Aku June, 28 tahun. Aku ni baru putus cinta last year.
Previous relationship aku 4 tahun. Berakhir sebab ex-boyfriend aku yang penyayang tu kahwin senyap-senyap dengan kekasih sebenar dia. Terlampau penyayang punya pasal sampai banyak perempuan dia pasang.
Hahaha, aku sajelah intro sikit pasal tu, so that korang tahu yang aku ni jadi ada trust issue sebab dia.
Lepas putus dengan dia aku takdelah meratap sangat walaupun patah hati juga hidup-hidup kena tipu. Tapi apa boleh buat life must go on. Aku teruskan jelah hidup macam biasa.
Few months lepas pada aku putus tu, aku adalah post biodata kat tiktok untuk tujuan cari jodoh. Sekarang kan banyak account cari jodoh dekat tiktok tu. So aku cuba jelah.
Ramai yang chat nak cuba berkenalan. Tapi entahlah ada yang gelojoh, baru chat sepatah dua dah ajak jumpa, ajak kahwin. Risauuu.
Ada juga yang dia takde rupa tapi kemain demand cakap rupa aku tak memenuhi spesifikasi, tapi it’s okaylah tu preference dia dan usaha dia nak mencantikkan keturunan beliau.
Sampai satu tahap aku rasa turn off sebab entahlah tawar hati, sebab bad experience previous relationship pun ya, rasa macam how to trust a guy.
Aku tak jumpa lagi yang bersungguh2 nak kenal dengan aku. Sampailah last month, ada one guy tegur aku dekat tiktok. Aku tertarik sebab cara dia beradab and bersungguh2.
Dia ada kerjaya yang stabil, educated, ada mindset yang bagus, agama pun bagus, cuma kekurangan dia agak kaku. Yelah bukan semua orang dilahirkan sebagai periang kan.
Bagi aku, dia green flag. Tapi aku tetap berhati-hati and jaga batas. Kami chat benda yang perlu sahaja.
Masalahnya lama-lama aku jadi lost tak tahu nak borak apa sebab dia kurang bertanya. Ke dia dah lost interest?
Tapi memang dari awal perangainya gitu. Dia tak tanya sangat, aku pun rasa pelik. Dia ni okay ke tak dengan talking stage ni.
Kalau aku tanya apa2 soalan dia akan jawab dengan sangat2 detail masalahnya! Explanation dia jelas, panjang lebar dia hurai.
By the way, he’s an introvert. Hm, ke dia tak pandai bergaul eah? Orang tanya baru jawab. Bila dia macam tu aku jadi risaulah. Ke dia ni just nak ada kawan chat.
Aku nak jujur je tanya apa tanggapan dia tentang aku. Talking stage ni nak diteruskan ke tak. Tapi kang takut dia rasa aku ni gelojoh.
Entahlah kan. Dia buat aku overthinking.
Ouh ya, setiap hari aku doa dekat Allah supaya jauhkan dia sejauh2nya kalau dia bukan jodoh aku dan permudahkanlah kalau memang dia jodoh aku sebab aku dah tua taknak lah buang masa dengan orang yang nak main tarik tali.
Tapi tulah, setiap hari aku ingat dia akan ghosting aku tapi setiap hari tulah dia muncul. Dia always muncul tapi hambar.
Korang yang lelaki biasanya kenapa macam tu eah? Cuba share. Nak tahu juga macam mana pemikiran lelaki.
Jangan kecam ya, sis luah je. Aku luah sini pun sebab cerita ni aku simpan sendiri, aku tak ada share dengan siapa-siapa pun yang aku tengah berkenalan dengan someone. (Memang tak patut cerita pun kan? Sebabnya benda pun entah apa kesudahannya lagi).
Korang kalau nak bagi nasihat or share pengalaman korang cari jodoh, mehlah share dengan aku ni. Tak retilah nak cari suami!
Apa yang aku reti cuma yakin kalau dah tertulis ada jodoh aku di dunia, insyaAllah pada hari terbaik menurut Allah, pasti aku akan bertemu dengan si dia. InsyaAllah. Aamiin yra.
Yang sedang mencari jodoh,
– Jane, si anak dara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
hai, im not sure u will read this comment or not. tapi cerita u ni sebijik jugak lah macam i punya journey, lelaki tu introvert memang tak reti sangat nak start the conversation. but he’s a good guy overall (probably). ive been dealing with him for almost a year, we re not even in a relationship though. weird kan hahah. at first memang nampak la dia macam kayu sikit nak panjangkan, tapi lama lama maybe i sendiri yang bukak banyak sangat topic, last last dia sendiri dah tahu macam mana nak tahu dah nak cabangkan one story to story macam mana. dia sendiri kadang kadang yang start the conv haha.
sampai cerita i pun dia tak nak dengar, nak cerita dia je. hm. i penat jugak kadang kadang. part bila kita nak stop benda tu, time tu lah dia muncul dengan sendirinya sangat betul ye. skrang kitaorang pun dah bawak haluan sendiri dah secara tiba tiba without closure and last farewell. mungkin dah sampai masa kot haha.
apapun, all the very best jane :D