Assalamualaikum. Aku nak cerita masalah yang aku dan family hadapi sekarang. Sebelum tu aku nak kongsi latar belakang mama aku. Mama aku anak angkat dalam keluarga berada. Arwah Tok Pah (nenek) bekas pegawai kebajikan masyarakat ambil mama aku masa kecil. Dalam keluarga ada 5 beradik dan 2 orang anak angkat termasuk mama aku. Mama disayangi Tok Laki which is atuk aku, Tok Laki seorang pegawai berpangkat Polis Laut.
Yang 5 beradik ni semua berjaya, orang besar dalam korporat, doktor dan ahli perniagaan. Mama pula seorang suri rumah yang hebat. Kenapa aku cakap mama hebat? Aku lahir dalam keluarga yang agak porak peranda, mama ayah bercerai semasa umur aku 5 tahun. Aku ada 3 beradik dan aku anak lelaki sulung. Mama membesarkan kami tanpa bantuan insan bernama ayah. Tak lama lepas tu mama kahwin lain. Tapi, sebenarnya ibarat keluar mulut rimau masuk mulut naga. Kisah pasal aku dapat ayah baru dan kenapa bercerai dengan ayah kandung kalau nak cerita insyaaAllah dalam next confession.
Berbalik pada kisah mama, arwah Tok Laki ada wasiatkan tanah kebun pada arwah ayah tapi dia tolak kata nya baik bagi tanah tu pada mama. Tapi wasiat hanya dari mulut tanpa hitam putih. Tanah kebun tu ada 5 buah rumah sewa. Kalau dulu namanya tanah kebun sekarang nilai nya berjuta sebab dekat dengan pembangunan. Mama diberi kepercayaan oleh Tok Pah untuk jaga tanah kebun ni, selepas mama kahwin dengan arwah ayah. Mama dapat manfaat hasil sewa rumah selepas kematian Tok Pah.
Selama ni mama besarkan kami adik beradik dengan duit sewa rumah tanah kebun dan kerja sampingan lain. Rumah sewa mama jadi buruan orang kerana sewa nya yang murah sekitar RM250-350 untuk rumah atas tanah yang ada laman. Agak kurang masuk akal sewaan begitu untuk rumah sewa dekat dengan KL. Mama tak naikkan sewa sebab itulah harga sewaan yang Tok Pah aku tetapkan dari tahun 90an dulu. Penyewa paling lama 30tahun ++ katanya dah selesa duduk disitu, nostalgia. Dengan duit itulah aku dapat melanjutkan pelajaran sampai dapat ijazah kejuruteraan. Sangat berjasa dan nostalgia tanah kebun ni pada kami sekeluarga.
Tahun ini aku dikejutkan dengan berita uncle seorang tokoh korporat yang berjaya bagi “pembayang” seolah-olah berhasrat untuk mengambil semula tanah kebun tu. Katanya dia ada 5 adik beradik, dia dah tua sebelum apa-apa terjadi dia nak selesaikan apa yang patut. Uncle cerita dekat kakak aku, aku hairan kenapa tak nak bersemuka dengan mama untuk cerita hal ni. Kesimpulan yang aku boleh buat dengan kenyataan ini, uncle aku berhasrat untuk menjual tanah kebun tu dan faraidkan kepada 5 beradik dia yang lain. Persoalannya disini, kenapa sekarang? Kenapa bukan tahun 97 masa kubur Tok Pah merah lagi? Dah hampir 22 tahun baru nak tuntut tanah tu untuk faraid?
Aku tahu siapa mama, aku sedar diri. Aku tak ada masalah untuk bersetuju dengan tindakan uncle tu tapi aku dan family berhak untuk dapatkan penjelasan. Aku yakin arwah Tok Laki dan Tok Pah tinggalkan banyak aset untuk anak-anak nya. Tanah sekangkang kera ini juga yang jadi mangsa. Mungkin sebab nilai tanah kebun ni melonjak naik dan mula mengaburi pertimbangan uncle-uncle aku yang cerdik pandai ni.
Dari segi undang-undang aku tahu uncle lebih berhak atas tanah tu berbanding mama. Sebab dia anak kandung arwah Tok Laki dan Tok Pah. Paling menyedihkan mama hanya ada copy geran tanah dan geran tanah itu masih lagi atas nama Tok Pah. We cannot win this. Wasiat ni bukan benda boleh dibuat main. Salah aturannya tak tenang hidup dunia akhirat. Tapi aku yakin tanah kebun itu sudah diwasiatkan kepada mama melalui apa yang diceritakan oleh arwah ayah cuma tak ada bukti hitam putih untuk sokong. Aku akur dalam hal ni.
Yang aku risaukan mama, kalau tanah itu diambil balik dekat mana mama nak berteduh. Itu tak kira lagi ayah tiri aku yang pemalas. Mengharap duit dari mama untuk sara hidup dia. Aku takut ayah tiri aku tinggalkan mama setelah mama tak ada apa-apa. Aku akan cerita “kehebatan” ayah tiri aku untuk next confession. Aku dah bertekad dan berbincang dengan isteri aku walau apa yang terjadi dekat mama, aku nak mama duduk dengan aku. Hujung minggu ni aku akan berbincang dengan adik beradik dan cuba untuk buat rundingan dengan uncle.
Untuk pengetahuan kau orang, mama tak tahu lagi hal sebenar kami akan ceritakan setelah kami berbincang adik beradik. Sebenarnya mama dah tahu benda ini bakal terjadi dan mama ada ceritakan pada kami but she wont expect this will came too soon. Apa-apa pun mama sudah bersedia dengan apa kemungkinan yang bakal terjadi. She’s strong inside, i know her well. Dengan ujian yang mama hadapi sepanjang hidup aku yakin mama mampu hadapi semua ni dengan tenang. Aku akan post lagi apa yang bakal terjadi selepas rundingan dibuat. Doakan kami sekeluarga tabah.
– Mamat (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit