Takut Nak Kahwin

Assalamualaikum readers.

Sedikit pengenalan, saya perempuan, baru grad tahun lepas dan sekarang dah bekerja. Alhamdulillah setakat ni saya belum pernah couple atau serius dengan mana-mana lelaki. Crush dengan lelaki ada lah waktu zaman sekolah dan uni dulu.

Sampai sekarang saya masih single and available lagi. Tapi sekarang saya memang tak mencari lagi, hanya berdoa je supaya dapat jodoh yang baik-baik. Sebab kahwin ni bukanlah matlamat utama saya dalam hidup. Dan rasanya umur macam saya ni belum terdesak lagi lah nak kahwin. Sekarang nak kumpul harta dan happykan mak ayah dulu, maklum lah dari form1 sampai kat uni duk jauh dengan family, sekarang lah masanya nak eratkan lagi hubungan kekeluargaan tu.

Ada juga lah makcik (kawan mak) nak jodohkan saya dengan anak dia sebelum ni, tapi memang kena reject atas faktor lain negeri. Jangan kecam parents saya sebab nak menantu orang dekat-dekat, sebab saya pun sebenarnya memang nak orang dekat. Saya tak suka jalan jauh-jauh. Atok pun memang duduk sekampung dengan saya, so pengalaman jalan jauh balik raya tu memang tak pernah ada. Tapi saya suka macam ni. Tak suka menghadap jammed. huhu.

So berbalik kepada tajuk, saya memang takut nak menghadapi fasa perkahwinan.

1. Saya tak dapat bayangkan macam mana nak hidup dengan seorang lelaki yang baru dalam hidup kita, lepas tu nak kena serahkan jiwa dan raga pulak tu kat dia. Saya macam tak dapat bayangkan lah. Seriously. Macam mana budak-budak sekolah sekarang boleh terjebak dengan zina semua tu. Saya tak faham diorang belajar dari mana.

2. Sekarang ni macam-macam kisah saya baca. Ada yang putus tunang lah, cerai lah, macam-macam lah lagi masalah rumah tangga yang menyebabkan saya takut nak melangkah ke alam tu, walaupun saya tak pasti saya sempat kahwin ke tak, ye lah tak tahu mati bila, sekarang calon pun takde lagi. Huhu.

3. Kalau dah kahwin, mengandung, fasa nak lahirkan anak pulak. Ini memang menakutkan.

4. Bila dah kahwin, tanggungjawab pun bertambah. Sekarang tanggungjawab sebagai khalifah pun macam tak tertunai, lagi nak tambah tanggungjawab lain. Saya rasa macam tak sanggup nak pikul.

Sebenarnya saya nak tanya, normal ke ada perasaan takut nak kahwin ni? Ke saya sorang je takut? Sebab kebanyakan orang seronok bila nak kahwin. Huhu.

– Si Penakut

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *