Assalamualaikum, selamat malam. Aku harap admin siarkan confession yang dah lama membelenggu kotak fikiran hakak. Terima kasih admin kalau siarkan. Klau tak siarkan , tak tahu la pada siapa daku nak ajak berdebat.
straight to the point je la ek. Aku hairan dan pelik dan musykil sangat sangat. Kenape eh, gegadis sekarang, suke post gambar kat media social, lepas tu kau tampal stiker bunga bunga dekat bahagian aurat yang terdedah? Kebiasaannye dekat pergelangan tangan, dada, n kaki. Okey faham nak cover aurat. Serius aku sangat salute wanita yang begitu.
Tapi masalahnye sekarang, awak keluar rumah memang tak pakai stokin, tudung atas dada, belit tengkuk, tangan baju singkat, seluar singkat. Lepas tu bile post gambar, gigih laaa duk tampal bunga-bunga nak tutup aurat yang terdedah. Apa yang anda cuba lakukan? Adakah anda2 hanya menjaga aurat di dalam gambar sahaja? Aurat direal life pulak macam mana?
Satu lagi, yang duk pakai tudung atas dada. Lepas tu bila post gambar, duk tampal love la, duk tampal bunga la, duk blurkan bahagian2 tertentu. Ape motif sebenarnye? Okey aku husnuzon, mungkin angin tiup tudung dia, terselak, dan2 tu plak husben tangkap gambar, cun pulak, lighting make up semua on point. Tapi husnuzon ku terhapus bila si dia post gambar yang sama, dimana gambar-2 itu bertampal bunga dan bunga dan love dan diblurkan di bahagian-2 tertentu.
If u really want to cover ur aurah, u didnt want others to look at ur’s, cover la properly. Jangan dalam gambar je. Ini bukan soal jeles. Ini soal malu. Kan malu itu sebahagian dari iman. Kalau awak kelur rumah dah dedah sana sini, u already lost part of ur iman. Tapi siapa lah aku nak menghukum. Mana tahu amal ibadah die lagi hebat dari aku. But this ‘trend’ really bothering me. Hmm. Tu je la nak cakap. Nak cerita dengan kawan-2 pun, ramai pulak yang buat style macam tu. So aku confess dekat sini je la.
-aku yang masih confius-
– Hakak konpius
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit