Takutkan Ayah

Assalamualaikum. Nama saya Maiza – konfem bukan nama sebenar.

Cerita saya ni pendek je. Sekadar nak bertanya pendapat tentang kami 6 beradik yang masih takutkan bapa kami sedangkan umur kami semua sudah 21-29 tahun, adakah normal?

Saya anak ketiga daripada 6 adik beradik. Berumur 25 tahun. Sulung berumur 29 tahun. Adik beradik yang lain berumur dari 21-29 tahun.

Malas nak sebut satu-satu.

Okay. Macam ni:

1. Jika kami eksiden, kami lebih takutkan bapa kami. Kami adik beradik sanggup sorokkan berita eksiden ni sebab takut dimarahi.

Pendek kata, lebih baik mati eksiden tu daripada dengar bapa kami naik hantu marahkan kami kerana drive tak berhati² (walaupun bukan salah kami).

Contohnya, pernah satu hari, abang saya eksiden motor. Kaki saja luka sikit. Side mirror patah. Tapi kami adik beradik sembunyikan dan tipu ayah kami bahawa motor tu tumbang.

2. Walaupun kami sudah dewasa, makan makanan segera masih lagi diharamkan ayah kami. Kami hanya makan dan sembunyikan dalam peti sejuk.

Bila ayah keluar baru kami makan. Plastik memang terus buang ke tong sampah besar taman perumahan.

Kami akui makanan segera memang tidak bagus, tapi sekadar maggi kami juga ingin merasa.

Kadang tengok family orang lain makan Maggi 1 family. Enjoy sahaja.. Kalau ayah saya nampak makan ramen pedas tu, memang dicincangnya saya.

3. Part kerjaya. Sepupu sepapat saya semuanya kerja government. Jadi, mindset bapa saya ni “orang kerja gomen hidup senang”.

Boleh dikatakan hari-hari kami dipaksa mencari kerja government. Sampaikan saya malas nak hidup sudah.

Hmm dulu saya pun pernah practical di bank dan benar kata supervisor saya, orang dulu-dulu memang taksub dengan kerja gomen.

4. Ayah saya suka anak-anak dia berdikari. Tapi saya taktahu ini dianggap berdikari or apa. Contoh pada tahun 2017, kakak saya nak daftar kolej kejururawatan untuk batch pertama.

Jadi kakak minta tolong ayah hantarkan barang² dia sekali kerana kereta tak muat. Ayah saya memang tak hantar dan dia naik kereta sendirian sahaja. Dengan alasan sudah besar.

Contoh kedua, pernah kakak saya tertinggal kad matrik pelajar dia, dan masatu ayah sudah otw hantar dia ke stesen kereta api.

Tapi kerana takut, kakak sanggup suruh abang yang pos kad tu. Sedangkan beberapa jengkal saja perjalanan. Semua sebab kami takutkan ayah.

Saya pernah lihat, kawan saya sendiri tertinggal dompet di rumah sedangkan sudah balik ke kolej.

Dia terus call ayah dia, dan dengan lembut ayah dia cakap akan pos. Aku harap sangat ayah aku jadi lembut tak menengking..

4. Jika kereta or motor yang kami naiki rosak, kami sendiri yang akan baiki di bengkel tanpa pengetahuan dia. Semua sebab takut ayah marah kerana takcermat masa drive.

Bila dah baiki pula, tak boleh cakap sebab nanti kalau rosak balik, kami balik ditengking kerana takpandai pilih bengkel.

5. Dua bulan lepas, abang saya covid. Tapi kami semua takut untuk beritahu ayah sebab tahu ayah akan naik angin. Akhirnya kami beritahu juga kerana hal macamni bahaya sorok.

Ayah akan mula tinggikan suara dan cakap “itula, nak kerja tu lagi!” Macam-macam ayah ungkit. Sedangkan covid tu takdir.

Ini saja yang saya nak kongsi. So normal ke kami yang dah tua ni masih takutkan ayah? Pendek kata, semua perkara kami sembunyikan daripada ayah sebab takutkan beliau.

Dan ada satu lagi perkara yang membimbangkan saya dimana saya perhati diri saya sekarang juga seperti seorang yang mudah melenting.

Kadang-kadang saya terfikir. Adakah sifat ayah saya turun kepada saya.. sebab saya pernah baca, “perilaku anak tergambar daripada didikan keluarga” jika family suka marah-marah, anak akan menjadi kasar dan ganas.

Sekian. Salam…

– Maiza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *