Hai semua aku Putri. Umur masih muda bawah 25 tahun, dah ada boyfriend. Nama cantik dah mak abah bagi, tapi malangnya rupa paras dan tubuh badan aku tak cantik.
Aku mula mula tak fikir banyak pasal ni tapi lepas boyfriend aku ajak kahwin and lepas aku baca tips menggoda suami dekat twitter iaitu tak boleh pakai baju kelawar depan suami,
Aku jadi terfikir, lepas kahwin dimana kita dibenarkan tidak berbaju didepan pasangan, tak jijik ke boyfriend aku tengok aku nanti?
Aku ni genetik kulit sensitif, time remaja dulu dulu muka berjerawat penuh. Bukan setakat muka tapi sampai ke badan ye. Memang banyakkk sangat.
Alhamdulillah muka aku dah okay lepas makan accutane tapi berparut berlubang sana sini tak payah cakap la memang banyak. Muka kawah orang kata.
Tapi jerawat badan masih ada lagi sikit sikit. Badan pun sama ada parut parut jerawat.
Lepastu dulu aku ada depression, iyalah dah hari hari dengar makcik sendiri mengata cakap aku anak paling hodoh mak aku pernah lahirkan aku pun jadi stres.
Dengan cikgu sekolah mengata aku lagi, budak budak lelaki ejek aku miskin anak posmen. Tapi Alhamdulillah aku dah okay sikit lepas terapi. Lengan dengan peha aku penuh dengan kesan toreh yang susah nak hilang.
Jangan ingat aku pengotor pulak, aku mandi 3 kali sehari, skincare routine sampai 10 step. Tukar cadar setiap 3 hari, towel ganti setiap pagi.
Aku dulu duduk asrama dari form 3 sampai form 5 makanya memang diajar macamtu. Dah terbiasa.
Berbalik kepada badan aku, aku ada penyakit nama dia Hidradenitis Suppurativa (HS). Gempak betul nama macam nama superhero.
Buat yang tak pernah dengar, HS ni adalah keadaan kulit yang menyakitkan jangka panjang yang menyebabkan bisul dan parut pada kulit.
Punca sebenar tidak diketahui, tetapi ia berlaku berhampiran folikel rambut di mana terdapat kelenjar peluh, biasanya di sekitar pangkal paha, payudara dan ketiak.
Ha itu aku google translate je tapi korang faham kan? Bisul kat ketiak, kat celah kangkang, kat payudara, kat punggung, semua aku ada.
Sakit weh. Paling teruk kat celah kangkang. Kadang kadang aku tak pakai bra dan panty sebab bisul besar sangat dan sakit bila disentuh.
Setiap kali bisul kena pergi klinik untuk keluarkan nanah.
Dan bertambah lah parut aku. Ketiak hitam sebab parut tu, celah kangkang pun hitam dan berkedut kedut sebab masa bisul tumbuh kulit jadi tegang. Lepas dah pecah dia jadi kendur dan terhasillah kedut.
Mungkin orang akan cakap kalau betul lelaki tu sayangkan aku, dia takkan kisah pasal semua tu.
Tapi kalau aku sendiri jijik dan benci dengan badan aku, apatah lagi lelaki, betul? Patut ke aku teruskan hubungan ni? Aku takut dihina. Aku rela jadi andartu.
– Putri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit