Talak Yang Tertangguh

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Assalamualaikum wahai pembaca budiman. Kenali aku sebagai Mariam. Aku berada di fasa umur yang baru menjengah ke angka 3. Mungkin cukup matang dan dewasa pada pandangan kebanyakkan orang. Berstatus isteri dan ibu kepada seorang cahayamata.

Pekerjaanku? Aku bekerja sebagai pengurus rumah tangga sepenuhnya meski punya lulusan ijazah sarjana. Kerja tanpa gaji tetap, tapi ku yakin Allah sebaik-baik penilai.

Cerita yang bakal aku kongsikan ini telahpun menjadi sejarah dalam hidupku, kalau ia kapal yang berkenalana di tengah lautan mungkin ia telah lama karam di dasar lautan,tapi tidak bagi aku.

Meski setahun telah berlalu, aku tidak akan sesekali melupakan setiap peristiwa yang terjadi. Ianya menjadi pengajaran, pengalaman yang mendidik hati aku supaya kuat, walau aku tidak sebenarnya.

2019, tahun yang tidak akan aku lupa dalam lipatan sejarahku. Tahun dimana aku diuji dengan ibuku yang sakit, anakku yang sakit, pergolakkan yang maha dasyat dalam rumah tanggaku dan calarnya hubunganku dengan keluarga mertua.

Benarla kata orang, hubungan seorang anak dan ibu itu bukan hanya dihubungkan melalui darah, tapi juga gerak rasa. Beberapa minggu sebelum episod sedih berlaku dalam hidupku, aku selalu rasa tak sedap hati. Aku tak tahu punca. Sering saja aku menangis.

Aku risau bila teringatkan ibu ayah yang jauh di kampung. Rasa bersalah datang bertalu-talu. Rasa bersalah atas kekurangan diri. Rasa bersalah kerana tidak mampu membalas jasa keringat mereka dengan wang ringgit. Rasa bersalah kerana duduk jauh dari mereka, tidak selalu ada untuk mereka.

Aku selalu berbalas Whatapps dengan ayah, menyatakan aku minta maaf atas kekurangn diri. Sedikit lega apabila ayah ibu mengatakan dia memaafkan ku. Buat sekelian kalinya, ibu ku dimasukkn ke hospital.

Dari satu negeri, ke negeri yang lain. Berikhtiar juga dengan rawatan alternatif.

Sepanjang tahun 2019, berkali-kali juga ibu dimasukkan ke hospital. Tidak akan aku lupa, betapa strugglenya aku pada masa itu dengan bayi yang masih kecil. Aku tidak mewah dengan wang ringgit, tapi aku menggunakan sehabis kudratku untuk menjaga ibu di hospital.

Aku memandikan ibu, menukar pampers dan pakaiannya, membersihakn najisnya, menyuapnya makan, menyikat rambutnya. Sungguh aku sangat takut sekiranya Allah mengambil ibu dari aku pada waktu itu. Sungguh aku belum bersedia!

Alhamdulilah, atas izin Allah, Allah masih pinjamkan ibu padaku sehingga saat ini. Alhamdulilah, Allhuakbar!

Apabila ibu semakin sihat, ku sangka, aku boleh menarik nafas lega. Berat badanku banyak yang berkurang ketika menjaga ibu. Susah hati barangkali, memikirkan ibu dan juga meninggalkan bayi yang masih kecil. Anakku menyusu badan sepenuhnya.

Kalian yang menyusu pasti boleh agak betapa strugglenya aku kan?

Kemudian aku diuji dengan keadaan kesihatan anakku. 3 kali warded sepanjang tahun 2019 yang terakhir sehingga perlu dimasukkan ke ICU.. Aku bukan surirumah lembik. Semua urusan anak dan rumah tangga di atas bahuku. Aku tidak mahu dilabel mengada-ngada.

Tapi di atas semua pengorbaan itu, suami membalas dengan PENGKHIANATAN DAN KECURANGAN dengan wanita berstatus ISTERI ORANG.

Ya, kalian tidak salah baca. Seorang wanita yang bergelar isteri orang, merupakan officemate suamiku, berpenampilan berhijab sopan santun, punya anak dan usia sebaya dengan suamiku.

Dari luarannya, pasti tiada siapa yang menyangka seorang wanita berkerjaya, berpenampilan sopan punya hubungan dengan suami orang. Ya, tapi itulah hakikatnya. Aku gelarkan wanita itu Z.

Manakala aku kenalkan suamiku sebagai N.karakter N ni easy going, jadi dia sangat mudah diterima walau kemana saja dia pergi. Tambahan, dia good looking, wajah persis chinese look dengan tubuh yang kurus dan tinggi lampai. Aku akui N sememang punya ramai peminat.

N bekerja dalam sektor koprat. pada awal perkahwinan, aku meletakkan sepenuh kepercayaan kepada N lantaran hubungan yang terbina dari sebelum kahwin adalah PJJ.

Aku yakin hubungan yang terbina cukup kuat, lantaran kesungguhan dan komitmennya untuk menjadikan aku isterinya bersungguh-sungguh.

Sebagai sebagai seorang suami, dia cukup memberi dan menyediakan segala keperluan dan kemahuan aku dan anak. Dia sanggup mendahulukan aku dan anak sebelum dirinya. Dia juga pandai melayan dan bermain dengan anak.

Tanggungjawab nafkah zahir dan batin tidak pernah dia abaikan. Segala keperluan memang cukup sempurna bagi aku.

Simpanan dalam peti ais tidak pernah kurang, penjagaan tubuh badanku tidak pernah tidak cukup, permainan anak tidak pernah tidak ada bahkan dia rajin membeli pelbagai jenis mainan agar anak tidak bosan.

Dia juga tidak lokek untuk sesekali menghantar aku ke spa, salon atau pusat urutan untuk memanjakan diri. Aku pula seorang tipikal isteri yang biasa-biasa sahaja.

Yang mana rutinku dari pagi hingga ke tidur menguruskan anak dan urusan rumah tangga. Aku isteri yang pandai memasak, sebutkan saja keinginan perutnya, pasti akan aku tunaikan. Aku suka memanjakan suamiku dengan air tanganku. Aku juga seorang yang perfectionist.

Rumahku mesti kemas dan bersih. Aku sangat tidak boleh bertolenrasi dengan rumah yang berbau, selerak dan kotor.ini menjadikan aku penat dan stress. N seorang suami yang baik, Cuma kelemahannya dia langusng tidak mahu membantu aku menguruskan rumah tangga.

Dari sekecil kecil perkara, hingga sebesar-besar perkara hanya aku yang uruskan seorang diri. Dari manja, aku bertukar menjadi seorang yang garang, yang pemarah.sudah berulang kali aku suarakan pada suami, berubahnya hanya sekejap.

Aku penat. Sangat penat.Aku cuba menjadi seorang isteri yang sempurna, sempurna dalam segala hal untuk suamiku, tapi Allah Al jalil yang maha mempunyai keagungan dan kesempurnan mengingatkan bahwa sempurna itu bukan sifat manusia.

Kemuncak kepada masalah rumah tangga kami apabila suamiku N mula berkongsi cerita rumah tangga kami pada Z. Mereka sebenarnya saling berkongsi masalah rumah tangga yang akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta. Apa yang membuatkan aku rasa ada sesuatu antara mereka?

Jawapannya satu, Naluri isteri. Naluri dan gerak hati isteri tidak pernah salah. Apa respondku apabila aku merasakan ada sesuatu antara mereka? Aku seperti kebanyakkan perempuan, terus menghantar makian dan celaan kepada z melalui whatapps.

Tahu apa respond z? Dia membalas balik semua makian aku dengan kemarahan. Selain dari naluriku yang kuat, aku marah kerana z kerana tiada segan silu memberi emotion love dalam setiap komen suamiku di SOCMED sedangakn dia masih lagi isteri orang.

Aku fikir itulah mesej pertama dan terkahir tetapi aku silap , mesej ini berlanjutan hingga terbongkarnya kisah kecurangan mereka.

Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga kan? Aku tidak menyalahkan Z 100%, its take two to tango. Kali kedua z mesej aku dengan nombor yang lain.

Dia minta aku, untuk minta maaf padanya atas cacian dan makian yang aku berikan. Can u beleive it? Wanita jenis apakah yang telah berbuat salah, tapi sebesar zarah pun tiada rasa simpati? Sekiranya aku ignore mesejnya dan block dia akan guna nombor lain untuk mesej. Gigih kan dia?

Pada mulanya mereka memang bermati matian mengatkan mereka hanya kawan rapat, tapi bila aku tanya pada Z apa perasaan dia pada N, dia menjawab biarlah dia saja yang tahu.

Pada waktu ini suami sudah mula diam dari berhubung dengan Z. Suamiku sebenarnya seorang pengecut. Dia membiarkan N terkontang kanting seorang diri sedangkan dia diam sebab takut rahsianya terbongkar.

N sanggup bersumpah dengan menjujung Quran mengatkan dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan Z, tapi itu semua hanya dari tindakka seorang lelaki pengecut. Allah maha besar, tidak akan sesekali dia membiarkan hambanya terkontang kanting seorang diri.

Aku berdoa kepada Allah, sekiranya aku teranaya, sekiranya suamiku menipu, kau tunjuklah kebenarannya.

Benar, doa orang yang teranaya tiada hijabnya. Selepas pulang dari percutian sempena wedding anniversary kami yang ke-5, tepat pada tarikh ulang tahun perkahwinanku, aku mendapat mesej dari satu nombor yang tidak aku kenali.

Macam dalam drama kan? Tapi ini relaiti. Dia perkenalkan diri sebagai suami kepada Z. Dia tanya adakah aku tahu megenai hubungan isterinya dengan suamiku? Aku sekadar memastikan.

Hubungan yang bagaimana? Aku tidak mahu silap membuat percaturan. Setelah didesak, dia menceritakan padaku tentang hubungan skandal Z dan N. Dia pernah terbaca perbualan N dan Z. Perbualan mesra seperti pasangan yang tengah hangat dilamun cinta.

Suamiku N turut memanggil Z dengan panggilan manja My love. Remuk luluh hancur hati aku. Tangan menggigil, meraung, rasa nk menjerit. Bayangkan selama ini kau hanya menyangka-yangka, rupanya apa yang kau sangka itu adalah pasti.

Panggilan my love bagiku sangat istimewa. Sangat istimewa untuk orang yang istimewa.

Suami Z juga beritahu kepadaku, dia menjumpai berus gigi, ubat gigi, shaver dalam satu bag kepunyaan suamiku didalam bag Z. Alasannya kerana N tidak mempunyai bag ketika mereka menjayakan booth , jadi dia tumpang bag z.

Demi Allah fikiranku memang dah jauh merewang.suami Z turut memberikan kata-kata semangat untukku. Dari perbualan ku dengan suami Z aku faham, walaupun dia mengatakan Z tidak layak untuk dipertahankan, tapi dia seolah menyalahkan suamiku atas semua yang terjadi.

Dia kata, sebelum ni wife dia tidak pernah buat perangai macm tu. Dia percaya pada kata-kata Z bahawa mereka tidak pernah terlanjur.

Entahlah setelah difikirkan- fikirkan adalah itu adalah suami Z atau Z yang mrenyamar jadi suaminya. Wallahualam. Suatu hari ketika N outstation ke negeri lain aku menghantar pesanan ringkas pada Z.

Aku nyatakan N telah memburuk burukkan Z pada aku. Aku katakan lagi, N cakap z ni terhengeh-hengeh nak kan N, apa lagi, Z naik marah lalu dia bongkarkan rahsia skandal mereka. Menggigil tangan aku membaca setiap pengakuan Z.

Tak kusangka, N seorang suami yang aku sanjung dan hormat, memnpunyai hubungan sulit dengan isteri orang. Segala sumpah dan janji hanya mainan di bibir. Beraninya bersumpah atas Quran, sedangkan kenytaannya tidak begitu!

Z reveal bahawa, N selalu Video callnya dia melalui whatapps tak kira waktu. Mereka selalu membalas pesanan mesej dan mempunyai panggilan yang istimewa.

N mengaku sayangkan Z. N juga memburukkan aku pada Z, pada officematenya, pada parentsnya. Nampak betapa pengecutnya dia?

Malam itu, kemuncak segalanya. Kami bergaduh besar. N masih dengan penafiannya sehingga aku foward setiap mesej Z pada N. Akhirnya N mengaku. Dia minta maaf atas silapnya. Berjanji tidak akan mengulangi. N terus terusan menghubungi ku beratus kali.

Aku matikan talian. Puas. Puas tengok N tak keruan. Malam itu aku bagai kerasukkan, begitu juga N. Setelah aku on semula handphone, kami bergaduh kembali sehinggan N melafazkan cerai taklik. Sekiranya aku berhubung dengan Z atau suaminya, maka jatuh talak 1 padaku.

Aku kemudian ucapakn terima kasih, lalu aku matikan talian. Dia kembali menghubungiku, meminta maaf dan tarik balik takliknya.

Apa dia ingat taklik boleh dibuat main?! Sekali kau lafaz, ianya sudah menjadi hukum yang sah disisi undang-undang islam. Allah, kenapa kau ujian yang sangat berat begini.

Aku peluk ankku erat-erat. Cukuplah dia menjadi saksi pertengkaran kami, aku tahu dia trauma. Anakku, dia melihat tiap kali aku menjerit, meraung, menangis . Dia masih terlalu kecil. Dia tidak patut melihat semua ini.Pagi esoknya, ketika N menghubungi aku, aku dengar getar suaranya.

Aku dengar hela nafasnya. Aku tahu dia tidak keruan. Dia merayu untuk aku memaafkannya. Malah dia mengugut ingin bunuh diri.

Aku hanya ketawa. Drama? Lagi dan lagi? Ku anggap tempoh perkahwinan 5 tahun dia bersamuku, hanya lakonan. Lakonan kononnya dia bahagia, sedangkan tidak. Maaf, aku sememangnya bukan isteri sempurna.

Pulang dari outstation, N minta untuk berbincang. Dia minta aku maafkan, beri peluang untuk perbetulkan semuanya. Dia kata dia tidak akan sesekali melepaskanku. Apa yang terjadi, dia akan rujuk aku balik. Senangnya?.Hati aku tawar setawarnya.

Benci sebencinya. Pasti kalian tertanya mengapa tidak bercerai saja, itukan hukuman paling agung buat si pencurang.

Iya, pada waktu itu memang aku berfikir bercerai sahaja. Ingin sahaja aku langgar taklik, tapi ada 2 benda yang aku fikirkan, pertama anakku kedua ibuku. Keadaan ibuku masih tidak sihat.

Dia masih perlu buat ctg pada jantung. Keadaanya belum cukup stabil. Jadi aku tangguhkan dulu.

Segala masalah dan aib suamiku aku simpan ketat-ketat. Sedikit pun tidak aku ceritakan pada kawan baik atau ibu dan ayah, tapi pada mula kesangsianku pada suami ada aku bercerita pada ayah mertuaku.

Aku percaya padanya, aku anggap dia seperti ayah kandungku. Lagi pun pada siapa lagi untuk aku berharap . dalam islam sendiri menganjurkan wujudkan pihak pendamai bertujuan untuk mendamaikan pasangan suami isteri yang berada di ambang penceraian.

Aku fikirkan, ayah mertuaku adalah calon yang tepat untuk menasihati suamiku. Dia turut memberikan kata-kata semangat, sedikit pun tidak berniat memburukkan anaknya, Cuma meminta dia menjernihkan keadaan sahaja.

Keadaan jadi lebih teruk apabila aku mendapat kiriman surat layang yang pertama, beralamat di kediaman kami suami isteri.

Dalam surat itu, penuh dengan kata cacian dan hinaan, antaranya aku surirumah yang tidak mendatangkan untung pada suamiku, aku orang kampung, minta aku sedar diri sebab aku tak punya apa-apa, sekiranya apa-apa terjadi suami lebih berhak ke atas anakku,

Dia katakan aku menjaja cerita sedih pasal keluargaku, minta untuk aku pulang ke kampung dan menuduh aku meminta suamiku menanggung keluargaku dan dia juga menyatakan bahawa dia sedikit pun tidak merasa kasihan dengan satu persatu ujian yang datang menimpaku.

Ini tuduhan dan fitnah yang amat berat bagiku.aku alami tekanan. Aku hampir accident bersama anakku ketika driving. Aku sentiasa fikirkan siapa penulisnya. Selera makanku berkurang. Badanku menyusut.Aku mengalami kemurungan yang sangat-sangat.

Mujur ketika itu ibu ada dirumahku. Aku menjaganya, membawa dia kerumahku kerana dia belum lagi sihat sepenuhnya.

Mulanya aku tidak berniat untuk tidak beritahu ibu mengenai surat layang itu, tapi aku tidak dapat mengawal emosi, aku menangis seperti anak kecil, kemudian terpaksa aku ceritakan perihal surat layang itu pada ibu.

Hanya perihal surat layang, bukan mengenai masalah rumah tangga kami. Aku minta ibu doakan aku. Terasa sedikit berkurang beban didada.Dalam fikiranku, yang menulis surat layang itu pasti orang tahu perihal masalah rumah tangga kami.

Aku sekadar mengagak, mungkin suamiku, mungkin skandal suamiku Z, mungkin dari pihak keluarga mertuaku.mustahil orang selain dari orang-orang ini, kerana dari gaya luahan perasaan dia amat tahu tentang pergolakkan yang berlaku dalam rumah tangga kami.

Beberapa bulan selepas itu, kiriman surat layang kedua dilayangkan kepada orang tua ku.

Dalam tulisannya meminta ibu ayahku mengambil ku kembali, menyatakan bahawa N telah hilang rasa cintanya padaku, yang ada Cuma kasihan dan sebab anak. Bagiku penulis surat layang itu hatinya kering, jiwanya kotor.

Aku sangat yakin dia seorang narsastik dan juga psychopath kerana zero empati dalam dirinya. Kali kedua surat layang dihantar, ayahku membuat report polis. Aku tidak menolak kemungkinan jika Z yang melakukannya kerana hanya dia yang begitu jelas membenciku.

Dia tahu setiap yang berlaku dalam hidupku, pertama ada aku ceritakan mengenai ibu dan anakku yang sakit, kedua mungkin dari luahan perasaan suamiku.Dia juga slalu stalk SOCMEDku, pantang ada photo kemesraanku dan suami, pasti dia akan mengamuk dan melakukan provokasi.

Paling teruk, dia terusan DM ku di instagram maki-maki, membuat akaun ig palsu atas namaku, menukar profile pic Ig dan whatapps gambarnya dan suamku walaupun ketika itu dia masih berstatus isteri orang.

Bagiku dia membuka aibnya sendiri. Penilaianku, dia tidaklah begitu cerdik walaupun dia seorang yang bekerjaya dengan jawatan yang agak gah. Dia perempuan yang sangat kalah dengan emosi, begitu juga aku.. Haha.

Z juga mengaku pada N dia sengaja membuat provokasi. Janjinya, dia akan buat sehingga kami bercerai. Hebatkan penangan skandal isteri orang? Di facebook, aku tahu, statusnya sengaja menyindirku.

Penuh negativiti. Dari tulisannya bangga dengan kononnya natural beautynya (sumpah aku nak gelak) dan menyindir mereka yang suka ber make up (akulah tu). Inilah perempuan yang luarannya nampak baik, sopan, malah dah tunaikan ibadah umrah tetapi hatinya hitam busuk dan kotor.

Aku masih ingat mula-mula terjadinya semua ini, dia whatsapps aku minta aku minta maaf padanya. What?! Imagine seorang skandal kepada suami meminta aku minta maaf padanya atas kata-kataku padanya?

Aku mengaku, aku menggelarnya perempuan murah*an. Selayaknya dia begitu, sebab seorang wanita yang mahal tidak akan sewenangnya bermain cinta dengan lelaki bergelar isteri orang.

Di mana maruahnya? Dimana malunya?

Aku faham, kenapa dia berdendam dengan aku, mungkin kerana hubugan dia dan suaminya dingin. Mungkin juga rumah tangganya retak menanti belah, mungkin juga dia masih sayang pada suamiku. Mungkin juga dia marah kerana suamiku memilihku dari memilih dia.

Ntahlah. Aku masih tertanya wanita jenis apakah yang langsung tiada rasa bersalah selepas merosakkan rumah tangga orang? Malah dia berdiri seperti dialah mangsa keadaan. Aku tidak tahan diasak dengan provakasinya. Bagiku dia terlalu melampaui batas seorang perempuan, isteri dan juga ibu.

Akhirnya aku buat aduan ke Pejabat Agama Islam Daerah. Aku nyatakan masalahku, mereka mengatur aku untuk berjumpa kaunselor, tetapi pegawai tersebut meminta untuk suamiku, Z dan aku untuk berada pada sesi yang sama.

Aku menerangkan jika aku perlu berjumpa atau berhubung dengan Z maka jatuhlah talak 1 padaku.

Bukanlah aku terlalu beriya dalam perkahwinan ini. Tidak lagi, setelah semua pengorbanan aku suami balas dengan kecurangan dan memburukkan aku pada officemate dan keluarganya.tapi, satu demi satu peristiwa yang membuatkan aku terpaksa dalam hubungan ini .

Aku tidak pandai menipu. Kiranya dari luaran nampak aku bahagia, ya aku bahagia setelah banyaknya sabar dan sekali lagi, pengorbanan. Sebelum terbinanya ikatan yang suci ini, telah aku niatkan perkahwinan ini adalah kerana Allah taala.

Jadi kenapa aku mengeluh bila mana Allah menitipkan ujian sebegini berat dalam hidupku? Ya, nyaris saja aku putus asa tapi akhirnya aku memilih untuk bangkit berdiri .Aku juga meminta sahabat baikku untuk menyampaikan doaku di tanah suci mekah.

Baiknya sahabatku, dia sedikit pun tidak bertanya perihal masalahku, malah dia mengengam erat doaku agar tidak diketahui sesiapa.

Mengenai suamiku, jangan kalian sangka atas semua yang terjadi ni aku masih menyanjung atau menyokong apa yang dilakukannya. Aku pernah memukulnya sekuat hati selepas kejadian itu.

N berkata aku berhak untuk memukulnya. Memang dia berbuat salah, memang selayaknya dia juga turut dimaki, dimarah dan dipukul. Tapi apalah kudart aku seorang perempuan membuat pukulan pada seorang lelaki? Sedikit pun tidak mencederakannya.

Dari awal lagi, aku telah nyatakan pada N kiranya memilih untuk bersamaku, dia perlu hadap bila mana tibanya angin ku. Ada masa aku ok, ada masa aku akan kemurungan teringatkan kisah skandal, surat layang, dia perlu terima sekiranya tiba-tiba aku boleh moody atau marah.

Paling nyata, sekiranya moodku tidak stabil, aku akan membelanjakan wangnya sesuka hatiku. Padan muka N!. Memang tiada simpati bila aku menggunakan wangnya.dan aku yakin kifarahnya akan tiba bila tiba masanya. Allah lebih mengetahui.

Dalam tempoh setahun ini, kami sama-sama berusaha memperbaiki hubungan. Kami kerap bercuti, kerap meluangkan masa berdua.

N ku lihat ada banyak perubahan, tak pasti samaada lakonan atau dia sudah benar-benar berubah. Allah lebih tahu. Dia sudah pandai membantu urusan rumah tangga.

Sudah boleh diharap untuk menyidai kain, untuk mengemas rumah sekiranya rumah kotor, sudah pandai menguruskan anak-anak, rajin membantuku didapur..

Sekiranya berpeluang kami akan sama-sama masak didapur sambil membawang, jika aku masak dia boleh mengemas, jika aku penat dia yang akan take over jaga anak.

Semua yang dilakukan tanpa aku minta dan konsisten selama setahun ini Dia juga sering mengajakku untuk solat berjemaah. Dia bentangkan sejadah dan kami solat berjemaah diikuti dengan anak kami. Allah, moment yang sangat indah. N juga kembali seperti dulu, mengutamakanku dalam segala hal.

Bertanya padaku sebelum apa-apa keputusan yang dibuat. N juga selala memenuhi segala keiginanku. Aku tidak meminta, tapi dia selalu bertanya barang apa yang aku tiada, apa yang aku nak, apa yang aku suka. Begitulah dia selama setahun ini.

Ujian ini seperti jentikkan tanda sayang Allah pada perkahwinanku, seperti ada yang perlu diperbaiki dalam perkahwinan kami.

Ya banyak yang kami perbaiki antaranya, mengenai solat, layanan pada orang tua, layanan pada anak, tanggungjawab masing-masing dan banyak lagi.

Setelah setahun berlalu, emosiku kian pulih. Kian stabil. Terlalu jauh berbeza dengan awal penerimaanku dulu.

Dalam tempoh setahun ini, aku banyak upgrade diriku dari segi penampilanku, lebih fokus pada diriku, pada minatku. Aku fokus pada anak-anak. Pada kegembiraan mereka.

Dalam masa setahun ni terlalu banyak perkara yang terjadi. Seperti masa, ia mengubat segala sakit dan pedihku.

Sekiranya tulisanku ini berat sebelah seperti seolah menyalahkan Z dan memenangkan N kalian silap. Aku sendiri, bedoa dan memohon kepada Allah sekiranya mereka bersalah hukumlah mereka selayaknya mengikut ketetapanNya.

Hukuman bukan pada aku tapi pada Allah. Aku juga hamba, tidak layak untuk menghukum, satu sahaja pesanan buat suamiku, iya aku tidak sempurna, tapi atas ketidaksempurnaanku itulah, akulah manusia yang tiap hari tanpa gagal mendoakan keselamatanmu,

Menunggumu didepan pintu rumah tika hari hujan, menyuci lukamu tika engakau accident, yang membersihakn pakaianmu hingga tiap hari tanpa gagal sehingga engku boleh memakai pakaian yang bersih, kemas dan wangi,

Yang tiap hari memasak makanan untuk mu, yang tiap hari melayani kerenahmu, yang tiap hari mendidik anakmu,

mengajar dari tidak tahu apa-apa kepada seorang anak yang cerdik dan akulah juga insan yang memastikan rumah kita sentiasa dalam keadaan bersih, selesa dan kemas agar bila kau pulang dari kerja kau hanya perlu berehat dalam perlu memikirkan urusan rumah tangga.

Jika atas ketidaksempurnaan ini menyebabkan kau rasa aku seperti beban, lepaskanlah aku dengan cara yang baik, biar aku pulang berbakti pada orang tuaku, tapi satu, jangan sesekali berebutkan anak dariku kerana dia nyawaku.

Aku berkorban segala untuk anakku. Jika satu perempuan tidak cukup bagimu, pergilah pada kemana-mana perempuan yang kau suka. Semoga dia boleh memberikan kau kebahagian. Jika kau memilih untuk bersamaku, terimalah kekuranganku, kerana aku manusia yang jauh dari sempurna.

Isteri yang tidak sempurna,

– Mariam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *