Takut Tersalah Pilih Jodoh

Terima kasih jika penulisan saya ini disiarkan. Mohon admin untuk tidak mendedahkan identiti saya.

Saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya seorang perempuan, berusia pertengahan 20-an dan masih bujang. Bekerja sebagai executive di sebuah syarikat swasta antarabangsa. Gaji tidak terlalu besar, entry level.

Saya berkawan dengan seorang lelaki. Saya namakan beliau A. Berumur lewat 20-an. Tahun ini masuk tahun ketiga perkenalan kami.

Pada bulan kelima perkenalan kami, A meluahkan perasaannya kepada saya. A memberitahu dia berminat dan ingin serious dengan saya. Saya tidak menolak mahupun mengiakan.

Saya memberitahu saya lebih selesa jika berkawan terlebih dahulu. Bagi saya 5 bulan masih terlalu baru. Jujur saya juga menyukai A.

Namun saya tidak mahu terburu buru.

Hari berganti hari, kami masih berhubung seperti biasa, keluar makan bersama. Kami tidak pernah “declare” hubungan kami.

Memasuki tahun ketiga ini, A mengajak saya untuk berkahwin. Namun, ada beberapa perkara yang bermain diminda saya untuk menjadikan A sebagai teman hidup saya.

A seorang yang baik, memahami saya. A tahu apa yang saya suka, apa yang saya tidak suka. A tidak kedekut terutama bab makan.

A tidak merokok/vape. A seorang yang tidak mudah marah. Seorang yang manja dan memerlukan attention. A datang dari broken family.

Kedua ibu bapanya bercerai dan masing masing berkahwin lain. Menurut A, dia tidak pernah merasakan istilah keluarga bahagia. Berbeza pula dengan saya. Ibubapa masih bahagia bersama, mempunyai adik beradik yang ramai.

Kami selalu mengadakan jamuan makan. Selalu bercuti bersama. A memberitahu dia cemburu melihat kebahagiaan keluarga saya. A ingin membina keluarga yang bahagia bersama saya.

Namun, ada beberapa perkara tentang A yang perlu dipertimbangkan. Itu lah tujuan saya menulis disini.

1. A seorang yang tidak menjaga agama. A tidak solat, tidak berpuasa, tidak tahu mengaji. Namun keperibadian A baik.

2. A bekerja biasa sahaja, taraf SPM. Untuk kami meneruskan hubungan ke alam perkahwinan membuatkan saya risau. Mampukah A untuk menanggung keluarga yang bakal dibina?

3. A seorang yang ada rupa, namun berbadan besar. Sewaktu awal perkenalan kami A sedikit berisi tetapi tidak sebesar sekarang.

A jujur orangnya. A memberitahu saya semua perkara tentangnya. Daripda perkara besar hingga sekecil kecil perkara. Saya tahu A tidak solat kerana saya bertanya kepadanya.

Dia mengaku dia tidak solat. Keluarganya berpecah, tiada yang membimbingnya. Ada beberapa kali kami keluar bersama, saya pergi solat.

Saya mengajaknya untuk solat juga, namun A hanya menunggu saya sahaja. Solat jumaat juga A tidak tunaikan.

A bekerja biasa. Bekerja berpanas yang memerlukan tenaga. Itu juga alasan yang diberikan kerana tidak berpuasa.

Saya cuba memberi semangat untuk berpuasa, namun A membritahu bahawa saya tidak merasakan kerja sepertinya. Saya mati kata kata dengan jawapan tersebut.

Sejujurnya kerja A memang memenatkan tetapi tidak menjamin serta pendapatan yang kecil. Saya bertanya kepada A apa perancangan kerjayanya untuk masa depan. A tidak dapat memberi jawapan.

Untuk masalah saiz badan, siapa yang tidak suka melihat yang cantik betul?

Tambahan pula A tidak pernah jumpa keluarga saya, jadi jika kami serious untuk ke langkah seterusnya, saya ingin kenalkan orang yang sedap mata memandang kepada ibu bapa dan keluarga saya.

Saya tinggal bersama ibu bapa saya. Ibu bapa saya tidak tahu tentang A. Saya hanya menceritakan tentang A pada adik dan kawan baik saya sahaja.

Kami jarang berjumpa, jumpa hanya keluar makan sahaja. Jadi ibu bapa saya tidak banyak menyoal.

Saya hanya memberitahu kemana saya pergi, bersama kawan. Itu sahaja.

A tidak menjemput saya. Kebiasaannya saya yang menjemput A dirumahnya dan keluar dengan kereta saya. Saya beri maklumat A pada adik saya seperti nombor telefon, alamat rumah dan lokasi rumah A.

Ketiga perkara diatas yang berlegar dalam fikiran saya sekarang. Selain daripada itu, saya rasa A sudah cukup lengkap. Saya ada bertanyakan tentang ketiga perkara tersebut sewaktu A mengajak saya untuk berkahwin.

1. Awak tidak solat. Bagaimana kita nak membina keluarga yang diredai Allah? Bagaimana kita nak didik anak anak jika ketua keluarga tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Jawapan A: selepas kahwin awak bimbinglah saya. Awak ada ilmu agama. Saya terbuka untuk belajar semua itu. Kalau awak minta saya solat, takkan saya nak buat tak tahu sahaja. Saya sayang awak, saya mesti buat.

2. Kerja dan pendapatan awak sekarang cukupkah untuk menampung keluarga yang bakal dibina? Apa perancangan awak?(A tidak mempunyai hutang, tidak mempunyai kereta.

Tidak juga mempunyai hobi yang membuang wang dan masa. Ada sebuah motosikal yang digunakan harian. Saya mempunyai kereta, saya tidak kisah untuk menggunakan kereta saya sahaja selepas berkahwin).

Jawapan A: rezeki lepas kahwin pasti ada. (Namun saya tidak nampak usahanya. Sekarang hanya bergantung pada satu kerja. Malahan meminta saya untuk tidak meletakkan wang hantaran.

A juga pernah bertanya jika saya mahu atau tidak menyumbang untuk duit rumah.

Jawapan saya jika rumah beli ya, jika sewa tidak)

3. Awak cuba kurus sikit. Mesti lagi handsome. Taknak ke handsome handsome jumpa family saya? Dah kurus nanti nak beli pakaian pun senang, tak susah cari saiz.

Jawapan A: selepas berkahwin nanti pasti kurus. Duit banyak digunakan untuk keperluan lain, jadi kurang makan makanan tidak sihat.

(Disebabkan A dari keluarga berpecah, A kerap makan diluar. Jadi faham faham lah jika makan diluar tu bagaimana. A seorang penggemar makanan. Apabila kami keluar makan bersama juga selalu makan yang tidak sihat. Hehe)

Saya ingin minta pendapat, apa yang patut saya lakukan sekarang?

Saya ingin memperkenalkan A kepada ibu bapa saya. Namun saya tidak yakin ibu bapa saya boleh memerima A. Saya juga tidak percaya jika seseorang itu berjanji untuk berubah selepas kahwin.

Kenapa perlu selepas kahwin jika sekarang pun boleh berubah. Betul? I need that assurance. At least he can put some effort to prove. But he didn’t. A tidak meyakinkan saya yang dia boleh berubah. Saya berbelah bahagi sekarang.

Saya sayang A. Saya rasa selesa dan bahagia bersama A. Namun saya tidak mahu menyesal dikemudian hari.

Saya juga ingin memperbaiki diri, ingin dibimbing oleh seorang imam. Saya tak nak anak anak yang bakal lahir hidup dalam kesusahan.

Namun jika saya tidak pilih A, belum tentu saya boleh dapat lelaki yang lebih baik. Bantu saya…

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *