Assalamualaikum, Hai korang. Aku Amin (Bukan nama sebenar). Harini aku tak nak share banyak pun, dan ni pun not so called confession pun. Haha.
Aku cuma nak bercerita sikit tentang Sejarah. Since aku pun history geek, dan sebab kalau aku bercerita kat luar, takde sape nak dengar, so aku cerita kat sini je la bagi korang baca. Okay? Haha.
So since recently Tengah hangat issue palestin, aku nak berceritalah tentang asal usul bangsa yang tengah hot sekarang, bangsa Israel atau yahudi.
First thing first, aku nak declare awal-awal, penceritaan aku ni based on pembacaan aku dalam kitab2 bible, al-quran dan beberapa pembacaan lain.
So kalau korang rasa aku buat cite, you guys are the expert, not me. Haha.. takpe, apa yang baik korang amik la, yang tak baik tu tegur, okay? Aku cuma nak berkongsi cerita je.
So, kalau bercerita tentang bani israel ni, memang tak sah kalau kita tak go back to the basic, which is asal usul bani Israel. Bangsa israel ni asalnya dari Nabi Yakob. Ataupun Jacobs.
Nabi Yakub sendiri pun digelar sebagai Israel yang bermakna hamba yang taat. Dan perasan tak kalau dalam Al Quran, kalau yang baik baik Allah akan sebut Bani Israel, tapi kalau kurang baik Allah terus sebut Yahudi. Sebab Allah nak kita hati hati dengan yahudi.
Tapi yahudi yang macam mana? Adakah Allah suruh kita jadi racist? Haaa.. Jom, Let’s walk the story.
So Nabi Yakub ni ada dua belas orang anak yang rasanya ramai yang dah tahu. Dan salah satunya adalah Yusuf atau pun Joseph. Yang feymes lagi satu tentulah bunyamin atau Benjamin.
Dan keturunan yahudi yang sekarang, adalah dari keturunan Bunyamin atau Benjamin dan satu lagi saudara Nabi yusuf, Yahuza.
So, macam yang kita tahu, Nabi Yusuf ni didengki oleh saudara mara dia, dan akhirnya dibuang dalam perigi buta. Dan akhirnya dia dikutip dan dibawa ke Mesir dan dijual.
Tapi takdir Allah, Nabi yusuf dipelihara dengan baik oleh salah satu pembesar di sana. Rasanya part ni ramai yang tahu kot, sebagaimana Nabi Yusuf diceritakan didalam Al Quran, dia di goda akhirnya di penjara.
Dan dalam penjara ini dia bertemu dengan dua orang dan Nabi Yusuf menafsirkan mimpi ke duanya. Sorang mati dan sorang lagi dibebaskan.
Dan Nabi Yusuf dah pesan dah kat yang selamat ni, supaya ceritakanlah tentang diri dia. Tapi dia terlupa, hingga lah raja mesir ketika itu bermimpi dengan mimpi yang pelik. Yang bercampur aduk hingga susah ditafsirkan.
Kena ingat, masa ni Al quran tak gunakan Firaun, tapi malik, ataupun penguasa. Jadi raja ketika itu adalah raja yang baik.
Jadi, orang yang dibebaskan dari penjara tadi teringat akan kelebihan Nabi Yusuf, dan memberitahu raja ketika itu tentang kelebihan Nabi Yusuf mentafsir mimpi.
Dan Nabi Yusuf menafsirkan mimpi raja tu, dan akhirnya di angkat pemegang pembendaharaan negara. Kira macam menteri kewangan la kalau bahasa budak budak sekarang. Tapi menteri kewangan tu bukan perdana menteri la. Eh?? Hihi.
Masa tu memang susah, musim kemarau memang panjang dan takde makanan. Dan Saudara2 nabi Yusuf ni datang ke mesir untuk meminta bantuan.
Oh lupa, Nabi Yakub ni di Canaan, atau bahasa mudah nya sekarang ni palestin sekarang la. So asal Nabi yusuf pun di Canaan, tetapi terbuang hingga ke Mesir.
Jadi, saudara2 nabi yusuf ni datang membawa emas untuk mendapatkan makanan. Yahudi dan emas ni berpisah tiada ya tuan tuan. Tapi diorang ni masa tu tak kenal dah Nabi yusuf. Sebab dah jadi ganteng hensem dan mabeles kan. Tapi Nabi yusuf ni kenal je diorang.
And long story short, diorang akhirnya tahu selepas Benyamin di tahan oleh Nabi Yusuf dan nabi yakub pun di bawa ke Mesir. Kat sini la bermulanya Sejarah Bani Israel di Mesir.
Pada mulanya memang bani israel di layan dengan baik, bahkan nabi Yusuf sendiri memegang kuasa di Mesir. Macam menteri la, kira ada jawatan.
Tapi over time, bila Nabi yusuf wafat dan silih berganti pemerintah, kaum natif Mesir ataupun Bangsa Qibti tak puas hati dengan Bani israel.
Ibarat macam dianggap pendatang lebih kurang. Macam ada satu negara tu. Tapi bezanya, bani israel tidak di beri jawatan dan dilayan sebagai hamba.
Oh, sebelum Nabi yusuf wafat, Dia ada berpesan supaya di bawa jasad dia ke Canaan dan dikuburkan bersama Ayahnya, Nabi Yakub. Tapi… Ada tapi ye tuan tuan.
Bangsa Qibti ni ambil Jasad nabi yusuf atau keranda nabi yusuf dan diletakkan batu. Hilang didalam sungai Nil.
Dengan harapan bahawa Bangsa Israel ni akan terus kekal di mesir sebagai Hamba mereka untuk di tindas dan tidak dapat menunaikan permintaan terakhir Nabi yusuf. Supaya mereka terperangkap di Mesir dan kekal di Mesir.
Tapi ni cerita dari alkitab la. Sampai la Nabi Musa yang menjumpai Jasad atau keranda Nabi yusuf dan dibawa keluar.
Okay sambung.. Bani israel ni memang dijadikan hamba. Di paksa kerja berat2, bahkan dijadikan hamba seks. Hinggalah satu ujian paling berat yang Allah ceritakan dalam Al quran, di mana Bani Israel ni anak anak lelaki mereka di bunuh.
Masa tu, Firaun bermimpi, bahawa satu hari nanti akan ada anak lelaki dari bangsa Israel ni menjatuhkan kerajaan dia. Sebab tu dibunuh kesemuanya bayi lelaki. Kecuali yang terselamat dalam kitab tafsir kata ada dua orang. Musa bin imran, dan Musa Bin Zafar.
Musa bin Imran ni adalah Nabi musa, dan Musa Bin Zafar atau Musa As Samiri yang mengikut sesetengah tafsir adalah dajjal.
But like I said, ni melalui pembacaan aku. Musa As samiri ni memang takde rekod dia setelah dia dihalau. Rasanya sape yang nak buat tesis master ke phd, boleh la amik tajuk ni As samiri ni. Jangan tahu nak hentam je. Ahaks.
Anyway, sambung. Haha. Akhirnya Nabi Musa dihanyutkan di Sungai nil, dan akhirnya dikutip oleh Asiah, isteri firaun.
Allah cerita, perasaan ibu nabi musa masa tu haru biru. Hampir2 je nak bocorkan bahawa tu anak dia, tapi ditahan. Dan Allah janji untuk pulangkan semula Nabi Musa.
Dan memang benar, tidak ada ibu susuan yang sesuai untuk Nabi Musa walaupun ramai wanita dah cuba atas arahan firaun, hinggalah pada masa tu Ibu Nabi Musa sendiri yang memberi susu. Allah kembalikan juga Nabi musa ke Ibunya walaupun dengan status samaran ibu susuan.
Long story short, Nabi musa membesar sebagai Putera raja. Walaupun dia Putera raja, tapi dia takde privilege sebagai Putera raja pun, sebab bagi mereka Musa tetap orang luar.
Hinggalah satu hari ada pergaduhan berlaku, antara seorang yahudi dengan orang bangsa Qibti. Nabi Musa cuba meleraikan keduanya.
Tapi biasa laa, bila dua orang Tengah bergaduh, kita cuba leraikan, kadang2 ada terkasar sikit. Nabi Musa tertampar orang yang bangsa Qibti. Tertampar je bang, bukan sengaja nak teleng kan kepala.
Tapi, takdir Allah, mati orang Qibti tu kena tamparan Nabi Musa. Nabi musa pun takut. Kita pun mesti la gelabah kan? Kan kan? Mesti melarikan diri kan? Yela, sebab tak sangka sampai mati kan?
Sama la seperti Nabi musa. Dalam ketakutan dia melarikan diri. Keesokan harinya ada berlaku lagi pergaduhan, dan nabi Musa lihat, orang yahudi yang sama yang cari pasal. Yahudi kot, memang perangai macam ni la.
Bila nampak Nabi Musa datang, lagi cekang la. Ada bekap datang. Sama la macam sekarang, ada bekap besar Amerika, kemain cekang.
So, Nabi Musa geram dan Nabi Musa cekak orang yahudi ni, dan berkata, yang puncanya adalah kamu. Suka cari gaduh. Suka cari pasal. Lebih kurang la dia cakap camtu, sebab nak bagi senang faham.
Jadi apa jawab orang yahudi ni? “Wahai musa, adakah kamu ingin membunuh aku sebagaimana kamu membunuh orang semalam?”
Masa ni mata mata Firaun atau special branch Firaun memang tengah cari, siapa yang membunuh bangsa Qibti semalam. Jadi dengar macam tu, Nabi Musa pun melarikan diri ke Madyan.
Di sini la Nabi Musa berjumpa dengan dua orang gadis, sebagaimana yang Allah ceritakan dalam Quran. Nabi musa pun menolong gadis ini dan akhirnya bertemu dengan Nabi Syuaib ataupun Jethro dalam Al kitab. Dan akhirnya bernikah dengan salah seorang anak perempuan Nabi syuaib.
Setelah beberapa lama di Madyan, Nabi musa pun ingin pulang ke mesir. Di dalam perjalanan ke Mesir, kat sini la berlakunya peristiwa Nabi Musa berbicara dengan Allah.
Bila sampai di Bukit Sinai ataupun Tursina, Musa melihat adanya api. Jadi Nabi Musa nak ambil api ni, untuk kegunaan dia dan isteri dia, tetapi yang peliknya, api ni menyala tapi tak membakar pokok tu.
Kat sini la Allah tegur Nabi Musa, bahawa Aku adalah Allah, Rabb semesta Alam. Kat sini jugak la Allah suruh Nabi Musa lemparkan tongkat hingga menjadi Ular dan Tangan Nabi Musa bercahaya.
Dan Allah bagi mission dekat Nabi Musa, supaya pergi ke Firaun dan dakwah dia menyembah Tuhan yang Satu. Rabb sekalian Alam.
Long story short, bila Nabi Musa sampai dari Madyan ke Mesir, dan mula berhadapan dengan Firaun, Firaun ni mengamuk la. Marah.
Dia kata ni Rabb yang paling tinggi, ataupun tuhan yang paling tinggi. Dia memerintahkan haman untuk bina Menara paling tinggi supaya dia dapat melihat Tuhan Musa.
Ha, ancient technology, yang ni another story la. Sebab civilization before kita, sangat advance. Kita fikir la, kita sekarang dah 2000 tahun setelah Nabi Isa, since kita guna tahun Masihi which kita refer dengan timeline Nabi Isa.
Dan dah 2000 tahun ni, macam macam kita kecapi. Apa yang membuat kita berfikir, manusia zaman dulu terlalu dangkal beribu tahun tanpa membut sebarang teknologi? Tapi tu cite nanti la.. nanti tak habis.
So sambung.. Kat timeline ni la yang berlaku Nabi Musa lawan semua ahli sihir Firaun. Rasa cite ni semua dah tau. Singkat cerita, Nabi Musa pun ingin bawa Israel dan orang beriman ketika itu keluar dari bumi mesir
Tapi sebelum keluar, orang orang yahudi amik emas emas tuan diorang. Tu pun salah satu sebab kenapa mereka di kejar.
Walaupun sebab utama adalah kerana ingin menghapuskan Bani Israel dan orang yang beriman ketika itu, tapi kita tak boleh nafikan memang ada emas yang di ambil.
So seperti yang kita tahu, laut terbelah dan Firaun tengelam. Ada yang mengatakan Ramses ii adalah Firaun yang tenggelam tu. Tapi tu korang cari sendiri la ye.
Bila lepas dari dikejar Firaun, maka Bani Israel pun berjalan menuju ke Tanah yang di janjikan. Which is Palestin, yang didiami oleh bangsa atau suku Kanaan Ketika tu.
Dulu, orang Palestin yang tidak beriman, Bani Israel yang beriman. Sekarang dah terbalik, Bani Israel yang tidak beriman, orang Palestin yang beriman. Allah kalau nak bolak kan hati, senang je. Simple. Kun Fayakun.
So ketika dalam perjalanan ni, Bani Israel melintas satu kaum yang menyembah berhala. Jadi mereka meminta kepada Nabi Musa, supaya dibuatkan satu berhala untuk mereka sembah. Of course la Nabi Musa marah.
Bukan satu dua mukjizat depan mata, tapi still nak sembah berhala jugak. Jadi kena tempelak la dengan Nabi Musa.
Singkat cerita, Nabi Musa mendapat arahan untuk mendapat syariat bertulis, which is Taurat di Bukit sina atau Tursina. Jadi, Nabi Musa harus meninggalkan kaumnya selama 30 hari di bawah jagaan Nabi Harun atau Aaron.
Nabi Musa di bukit Tursina harus berpuasa selama 30 hari. Tetapi hari terakhir, Nabi Musa tak berpuasa, kerana bimbang mulutnya berbau bila berbicara dengan Allah. Kerana itu di genapkan sepuluh hari menjadikan keseluruhannya 40 hari.
Sepanjang peninggalan Nabi Musa, permulaannya Bani Israel memang setia menunggu. Tapi bila Nabi Musa tak muncul tiba, maka ada la suara yang mengatakan Nabi Musa telah meninggalkan mereka.
Lalu Musa As samiri, satu antara dua bayi yang terselamat tadi tu, bangun dan berkata, Mahu kah kalian aku buat satu berhala seperti mana yang pernah kalian lihat sebelum ni?
Maka emas emas yang dicuri tadi, di kumpul dan Musa as samiri pun membuat satu patung lembu emas yang boleh bercakap. Dalam Al quran memang kata bercakap, dan secara peribadi, aku rasa tak pelik pun bercakap.
Sebab Ayat Musa as samiri selepas tu seperti yang direkod kan dalam Quran “Kerana aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak ketahui“.
Ayat ni la yang jadi perbahasan sampai sekarang, apa yang Musa as samiri tahu dan lihat hingga Allah rekod perkataan ini di dalam Al quran.
Kemudian, Nabi Musa pun turun dari bukit Sinai dan kembali kepada Bani Israel. Dan of course la sangat sedih dan kecewa sebab bila melihat kaum dia menyembah berhala sapi/lembu.
According to Bible, Sebenarnya Allah dah bagitau dah bahawa Bani Israel sudah terpesong, dan Nabi Musa memohon ampun dan tidak ditimpakan bencana kepada mereka.
Jadi bila sampai je kat Bani Israel, Nabi Musa punya marah atau kecewa, hingga tercampak la tablet of testimony atau Taurat hingga berkecai. Di carinya Nabi Harun, dan bertanya “Apa yang menghalangi kamu ketika mereka sesat?”
Dan Nabi Harun pun jawab, bukan saya tak nak, Cuma saya tak nak Bani Israel ni pecah belah dan berpuak puak. Nanti berlaku peperangan antara yang baik dan buruk dan lebih banyak kerosakan jadi.
Lebih baik Nabi Musa datang dan tarbiah semua sekali gus. Biar semua kembali beriman. Lebih kurang macam ni la dialog dia.
Ni semua saya cerita based on Al quran ye tuan2. Cumanya kalau nak reference tu kena rajin2 la membaca Al quran. Saya tinggalkan supaya tuan tuan boleh buat research sendiri. Cari sendiri sebelum kondem orang. Haaa.. membaca amalan ilmu gitchuw..
Okay, long story short, Allah ampunkan Bani Israel dengan syarat supaya bunuh diri mereka sendiri. Siapa yang buat salah, kena bunuh diri mereka sendiri sebagai taubat.
Kat sini korang jalan salah faham, kenapa Allah bagi hukuman macam tu. Korang kena tau, the highest degree of Sins, is when u make other worship other than Allah.
Dosa yang paling besar, bila kita adakan sesuatu selain Allah. Sebab tu, berat makna dan pujian2 zikir kepada Allah. Pahala yang besar dengan zikir zikir memuji Allah. Sebab kita menafikan ada nya Tuhan selain dari Allah.
Kalau korang nak nafikan hukuman ini tidak adil, kena fair.. Hukuman seppuku ni ada je dalam tradisi samurai Jepun.
Demi Maruah, sepuku dilihat sebagai menebus kesalahan atau kekalahan demi mengembalikan maruah. Tapi tu korang kaji sendiri la. Nanti Panjang lagi.. banyak nak cover ni. Haha.
Okay, back to the story. Jadi, setelah semua tu, As samiri pun dihalau keluar.
Nabi musa bertanya kat Musa As samiri, kenapa buat sembahan berhala patung lembu, dan samiri pun jawab, macam apa yang aku cite tadi, “Wahai Musa, sesungguhnya aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak ketahui“
Dan Rekod Musa As samiri ni memang lost. Takde jejak. Ada tafsir mengatakan dia adalah Dajjal. Tapi tu korang baca sendiri la.
Cuma food for thought, kalau dalam Jemaah Nabi Musa dia dilihat sebagai Liabilti, tetapi di Jemaah musuh, atau iblis, of course dia dilihat sebagai asset. Dan maybe, just maybe.. Iblis takkan sia sia kan asset yang rare ni.
Dan selepas itu, Bani israel pergi ke suatu tempat yang Allah suruh bersama nabi Musa. Kat sini la berlakunya satu babak yang mereka meminta kepada nabi Musa untuk melihat Allah.
Lalu datanglah halilintar, panah habis semua. Mati tak sempat buat apa apa dah. Tapi Nabi Musa ni Nabi kan? Dia meminta supaya mereka di ampunkan dan diberi Rahmat, lalu Allah kabulkan permintaan Nabi Musa. Dan mereka semua dihidupkan semula.
So korang boleh bayangkan tak? Betapa banyaknya nikmat yang Allah dah bagi kat Bani Israel ni? Mati hidup balik weh.. tu pun sekarang tak beriman. Sebab tu aku tak heran, ada orang depan mata banyak gile bukti, kiri kanan atas bawah, tapi still memilih tak beriman.
Banyak lagi la cerita tentang Bani Israel, hingga nak makan pun mintak kat Nabi Musa. Punya malaih. Sampai diturunkan Man dan Salwa dari langit. Tu dia bak hang.. Dari langit weh.. dah dapat dari langit, nak minum pun malas. Di mintanya lagi kepada Nabi Musa.
Itu yang Nabi Musa hentakkan tongkat dia kat batu, lalu keluar dua belas mata air untuk setiap satu kaum bani israel ni. Yela, Anak Nabi Yakob kan ada 12 orang – Yusuf, Benyamin, Yahuda, Ruben, Levi.. Yang lain lain tu korang search la.
Cuma sekarang ni yang ada pada zaman kita adalah dari generasi Benyamin dan Yahuda. Yang lain? Yang lain tu the ten lost tribe of jews. Nanti kita cite.
So selepas tu, Allah perintahkan Bani Israel berperang dengan orang Palestin ataupun suku atau kaum Kanaan yang mendiami palestin ketika itu. Jadi macam macam alasan diorang bagi. Diorang cakap orang palestin kuat kuat dan mereka lemah.
Aih.. macam macam la. Padahal dah dijanjikan kemenangan. Tinggal datang berperang je. Tapi Hampeh, tak nak. Sampai Allah kata dalam quran, mereka menjawab kat Nabi Musa “Pergilah kamu berperang dengan TuhanMu“
Haaaa kaw.. gitu je dia bagi. Jadi Allah hukum mereka, wondering around without a country selama 40 tahun. Ada yang mengatakan di padang pasir selama 40 tahun, hinggalah zaman Nabi Yusya atau Joshua, yang menahan matahari.
Salah satu Nabi yang Matahari tunduk pada dia. Sebab Yahudi kan tak boleh berperang pada hari sabtu. Haaa.. tapi tu cerita yang lain kali la kita sambung,
Sebab dah terlalu panjang. Padahal banyak lagi tak cerita ni. Pasal Nabi Yusya, atau Joshua, Nabi Samsun, Ezekiel, talut, jalut.. panjang lagi nak sampai ke Nabi Sulaiman ni. Tapi kalau ada permintaan, aku sambung lagi. Kalau ada la. Kalau takde, nak buat cane. Haha.
Tapi mostly aku cerita ni dari sudut pandang Sejarah. Kalau korang nak berhukum tentang wahabi ke sunni ke, qunut ke tak.. Tu korang sembang la tempat lain.
Dan aku saje nak ingat kan, Al quran ni memang the first reference, sebab memang mukijizat dan apa yang dikatakan Al quran tu benar. Sebab tu first reference kita adalah Quran. The Most authentic one.
Dan pegangan kita terhadap kitab2 yang lain, kena berhati2. Selagi tak bercanggah dengan Al quran, kita terima. Yang bercanggah tu of course la tolak. Tapi pada yang kita tak tau ni, kita tidak membenarkan dan tidak menyalahkan. Biarlah di tengah2.
So, tu saje dulu buat sementara ni. Harap admin siarkan tulisan ni. Dari confession tentang cinta, curang, laki orang, bini orang, sekali sekali up la cite2 informasi macam ni apa salahnya, kan?
Anyway, thanks sebab sudi membaca. Lain kali ada masa kita cerita lagi okey.
Assalamualaikum.
– Amin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
tlg cerita lagii saya suka!!
Sila sambung Amin a very good sharing
Cerita lagi amin..sangat berinfo cerita mcm ni..ada yg kami tau,ada yg tidak..harap dapat cerita lagi
Tolong sambung. Jangan gantung cerita 🥹😭
Plisss sambung lagi nak tahu sangat sejarah ni tq
Assalamualaikum Tq Amin cerita ttg sejarah kaum ne.. Nanti sambung lg ye..
Please continue your story
Masyaallah menarik ni. sambung lagi please. curiosity membuak buak. senang faham baca kat sini sebab bahasanya mudah. Baru tau dari mana asal usul Bani Israel ni. bangsa malas, ego, tamak. saya baca kt website lain rumit sikit nak faham maklumlah otak lembab xD
Good info..tulis la lg tuan
Sambungan please!
NAKKK LAGIIIIII!!! mana nak bacaaa ada ig ke anon nak bacaaaa tolong lahhh
Sangat bermanfaat. Teruskan berkongsi.
Salam admin..boleh tolong cite psl org filistin/philistine..sbb org yahudi zionist guna benda ni utk membenarkan tindakan meraka ke atas Palestin..which is kita tau filisitn ni ada sebut dlm kitab diorg yg diubah2 oleh tngn2 yg jahat..tq min
Anon komen tulisan sendiri ke ha… replies pun sama patterns.
Blh tak huraikan lg “tanah yg dijanjikan” ni ada Allah sebut dlm mana2 ayat…yg disebut2 mmg tanah puak israel…
sambungan….
Bahasa penulisan santai dan senang faham.. kalau dapat sharekan juga rujukan supaya pembaca boleh ekses sendiri untuk tambah pengetahuan.. ini semua ilmu.. banyak membaca luas pengetahuan
Please sambuuunnggg… Nak sangat tahu kenapa yahudi act like dia berhak sangat ke atas tanah yg dijanjikan. Dah la ingkar perintah Allah & nabi at that time
Dah ada sambungan :)
https://iiumc.com/tanah-yang-dijanjikan-ii/
nak sambungan …