Talak Tiga

Assalamualaikum rakan IIUM Confession.

Saya menulis untuk meluahkan apa yang terpendam. InsyaAllah dengan komen yang saya dapat di sini, hati saya sedikit terhibur.

Semalam saya discharge dari hospital, berlaku perang mulut antara saya dan suami semasa dalam perjalanan pulang dari hospital.

Puncanya, saya meluahkan perasaan kecewa bila seperti tidak wujud dalam hati suami.

Ceritanya bila saya dah duduk wad hari ke 5, seharipun suami tidak temankan, keluarga pula jauh diseberang negeri.

Saya katakan padanya kenapa lebih rela balik ke rumah isteri muda untuk tidur bersenang lenang dari menemankan saya, memberikan saya moral support selama saya bertarung menanhan sakit di hospital.

Perang mulut hampir 15 minit, akhirnya sambil memandu, dia menumbuk saya dimuka lebih 3 kali menggunakan belakang tangannya, hingga bibir bengkak dan berdarah.

Saya luahkan lagi, hanya kerana saya minta untuk dijaga, saya disakiti? Kenapa tak boleh berlaku adil.

Kemudian dicengkamnya rambut saya, di hentak2 kepala saya berulang kali. Katanya saya busuk hati.

Hinggalah dia mengeluarkan perkataan, esok kita ke Kadi.

Dan saya tanya dia, berbanding ucapkan maaf sebab tak dapat jaga, dia lebih memilih bercerita yang tinggal satu talak? Jawabnya ya.

Harini, saya call dia untuk ke mahkamah syariah, saya dah penat, saya tahu hati dia dah takde rasa sayang dn cinta untuk saya. Tapi, dia tak sambut call, dia block wasap saya.

Talak tiga ni penghujung pada hubungan ni. Saya janji takkan wujud dalam hidup dia lagi, tapi kenapa dia susahkan.

Bukan mudah untuk saya minta fasakh. Saya tiada kewangan yang cukup untuk berlawan di mahkamah.

Saya tak membenci dia, tapi saya penat main dengan emosi yang pada dia emosi saya tidak penting bagi dia.

Bagilah saya kata-kata semangat.

– Iza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Cik, sila buat laporan polis tentang perbuatan dia memukul cik dalam kereta. Simpan laporan tu baik2, dan guna tu sebagai bukti untuk memohon fasakh atau khuluk. Rasanya ada khidmat bantuan guaman percuma untuk orang yang tak mampu untuk membayar kos guaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *