Assalamualaikum dan terima kasih jika confession ini disiarkan. Seperti mana tajuk di atas mesti dapat agak apa yang saya nak luahkan. Berumur 20-an dah tamat belajar tapi belum dapat kerja tetap. Just kerja biasa2 ja.
Saya tumpang gembira tengok kawan2 yang dah mendirikan rumah tangga dan dapat anak. Mesti orang fikir orang bujang macam saya teringin nak kawin.
Perasaan tu memang ada tapi dalam masa yang sama saya takut sangat nak ada komitmen sebagai isteri dan ibu. Dengan banyaknya kes2 keruntuhan rumah tangga sekarang ni.
Mesti kalian juga pernah banyak kali baca kisah2 sedih berumah tangga. Bukan si suami/ isteri tak cek betul2 latar belakang bakal pasangan dan keluarga mereka tapi lepas kawin barulah nampak toksiknya.
Ada yang kaki pukul kaki mabuk kaki judi takde tanggungjawab suka lepak2 sampai abai pasangan di rumah baik laki atau perempuan.
Yang perempuan pulak suka bermedia sosial ja tapi malas nak urus rumah yang basic seperti menyapu lantai. Saya pernah terbaca ada kes seorang isteri diceraikan sebab tak reti urus rumah.
Ada juga yang kawin sebab nak move on dari bekas kekasih. Bila ex dah break up or bercerai dia nak get back balik dengan ex. Kesian kat pasangan dia m4ti2 sepanjang kawin ingat suami/ isteri dia cintakan dia.
Seriously, saya takut sangat, saya mmg tak sempurna, rupa takdelah hodoh tapi kalau lelaki nak yang cantik berlambak lagi cantik dr saya. Kalau nak yang pandai berlambak perempuan yang educated walaupun suri rumah atau WFH.
Saya pun tahu masak benda basic macam lauk2 je. Takdela pandai baking2, sedangkan di luar sana banyak orang yang talented dari segi memasak, menjahit, mendeko, so mereka boleh tolong2 suami mereka buat bisnes sampingan.
Lagipun saya masih ada mak ayah, macam mana lepas kawin nanti saya dah jarang2 jumpa mak ayah, lepastu kalau suami tak izin bagi duit poket kat mak ayah macam mana?
Saya berfikiran selagi ada mak ayah selagi tu saya tak nak nikah. Mak ayah bukanlah malaikat tapi merekalah yang terbaik bagi saya.
Suami/ isteri boleh tinggalkan kita bila mereka dah tak cinta maka terputuslah hubungan. Tapi mak ayah tetap darah daging kita dan besar manapun dosa dan salah kita tetap mereka terima kita dan tak putus asa dengan anak2.
Kenapa perlu korbankan kasih sayang pada mak ayah demi cinta yang entah tulen atau tak.
Maafkan saya andai tak setuju tapi ini hanyalah luahan kenapa saya takut nak berkomitmen. Ramai tanya tak ada calon ke?
Ada yang mendekati tapi saya menjauhi sbb saya tak nak di antara kami ada yang terluka. At least saya tak mempermainkan perasaan orang lain. Dan saya harap jika saya punya suami, suami saya tak permainkan saya dan keluarga saya juga.
Dan benda paling saya takuti, mungkin bakal pasangan itu baik, keluarga saya pon jenis open dengan sesiapa tapi macam mana saya dan keluarga saya yang tak sempurna ini tak diterima oleh keluarga pasangan saya?
Bukankah perkahwinan bukan hanya antara 2 insan tapi juga kedua dua belah keluarga juga? Tegarkah saya nak membelakangkan darah daging saya setelah mereka bersusah payah menjaga dan didik saya sedari kecil?
Dan… Bagaimana kalau masalah dalam rumah tangga nnt bukan berpunca dari orang lain? Tapi sayalah masalahnya. Saya tak sempurna tapi amat payah untuk jadi yang terbaik untuk semua orang. Bagaimana kalau saya tak mampu jadi isteri yang baik?
Dan bagaimana bukan sahaja saya buka wife material, bahkan saya juga bukan mother material? Saya tak sanggup menganiaya pasangan dan anak2 saya kelak. Saya tak sanggup memalukan keluarga saya..
Saya selesa dengan hidup saya, mungkin tak ada anak penyambung zuriat tapi at least saya ada anak2 buah yang saya sayang. Dan bukan hanya doa anak soleh saja yang berguna bila kita m4ti nanti tapi ilmu bermanfaat dan sedeqah jariah juga boleh bantu kita lepas m4ti nanti.
Pasal anak tu, confirm ke saya akan dapat anak2 yang baik untuk doakan saya nanti?
Kita mungkin didik mereka tapi mereka sendirilah yang pilih jalan bila besar nanti, bukan ke Allah tak ubah nasib seseorang jika diri sendiri tak nak ubah nasib kita? Walau sealim mana ibu bapa kita pon..
Ramai orang nak suami baik seperti nabi ya tak mungkin dapat sebaik itu sikit pon jadilah, asal bukan seperti firaun.. Ramai nak isteri sebaik khadijah, fatimah dan aisyah tapi tak ramai yang nak jadi seperti Maryam dan Rabiatul Adawiyah…
Jauh beza sangat saya dgn kedua dua srikandi tersebut tapi merekalah idola saya.. Biarlah saya berbakti kepada orang tua selagi mereka masih ada. Mereka syurga saya, dan saya tak mahu memperjudikan nasib saya dalam perkahwinan…
Saya langsung tak kisah andai orang gelar saya andartu dan kerap tanya pasal kahwin.. At least for now..
Maaf andai ada yang terguris dan terlalu panjang. Tapi saya percaya bukan saya seorang sahaja berfikiran begini lebih2 lagi lelaki kerana walaupun sudah menikah, syurgamu tetap ibu bapamu.. Dan amat susah untuk memuaskan hati isteri dan ibu dalam satu2 masa…
– Suri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit