Assalamualaikum & salam sejahtera.
Aku Ina, dah 10 tahun berkahwin & Alhamdulillah, Allah kurniakan 3 anak lelaki & seorang perempuan. Rumah tangga aku sepanjang 10 tahun ni biasalah ada pasang surutnya.
Suami aku baik. Tak pernah marah yang melampau. Sekadar tegur salah aku tu biasala. Kami sama2 bekerja & anak2 hantar ke taska. Bila balik ke rumah, kami sama2 settlekan rumah & anak2. Tak ada masalah dalam hubungan kami.
Biasanya pergaduhan kami dalam rumahtangga adalah sebab orang ketiga. Suami aku tak curang. orang ketiga tu adalah mak & adik beradik suami. Terutamanya mak.
Mak mertua aku ni jenis bercakap lembut. Perwatakan lembut. Muka manis. TAPI tu semua depan anak2 & orang luar.
Punyala lembut mak mertua aku bercakap, sampai masa kenduri kawin aku, jiran2 & sedara mara cakap aku beruntung dapat mak mertua yang lembut. Bercakap dengan orang sampai orang kena dekatkan telinga untuk dengar.
Aku berkahwin atas restu dua2 pihak. Tak de istilah mertua tak suka, sebab pertama kali jumpa dia dah buka cincin kat jari dia untuk merisik aku. Semuanya ok sepanjang tunang & nikah.
Selepas kenduri belah lelaki, selepas makan malam mertua aku ajak berbual2. Suamiku sedang berbual dengan adik beradiknya. Tapi semua soalan mertua aku soalan2 adalah soalan2 yang tidak aku sangka.
Seperti “kenapa minta hantaran tinggi dari suami aku” “kenapa batal air sembahyang minta gelang” “kena duit sedekah kenduri pihak aku, aku tak minta dari parent aku”. Aku sekadar terkedu sebab duit hantaran kami, kami kongsi kumpul dari awal bertunang.
Gelang aku suami aku yang “suprise”. Aku tak tau pun dia nak bagi gelang. Duit sedekah kenduri tu mmg bukan hak aku. Tapi duit sedekah kenduri kat rumah dia pon.. tak pulak dia bagi suami aku.
Bermula la setiap kali balik kampung (kami balik sebulan sekali), aku akan diserang dengan soalan2 & segala yang aku buat adalah salah.
Tapi semua tu terjadi bila aku tinggal berdua dengan mertua. Kalau suami ada, aku ditatang.
Setiap kali balik dari kampung, aku akan stress. Banyak kali suami bertanya. Aku tak jawab sebab aku tak nak sebab aku, hubungan suami dengan mak dia berantakan.
Selepas 5 bulan kawin, aku tak tahan dah sebab soalan2 mertua aku dah jauh. “Kenapa aku bawak suami aku duduk rumah kecik”. Aku isteri. Itu sepatutnya soalan kepada suami aku. Aku mengadu dengan suami semua.
Tapi, suami aku tak percaya sebab mertua aku kan lembut. Tak akan sakitkan hati sesiapa kata suami aku.
Seperti biasa kami balik kampung. Aku merayu suamiku tak tinggalkan aku dengan mertua berdua sahaja. Suamiku hanya diam. Macam biasa aku akan tolong mertuaku di dapur. Mertua aku mula bertanya gaji aku, kerja aku, kereta aku siapa bayar (aku beli sebelum kawin).
Masa ni aku bersyukur sebab tak ada soalan2 mengundang sakit hati. Aku jawab dengan jujur sebab tak ada yang aku nak sorok.
Tiba2 mertua aku cakap “kenapa kau tak belajar tinggi2? Dapat kerja bagus, gaji besar, tak la susahkan anak aku nak tanggung kau. Ini gaji kecik, dapat sewa rumah kecik saja.
Kalau ko kerja bagus mesti dapat duduk rumah besar.” Aku terdiam & hanya hati aku menangis. Aku bagitau mertua aku nak ke tandas.
Dalam tandas aku tarik nafas panjang2 & lepaskan. Aku tak nak nangis & tak nak melawan.
Aku buka pintu tandas, tiba2 suami aku tunggu depan tandas. Dengan pandangan yang aku tak pernah nampak. Mertua aku hanya buat kerja2 di dapur macam tak ada kesalahan.
Suami tarik tangan aku masuk bilik. Minta aku kemas kain baju & cakap nak balik sekarang. Ada hal. Aku pun ikut saja la.. kemas2.
Kami salam2 mak & terus balik. Sepanjang perjalanan suami diam. Aku tanya dia ada urgent kerja ke boss suruh balik? Dia cuma geleng.
Sampai rumah, baru suami bagitau yang dia terdengan perbualan aku dengan mak dia. Dia minta maaf dengan aku sebab tak percaya apa aku cakap sebelum ni. Tapi dia minta aku bersabar.
Selama 7 tahun perkahwinan. Aku jadi pekak & bisu. Aku pekakkan telinga aku dengan caci, maki, fitnah, perli dari mertua aku. Aku bisukan mulut aku dari menjawab segala perli, hina dari mertua & ipar duai.
Tahun ke 8 perkahwinan, aku dapat anak ke 3. Dalam pantang mertua aku datang nak “jaga” aku seminggu. Banyak air mata aku tumpah masa tu.
Aku yang baru melahirkan perlu masak untuk dia sebab dia “tak larat”. Aku kena buat semua kerja2 rumah. Nampak seperti aku yang “jaga” dia.
Satu hari dia mengadu kat suami aku tentang menantu yang lain. Katanya buat perangai. Aku menyampuk kata pada suami cuba tanya dulu, jangan sembarangan nak hukum orang. Mertua aku terus kata “ko jangan masuk campur.
Ko tu orang luar”. Aku tak tau mana datangnya keberanian aku terus aku cakap dengan mertua balas setiap kata2 mertua. Depan suami aku nangis katakan aku dah lahirkan 3 keturunan dia pon, aku masih orang luar, aku dah 8 tahun kawin pon aku masih orang luar.
Aku cakap, “ok, mak ambik anak mak, saya ambik anak3 saya. Ayah anak3 saya boleh tengok anak3 dia.. tapi masa tu, saya haramkan mak usik atau tengok anak3 saya”
Suami aku terus tenangkan aku. Bawa aku masuk bilik & call ipar untuk ambik mak. Suami cakap, dia takkan biarkan aku tinggalkan dia.
Semasa ipar dtg ambik mak. Aku dalam bilik tak keluar langsung, cuma aku dengar suami aku cakap dengan mak yang kalau mak tetap teruskan semua ni. Mak akan hilang anak juga.
8 tahun aku bersabar dengan karenah mertua & ipar aku. Jiran & saudara mara belah suami semua tahu tentang keburukan menantu2 mertua aku sebab dia jaja semua kepada orang. Cerita segala yang dia tak berkenan. Sehingga bila raya, pandangan sinis yang aku dapat.
Aku bersyukur 2 tahun pkp sebab covid ni aku tak perlu berhadapan dengan semua orang. Suami aku kata dia dah jumpa aku yang dulu. yang ceria, yang sentiasa senyum.
Tapi bila dah boleh merentas ni. Mertua asik call bila nak balik kampung. Suami hanya diam. Tapi aku katakan yang aku ok, dah boleh hadap semuanya. Hanya suami aku takut aku jadi muram semula.
Aku pernah cadangkan kat suami yang kami berpisah sebab tak nak jadi penyebab hubungan dia dengan family berantakan. Tapi suami aku tak nak sebab dia kata kami tak ada masalah, yang jadi masalah dalam hubungan kami adalah orang lain.
Korang semua doakan aku kuat ye nak hadap semua perli, caci, maki, fitnah dari mertua & ipar aku. Aku tak nak hubungan suami aku dengan family dia hancur. Suami plak tak nak aku depressed.
Doakan aku ye. Ujung minggu ni nak balik kampung.
– Ina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit