Takut kucing

Saya duduk mahallah halimah blok F. Sini ada 2 ekor anak kucing dengan mak kucing. Saya takut/tak suka/geli dgn kucing. Tapi saya jenis cepat kesian juga bila diorg ni ikut saya pastu meow kelaparan.

Nak jadikan cerita satu hari tu saya beli ikan sekor and bagi je lah makan kat kucing3 ni sbb kesian. Bila saya bagi kucing2 tu makan diorg tak kejar saya dah. Saya ingat tu cara dia so Esoknya pun saya bagi lagi.

Rupanya kucing2 ni once kita bagi makan dia datang lagi dan lagi. Siap tunggu depan pintu lagi. saya ni dah lah takut kucing pastu kalau tak bagi makan diorang ikut je T_T Kadang tu saya takh mampu nak bagi ikan so sy bagi je lah tulang ayam tapi tak mengenyangkan kot so kucing2 ni asyik ikut.

Ok so point dia, saya jadi mcm rimas. Nak keluar bilik tgk2 dah tercongok depan pintu pastu IKUT saya T__T so saya nak tanya, apa nak buat? Kalau saya report kat MO apa jadi eh? Takpon kalau ada residen halimah yg baca ni rajin2 lah bagi makan kat kucing3 ni juga. 2 ekor anak kucing; sekor warna oren sekor lagi kelabu. Maknya kelabu. Saya penat dah kucing2 ni ikut saya T__T

– Ailurophobic

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *