Untuk part I, (https://iiumc.com/tanah-yang-dijanjikan/).
Assalamualaikum, Hi Gais, Amin (Bukan nama sebenar) is here. Amin ye, bukan Admin. Aha.. Gurau min, Gurau. Hihi.. Anyway, first of all, aku nak ucap terima kasih kat admin sebab siarkan cerita aku tentang Tanah yang dijanjikan sebelum ni.
Terima kasih Admin. Harap part 2 ni pun admin siarkan lah jugak ye.. And thank you jugak pada reader reader sekalian. Sebab honestly speaking, aku tak sangka dapat sambutan cerita aku ni. Sebab cerita tentang Sejarah kan?
Biasa kalau pasal sejarah ni, tak ramai yang minat.. Dan ramai yang cepat bosan bila cerita tentang Sejarah. Jangan kata korang, aku pun sama. Haha.
Oh, lagipun aku rasa ada beberapa point yang aku tak clarify previously. Aku harap, aku dapat clarify la untuk part kalini. Dan secara jujurnya aku rasa macam tak cukup nak cover semua, tapi aku akan cuba habiskan sekurang kurangnya sampai part Nabi Isa punya timeline.
Hopefully la..
Okay, tanpa membuang masa, lets recap cerita sebelum ni. Allah dah cerita banyak tentang Bani Israel dan Yahudi dalam Al quraan. Tetapi, persoalan utama, adakah Allah menyuruh kita berlaku racist dengan yahudi ni?
Ni adalah salah satu soalan yang aku tak jawab pada cerita yang lepas. Hopefully aku boleh jawab untuk Cerita kalini.
Okay, kita dah pun cerita sikit sebanyak tentang asal usul bani Israel, di mana kata nama Israel tu sendiri berasal dari panggilan Nabi Yakob, yang bermaksud hamba yang taat (Israel).
Dan kita dah pun tau bagaimana asalnya Nabi Yakob ni di Canaan, which is Palestine sekarang dan kita pun dah cerita macam mana Bani Israel ni boleh ke Mesir setelah pembuangan Nabi Yusuf ke dalam perigi buta.
Dan kita pun telah Panjang lebar cerita tentang Nabi Musa dan bagaimana Nabi Musa membawa keluar Bani Israel ni dari Mesir ke Tanah yang di janjikan, which is Palestine.
Walaupun Palestin ni adalah tanah yang di janjikan untuk mereka, tetapi dengan bersyarat. Syaratnya, mereka harus berperang melawan kaum Kanaan yang ada Ketika itu.
Tetapi Allah rakamkan dalam Al quraan, yang mereka tak nak berperang, walaupun Allah dah janjikan kemenangan. Macam macam alasan yang mereka bagi bahwa kanaan ni adalah bangsa jauh lagi hebat dan bertubuh sasa dari mereka, dan macam macam lagi lah.
Hinggalah kita pun lihat, betapa kurang ajarnya Bani Israel ni terhadap Nabi mereka. Disuruhnya Nabi Musa berperang berdua dengan Allah, dan kerana itu mereka dihukum wondering around the desert for 40 years.
Oh before that, aku akan cuba sedaya upaya agar tak mencampurkan aduk kan dengan sesuatu yang menyimpang jauh dari pegangan kita. Like I said before, rujukan kita yang pertama adalah Al-quran. Which, apa yang quraan kata, itu yang kita pegang dulu.
Dan apa yang ada dalam hadis, kita ambil. Selagi mana dalam al kitab tak menyalahi keduanya, kita ambil.
Yang salah tu of course la kita exclude. Yang tengah tengah ni haaa yang tricky.. kita tak membenarkan dan kita tak juga menyalahkan hingga ada dalil yang menyalahkan atau membenarkan kenyataan tu.
Bukan apa, aku terpaksa explain jugak, sebab aku ada baca komen, tentang kenapa tak ambil kisah dari hadis, kenapa dari bible dan Al quraan sahaja.
Dan sejujurnya aku katakan, ya aku juga ambil kisah dari hadis, Cuma berhati hati supaya aku tidak mengatakan sesuatu yang tidak aku katakan dari Baginda Rasul. Sebab kita orang Islam, kita sayang Baginda Nabi.
Dan kita akan berhati hati apabila mengatakan sesuatu yang lain dari Baginda Nabi katakan. Plus, kalau aku nyatakan semua yang aku tulis, akan jadi tesis nanti. Haha. Korang bosan nanti.
Imam ibnu kathir pun, seorang tokoh hadis yang hebat. Bila dia bercakap tentang sejarah, pendekatan dia agak lenient, lembut. Maksudnya dia tak terlalu berat. Ada beberapa pandangan juga di masukkan. Sebab Sejarah ni bukan hadis dengan periwayatan yang ketat.
Okay sambung ya tuan- tuan.. Jauh menyimpang ni. So, sebenarnya Nabi Musa ni, dia tak sempat masuk palestin. Dia wafat tanpa berjaya membawa Bani Israel ni masuk ke dalam palestin.
Tapi, ada anak murid Nabi Musa, which is Nabi Yusya ataupun dalam Bible dikenali sebagai Joshua yang dilantik menjadi Nabi bagi Bani Israel. Dan Nabi Yusya ni adalah dari keturunan Nabi Yusuf. Masih dalam susur galur Bani Israel.
Ada beberapa hadis juga yang menyentuh tentang Nabi Yusha ni. Sahih ye.. Yang tu, mungkin korang semua boleh buat extra research sendiri.
So, Setelah 40 tahun tanpa arah tujuan, akhirnya Bani israel ingin berperang.
Sebenarnya dalam tempoh 40 tahun ni, dalam erti kata mudah, Allah flush mereka. Maksud aku flush ni, golongan2 yang menyembah patung lembu betina tu, yang lawan Nabi Musa dan Nabi Harun tu dah takde dah semua.
Kira macam generasi yang baru la. Kira yang ketegag yang follow dari awal sampai tak nak berperang tu, Allah dah flush. Ni generasi anak cucu dia.
Jadi, Bani Israel ni menyatakan niat mereka kat Nabi Joshua, keinginan mereka untuk berperang. Itupun susah tuan tuan. Macam macam halangan jugak dari pihak Bani israel sendiri.
Jadi, dipendekkan cerita, mereka berperang melawan kaum Canaan yang pada ketika itu tidak beriman.
Okay kat sini aku nak sentuh sikit tentang Kaum Kanaan. Aku kira point yang besar jugak yang aku terlepas pandang untuk cerita secara detail sebelum ni. Kaum Kanaan ni adalah kaum yang duduk di daerah Palestin dulu.
Dan kita kena bayang kan, dulu takde sepadan negara yang macam sekarang. Sebab tu kita lihat geografi negara zaman dahulu bercampur, ada kerajaan dalam kerajaan yang lain.
Kaum Kanaan ni digelar Philisine, atau orang philistine. Tapi for the sake of the story, kita gelar Kanaan je eh. Dan orang kanaan ni memang hebat hebat, berani, jiwa kental.
Dan over time, orang kanaan ni berasimilasi dan mengadaptasi Islam dan orang Kanaan ni lah orang plaestin yang sekarang.
Sebab tu lah kita tengok orang palestin sekarang kanak kanak dia berani, dan orang Israel sekarang pengecut. Sebab dari dulu lagi, Bani israel ni tak nak berperang walaupun dah dijanjikan kemenangan.
Okay2 dah, jauh dah ni. Sambung bab perang tadi. Jadi, Bani Israel pun berperang dengan orang kanaan ketika itu. Perang tu dah, dah nak hampir menang dah.
Tapiiii…. Tapi problem dia, masa tu mereka berperang hari jumaat. Kira macam dah 2-0 la, lepas tu tetibe nak abis masa. Jadi diorang pun mintak masa tambahan. Haha. Saje je ni, bagi faham cerita. Tapi kenapa nak mintak masa tambahan kan?
Sebab bila hari gelap atau maghrib, akan masuk la hari sabtu. Dan Hari sabtu, keesokkannya diorang tak boleh berperang. Sebab mengikut law orang israel, sabtu ni adalah hari yang besar. Macam kita jugak la, bagi orang Islam, hari Jumaat adalah hari yang besar. Yang barokah.
Sama jugak macam hari Ahad bagi orang Kristian. Dan kalau nak cerita bab hari sabtu ni tak abis tuan tuan, Sebab hari sabtu ni hari yang besar bagi orang yahudi.
Sebab tu Allah ada cerita dalam Al quraan larangan menangkap ikan pada hari sabtu. Tapi… Diorang buat apa?
Orang Yahudi kata mereka akan turut perintah Allah, tapi sebenarnya mereka pasang perangkap untuk tangkap ikan. Supaya nanti senang la diorang jawab, yang ikan tu sendiri yang masuk, bukan mereka yang tangkap. Ha… yang Inilah perangai yahudi gais.
Okay sambung balik. Jadi, Nabi Yusya ataa Joshua pun minta la kepada Allah untuk beri masa tambahan. Walaupun masa tu dah nak maghrib. Allah pun kabulkan doa Nabi Yusya. Allah tahan matahari dari terbenam. Dan kemenangan pun bilik Bani Israel ketika itu.
Tapi bukan la semua Kanaan, sebahagian je la. Part of it je. Macam aku cerita tadi, kita kena bayangkan, geografi Kerajaan zaman dulu tak sama macam sekarang, sebab sekarang pembahagian melalui politik internasional.
Kang kalau cerita lebih pening nanti. Cukuplah korang tau, yang map zaman dulu tak sama dengan map zaman sekarang.
Long story short, Nabi Yusya atau Joshua ni pun membahagi bahagikan wilayah taklukan diantara 12 suku kaum Bani Israel.
Masa ni, perang masih ada lagi, tapi sebab nak singkat cerita kan. So kita amik apa yang penting je dulu. Perang dengan kaum canaan ni masih ada tau, bukan totally annihilated.
So long story short, Nabi Yusya wafat. Dan masa ni adalah sela masa yang bani israel takde Nabi. Memang agak lama. Dalam masa ni perang masih berlaku, ada masa Bani Israel menang, ada yang mereka kalah.
Tapi most of the time kalah la. Sebab masa ni diorang dah lost, Kembali buat perangai. Dalam Bible kata mereka dah start buat sembahan ataupun idolization.
Dan dalam jeda masa ni la jeda masa the judge. Ataupun israel champion who rise and guide them. The jugde la senang cite. Sape nak tau lebih boleh baca kitab para hakim dalam Alkitab. Kan aku cakap tadi, masa ni perang ada lagi, dan Yahudi dari suku kaum Judah yang take the lead.
Ni la nanti akan terhasilnya judaism, yang nanti tak berpegang dah pada old ataupun new testament. Diorang berpegang pada Talmud. Tapi tu nanti dulu eh. Kita akan pergi cerita tu nanti.
So jadi masa diorang keep losing the war la muncul Jeda masa para Hakim seperti Deborah, Otheiniel, Ehud, Samson dan lain lain.
Korang cari sendiri eh yang ni. Samson ni la yang di angkat menjadi nabi nanti. Tapi ni ada mix version sikit la. Tapi kisah Nabi samsun ni memang ada. Mungkin additional research yang korang boleh cari?
Bukan apa, kalau kita nak go tru satu satu para judge ni nanti jadi Panjang. Haha.. tak habis nanti aku cite weh. Haha. Tapi tak pe, aku petik sikit dari para judge tu, which is Nabi Samson.
Nabi samson ni dikhabarkan macam Hercules jugak. Allah beri kelebihan dengan kekuatan. Dan betul, dalam Al quraan, takde mentioned nama, tapi kisahnya tu ada dalam hadis. Tapi like I said, mungkin yang ni homework untuk korang? Hihi.
So, long story short, dalam jeda masa yang Bani Israel kerap kalah dalam peperangan, ada satu figure which is Samuel dalam Al kitab, yang dalam pengangan kita adalah seorang Nabi. Nabi Samuel. Dalam Bible Samuel ni the last judge.
Kisah Nabi Samuel ni ada dalam Al quran, Allah sebut masa tu setelah asyik kalah dan terusir keluar, Bani Israel ni mintak kepada Nabi Samuel untuk seorang Raja atau ketua yang boleh guide mereka semua ni.
Dalam Al quraan, bukan semua kisah Allah letak nama. Bahasa Al quraan ni cantik tuan tuan. Dan saja selingan sikit. Kita orang yang beriman dengan Al quraan, kalau orang mintak kita buktikan Al quraan itu adalah benar, maka kita boleh. Sebab kita beriman.
Percaya, kan tu maksud Iman kan? Jadi jangan takut untuk baca bible atau kitab kitab yang lain, sebab percayalah, Al quraan is always on top. Bukan sekali dua tangan nak ubah, tapi tak berjaya.
Dah tersimpang lagi gais.. Tak habis cite aku nanti. Kalau ada sesi lain kita share pulak eh, Cara macam mana kita nak buktikan yang Al quraan tu memang betul betul dari Allah. Haa.. tungggu… Saspen tak? Haha
Okay2, sambung cite. Kan Bani Israel minta ketua dari Nabi Samuel untuk guide mereka supaya mereka Kembali menang? Pada zaman ni, zaman peralihan dari zaman judge, atau zaman kehakiman kearah zaman beraja. Dan dari selepas inilah Bani Israel akan ada raja. Which is?
Cuba teka sape?
Which is king David, ataupun Nabi Daud. Nabi Daud lah Raja Israel pertama yang menyatukan seluruh ke seluruh 12 tribe of Bani Israel ni di bawah satu peremintahan, atau so called Israelraya. Masa ni dah nak masuk zaman kegemilangan Israel dah. Dan siapa Raja Israel yang paling hebat?
Cepat2, semua tau ni…
Haaa.. King Solomon, which is Nabi Sulaiman. The kings of All human race, Djinn, Animal. Emperor of One world government.
Gais.. tadi aku janji nak sampai kan ke zaman Nabi Isa kan gais? Tapi tapi.. aku rasa macam tak sempat la. Sebab siyes, ni dah panjang sangat dah ni.. Bukan apa, takut orang tak nak baca.
Tapi.. aku akan habiskan sikit lagi sampai zaman Talut.
Ha.. kan tadi Nabi Samuel diminta untuk cari dikalangan mereka raja? Tapi siapa? Ha.. masa ni, Nabi Samuel ada bekas horn atau bekas tanduk yang berisi minyak dan Tongkat Nabi Musa.
Jadi, salah satu petujuk yang Allah pilh raja mereka atau ketua mereka adalah apabila Minyak dalam tanduk ni menggelegak dan orang itu sama tinggi nya dengan tongkat Nabi Musa.
Ha, yang ni pun ada perbahasan, dan macam biasa, aku saja tinggalkan untuk korang research. Haha. Bukan apa, perbahasan yang raja raja kan ada alat kebesaran untuk menabalkan diorang, kan? Lebih kurang ni la dalilnya.
So long story short, Nabi Samuel ni tak tau nak cari kata mana Raja yang lead Bani Israel ni. Takkan nak cari kat pasar malam pulak? Macam tak masuk akal pulak.
Nak dijadikan cerita, satu hari ni ada seorang pengembala kambing datang ke tempat Nabi Samuel. Sebab kambing dia terlepas.
Cari punya cari, sampai ke tempat Nabi Samuel. Dan Nabi Samuel tak perasan pun ada orang datang. Tapi yang membuat kan Nabi Samuel Sedar bila minyak dalam bekas tanduk tu mendidih.
Long story short, pemuda tadi di ukur dengan tongkat Nabi Musa dan memang sama tinggi. Jadi yakinlah Nabi Samuel, bahawa pemuda yang datang itu adalah yang akan mengetuai Bani Israel. Dan Pemuda itu diberi nama Talut, dari susur galur Benjamin atau Bunyamin.
Jadi, Nabi Samuel ni khabarkan la berita ni kat Kaum Bani Israel. Tapi apa jawapan mereka? Mereka menolak weh.. Ye gais.. Mereka Tolak Talut sebagai pemimpin.
Padahal mereka sendiri yang nak kan ketua, tapi mereka sendiri yang tolak bila dah ada. Mereka dah Kembali ke perangai lama diorang ni.
Sebab apa mereka menolak? Sebab Talut ni miskin, pengembala. Tak sekufu atau tak have have la kata budak remaja zaman sekarang.
Al quraan nak kata apa? Al Quraan nak tunjuk, bahawa nak jadi pemimpin syarat nya bukan kaya. Orang yang jadi pemimpin miskin pun tak pe, yang penting pandai dan bijaksana? Betul dak? Tapi tula, sekarang punya pemimpin ijazah pun takde. Opps.. Hihi.
Jadi Talut ni bijak ke? Kang korang kata aku buat cite lak. Haha. Talut memang bijak. Bukan aku yang kata, bukan korang yang kata, tapi Allah yang kata dalam Al quraan.
Bila mana dia memimpin Bani Israel nak melawan Jalut, Bani Israel ni melalui sebuah sungai, tetapi apa kata Talut? Jangan sesiapa yang minum dari air sungai itu, jikalau sesiapa meminumnya, mereka tidak termasuk dikalangan ku.
Sebab apa dia kata macam ni? Sebab dia nak tengok, siapa yang betul betul Ikhlas nak berjuang. Siapa yang betul betul ikhlas nak kan kemenangan.
Ingat, through history, war is not won by number. Berapa banyak perang, yang sedikit mengalahkan yang banyak. Dan memang betul, dikhabarkan Cuma 313 orang je yang akhir tinggal bersama Talut untuk berperang bersama King Talut menentang Jalut.
Jalut ni ketua orang Kanaan ketika itu. Jadi Talut hendak menentang Jalut, untuk kemenangan menakluki Kanaan. Dan didalam tentera Talut ni la ada seorang pemuda Bernama David, atau Daud yang akan menjadi key player dalam peperangan tu nanti.
Oh, sebelum aku terlupa, antara tanda Talut ni adalah benar pilihan dari Allah ialah datangnya Kembali kotak Tabut, atau peti Tabut kepada Bani Isreal.
Apa itu peti tabut? Ha… yang ni aku sambung nanti. Atau kalau korang boleh, buat research sendiri boleh? Sebab aku nak conclude dah ni. Hihi.
Tapi secara pandangan aku, tanah palestin walaupun didalam bible kitab genesis orang yahudi claim tanah tu adalah milik mereka, tapi sebenarnya bukan. Kerana apa? Kerana Palestin tu milik orang Islam. Kerana pada masa tu yang beriman adalah Bani Israel, maka tanah itu milik mereka.
Tetapi sekarang, tanah itu milik orang Islam kerana kita yang beriman, mereka pula yang berpaling. Dr. Alfred, maaf lupa nama belakang dia, seorang ilmuan yahudi mengatakan hal yang sama, tetapi pengakhirannya dia dibunuh.
Sebenarnya, aku nak cerita Panjang lagi. Tapi aku rasa dah terlalu panjang untuk entry kalini. Aku menyusun maaf, kerana terpaksa menangguh kan lagi cerita kali ni.
Initially, aku tak sangka pun cerita ni orang baca, sebab tentang Sejarah kan? Macam aku kata mukadimah tadi, bila bab Sejarah ni ramai cepat bosan. Haha. So tak pe, aku cerita slow slow.
Aku akhirkan dulu dengan kisah Talut dan aku cuba sambung dengan Nabi Daud nanti. Bukan tak nak teruskan sampai Nabi Isa, Cuma aku rasa gak sayang nak lepaskan tentang Nabi Sulaiman.
Next entry kalau ada permintaan lagi, aku akan cerita tentang Nabi Sulaiman, the great kings.
Lepas tu start bila yahudi berpecah dan bertebaran ke pelusuk dunia ataupun The great diaspora of the jews. Kemana hilangnya lost ten tribe of jews. Semua semua tu la. Kot la ada permintaan lagi. Hihi.
Secara jujur aku baca semua komen korang. Terima kasih daun keladi. Sampai jumpa lagi semua.
Adios, Assalamualaikum..
– Amin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum. Boleh sambung lagi. Ilmu ni. Untuk sampaikan ke anak cucu.
Tolong sambung lagi. Saya suka baca sejarah. Sangat menarik. Penceritaannya jelas. Saya faham je.
Amin bukan nama sebenar , sila la sambung! memang layan baca penceritaan yang ditulis
Nak baca sambungan lg…tqq
Please continue this story. Rasa tak puas membaca. Please2x sgt hehehe
Sejarah yg bosan jadi menarik dgn penulisan begini..hebat !!nk lagiiiiiii..!!
Mantap penceritaan tuan..mnta smbungan smpi la yahudi berpecah..and siapa theodore hazel ni..mcm mana dia boleh cetuskn zionism.
saya tak setuju jika kaitkan bani israel dgn yahudi yg jarah tanah palestine skrg.