Takut Nak Tegur Kawan

Assalamualaikum sahabat IIUM Confession. Nama diberi Ija (bukan nama sebenar). Berumur 22 tahun dan seorang pelajar IPTA tahun akhir.

Tujuan saya confess kat sini ialah untuk tanya pendapat sahabat semua macam mana untuk saya menegur kawan baik saya untuk beliau kembali ke “pangkal jalan”.

Saya namakan kawan saya ni Nini (bukan nama sebenar). Seorang yang hitam manis dan tak kering senyuman dan bergelak ketawa.

Kami kenal dan menjadi roomate sejak sem pertama lagi. Memang beliau seorang yang baik hati, caring dan pandai buat lawak.

Tetapi sejak setahun lalu, beliau mula berubah. Sebelum ni penampilan dia agak sopan dan bertutup walaupun tak bertudung labuh tetapi kini beliau mula mengenakan pakaian yang agak menjolok mata.

Saya tahu beliau seorang yang sangat baik. Bila tengok gambar Nini bersama keluarganya sebelum ni, semua mengenakan pakaian yang bertutup dan tiada seorang pun free hair.

Tapi Nini disini berpakaian sehingga menampakkan belahan dada. Lain sangat Nini bila bersama keluarga dan Nini bila bersama kami.

Dia sendiri bagitahu sengaja dia nampakkan cleavage dia untuk menggoda lelaki.

Kecuali apabila Nini ke kelas dan menghadiri program universiti, dia akan mengenakan pakaian yang sopan dan bertudung.

Kalau di Instagram tu, setiap post beliau, memang mengucap panjang sebab terlalu seksi. Instagram beliau pula dihadkan hanya untuk orang yang beliau rapat sahaja dan kebanyakannya lelaki.

Boleh dikatakan setiap minggu dia keluar bersama lelaki yang dia kenal melalui dating apps dan sebagainya. Setiap minggu bukan lelaki yang sama.

Saya agak risau kalau dia terjumpa atau bergaul dengan orang tak sepatutnya. Saya tahu dia seorang yang baik.

Dan saya tak tahu apa yang beliau telah alami dan lalui.

Saya buat confession ni pun disebabkan saya terjumpa pil perancang dan kondom dalam beg Nini masa Nini suruh saya ambil sesuatu dalam beg dia.

Saya nak tegur dia tapi saya tak berani kalau teguran saya putuskan hubungan persahabatan kami.

Saya tak nak kehilangan Nini sebab dia seorang yang sangat baik. Dia bagaikan ibu kepada kami semua di sini.

Kepada Nini, kalau kau terbaca confession ni, ya confession ni untuk kau. Aku sayang kau. Aku risau kalau apa2 berlaku kat kau.

Aku tak tahu apa yang kau lalui sebab kau happy je selalu bila bersama kami tapi tolong sangat2, tolong jadi Nini yang dulu balik. Nini yang selalu manis bertutup dan menjaga kehormatannya. Aku rindu kau yang dulu.

Tak berbaloi kau tonjolkan diri kau sebegitu semata untuk dapatkan lelaki.

Kalau kau dapat pun, lelaki tu hanya tempat persinggahan sahaja dan akhirnya kau jugak yang kecewa. Please, tolonglah jadi Nini yang dulu.

Kau cantik, ada masa depan dan muda lagi. Sangat tak berbaloi kalau terjadi apa2 pada kau akibat dari pergaulan kau sekarang.

Saya mohon sangat untuk readers IIUM Confession untuk bagi kata2 semangat pada Nini.

– Ija (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *