Takut Nak Beranak

Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUM Confession. Nama aku Laureen berusia 20 an. Aku masih bujang. Di sini aku nak buat satu pengakuan.

Aku takut nak beranak. Aku memang belum kahwin apatah lagi mengandung dan beranak, tapi aku ada rasa ketakutan kepada itu.

Jangan salah faham, aku bukan tak nak anak tau, aku macam perempuan lain yang ada sifat keibuan juga tapi takut nak menghadapi kesakitan bersalin yang rata-rata perempuan yang pernah mengalaminya akan cakap sama ada,

“Nanti sampai masa kau taulah” atau “hanya Allah yang tau sakitnya macam mana” bila aku tanya soalan cepumas “sakit tak beranak tu?”.

Ini membuatkan aku lagi paranoid nak bersalin tapi yang peliknya aku tak kisah dengan idea mengandung.

Aku sebenarnya ada kurang toleransi terhadap daya tahan sakit makna kata kesakitan itu yang aku takutkan.

Kat sekolah dulu, ada cikgu biologi aku tunjuk video perempuan beranak normal dan caeser, aku tak boleh tengok wei. Ngerinyalah… sampai meleleh air mata aku walaupun aku tak tengok skrin, hanya tengok air muka kawan-kawan aku ja.

Benda ni juga membuatkan aku tak pasti aku ni patut kahwin ke tak walaupun aku nak ja kahwin sebab fikir logik, mana ada lelaki yang nak kahwin tapi tak nak anakkan?

Aku terfikir juga nak ambil anak angkat tapi mak aku cakap “ehh b0dohnya, kalau boleh beranak sendiri buat apa ambil anak angkat” dan aku tau proses anak angkat ni rumit dan sebenarnya dalam hati pun aku nak anak dari darah daging sendiri.

Kalau dalam Islam boleh buat kaedah ibu tumpang, dah lama selesai kekhuatiran aku ni. Hahaha.

Dulu memang aku nak kahwin dengan lelaki bujang ja, tapi sekarang aku lebih bersikap terbuka dengan duda waima suami orang sebab diorang dah ada anak sendiri jadi kurang tekanan aku kat situ.

Jangan kecam eh, aku baru terfikir ja, belum buat dan tak berani nak buat pun sebenarnya.

Aku pernah tanya mak aku sakit tak bersalin, dia kata “sakit tu tak payah cakaplah, berjuang antara hidup dan mati”.

Pastu aku tanya kalau dah tahu sakit kenapa perempuan nak mengalami kesakitan tu lagi-lagi-lagi dan lagi. Mak aku cakap itulah naluri keibuan, rindu bau bayilah. Aku dengar tu meleleh airmata.

Aku langsung tak faham macam mana manusia rela melalui kesakitan yang sama berulang-ulang. Selalulnya sekali sakit pun kita dah serik. Taubat tak mau buat dah.

Pada aku perempuan adalah tak normal atau ada sesuatu yang rosak di fius mereka sebab tak serik dengan kesakitan. Hahaha.

Kak ipar aku ada dua. Yang satu tu kena jahit di “situ” dua kali sebab jahitan pertama terbuka sebab dia katil hospital tu tinggi sangat. Dijahit hidup-hidup. Meremang bulu roma.

Kak ipar aku yang kedua pula cerita lepas beranak tak boleh buang air besar dan kecil macam normal. Kena basuh dari belakanglah, tak boleh cangkunglah. Aku dahlah jenis cerewet bab kebersihan diri ni. Selagi tak bersih aku takkan keluar dari tandas.

Ni kalau jadi macam ni, mesti aku was-was. Aku tak takut mengandung, tapi aku takut akan kesakitan beranak. Memang betul banyak perempuan yang dah laluinya dan kebanyakannya selamat tapi kesakitan tu masih ada.

Aku ada suarakan pada kawan aku, tapi mereka cakap tak elok cakap takut nak beranak, tak baik katanya. Aku bukan sengaja. Aku fobia.

Kalaulah lelaki yang ditakdirkan Allah untuk beranak bukannya perempuan, pengakuan ni takkan ada disini. Selesai masalah.

Aku harap nanti kalau dah sampai jodoh aku, mudah-mudahan (aamiin), Allah tarik rasa takut aku nak bersalin ni sebab dalam diam-diam aku nak anak 4 orang.

Atau kalau takut ni tak hilang-hilang juga, mudah-mudahan bakal suami, keluarga dan masyarakat tidak memberikan tekanan kepada aku untuk beranak.

Aku percaya mesti ada sebahagian isteri yang masih belum mempunyai anak walaupun dah bertahun-tahun kahwin, ada masalah yang sama macam aku. Mereka bukan tak boleh, tapi mereka takut.

Apa-apa pun aku serahkan kepada Allah jua sebarang urusan kerana Dialah sebaik-baik perancang.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Aamin. Apa nasihat atau pengalaman yang korang boleh bagi untuk hilangkan anxiety aku terhadap perkara ni?

– Laureen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *