

Aku mendapat nombor telefonnya hasil bantuan kawan-kawan yang tak bertauliah.

Kemudian respon nya baik pada aku, kami mula rapat dengan berbual di telefon sehingga tahap ajak berjumpa. Masing-masing meluahkan perasaan each other untuk pergi jauh dalam hubungan ini.

Sampai satu hari tu, dia berubah. Dia cakap dia tak boleh terima aku atas sebab dia tak ada hati pada aku pada asalnya. Dia berharap aku faham dan lupakan hasrat aku untuk teruskan cinta dengan dia.

Hati aku retak, balik ke rumah masa tu aku menangis semahu-mahunya.

Dalam pada kecewa, hati aku masih berharap agar dia akan kembali menaruh hati kepadaku, sehingga buka semester baru, aku lihat dia keluar dating dengan seorang lelaki, sejak itu aku undur diri walau hati ini tak merelakan.

2. Dah hampir 2 tahun aku habis belajar dan melupakan peristiwa itu, kisah seterusnya ini nak dijadikan apabila aku diberhentikan kerja di 1 company masa tu atas faktor gaji tak dibayar 3 bulan.

Kemudian aku masuk sebuah kelas seni (seni apa itu dirahsiakan) untuk healing aku dari masalah aku dengan company lama tu.

Aku berkenalan dengan seorang perempuan ni yang aku namakan Ekin, aku menyukainya pada pandang pertama, kami pun ada disatukan dalam 1 group whatsapp class.

Nak start cerita, dia mulakan conversationnya di whatsapp, mulanya borak pasal task esok lusa, sampai dia bawa aku borak soal hati dan perasaan,

Dia tanya aku kot-kot aku suka dia, aku pun luahkan lah perasaan aku, dia cakap yang dia bagi aku peluang, dia akan belajar buka hati dia untuk aku.

Sampai satu hari tu, sama seperti cerita no. 1. Dia berubah. Dia cakap dia tak boleh terima aku atas sebab dia tak ada hati pada aku pada asalnya.

Ekin ni lagi dahsyat nya dia menunggu kesalahan dari aku agar dia ada sebab untuk pergi jauh daripada aku.

Hati aku retak, aku menangis semahu-mahunya seakan dipermainkan oleh Ekin. Ekin block aku semua di socmed.

3 bulan kemudian, aku dapat panggilan temuduga and dapat kerja baru, aku anggap apa yang terjadi dengan Ekin ni sebagai hikmah sebab Tuhan nak gantikan dengan sesuatu yang baru. Tapi takkan aku lupa harapan yang Ekin dah curahkan pada aku.

Sejak hari tu, aku nekad untuk tak nak kenal sesiapa dalam hidup aku. Aku dah serik disakiti macam ni. Bagi aku, perasaan cinta ini sangat tajam dan membunuh.

3. Dah 2 tahun lebih berlalu, aku dah berusia 26 tahun, Aku mula cemburu bila melihat kawan-kawan dan orang sekeliling aku mula bertunang, berkahwin.

Aku sedih sebab aku tak beruntung macam diorang, hubungan diorang pergi jauh ke tahap tu.

Tahun yang sama juga, aku diperkenalkan oleh kawan aku pada seorang perempuan. Perempuan ni aku namakan sebagai Zee, aku dengan Zee selalu lepak sekali dengan kawan-kawan lain. Packing dropship sama-sama. Kawan aku buat bisnes online masa tu.

Sampai 1 hari tu, aku tahu semua masalah Zee, dari family problem sampai problem yang lain, sejak tu aku dan Zee mula rapat. Zee mula percaya aku, apa-apa jadi, Zee akan bercerita semua dekat aku.

Aku dah mula keluar dengan Zee, hantar dan temankan dia uruskan hal personal dia. Keluar makan berdua, berjalan berdua, kadang2 sampai temankan dia lunch di tempat kerjanya. Ada masa aku kirimkan makanan dekat dia.

Keperibadian Zee buatkan sampai satu tahap, aku jatuh hati pada dia. Mungkin sebab kami berlainan jantina. Aku tahu aku tak patut ada perasaan ni. Niat aku masa tu just nak ada dengan Zee masa jatuh dan bangun.

Satu hari ni, aku dapat call dari Zee yang dia masuk hospital, staff tempat kerja bagitahu yang dia pengsan. Dia minta aku jangan bagitahu sesiapa hatta kawan-kawan kitorang, termasuk family dia sekali.

Aku gerak ambil Zee petang tu juga dari hospital. Zee tak nak balik rumah sebab ada family problem macam dia share dengan aku before this.

So dia decided nak stay di rumah aku untuk 2, 3 malam, (maaf if cara kami ni agak sensitif). Aku jaga Zee yang dalam kondisi tak sihat kat rumah aku.

Esok lusa tu, kawan aku ajak makan angin kat satu tempat ni. Masa tu aku memang cuti. Kawan aku ni ajak tunang dia. Kawan aku suggest if aku boleh ajak Zee sekali. Aku pun pelawa Zee untuk follow aku sekali and dia setuju.

Masa jalan-jalan dekat atas bukit taman tu, ada 1 moment yang aku takkan lupa seumur hidup aku, Zee mula suapkan aku aiskrim, mula dah pandai merajuk dengan aku bila aku bergurau sikit.

Dia juga ada tanya aku hal kahwin, dia tanya aku akan kahwin dengan siapa? Aku segan bila Zee tanya soalan macam tu. Aku cuba untuk tak syok sendiri bila Zee tanya benda macam tu. Kot-kot aku yang perasan sorang pulak. Aku taknak terburu-buru!

Jauh dalam hati aku, aku berhasrat nak menghalalkan Zee, aku nak ada di sisi dia sampai bila-bila. Aku cadang nak confess perasaan aku dan nak bawa Zee jumpa parents aku.

Selang beberapa minggu, belum sempat aku confess. Macam cerita no.1 dan no.2. Zee dah mula berubah, dari segi cakap dan layanan dia kat aku. Dia minta aku jangan cari dia lagi dah.

Dia kata hatinya masih mengharap pada seseorang yang kami kenal. Ya, dia ada hati pada seorang kawan kitorang.

Hati aku retak, aku menangis dalam diam. Aku terima jika aku ni rumah singgah tatkala dia sakit dan bersedih selama ini. Aku redha. Dia layak kejar kebahagiaan yang diinginkannya.

Sebelum kami bersepakat untuk tak berjumpa lagi (atas permintaan dia). Aku ada tanya Zee buat kali terakhir macam ni. ‘Apa yang kita spend time together selama ni, pernah tak kau cuba buka pintu hati kau untuk aku?’ Dengan tenang Zee jawab ‘tak ada.’

Sekarang ini, February 2023, aku sudah berusia 27 tahun. Dah genap 2 bulan aku dengan Zee tak contact. Aku cuba untuk bersangka baik dengan aturan Allah.

Aku tertanya kenapa aku diuji sebegini rupa? Aku pernah bertekad untuk tidak mahu kenal sesiapa, namun Allah hadirkan Zee dalam hidup aku melalui cara berbeza lalu menoreh luka lagi dalam hati aku.

Doakan agar aku kuat hadapi ujian hati ini, sesungguhnya aku tahu bahawa tiada hati manusia yang boleh berharap melainkan kepada Nya.

– MR ANONYMOUS (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *