Tanah Yang Dijanjikan IV

Untuk part I, (https://iiumc.com/tanah-yang-dijanjikan/).

Untuk part II,  (https://iiumc.com/tanah-yang-dijanjikan-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/tanah-yang-dijanjikan-iii/).

Assalamualaikum, Hai korang. Amin lagi. Sedar tak sedar dah masuk part ke empat dah aku cerita tentang timeline Bani Israel. Harapnya korang bersabar la eh, kita follow timeline ni slow slow. Tak payah rush rush, asalkan korang faham apa yang nak aku sampaikan, itu pun dah cukup baik dah.

It’s not about how much you tell, but how much your audience remembers, isn’t it?

Aku harap, korang ingatlah cerita cerita aku sebelum ni. Sebab niat aku ingin berkongsi je, bukan ingin berdebat atau berbahas. Kalau aku ada salah, tegur lah. Mana tau aku memilih pandangan yang kurang tepat atau tidak kena dengan jiwa kalian, untuk itu aku mohon maaf.

Dan seperti biasa, terima kasih pada admin yang menyiarkan so called confession ni untuk kesekian kalinya. Dan juga terima kasih pada reader reader yang setia membaca. Banyak kali dah aku janji dengan korang nak setelkan cerita ni, tapi tak setel setel pulak. Maaf ya.

So, jom.. kita walk the story of the past. Kita dah pun berbicara tentang Nabi Yaqub yang mempunyai 12 orang anak dan akhirnya membentuk 12 suku kaum Bani Israel.

Dan kita dah pun lihat Nabi yusuf dibuang negeri hingga ke Mesir dan akhirnya menjadi pembesar di Mesir. Dan kita pun dah tahu dari sini lah start Bani Israel tinggal di Mesir dan akhirnya menjadi hamba hinggalah kelahiran Nabi Musa. Dan akhirnya Nabi Musalah yang membawa keluar Bani Israel ni dari Tanah Mesir menuju ke Canaan atau Palestin ketika itu. 

Disinilah Bani Israel terbuang kerana ingkarnya arahan Allah dan Nabi Musa, yang meminta mereka berperang sebelum memasuki tanah Kanaan. Dan kemudian berlalulah zaman the judge dan beberapa nabi hinggalah ke Zaman Nabi Daud yang berketurunan Yahuda dan akhirnya berjaya membawa bangsa Bani Israel ini memasuki Tanah Canaan atau Palestin ketika ini.

Dan Kita pun telah lihat bahawa Nabi Daud atau King David ini adalah seorang Raja yang disayangi oleh seluruh Bani Israel ketika itu. Bagindalah yang menyatukan seluruh tribe Bani Israel under one government. Dan perlu diakui juga, masa zaman Nabi Daud inilah antara zaman permulaan kegemilangan Bani Israel.

Dan Bani Israel ketika ini Islam ya, hatta dari zaman Nabi Adam pun di sebut Islam juga, yang bermaksud menyerah diri. Ketika ini Bani Israel masih mengikut syariat para Nabi dan menyembah Allah.

Dan ingat tak sebelum ni aku ada cerita, yang Nabi Daud ni ada kelebihan. Dan kelebihan Nabi Daud adalah Baginda mampu melembutkan besi. Mungkin istilah melembutkan besi tu kurang tepat, tapi mungkin istilah yang lebih tepat adalah membentuk besi. Dan harus diakui jugak, dari segi ketenteraan waktu ini Bani Israel ni antara yang top. Terbaik pada zaman itu.

Sebab korang kena faham, dalam timeline ni, masih ada kerajaan kerajaan lain di dunia ni. Contohnya macam tamadun Mesopotamia yang ada kerajaan babylon, dan ada juga kerajaan Saba yang ada Puteri Balqis atau Queen Sheba. Ha.. yang tu kejap lagi kita akan pergi. Cukuplah korang tahu, ada zaman ini ada beberapa Kerajaan lain yang ada di atas muka bumi ini.

So mesti korang tertanya tanya kan, what is the point aku cerita semua ni? Adakah nak mengagungkan Bani Israel? Atau sebenarnya nak bekap Bani Israel dengan apa yang mereka telah perbuat? Tak.. Bukan sebab tu. Sebabnya aku nak emphasize, bahwa dulu Bani Israel ni pernah menjadi kuasa terkuat dunia. Zaman kegemilangan, kan?

Sebab itulah korang lihat mereka cuba sedaya upaya untuk kembali ke tanah Palestin, walaupun ada je negara yang dah offer mereka penempatan, siap bagi free. Buatlah negara mereka kat situ, Tapi Yahudi ni still nak Palestin. Sebab apa?

Sebab diorang nak mengembalikan kegemilangan yang mereka pernah kecapi dulu. One world goverment. Cuma bezanya dulu mereka lengkap 12 tribe seluruhnya, tapi sekarang Cuma tinggal dua je keturunan dari ke dua belas tribe Bani Israel.

Kat sini aku clarify lagi, mungkin nanti dalam penulisan aku korang akan rasa aku mencetuskan konspirasi, tetapi.. Aku akan cuba sedaya upaya stick dengan bukti timeline Sejarah. Ya, Bukti. Aku tak nak korang terlalu hanyut dengan teori teori hingga nanti korang kata kopi 3 in 1 pun salah satu konspirasi. No no..

Kita kan umat yang adil? Kita akan stick selagi mana ada dalil yang membenarkan. Untuk yang tak pasti, kalau aku rasa perlu untuk cerita aku akan cerita. Yang totally out tu, aku tak kan cerita la. Haru biru kalau aku cerita nanti. Haha.

So jom, kita sambung tentang Nabi Sulaiman. Sebelum ni kan aku pernah cerita, bahawa kali pertama direkodkan yang Nabi Sulaiman ataupun Solomon ni mampu bercakap dengan burung adalah Ketika kewafatan King David atau pun Nabi Daud.

Nabi Daud seperti mana yang kita tahu adalah susuk Raja yang hebat dan disayangi oleh Bani Israel ataupun penduduk Palestin Ketika itu. Dan salah satu anak King David ni adalah Sulaiman ataupun Solomon. Kalau dalam Al quraan Allah kata Nabi Daud ni dah penuh hikmah, Nabi Sulaiman ni Allah lebihkan lagi.

Dan memang betul, memang Allah lebihkan Nikmat kepada Nabi Sulaiman hingga diberikan kekuasaan yang tidak hanya terbatas kepada manusia, bahkan Jin dan Haiwan. Tapi.. Ha. Ada tapi.. Ada harga yang harus dibayar. Apa harganya tu? Jom kita walk the story.

Oh sebelum tu nak clarify something, ada orang tanya apa yang terjadi pada kaum Kanaan Ketika Talut menakluki Kanaan? Kat sini la yang kita kena kritikal thinking, sebab dalam Bible kata kaum Kanaan ni dihapuskan.

Tetapi bukti arkeolgi tidak membuktikan adanya penghapusan besar besaran seperti yang tertulis dalam bible. So mana yang betul? Kita berpegang lah pada Al quraan, bahawa Talut adalah orang yang baik baik yang dipilih Allah. 

Pastinya dia menerima kaum kanaan ini dan berasimilasi dengan Bani Israel. Israelraya ni kan Nation State? Negara berasaskan bangsa? Sama macam tanah melayu la, walaupun pada awal berasaskan Nation state, tetapi orang melayu bertolak ansur dengan Kaum lain. Tapi sekarang bukan la. Tapi for the sake of the story, let stick with that.

Kalau ada additional info yang korang nak, tu korang research la sendiri eh. Bukan apa, nanti orang kata banyak sangat menyimpang. Haha.

Jadi semasa kewafatan Nabi Daud ni, dikhabarkan terlalu ramai orang yang datang semasa pengebumian Nabi Daud. Kan sebelum ni kita dah cerita, bahawa Nabi Daud adalah susuk tubuh Raja yang disayangi? Dan Masa tu tengah panas Terik, pada waktu tengah hari.

Dan kat sini, Nabi sulaiman pertama kalinya berkata dengan burung burung, supaya terbang dan lindungi rakyat rakyat yang datang ni dengan teduhan sayap kalian.

Maka banyaklah burung terbang memayungi rakyat rakyat yang hadir semasa penghormatan terakhir King David ataupun Nabi Daud. Hingga dikhabarkan, langit ketika itu menjadi gelap bak kerana banyaknya burung yang memayungi para jemaah yang hadir pada ketika itu.

Oh, Nabi Sulaiman ni amat menyayangi Nabi Daud ye tuan tuan. Ini dirakamkan oleh Allah dalam Al quraan, ketika Nabi Sulaiman berdoa supaya jadikan Baginda hamba yang sentiasa bersyukur ke atas nikmat yang telah diberikan kepada Baginda dan kedua orang tuanya.

Allah rakamkan doa ini didalam Al quraan untuk ajar kita, setinggi mana pun kita, jangan pernah kita lupa untuk mendoakan kedua orang tua kita. Ingat, doa tetap kewajipan seorang anak, okey?

Okay, dah jom sambung. Long story short, Nabi Sulaiman pun menggantikan Takhta Ayahanda Baginda, Nabi Daud. Allah mention dalam Quran, ada dua benda yang Nabi Sulaiman mewarisi dari ayahnya, which is satu, Kerajaan dan dua adalah kenabian.

Kerajaan Nabi Daud ni dah hebat dah, tapi zaman anak dia Nabi Sulaiman, makin bertambah hebat. Tak keterlaluan untuk aku katakan, pada zaman dan era Ketika itu, kerajaan Nabi Sulaiman adalah Kerajaan yang terkuat dunia. Macam Amerika sekarang. Dan apa yang mereka cuba install sekarang, adalah Kerajaan yang sama dengan Nabi Sulaiman, tetapi tidak mampu sebab terhalang dengan Doa Nabi Sulaiman yang satu ni.

Doa yang mana? Haaa… Korang cari dalam Al quraan boleh? Bukan apa, saja ajak korang semua supaya rajin rajin kan diri membaca Al quraan. Jangan kata korang, untuk aku jugak nasihat tu. Hihi.

So, doa yang mana? Doa yang ada terjadinya satu peristiwa hingga Nabi Sulaiman berdoa dengan doa yang sebegitu dasyat nya kepada Allah yang berbunyi, “Wahai Rabb ku, jangan engkau berikan kerajaan ini kepada sesiapa pun selepas ku”

Haa.. dashyat kan? peristiwa apa tu? Apa yang membuatkan Nabi Sulaiman berdoa dengan doa yang macam tu? Sekali dengar macam selfish pun ada, betul tak? Tapi tak.. Nak tau sebab apa?

Haaa…Jom, lets walk the story…

Kita dah pun go through tentang Nabi Sulaiman yang mewarisi Kerajaan dari Nabi Daud. Dan Kerajaan yang diwarisi Nabi Sulaiman dah cukup hebat dah, tapi di tangan Nabi Sulaiman ini Kerajaan Israelraya ini menjadi bertambah hebat. Macam mana tak hebat tuan tuan, sebab penguasaan King Solomon atau Nabi Sulaiman ni tak terbatas pada manusia Sahaja, bahkan haiwan dan juga Jin.

Tuan tuan, pernah tengok cerita Dr. Dolittle tak? Yang dia boleh bercakap dengan haiwan? Dan gaya dia bercakap tu, dia bercakap dengan bahasa binatang tersebut. Kira kalau bercakap dengan monyet, pakai bahasa monyet, cakap dengan penguin pakai bahasa penguin. Cakap dengan burung pakai bahasa burung. Bukan bahasa centralize macam bahasa jawa atau english ya.

Dan last sekali, Dr. Dolittle ni boleh bercakap Bahasa naga which is rare la kan? Pernah tengok tak movie ni? Ke aku sorang yang kaki movie? Haha.

So, Kalau lah bercakap dengan haiwan mampu membuat haiwan tu berkawan dan menolong kita, boleh bayangkan tak kalau kita berkuasa atas mereka? Yela, setiap haiwan tu mempunyai kelebihan yang berbeza dan tak sama macam manusia. Yela, Manusia ni semuanya hampir terbatas pada biological yang sama which ada tangan kaki telinga, yang standard standard la.

Tapi tak bagi haiwan, sebab setiap haiwan tu berbeza biological, setiap satu species tu berlainan. Haaa.. Itu haiwan tau, bukan lagi jin. Kalau berkuasa atas Jin? Of course la lagi hebat lah. Boleh buat binaan binaan bangunan yang hebat hebat, tinggi tinggi dan tak tercapai dek fikiran. Yela, kaum jin ni kan kuat kuat.

Jadi korang, kalau lah dalam dunia ni ada Angkatan tentera yang sebegini, hebat tak? Of course la hebat.

Hebat sebab tentera King Solomon atau Nabi Sulaiman ni tak tertaluk pada satu species je. Perisik atau special branch Nabi Sulaiman ni terdiri dari para burung.

Allah sendiri cerita dalam Al quraan, Ketika Nabi Sulaiman ni menghimpunkan segala satu tentera dia, Baginda perasan ada satu species atau seekor burung yang takde which is Burung hud hud. Sini aku tak nak bahaskan sekor ke, sekumpulan ke, tapi dalam Al quraan kata hud hud, kita stick pada hud hud je la.

Korang tau tak apa specialnya hud hud ni sampai Allah letak species hud hud ni dalam Al quraan? Burung hud hud atau Hoopoe ni dia adalah engineer air/water. Sebab dia pandai cari air.

Jadi memang tugas burung hud hud ni adalah untuk cari air di Kawasan Kawasan padang pasir atau kat mana mana la. Dan hebatnya burung hud hud ni, burung ni boleh ingat jalan balik dia dari tempat mana dia datang. Hebatkan?

So apa signifikasi nya kat sini? Kat sini nak tunjukkan yang Al quraan tu memang hebat laaa. Memang betul betul mukjizat. Cerita yang Allah cerita dalam Al quraan melalui baginda Rasul ni tanpa technological advance tau macam sekarang.

Tapi Allah mampu sulam, garap, compress semuanya dari segi Bahasa, scientific finding ke dalam satu Bahasa which is Al quraan, di dalam Bahasa Arab. Haa yang ni bila dah habis series ni, kita bincang pulak macam mana kita nak buktikan yang Al quraan itu memang betul dari Allah. Boleh? Nanti korang ingatkan aku eh.

Okay sambung cerita. Kan Nabi Sulaiman tadi himpunkan seluruh angkatan tentera dia yang terdiri daripada haiwan, Jin dan manusia. Setiap dari species tentera di bawah king sulaiman ni ada tugas masing masing. Contohnya macam burung hud hud, tugas dia scout area cari air, burung burung lain tugas dia merisik Kawasan wilayah Nabi Sulaiman bagi daily update kat Raja mereka..

Tugas jin pulak cari bahan binaan yang rare rare dari dalam perut bumi dan dari dalam lautan untuk buat binaan yang hebat hebat.. dan tugas manusia adalah sebagai askar physical.

Zaman Nabi Daud kententeraan dah hebat, masa zaman Nabi Sulaiman lagi la dasyat. Zaman ni lah zaman kemuncak Bani Israel didalam sejarah peradaban manusia. Superpower dunia masa ni.

Jadi, bila dah semua tentera telah dikumpulkan, Nabi Sulaiman perasan, ada satu species burung atau seekor burung yang tak hadir dalam perhimpunan tu.

Of course la Nabi Sulaiman tanya, Di mana hud hud? Kenapa aku tak Nampak dia hadir? Adakah dia ni kaki ponteng? Tapi takde jawapan. Takde sorang pun dalam tentera King Sulaiman ni tahu kat mana burung hud hud ni pergi.

Lagi la Nabi Sulaiman marah. Baginda kata, kalau hud hud tak balik dengan alasan yang kukuh, nanti Baginda akan sembelih hud hud atau diberikan hukuman yang berat ke atas hud hud.

Tuan tuan, nak pause sekejap. Apa nak membuktikan seseorang itu Raja atau king bagi sesuatu negara? Adakah dengan bilangan pengikut yang ramai? Atau adakah dengan lahir sebagai anak raja maka auto jadi raja? Apakah definisi King atau Raja yang sebenar?

King atau raja ni adalah seorang yang mampu menjatuhkan hukuman hatta hukuman mati sekali pun ke atas rakyat didalam wilayah jajahan takluk mereka. Sebab tu ada nya Raja yang Jahat, dan adanya Raja yang baik. Kan kita dah bincang sebelum ni, Raja dulu tak sama macam raja sekarang? Raja dulu all roundess.

So, adakah Baginda Rasul, Nabi Muhammad adalah seorang Raja? In some sense, yes, dia adalah Raja. Tapi Baginda Nabi tak guna gelaran Raja. Baginda adalah seorang pemerintah. Nabi kita bukan berdakwah sepanjang masa tanpa buat apa apa ye tuan tuan. Nabi kita mentadbir negara dan menjadi ketua negara ye kalau nak di sama kan dengan zaman sekarang.

Jadi, sebenarnya apa yang Nabi Sulaiman sebut dalam Al quraan untuk jatuhkan hukuman ke atas hud hud adalah valid. Sebab Nabi Sulaiman ni kan King? King Solomon. Jadi memang Nabi Sulaiman boleh jatuhkan hukuman keatas rakyat yang di bawah naungan dia.

Cuma Nabi Sulaiman ni berhikmah lah, dia kata dia nak dengar dulu alasan hud hud ni apa. Biar adil. Lagipun Nabi sulaiman atau king solomon ni memang figure Raja yang adil.

Sebenarnya, Hud hud ni macam kita cerita tadi, tugas dia mencari air. Jadi dalam dia menjalankan tugas dia tu, dia terbang jauh hingga ke negeri Saba atau Land of Sheba. Land of Sheba ni lost in history ye.

Ada teori mengatakan di Yaman, ada juga teori yang terbaru mengatakan di Candi borobodur Indonesia.. Wallahualam. Masing masing ada kajian masing masing. Tak nak go into detail pasal ni. Cukuplah kita tahu, land of sheba, atau negara Saba.

Dalam Al quraan Allah cerita Negara Saba ni adalah Negara yang kuat yang Allah limpahkan dengan macam macam rezeki. Dan technological advance ye. Macam mana tu? Sebab Negara Saba ni pada zaman itu dah ada teknologi Empangan dah. Empangan ni untuk apa? Kalau kita boleh samakan dengan zaman sekarang, empangan tu dah boleh produce electric lah. Hydro turbine kan?

Tapi zaman dulu kita tak tahu la diorang buat apa. Mungkin mengairi tanaman atau digunakan untuk pertanian. Memang Allah rakam dalam Al quraan Tanah Saba ni subur dan prosperous. Maksudnya rakyat Ketika itu mewah, dilimpahkan rezeki yang banyak.

Korang.. Korang jangan ingat orang dulu ni primitif sangat tau, takde akal nak fikir nak buat itu nak buat ini. Korang silap tu. Walaupun kisah Nabi Sulaiman ni dah 3 ribu tahun berlalu, kita tak tahu ilmu dan teknologi apa yang mereka ada ketika itu.

Jadi bila Hud hud tersesat hingga ke Negara Saba, Hud hud lihat negara ini adalah negara yang prosperous, mewah, Makmur, berdisiplin tinggi dan di ketuai oleh seorang Permaisuri. Queen, atau Ratu. Queen of Sheba, atau Ratu negara Saba.

Hud hud lihat, negara Saba ni dah perfect dah, dari segi teknologi yang advance, rakyat yang berdisiplin, negara yang mewah, Cuma satu je kurang which is mereka penyembah Matahari. Sama macam Jepun sekarang la gais. Semua dah perfect dah, kecuali bab akidah je diorang terpesong.

Oh, cakap pasal jepun ni, ada satu Ratu dalam transkrip jepun atau korea atau china lama ni, yang menyebutkan seorang ratu yang memerintah Kingdom Yamatai, yang diberi nama Queen Himiko.

Rakyat dia pun lebih kurang sama macam ni, cumanya mereka penyembah matahari. Dan Queen Himiko ni digelar Sun goddes. Lebih kurang la.. Bukan nak cakap dia ni Queen Saba, Cuma nak suruh korang bayangkan je.

Personally aku rasa, kalau nak kata Saba tu kat Jepun pun tak salah. Kat yaman ke, kat mesir ke, even ada claim lagi yang kingdom of Saba ni dekat Indonesia. Dan bagi aku tak salah pun. Tapi the fact is, kingdom of sheba ni still remain lost in history.

Personally bagi aku tu tak penting pun kat mana lokasi Sheba tu. Sebab Allah nak tunjuk, bahawa pada zaman tu memang dah ada beberapa Kerajaan yang kuat pun yang ada sezaman dengan Nabi Sulaiman. Allah sebut supaya kita ambil iktibar dari kisah ni, betul tak?

Jadi punya la jauh hud hud ni terbang mencari air hingga sesat sampai ke Negara Saba ni. Maka setelah cukup ditinjau, dikumpul maklumat dan risikan maka pulanglah burung hud hud ni ke Baitul Maqdis. Ke Istana Nabi Sulaiman.

Maka bertemulah hud hud dengan Nabi Sulaiman dan lantas berkata “Tuanku, sesunguhnya saya membawa satu berita yang Tuanku tidak tahu. Sesunguhnya saya telah bertemu dengan Kerajaan yang kuat, mereka diberikan kemewahan yang banyak dengan singgahsana yang besar besar. tetapi mereka mendustakan Allah dengan menyembah matahari. ” Kata hud hud kepada Nabi Sulaiman.

Kat sini nak menunjukkan yang hebat mana pun Nabi Sulaiman, ada benda yang Baginda tidak tahu. Sama lah kita tuan tuan, hebat mana pun kita rasa diri kita, sebenarnya secebis je dari Ilmu Allah yang Maha Luas. Allah Cuma mengajarkan kita apa yang Allah kehendaki je. Samalah seperti Nabi Sulaiman.

Jadi, long stroy short, Nabi sulaiman pun memerintahkan hud hud Kembali ke negara Saba dan jatuhkan lah surat dari Baginda Nabi Sulaiman kepada Ratu Balqis, pemerintah negara Saba ketika itu. Kenapa Ratu atau Queen? Bukan king?

Kat dalam tafsir ibnu katsir ada menyebutkan tentang kisah Ratu balqis, Cuma saya tak nak go tru into detail. Cukuplah kita stick pada yang betul2 ada yang dikisahkan dalam Al quraan dan hadis.

Bukan apa, kalau bincang tentang israeliyat maka kita akan jumpa macam macam kisah yang pelik pelik sampai tak masuk akal seperti Balqis adalah separuh jin separuh manusia dan sebagainya. Saya Cuma tak nak buka perbincangan tu. Kalau korang nak bacaan lebih, korang baca sendiri okay?

Jadi terbanglah hud hud ke Negara Saba dan dijatuhkan perutusan Nabi Sulaiman ketika itu kepada Ratu Balqis. Membaca isi perutusan itu Ratu Balqis pun mengumpulkan seluruh para pembesar dia.

Dia ni Ratu kan, perempuan. Memang teliti la, cermat. Cerewet. Sape yang ada bos Perempuan mesti tau. Haha.

Jadi tanyalah Ratu Balqis ni kepada Para pembesar Negara Saba, Sesunguhnya aku telah mendapatkan satu Utusan yang Mulia, Dari Raja Sulaiman supaya datang menyerah diri. Apakah pandangan para pembesar sekalian?

Allah rakamkan, Ratu Balqis ini pun seorang yang bijak. Bijak la tuan tuan, dapat ancaman treat dari luar, dia tak terburu buru ingin terus berperang. Dia panggil semua pembesar dia untuk mendapatkan pandangan.

Tapi apa kata pembesar pembesar Negara Saba? Mereka menjawab, Sesungguhnya kita ni Ratu, mempunyai kekuatan yang luar biasa, maka kami cadang, peranglah. Kita negara kuat. Kita kena tunjukkan kat Sulaiman ini, kita ni bukan negara yang kaleng kaleng. Bukan negara yang biasa biasa.Tapi apa apa pun, biar tuanku Queen lah decide. Kami hormat keputusan Queen. Kira lebih kurang macam tu la ayat dia.

Kat sini nak menunjukkan walaupun Balqis ni wanita, Dia masih dihormati sebagai ketua negara. Beza kan masa Bani Israel dengan Talut dulu? Lagi satu nak tunjuk, pertimbangan wanita ni smart ah… Kalau laki kompem perang. Dunia lelaki dengan perempuan ni berbeza kan? Mens are from Mars, women are from venus isnt it?

Lalu apa jawapan Ratu Balqis? Haa.. Kat sini Allah rakam dalam Al quraan apa jawapan Ratu Balqis. Yang bagi aku, berhikmahlah jawapan dia. Jawapan sebagai ketua negara ya. Balqis jawab, Raja jika menakluki suatu tempat atau kaum, maka tempat itu akan binasa dan kaum tempat itu akan jadi hina? Jadi, betul ke apa yang Balqis katakan?

Betul.. Kita lihat Sejarah dunia, berapa banyak tempat ditakluki akhirnya orang di situ menjadi hina. Bangsa melayu dulu, hebat hebat taw tuan tuan. Korang jangan pandang rendah kat Melaka tau. Dulu Melaka tu adalah empayar.

Kemudian datang protugis, maka korang lihat betapa rendah bangsa melayu ketika. Lihat juga Andalusia bila King Ferdinan dan Queen Isabel menakluki kota Andalusia, apa yang jadi?

Korang search la sendiri apa yang jadi pada orang Islam dan orang yahudi ketika itu. Zalim.. Yang teramat. Ini diakui sendiri oleh sejarawan mereka ya. Cuma Islam je yang memartabatkan atau mengangkat sesuatu kaum apabila mereka menakluki.

Jadi point Balqis ni betul. On point. Dia tak nak nanti rakyat dia terhina, hilang kemerdekaan. Bijak kan Balqis? Jadi.. Ratu Balqis ni pun cadanglah satu cadangan kepada pembesar pembesar dia. Baginda berniat untuk memberikan hadiah sebagai tanda diplomatik. Perempuan kan? Tak nak perang perang ni.

Kira Ratu Balqis ni Ratu yang baik, dan ada sifat ketua dalam dalam diri dia. Dia berharap dengan hadiah dia Nabi Sulaiman sedar yang kerajaan Saba ni kerajaan yang kaya, hadiah je dah mahal apa tah lagi tentera, kan? Lebih kurang la.. Permainan politik ni dah ada dah sejak zaman dulu.

Lalu berangkatlah rombongan Ratu Balqis ni untuk menghadap Nabi Sulaiman dengan membawa hadiah yang termahal sekali. Al quraan cerita, mereka bangga dengan hadiah ni. Maksudnya kalau kita sendiri nak bagi orang hadiah, mahal lak tu.. Mestila kita bangga, betul tak? Konon la nak menunjukkan negara kita ni kuat, mampu beri hadiah yang mahal mahal. Of course la kita bangga.

Tapi silapnya Rombongan Ratu Saba ni ingat Kerajaan Nabi Sulaiman ni Kerajaan yang kecil kecil atau Kerajaan yang biasa biasa je, no wow point. Tapi mereka silap.

Bila sampai je rombongan Ratu Saba ni ke Baitul Maqdis, terkesima mereka dengan apa yang Nabi Sulaiman ada. Yelah, Istana Nabi sulaiman ni tuan tuan, bukan manusia yang bina. Jin jin yang bina. Kira macam contractor kelas A laa. Bukan sebab diorang beriman, tak.. tapi diorang takut. Kerana dibawah kerajaan Nabi Sulaiman, kalau diorang menginkari, maka akan disambar petir.

Dan kerajaan ini adalah kurniaan yang besar dari Allah kepada Nabi Sulaiman. Istana je Allah cerita lantai macam air, padahal kaca. Korang tengok frozen tu pun istana dari ais kan? Tu kartun, ni kalau betul apatah lagi.

Long story short, Nabi Sulaiman herdik rombongan Ratu Balqis. Korang jangan salah sangka, king sulaiman ni kan Raja? Ketua Negara. Of course la rasa terhina apabila ada cubaan merasuah dia dengan harga tak seberapa. Allah rakam dalam Al quraan, Nabi Sulaiman kata, apakah kamu merasa bangga dengan hadiah kamu sedangkan apa yang Allah beri padaku lebih hebat dan jauh lebih baik?

Kita tuan tuan, kalau dah kaya raya, emas bersepah dekat celapa (celah peha), kita nak bagi orang emas, orang tu tolak pastu rasuah pulak kita dengan duit supaya kita tak bagi emas kita dekat dia, apa kita rasa? Terhina weyh..

Sebab kan Nabi Sulaiman ni ajak menyembah Allah, tapi mereka datang walaupun dengan dasar diplomatic memberi hadiah supaya mereka boleh kekal menyembah matahari. Sedangkan apa yang Nabi Sulaiman seru itu adalah sesuatu yang baik untuk mereka dunia dan akhirat, takkan la Nabi Sulaiman tak marah? Of course la marah tuan tuan. Sebagai kapasiti Raja dan Nabi, of course marah.

Maka disuruhlah rombongan ini balik ke Negara Saba dan Nabi Sulaiman mengacam bahawa Baginda akan membawa seluruh tenteranya ke Negara Saba. Maka baliklah rombongan Ratu Balqis ke Negara Saba.

Haa, kat sini ada cerita yang best. Kan Nabi sulaiman kumpulkan seluruh tenteranya untuk ke negara saba? Masa ni selepas tentera Nabi Sulaiman dikumpulkan dan marching toward Saba, mereka lalu di satu Lembah semut.

Nabi Sulaiman dengar, ada Semut betina menyeru kepada kaumnya, “wahai semut semut sekalian, masuklah kedalam sarang kamu semua.. kerana bala tentera Raja Sulaiman akan lalu kat tempat ni. Nanti korang semua akan dipijak pijak tanpa disedari. Bila mendengar kata kata semut betina ni, Nabi sulaiman pun tersenyum.

Seketika aku juga tersenyum. Chewah.. sebab apa?

Korang.. Macam mana bunyi semut? Cuba buat bunyi semut sikit, nak dengar. Boleh tak?

Haa.. tak boleh kan? Nak membuktikan yang kurniaan Allah kepada Nabi Sulaiman ni memang hebat. Macam mana Nabi Sulaiman boleh faham bahasa semut. Ni nak membuktikan yang Nabi Sulaiman faham bahasa binatang dengan bahasa binatang tersebut, bukan bahasa universal.

Bahasa universal tu macam kita cakap dengan kucing kita la, comot.. jangan makan kat situ.. padahal entah kucing tu paham entah tak kita cakap apa. Haha.

Lagi satu, divert sikit.. Kat sini hebatnya Al quraan, Allah guna isim atau kata nama Perempuan atau betina. Nak menujukkan yang menyeru tu semut betina, bukan semut Jantan. Dan memang, study menunjukkan atau kajian menujukkan yang semut betina adalah ketua bagi semut semut.

Kalau ada sekerajaan semut, yang menjadi ketua adalah ratu semut. Hebatkan? Nabi Muhammad bukan saintis yang mengkaji alam semut, Baginda seorang Nabi. Tapi, fakta ni dah dirakam dah didalam Al quraan.

Jadi, Nabi Sulaiman pun tersenyum. Dan meminta tentera Baginda untuk berhenti. Haa.. Kat sini Nabi Sulaiman kumpulkan segala Menteri Menteri baginda, atau pembesar pembesar Baginda.

Menteri menteri Nabi Sulaiman ni bukan manusia je tau. Full complete dari macam macam species. Ada manusia, haiwan dan juga Jin. Maka Nabi Sulaiman pun mulakan mesyuarat. Haa jap.. sebelum Baginda mulakan mersyuarat, kita pause jap, balik ke Negara Saba.

Rombongan Ratu Baliqs yang menghadap Nabi Sulaiman ni pun baliklah ke Negara Saba. Lalu mereka pun ceritalah kepada Ratu Balqis, tentang hadiah mereka sebenarnya tiada nilai pun di Negara King Sulaiman. Dan mereka pun ceritalah ancaman Nabi Sulaiman ingin menyerang Negara Saba. Ingat tak tadi, yang Ratu Balqis atau Queen Sheba ni tak nak perang?

Jadi, Ratu Balqis pun buat keputusan untuk menyerah diri atau menghadap Nabi Sulaiman. Sepertimana isi surat Nabi Sulaiman yang mula mula tadi. Jadi Bersiap dan berangkatlah rombongan Ratu Balqis yang diketuai oleh Ratu Balqis sendiri menghadap Nabi Sulaiman. Haa ingat tak yang kita cerita tadi, perisik atau special branch Nabi Sulaiman ni terdiri dari burung burung?

Haa.. of course la berita Ratu Balqis berangkat ni dah sampai dah ke Nabi Sulaiman. Kira from the moment hud hud bawak berita, Nabi Sulaiman dah pasang spy siap siap dah.

Kira dari awal Nabi Sulaiman dah tahu dah pembesar Ratu Balqis nak bagi hadiah apa semua, Cuma dia buat tak tau la. Alaa kita pun sama, kadang kadang kita tahu dah apa orang tu nak buat, Cuma kita nak tengok dia pergi tara mana. Betul tak?

Maka berangkatlah Ratu Balqis menuju ke Palestin atau Baitul Maqdis, ibu negara palestin Ketika itu. Masa ni Raja Sulaiman dah berangkat dah, Cuma mungkin tak jauh. Wallahualam. Tapi kalau jauh pun takde hal, sebab Allah cerita dalam Al quraan, Allah tundukkan angin untuk kegunaan perjalanan Nabi sulaiman.

Allah singkat perjalanan Nabi Sulaiman mengunakan angin. Kira teknologi angin dah ada lama dah. Zaman Nabi Sulaiman lagi. Teknologi angin ada tak sekarang? Of course la ada, kapal terbang tu.. Tu guna teknologi angin la. Bahasa budak budak muda, cucuk angin. Tak tak, tu Bahasa rempit. Haha.

Tapi sebenarnya teknologi kapal terbang tu memang purely guna angin atau aerodynamic. Minyak tu digunakan untuk tujahan je. Korang amik kipas, angin tu korang pusing pusing guna tangan, belok tak angin tu?

Ada masa kena angle yang tepat, korang akan rasa berat sikit atau angin banyak sikit kat situ. Haa.. dah cukup cukup, nanti korang pening pulak. Tu kelas sains engineering tu. Nanti korang study engineering pulak okay?

Tapi nak tunjukkan, Nabi Sulaiman tu tak perlukan minyak pun untuk tujahan aerodynamic tu. Mungkin Baginda menggunakan tangan atau entah. Wallahualam. Kita tak tau, Allah kata kun fayakun.

Kang ada kelompok yang nak pertikai kan mintak kertas kajian yang Nabi Sulaiman ni terbang, ah jenuh den nak jawab. Mintak mereka buat kertas kajian saintifik la tentang soul atau jiwa atau ruh. Tengok jauh mana boleh pergi dengan minda saintifik. Tak, bukan marah. Cumanya ada benda yang kita terbatas.

Kalau Al quraan kata sesuatu fakta, adakah Al quraan itu salah atau kita yang tak sampai level Al quraan lagi untuk menafsirkan betapa saintifik nya ayat tersebut? Kita yang terbatas atau Al quraan yang terbatas? Of course la kita, aku orang engineering, so aku tahu betapa pentingnya data atau fakta, tapi.. otak kita, ada limit.

Sebab tu masih ada yang menyekutukan Tuhan dengan alasan kepercayaan. Walaupun banyak dah bukti, kiri kanan depan belakang dalam luar, tapi still tak nak tengok, tak nak dengar, tak nak fikir, tutup hati. Right?

Dah, menyeleweng dah ni. Haha. Sampai mana kita? Oh, okay.. Meeting Nabi Sulaiman. Jadi Nabi Sulaiman ni mengadakan mesyuarat. Meeting dengan Pembesar pembesar Baginda. Kan King Sulaiman dah tau, bahawa Ratu Balqis dah datang menyerah diri? Jadi Nabi Sulaiman pun bertanya, siapakah dikalangan kalian yang sanggup bawak singgahsana Balqis kepada aku?

Kira Nabi Sulaiman nak pamerkan kehebatan kerajaan Baginda, Singgahsana atau Istana Ratu Balqis tu mampu berada di Baitul Maqdis sebelum mereka sampai lagi. Show of strenght. Ala.. sekarang pun sama kan? Masing masing berlumba nak tunjuk mereka ada kuasa nuclear yang hebat. In Politic we must show we are strong.

Jadi Nabi Sulaiman ni nak tunjukkan kat Ratu Balqis, yang Kerajaan Baginda jauh lebih hebat dari Kerajaan Ratu Balqis ni la. Supaya nanti, bila Ratu Balqis lihat Kerajaan yang hebat dan jauh lebih kuat ni, Ratu Balqis tak rebel lagi dah. Takde nak memberontak lagi dah. Terus serah diri. Lebih kurang macam tu la.

Jadi, berdirilah Ifrit dari kalangan Jin yang menjawab, Aku akan membawa singgasana Balqis tu sebelum Tuanku bangun dari tempat duduk Tuanku. Sesunguhnya aku kuat dan lagi terpecaya. Haa.. korang, bukan calang calang. Ifrit ni kira bos jin laa.. Kira hebat la. Tapi masih dibawah kekuasaan Nabi Sulaiman.

Kemudian berdirilah seseorang yang diberi ilmu ahli kitab. Kat sini, Al quraan tak cerita siapa. Tapi lelaki la. Allah tak sebut nama. Allah Cuma kata dia ada ilmu. Dia cakap kat Baginda Nabi Sulaiman, Tuanku, sabaq sat na… Saya akan bawa singgahsana Ratu Balqis tu sebelum Tuanku kelip mata. Blink, terus ada. Hebat tak? Hebat laaa…

Teknologi mass atau material teleportation ni dah ada zaman nabi Sulaiman weh. Hebat bak hang. Sekarang dah ada? Belum ada lagi. Kalau teknologi angin pun orang dicover tiga ribu tahun setelah zaman Nabi Sulaiman, Teknologi material transportation ni agak agak bila? Wallahualam. Possible tak? For engineering background point of view, possible. Bagi aku la. Cuma kita lack of source or power/energy supply.

Teori wormhole kan? Lukis satu garisan panjang kat kertas dari point a ke point b, lipat dua, tebuk. Terus tembus, kan? Tapi kita takde energy yang cukup kuat nak hold wormhole tu. Tapi tu teori aku la. Aku boleh salah, tapi Al quraan tu betul. Allah kata, orang yang ada ilmu yang pindah kan Singgahsana Ratu Balqis.

Bila Nampak je Istana Ratu Balqis, terus Baginda mengucap. Baginda kata, Ini adalah kurniaan Rabb ku, adakah aku akan mensyukuri atau menginkari. Siapa yang bersyukur, kebaikan itu untuk dirinya sendiri.. siapa yang mengingkari, sesunguhnya Allah Maha Kaya, Maha Mulia.

So gais, apa apa pun, kita kena syukur dulu. Susah mana pun, syukur dulu. Sebab Allah kata, syukur dulu, nanti Allah tambah. Okey?

Lalu Nabi Sulaiman pun memerintahkan untuk mengubah singgahsana Ratu Balqis. Sebab Baginda nak menguji, adakah nanti bila Ratu Balqis sampai, dia akan kenal lagi atau tak itu adalah Istana dia sendiri.

Long story short, sampai lah Rombongan Ratu Balqis ke Tanah Palestin. Dan Ratu Balqis di sambut oleh Nabi Sulaiman sendiri. Maka dijemput lah masuk kedalam Istana Ratu Balqis itu sendiri. Lalu Nabi Sulaiman pun saje jelah buat buat tanya, Hangpa kenai tak singgah sana siapa punya? Lalu jawab Ratu Balqis, macam kenai naaa.. Macam Saya punya.. Ish tapi tak mungkin lah.. Kan jauh Negara saya..

Lalu Nabi Sulaiman jawab, Haa.. ni hangpa punya la. Ni singgah sana hangpa la.. Lalu terkejut lah Ratu Balqis. Dia berkata, sesungguhnya sebelum ni dah tahu dah.. maksudnya tentang hebatnya kerajaan Nabi sulaiman dari pembesar pembesar dia, tapi tak sangka macam ni punya hebat. Lalu Berkatalah Ratu Balqis, Sesungguhnya kami orang yang berserah diri. Masa ni tak dan ah nak rebel rebel. Kalau rebel, dia yang kena betul tak?

Lalu Nabi Sulaiman pun menjemput Ratu Balqis untuk masuk kedalam istana Nabi Sulaiman sendiri. Maka masuklah Ratu Balqis. Masa nak masuk tu terkejut dengan hebat dan gah nya Istana Nabi Sulaiman, sampai Ratu Balqis ni angkat lah kain dia sampai nampak betis dia.

Korang bayangkan Istana, ya istana.. Tapi nak masuk tu, lantai dia bukan karpet, tapi kaca. Crystal clear. Macam air. Of course la korang angkat kain betul tak? Takut basah. Lagi lagi la Ratu, atau Queen kan? Mesti pakaian formal queen tu labuh sampai menutup kaki betul tak?

Lalu Nabi Sulaiman pun menjawab, tak yah la angkat kain, yang awak tengok tu bukan air, tapi kaca. Lalu je, no hal.

Kemudian terduduk lah Ratu Balqis, terus dia berkata, sesungguhnya aku telah menzalimi diri sendiri. Kenapa zalim dengan diri sendiri? Sebab dia menyembah selain dari Allah sebagai Tuhan. On the spot Ratu Balqis tersedar, bahawa kerajaan yang Allah bagi kat Nabi Sulaiman ni hebat sangat. Bahkan jauh lebih hebat dari kurniaan Negara Saba.

Sedarlah Ratu Balqis, yang memberi itu adalah Allah, bukan selain Allah. Allah kata, dalam Al quraan, Ratu Balqis ni masuk Islam dan menyembah Allah. Kita stick kat situ je la eh. Aku tak nak bahaskan dia kawin dengan Nabi Sulaiman ke tak. Sebab tu tak berapa penting.

Cuma kat sini, aku nak bawak korang keluar sikit tentang kuil sulaiman atau temple of solomon. Aku takkan sentuh banyak pun tentang temple of Solomon ni, sebab 99 percent kata kata tentang haikal sulaiman ni atau temple of Solomon ni dari Alkitab which is, bagi aku tak perlu untuk aku ceritakan. Tapi adakah istana tu ada?

My point of view, ada. Ada sesetengah ustaz akan kata Baitul maqdis tulah istana tu. Tapi aku mohon maaf, aku berlainan sikit. Baitul maqdis tu ada, tapi dalil istana tu ada pun ada. Yang mana? Yang Ratu Balqis sangka air tapi sebenarnya kaca tu lah. Tu je. Tak banyak pun kan? Tapi ada. Maksudnya Allah nak tekankan, yang Istana tu tak penting sangat pun. Yang penting ibrah dari kisah yang Allah nak ceritakan ni.

Kan aku janji tadi, ada satu ayat yang aku nak explain. Tentang kenapa Nabi Sulaiman tega minta kepada Allah supaya jangan bagi dah Kerajaan ni kat orang lain dah selepas dia. Kerana apa? Kena rewind back satu ayat, surah Sad ayat 34 yang Allah campak satu jasad ke atas throne atau tempat duduk Nabi Sulaiman.

Ada tafsir, mengatakan Nabi Sulaiman sendiri, tapi personally aku rasa tak. Sebab Allah guna ayat jasada. Atau Jasad. Dan Allah kata Allah lempar. Tak mungkin Nabi yang mulia Allah kata lempar jasad dia, mesti Allah guna Bahasa yang baik baik untuk Nabi, betul tak? Jadi siapa jasad tu? Wallahualam. Tak tau. Rahsia, Allah je Tahu. Dan juga Nabi Sulaiman.

Tapi apa yang membuatkan Nabi Sulaiman ni terkesima sampai doa macma tu? Mungkin jasad yang dilemparkan tu seorang yang hina, atau takde ruh. Mungkin Dajal, yang suatu hari nanti akan cuba install balik Kerajaan yang pernah Nabi Sulaiman ada Ketika ini, which is One world government. Semua harus tunduk pada satu pemerintahan, sebagaiman Negara Saba harus juga tunduk pada Kerajaan Nabi Sulaiman.

Kenapa susah payah Nabi Sulaiman nak menyerang Negara Saba? Biarlah kan? Tapi tak, of course the main reason is untuk suruh mereka menyembah Allah, tapi nanti kan akan ada Nabi atau Rasul yang lain yang akan mendakwah mereka? Kenapa nak susah jauh jauh usha suruh tunduk? Sebab one world government.

Sama lah macam America dan zionis cuba buat sekarang. Mereka cuba install one world government, tapi tak Berjaya, sebab terhalang dengan doa Nabi Sulaiman ini lah.

To be honest, mereka dah ada setiap kelengkapan dah nak bina atau nak runtuhkan Baitul maqdis dan memerintah dunia, tapi tak Berjaya. Ibarat kita dah ikut tips dan follow step by step nak mancing la, nak dapat ikan jos putih, tapi once Joran masuk laut, that’s it.. Allah yang tentukan ikan apa yang akan sangkut betul tak?

Korang ingat tak aku cerita tadi, ada harga yang harus dibayar oleh Nabi Sulaiman dengan Kerajaan yang besar ini yang meliputi haiwan, manusia dan jin? Ya.. ada. Masa ni jin dan manusia hidup di bawah satu pemerintahan. Pemerintahan Nabi Sulaiman. Dan di bawah pemerintahan ini, jin dan manusia bebas berinteraksi.

Masa zaman ni lah berlaku zaman exchange ilmu sihir antara manusia dan jin. Maka jin bebas ajar manusia ketika ini. Sebab itu lah Allah clearkan dalam Al quraan, yang apa Nabi Sulaiman ada bukanlah sihir, tapi mukjizat. Ya, mukjizat. Jadi sihir yang mana?

Haaa.. yang ni kena trace back belakang lagi sikit. Masa zaman Babylon, Zaman Raja Namrud versus Nabi Ibrahim. Tapi tak nak bahas panjang sangat, nanti korang keliru. Cuma nak menyimpang sikit, zaman Nabi ibrahim di hukum bakar dengan baginda pecahkan berhala adalah timeline berbeza ye. Sebab apa berbeza?

Sebab Namrud ni, dia kata dia yang Tuhan. Tapi yang berhala ni, sebab kaum dia menyembah berhala ketika itu. Okay, stop sampai sini, kisah nabi Ibrahim korang cari sendiri eh.

Masa zaman ni, Adalam dalam tamadun mesoptamia, zaman babylon. Dan ketika ni ada dua orang malaikat. Harut dan Marut. Mereka inilah yang mengajar sihir. Haa..kat sini korang kena kritikal thinking. Jangan terus hukum, eh malaikat pun ajar sihir? Jangan.. Sebab ni ayat Al quraan, kita kena berhati hati.

Korang kena bayangkan maca polis lah, bila mereka adakan talk tentang dadah- oh ni estacy, cara makan macam ni, effect boleh buat orang pening, yang ni pulak syabu, yang ni aiss.. haa tapi korang jangan amik eh. Ni untuk pedoman supaya korang jauhi, supaya jangan terjebak.

Sama lah macam malaikat Harut dan Marut ni. Mereka mengajarkan sihir sebagai ujian. Kalau ada api, ni sihir. Kalau ada kemenyan ni sihir. Kalau ada mantera, ni sihir. Kalau ada kepala kambing, yang ni black metal. Tapi, jangan amalkan eh. Haa.. macam tu lah lebih kurang.

Allah sendiri yang rakamkan dalam Al quraan, bahawa apa yang mereka ajar ini adalah ujian, janganlah kamu menjadi kafir dengan mengamalkan sihir. Tapi penduduk babil atau babylon ketika itu tetap mengamalkan sihir.

Sebab tu hebat hebat jugak mason atau pembuat bangunan orang orang dulu, sampai mampu membina tower of Babylon dan taman tergantung babylon. Dan tukang tukang mason yang free, atau tidak terikat ini lah digelar freemason. Haa.. deep dah ni.

So macam mana diorang buat? Tak lain tak bukan dengan bantuan sihir lah. Dan masa ni memang masa zaman keemasan sihir. Ingat tak timeline Nabi Musa? Semasa Nabi musa lawan semua ahli sihir firaun? Nabi Musa campak tongkat Baginda lalu menjadi ular dan makan semua sihir sihir murahan ni? Kan Allah rakam dalam Al quraan bahawa mereka mengatakan yang Nabi Musa ni adalah sihir?

Maksudnya Zaman ni sihir dah ada dah. Dan Bani Israel ketika ini kan hamba? Mereka juga ada mengamalkan sihir. Ala korang, samalah macam orang melayu sekarang, masih ada saka, masih ada penjaga dan sebagainya. Walaupun masa tu mereka beriman, mereka tetap mengamalkan sihir.

Bila dah zaman Nabi Sulaiman, masa jin dan manusia dalam satu kerajaan, lagi hebatlah aktiviti sihir menyihir ni. Di importnya buku buku dari Babylon ke Palestin supaya manusia boleh belajar direct dengan jin. Jadi Nabi Sulaiman pun dapat tahu tentang aktiviti ni. Maka diperintahkan supaya dikumpulkan kesemuanya buku buku dan apa apa yang berkaitan dengan sihir dan di simpan di bawah takhta Baginda.

Maka dikatakanlah bahawa Nabi Sulaiman mengamalkan sihir. Tapi Allah clearkan dah dalam Al quraan, yang ada pada Nabi Sulaiman tu bukan sihir, tetapi mukjizat kurniaan dari Allah.

Mulut jahat ni tuan tuan, berzaman dah ada. Bukan pada zaman yahudi di mekah lagi, jauh lagi dari tu. Sampai sekarang pun ada yang mengatakan Nabi Sulaiman ni amalkan sihir. No, kita stick dengan Al quraan okey?

Jadi cerita tentang King Solomon ni dah habis dah. Cuma aku nak pergi sikit lagi, tentang bagaimana Nabi Sulaiman wafat. Nabi Sulaiman ni wafat di atas kerusi sambil memegang tongkat dia. Ingat lagi tak, bahwa contractor kelas A zaman nabi sulaiman ni sape? Of course dari golongan jin jin. Maka mereka bertungkus lumus bekerja sambal diperhatikan nabi Sulaiman. 

Tapi sebenarnya Nabi Sulaiman dah wafat dah. Allah kata dalam Al quraan, hinggalah binatang melata atau senang cerita anai anai makan tongkat Nabi Sulaiman, maka jatuhlah Baginda. Maka masa tu barulah mereka tahu, yang Nabi Sulaiman ni dah lama wafat. Kira diorang cakap, kalau kitorang tahu Nabi Sulaiman dah meninggal, lama dah kitorang tuang kerja. Tak dan nak kerja aih. Lebih kurang la.

Kat sini nak buktikan apa? Nak buktikan yang Jin tak tau perkara ghaib pun. Kalau tak, mereka tak akan menyiksa diri mereka sendiri bekerja tungkus lumus dengan arahan Nabi Sulaiman. So tak yah la korang nak mintak Nombor ekor untuk esok, tak dan aih. Buang masa. Diorang pun tak tau.

So selepas kewafatan Nabi Sulaiman, dalam bible mengatakan Solomon king ni ada beberapa orang anak. Dan selepas Baginda wafat, berlaku perebutan kuasa.

Aku tak nak go into detail pasal ni. Sebab, like I said, kita stick pada principle kita. Tetapi apa yang pasti, setelah King Solomon atau Nabi Sulaiman wafat, Palestin Ketika itu terpecah dua. Kira macam korea utara dengan korea Selatan la. Yang belah Selatan ni Kingdom of Judah, yang terdiri dari keturunan Yahuza dan Benyamin. Kan ada dua belas tribe kesemuanya?

Dan yang belah utara ni ada sepuluh tribe which is Yusuf, Dan, Naftali, Ruben, Simeon, Lewi dan lain lain. Dan ikut bible, yang terbelah ni ada king masing masing.

Dan kalau ikut Sejarah, Tahun 700 Sebelum Masihi, which is lebih 2700 Tahun yang lalu, Kerajaan Assyria pimpinan king Sargon menyerang Kerajaan Israel.

Hingga hancurlah sehancur hancurnya sehingga hilanglah sepuluh tribe of Bani Israel. Hilang, terbuang.. hingga ada yang berasimilasi dengan kaum kaum yang lain atau ada yang membentuk kaum kaum yang baru. Kaum yang baru tu macam mana? Macam melayu dan sebagainya. Aku tak claim melayu ni keturunan yahudi okay. Kena clear kat sini. Sebab bagi aku, tak kisah lah keturunan kita asal dari mana pun, apa yang penting bukan keturunan.

Tak kisah la cina, india tau kadazan pun, bagi aku kita cukup racist bila kita judge orang dengan sesuatu yang tidak mampu kita pilih, contoh dilahirkan dalam bangsa apa dan sebagainya. No, stop, draw the line, boleh?

Cumanya yang aku lihat persamaan bangsa melayu dengan yahudi ni, kalau harga tu dah kurang yahudi la. Ada la sikit sikit lagi. Tapi yang paling ketara ada dua, satu, maaf cakap, sifat kekitaan atau senang kata sikap racist tu ada.Cumanya racistnya yahudi ni sampai dia racist dengan Tuhan weyh. Tak caya? Tengok Sejarah, betapa dia dengki Nabi terakhir bukan dari kalangan Yahudi.

Kita? Jom tengok sejarah jugak, racist kita sampai tak mampu biar negara di perintah oleh oleh asing. Seperti mana Pareswara atau Raja Iskandar Syah membunuh pemerintah Temasik, Temangi hanya kerana sifat kemelayuan yang tidak tega melihat negara di tadbir orang asing.

Dan dua, orang melayu dengan yahudi ni suka benda benda mistik, Kalau yahudi ni ada la dia punya shaman bagai, kita pun ada bomoh bomoh. Bagi salam sebelum masuk hutan dan lain lain. Tapi untuk aku mengatakan kita adalah bangsa melayu dari keturunan sepuluh bangsa yahudi yang hilang tu, maaf. Aku tak mengatakan begitu.

Kenapa mereka mencari lost tribe ni? Kenapa mereka bersungguh nak cari sangat saudara mereka yang hilang ni? Sebab mengikut kepercayaan mereka, mengikut Talmud mereka, salah satu dari bangsa mereka yang hilang ini suatu hari nanti akan datang dan hapuskan mereka. Kan mereka lebih percaya Talmud, lebih dari mereka percaya old and new testament? Betul tak? Dengan Tuhan Yahweh mereka?

So apa dalil kita? Dalam ayat terakhir Surah Sof tu la, sebahagian yang beriman akan memenangkan sebahagian yang kafir dari Bani Israel. Wallahualam, Allah jua lebih tau. Sila kan nak buat kajian, sungguh aku banyak tidak tahu. Aku Cuma seorang yang sukakan sejarah. Itu sahaja.

Korang, aku habiskan kat sini dulu ye. Jujur aku nak sambung sikit tentang Nabi Uzair yang yahudi kata anak Allah, go tru timeline Nabi Isa, tapi jujur aku kata, aku kesihatan aku tak mengizinkan. Mohon doa kalian ya, supaya diberikan kesembuhan yang cepat. Semoga berkat doa kalian yang baik baik, Allah kabulkan. Insya Allah. Amin…

Aku tamatkan disini dulu la. Mungkin nanti aku akan buat last entry, tentang bagaimana yahudi sekarang terbentuk, yahudi zaman Nabi Muhammad sikit dan seterusnya zionis dan pasca sejarah zaman sekarang. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan. Terima kasih korang sebab membaca. Dan terima kasih juga kerana menunggu.

Mohon maaf salah dan silap sepanjang penulisan aku kali ni. Apa yang baik tu, korang ambil la.. Yang kurang baik tu, tegurlah ye.

Thanks korang.

Assalamualaikum.

– Amin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Salam Amin .. Nk komen , boleh tak lepas ni kalau nk letak nama tu , letak nama Nabi yang tertulis dalam Al-Quran dalam kurungan nama kat Bible ke ?
    contoh nya Nabi Sulaiman (King of Solomon) ,, Nabi Daud (King David) ..
    Sy confuse kalau campur2 dengan bahasa Bible ..
    sekian pandangan sy ~

  2. Salam Amin. Thank you utk perkongsian ni. Hopefully dpt baca lg perkongsian lain drpd Amin. Smga diberi kesihatan yg baik, diberi kesembuhan.

  3. Salam tuan Amin. Saya baca kisah sejarah tuan dari 1 hingga 4 dalam 1 malam. 2 malam lalu saya baca ayat dlm Surah Al Baqarah kisah Talut dan Jalut dan dlm hati saya bertanya mana saya nak faham kan kisah ni secara lanjut sbb saya mula minat nak tau kisah perang Palestine dan Israel yg ada ketika ini. Coincidence confession entry tuan ke 4 lalu dlm newsfeed saya. Saya yakin bukan coincidence tapi merupakan jawapan yg Allah swt berikan kpd saya. Terima kasih byk2 dan smoga Tuan menyambung kisah sejarah ini lagi. Smoga tuan cepat2 sembuh InsyaAllah.

  4. assalamualaikum tuan sy dh baca part last entry tp tak dapat baca full habis tak tahu kenapa harap tuan boleh edit balik supaya boleh jelas sy membaca..sb sgt minat kisah2 sejarah ni walaupun nk kena recap balik

  5. Assalamualaikum Amin (bukan nama sebenar).. Semoga Allah sembuhkan segala penyakit dah permudahkan urusan awak supaya dapat sambung cerita sampai habis. Aamiinn…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *