Tanah Yang Dijanjikan V

Untuk part I, (https://iiumc.com/tanah-yang-dijanjikan/).

Untuk part II,  (https://iiumc.com/tanah-yang-dijanjikan-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/tanah-yang-dijanjikan-iii/).

Untuk part IV, (https://iiumc.com/tanah-yang-dijanjikan-iv/).

Assalamualaikum, Hai korang. Amin lagi. First of all, aku nak berterima kasih kerana sudi baca which so called confession aku walaupun bersiri siri.

Insya Allah, untuk kali ini, aku akan cuba konklusikan cerita dan kisah tentang Bani Israel sekurang kurangnya hingga pasca zaman sekarang. Cumanya untuk kali ini, penceritaan aku agak cepat sedikit. Harap harap korang boleh follow la ye? So tanpa membuang masa, jom kita bercerita.

Cuma aku mohon maaf, aku takkan recap banyak seperti sebelum ni. Dan untuk kali ini, Aku tak akan go tru into detail sangat tentang yahudi zaman sekarang, sebab pasca zaman sekarang ni ada terlalu banyak nama dan kronologi yang mungkin nanti korang akan keliru kalau aku ceritakan semuanya.

Kerana timeline kita sebelum ni, tak banyak nama yang kita bahaskan, seperti Nabi yakub, Nabi yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Joshua, Nabi Samuel, Talut dan jalut, Raja Daud dan Raja Sulaiman. Semua ini masih dalam nama nama yang bagi aku kita masih familiar.

Tetapi, untuk era yang ke hadapan akan ada terlalu banyak nama dan kronologi dalam drama Palestin Israel sekarang. Ya, drama. Kenapa aku sebut drama? Haa.. yang tu korang kena follow sampai abis eh. Aku akan cuba sedaya Upaya untuk ringkaskan bagi korang faham tentang kenapa pentingnya isu Palestin ni dan kenapa kita kena berpendirian dalam isu Palestin.

Ya gais, kena berpendirian. Berpendirian disini maksud aku adalah dengan tidak berlebihan dan tidak pula sambil lewa. Kan kita ni umat yang adil? Seperti mana kata Allah dalam Al quraan – kit aini Umat yang pertengahan, betul tak?

Jadi dalam sesuatu issue, janganlah kita berlebihan jikalau kita sendiri tidak tahu hujung pangkal. Janganlah kita terlalu mengikut sentimen yang dipermainkan hingga kita tidak rasional dalam berpandangan. Okeyh? Jom, lets walk the story.

Sebelum ni kan kita dah bahas tentang Nabi Sulaiman atau King Solomon dengan kurniaan kerajaan Baginda yang hebat. Dan hebatnya Nabi Sulaiman ni bukan biasa biasa tau, sebab Baginda mempunyai kerajaan yang meliputi manusia, haiwan dan jin. Kita dah pun bahaskan panjang lebar tentang kerajaan Nabi Sulaiman sebelum ni. Dan aku tak nak bahaskan panjang lagi.

Cukuplah yang kita tahu, ada harga yang mahal yang harus dibayar oleh kerajaan Nabi Sulaiman, which is, tersebarnya ilmu sihir dengan meluas di kalangan rakyat. Masa tu kan jin dan manusia dibawah satu kerajaan dan bebas berinteraksi dengan manusia.

Apa dalil nya? Dalilnya ketika meeting pembesar pembesar nabi sulaiman dengan baginda, kan Al quraan kata ifrit sendiri yang volunteer nak bawak Istana atau singgah sana Queen Balqis ni ke Baitul Maqdis? Tetapi, ada seorang hamba Allah yang Allah kata seorang lelaki, yang mampu pindahkan istana tersebut dalam sekelip mata.

Allah tak sebut siapa, tapi Allah kata lelaki ini diberikan ilmu al kitab. Bukan kitab bible taw. Kitab apa? Wallaualam, Allah jualah yang tahu.

Ini juga adalah salah satu asbab kenapa kita harus menulis ilmu, tak kira lah ilmu fizik, sains, Sejarah, matematik hatta ilmu sihir pun ada kitab. Kerana ilmu itu bergentayangan, tetapi tulisanlah pengikatnya. Maka kita ikatlah ilmu itu dengan tulisan. Haaa.. ni pun nak bagi tips, kalau korang nak cepat hafal kena lah rajin rajin menulis.

Jadi selepas Nabi Sulaiman wafat, Bani Israel ni berpecah kepada dua negara which is Israel utara dan Israel Selatan. Israel utara ni disebut sebagai Kingdom of Israel dan yang sebelah Selatan ni disebut Kingdom of Judah.

Kenapa Judah? Sebab didalam kingdom of Judah ni ada dua tribe of Bani Israel which is dari decendant of Yahuda dan Benyamin. Dan yang lagi sepuluh tribe tu membentuk Israel utara which is kingdom of Israel. Dia macam lebih kurang korea utara dengan korea Selatan la.

Keduanya orang korea dan bercakap dengan bahasa korea yang sama. Cumanya korea utara dengan korea selatan ni terpisah kerana campur tangan negara asing selepas perang dunia kedua which is, of course la kita tau, hasil campur tangan penyebuk Russia dan Amerika. Dua dua nak tunjuk siapa yang lebih berkuasa, tetapi akhirnya yang terpisah adalah rakyat korea itu sendiri.

Tetapi dalam kes Bani Israel ni, mereka berpecah sebab perebutan kuasa antara anak anak Nabi Sulaiman. Kan kita dah bahaskan, yang Nabi Sulaiman ni ada banyak anak, which is aku tak nak go into detail. Sebab apa? Sebab kita still stick dengan rujukan kita, Al quraan, hadis dan apa apa yang tak menyimpang dari keduanya.

Bukan apa gais, kalau aku cerita, nanti korang akan terlalu banyak berspekulasi. Sebab dalam bible, dikatakan Nabi Sulaiman ni menjadi kafir kerana mengamalkan sihir. Which is bagi kita, kita tolak lah. Sebab ini tak betul dan jauh menyimpang.

Sebab itu Allah clearkan nama Nabi Sulaiman dalam Al quraan. Sebab apa? Ada asbabun nuzul jugak tau kenapa Allah clearkan. Sebab orang yahudi ketika zaman Nabi Muhammad memfitnah Nabi Sulaiman mengamalkan sihir. Mereka kata kepada Nabi Muhammad, apa yang ada pada kamu samalah seperti Nabi Sulaiman, which is Sihir.

Sebab itu turunnya ayat Al quraan nak clearkan fitnah fitnah yahudi ni. So macam mana yahudi masuk tanah arab dan menjadi penduduk yahtrib atau masa sekarang dikenali sebagai madinah? Haa.. yang tu kena follow this last entry eh.

Jadi apabila wafatnya Nabi Sulaiman, Kerajaan Bani Israel terpecah dua. Dan setiap dari negara yang terpecah ni, ada King mereka sendiri atau raja mereka sendiri. Kingdom of Judah ada Raja mereka sendiri, dan kingdom of Israel pun ada raja mereka sendiri.

Cumanya pusat Kerajaan Kingdom of Judah ni dekat Baitul maqdis, tempat istana Nabi Sulaiman tu. Dan pusat Kingdom of Israel ni di Samaria di dalam palestin atau Kanaan jugak lah, tapi dah terpecah dua dah pada zaman ini.

So Raja Judah ni gais, ada sifat dengki dalam diri dia. Yelah, dia tak puas hati. Kalau boleh dia nak keraajan ni dia punya, tak nak terpecah dua. Dia nak bolot semuanya. So Raja Judah ni plan something. Kan kita dah bincang sebelum ni, pada zaman ni ada jugak kerajaan kerajaan lain dari negara negara lain seperti tamadun mesopotamia yang ada kerajaan assyria dan Babylon didalam tu.

Long story short, Raja Judah ni berpakat dengan Raja Sargon II dari kerajaan Asyria ini untuk menyerang kingdom of Israel. Maka hancurlah sehancur hancurnya kingdom of israel di tangan Raja Sargon II dan bertebaran lah sepuluh tribe of jews ni ke seluruh pelusuk dunia dan berasimilasi dengan orang orang setempat dan ada juga yang membentuk kaum kaum yang baru. Wallahualam, Allah jua yang lebih tahu.

Tapi memang hancur lah kerajaan israel atau kingdom of israel Ketika itu. Dan yang tinggal kemudian hanyalah kerajaan Judah atau kingdom of Judah. Kemana pergi sepuluh tribe yang dihapuskan dan hilang di muka bumi tu? Secara jujur susah nak jawap soalan ni. Kerana masih ada kajian kajian tentang the lost tribe ni. Dan kita pun tak boleh nak pinpoint, kajian kita lah paling terbenar dan kajian yang lain salah.

Sebab, boleh jadi kajian kita waktu dan Ketika ini Nampak macam betul, tapi in future kalau ada penemuan yang membuktikan sebaliknya, maka kita harus terima kajian kita salah. Yang tak salah ni Al quraan je tuan tuan. Sebab dah terbukti 90 peratus apa yang Al quraan kata tu benar dan 10 peratus lagi kita tak tahu. Yang kita tak tahu ni macam kehidupan selepas mati, hari akhirat, syurga dan neraka.

Ada sesiapa yang nak buktikan yang 10 peratus itu adalah salah? Kalau lah yang 90 peratus ni pun dah betul, apa yang membuatkan kita tak yakin 10 peratus lagi adalah benar janji dari Allah, bahawa adanya Syurga dan Neraka dan adanya hari pembalasan?

Okay back to the story, for the sake of this story, kita stick je la yang sebenarnya kita tak tahu kemana mereka tersebar. Tapi apa yang kita yakini, satu hari nanti akan ada sebahagian dari Bani Israel ni sendiri akan menghancurkan Bani Israel yang tidak beriman sekarang.

Maka tinggallah dua je tribe yang ada sampai sekarang which is Yahuda dan Benyamin didalam Kerajaan Judah. Kita gelar lah mereka adalah yahudi, dan merekalah yang ada sampai sekarang. Ada yang kata, Rabbai Yahudi ni dari keturunan Benyamin atau Bunyamin. Tapi sama je, yang baik tu moyang diorang, bukan diorang.

Dan mereka inilah yang membentuk fahaman Judaism, bukan Islam lagi dah. Sebab Bani Israel yang sebenar kena sembah siapa? Sembah Allah dan ikut syariat para nabi dan rasul, betul tak? Tapi mereka ni ada dengan Tuhan Yahweh mereka which is dah menyimpang jauh dah.

Sebenarnya bermula kewafatan Nabi Sulaiman, dah start dah kehancuran bani Israel hingga terbuang beberapa kali dari Palestin. Selepas serangan Raja Sargon II ni ke atas Kingdom of Israel, Kingdom of Judah ni ingat mereka dah selamat dah.

Tapi akhirnya, mereka sendiri diserang oleh Kerajaan Babylon yang diketuai oleh Raja Nebuchadnezzar II. Terbelit lidah tak? Haha. Raja ni feymes ni, banyak dalam buku buku teks sejarah. Aku pun tak tahu nak simplify nama dia macam mana. Haha. Korang praktis je la eh, Raja Nebuchadnezzar II.

Tapi dah alang alang aku sebut pasal ni, korang nak tau tak kenapa raja raja dulu ada nama I, II, III dan seterusnya? Macam sultan muhammad al fatih atau nama sebenarnya Muhammad ke dua, Sultan Abdul majid ke dua, Emperor Constantine ke 11 (XI) dan lain lain?

Haa.. Meh sini den nak koba. Orang dulu dulu, terutama raja raja atau emperor zaman dulu, mereka macam ada satu tradisi atau adat untuk memberi nama anak mereka sama seperti nama ayah atau datuk mereka. Ini kerana rasa cinta ataupun penghormatan kepada ex King terdahulu. Samalah macam orang Arab, selalu bagi nama berbinkan nama ayah mereka sebelum ni.

Contoh Muawiyah bin yazid bin muawiyah. Sebab adanya rasanya cinta kepada predessor mereka atau bapa dan datuk mereka terdahulu. Sebab tu ada nya satu dua tiga sampai la berbelas belas. Harap korang clear la eh. Dan kalau korang perasan, kalau raja tu tak disebut lagi, maksudnya ada la something wrong yang raja tu dah buat sampai tak disukai oleh penerusnya, which is anak cucu mereka.

Okay sambung cerita, maka berlakulah the great diaspora of jews. Diaspora ni maksudnya perpindahan besar besaran sesuatu kaum dari tanah air mereka, kalau dalam case ni, yahudi la.

Setelah diserang oleh Raja Nebuchadnezzar ii ni maka terbuanglah bangsa yahudi. Ada yang dibawa ke kota babyblon, ada juga serpihan yang bersepah, bahkan ada juga yang masih tinggal di Tanah canaan dengan sisa sisa serangan Raja Nebucadhnedzar ii.

Dirakamkan dalam Al quraan, dinding berada di atas bumbung. Haa macam mana tu? Maksudnya serangan tu memang betul betul dasyat terhadap Baitul maqdis Ketika itu, hingga hancur lah Baitul maqdis dan istana Nabi Sulaiman buat pertama kalinya.

Ingat tak sebelum ni kita ada cerita tentang buku buku sihir Babylon yang di import dari Kerajaan Babil semasa zaman pemerintahan Nabi Sulaiman? Boleh jadi, orang Babylon Ketika ini ingin merampas semula kitab kitab sihir mereka. Kerana itu mereka merencana kan serangan balas. Wallahualam, Allah jua lah yang lebih tahu.

Jadi setelah yahudi terbuang dari tanah canaan atau Palestin, dijadikan tawanan oleh Raja Nebuchadnezzar II dan di bawa ke kota babylon. Kan aku cerita tadi, masih ada golongan yahudi yang tinggal di Baitul Maqdis dengan sisa sisa tinggalan perang? Masa ni memang hancur sehancur hancurnya lah.

Ada satu figure yang masa ni terselamat dari bencana serangan King Nebuchadnezzar ii, which is figure seorang Nabi, Nabi Ezra. Atau kita lebih mengenalinya sebagai Nabi Uzair. Haa.. kat mana kita jumpa nama ni? Kat mana ya?

Dalam Al quraan gais. Allah ada mention nama Nabi Uzair dalam Al quraan.

Nabi Uzair ini ketika serangan ini terjadi, dia takde kat situ. Dia keluar bersama keldainya dan dalam perjalanan balik Nabi Uzair ni melihat Baitul Maqdis ni dah hancur. Hinggalah Nabi Uzair ni terdetik dalam hati dia, macam mana Allah nak bangunkan atau nak bangkitkan sesuatu tempat yang telah jadi padang jarak padang terkukur macam ni. Macam mana nak bina balik kehidupan setelah mala petaka yang besar ni? Detik hati Nabi Uzair.

Gais, untuk orang biasa, itu adalah pertanyaan yang normal. Ya, normal. Orang biasa macam aku, macam kita, macam semua, normal terdetik persoalan macam mana Allah nak pulihkan keadaan sesuatu tempat yang dah hancur lebur dah. Macam kita bertanya pada diri sendiri bila berlaku tsunami kat Acheh suatu ketika dulu. Kan masa tu Acheh hancur teruk. Berapa puluh ribu nyawa yang melayang, hingga tidak mustahil kita akan terdetik, bagaimana tempat ini akan bangun semula? Betul tak?

Tapi untuk kita, orang biasa, okay.. tapi bukan bagi seorang Nabi. Nabi ni korang, bukan level level yang biasa. Walaupun mereka manusia biasa, tetapi tingkatan mereka berbeza. Nabi ni dah lain level dah dari kita. Dan of course teguran Allah terhadap Nabi juga berbeza. Jadi Allah tegur Nabi Uzair dengan satu peristiwa which is Allah tidurkan Nabi Uzair.

Ya, tidur. Bukan kisah Ashabul kahfi je ye gais yang menarik dan penuh iktibar dalam Al quraan. Banyak, yang terlalu. Jadi, Nabi Uzair ini pun ditidurkan. Masa tu ada bersama dia adalah seekor keldai, dan adalah jugak sikit makanan dan minum di samping dia. Biasa lah, orang dulu travel kan? Ada bawak makanan sikit, air sikit, lepas tu panaskan untuk minum minum dan rehat sebelum sambung balik perjalanan. Sama lah dengan Nabi Uzair ini.

Maka tertidurlah Nabi Uzair di bawah satu pohon. Allah kata Allah tidurkan dia selama seratus tahun sampai hancur keldai Nabi Uzair. Maka setelah seratus tahun, maka Allah bangunkan Nabi Uzair.

Maka setelah Nabi Uzair bangun, ada satu suara yang menyeru pada Nabi Uzair. Ada tafsir yang mengatakan malaikat, ada yang mengatakan Allah sendiri yang menyeru. Tapi wallahuallam, kita pegang je lah, ada suara yang menyeru dan bertanya pada Nabi Uzair, Wahai Uzair, berapa lama kah kamu telah tidur? Maka Nabi Uzair pun pegang makanan dia dan minuman dia. Panas lagi. Maka Nabi Uzair menjawab, mungkin seketika atau separuh hari.

Maka dikatakan kepada Nabi Uzair semula, Lihat keldai mu wahai Uzair. Maka Nabi Uzair pun lihat, sudah tinggal debu dah. Takde tulang lagi dah. Yela, seratus tahun kan? Tulang pun paling kuat boleh decomposed dalam 30 tahun. Tapi kalau diawet, atau ditanam kat tanah yang dalam Bahasa sainsnya PHnya neutral, maka bolehlah bertahan lama.

Jadi Nabi Uzair pun lihat, keldainya dah takde dah. Maka Allah hidupkan balik keldainya yang dari debu, menjadi tulang belulang, disalut daging, hingga jadilah keldainya hidup seperti sedia kala. Maka fahamlah Nabi Uzair tentang teguran Allah terhadap dirinya.

Jadi selepas tu, Nabi Uzair lihat tempat yang dahulunya hancur, kembali adanya penempatan penempatan. Maka sambunglah perjalanan Nabi Uzair ke kampung yang berdekatan atau ada sesetengah pendapat kembali ke kampungnya.

Wallahualam, kita tak akan bahaskan panjang lebar tentang itu, cukuplah korang tahu Nabi Uzair ni kembali ke suatu penempatan yang dia dikenali or where he belongs to. Kat mana tu? Kita stick je la, dekat penempatan kaum yahudi yang tersisa di Canaan atau Palestin.

Masa ni orang yahudi kampung tu pun bertanya, siapa kamu? Maka agak tak masuk akal jugak kalau dia nak cakap dia adalah Nabi Uzair. Kena gelak berguling nanti. Tapi bijak Nabi Uzair menjawab, ingatkah kamu dulu ada seorang Nabi Bernama Uzair? Maka jawablah penduduk kampung kat situ, betul, ada kami ingat ada seorang Nabi sebelum berlaku malapetaka. Maka jawab nabi Uzair, akulah Nabi Uzair. Maka berguling jugak lah penduduk kampung ketika itu.

Tapi Nabi Uzair ni bijak, dia cakap, macam ni lah gais, Kalau saya nak argue pun tak guna, ada tak something atau sesuatu yang boleh membuktikan percakapkan saya? Maka teringatlah penduduk ketika itu, ada seorang nenek tua buta yang ada dan masih hidup ketika zaman Nabi Uzair. Hanya dia yang mampu mengenal Nabi Uzair. Tapi itulah, dia buta kan? So macam mana nak kenal?

Maka dibawalah Nabi Uzair melihat nenek tua tersebut. Long story short, Nenek tu cakap, nabi uzair ni doa dia makbul. Jadi, dia mintak Nabi Uzair ni doa untuk dia kembali melihat, dan makbul doa Nabi Uzair. Pandai juga nenek ni kan? Haha. Dan nenek tua itu pun dapat melihat dan terus mengesahkan bahawa itu adalah Nabi Uzair.

Korang.. masa serangan Raja Nebucahdenzzar ii tu, bukan temple of Solomon atau istana Sulaiman je yang musnah, masa tu pun tabut hilang sekali. Even Taurat or Old Testament tu pun hilang. Sebab korang kena faham, kitab terdahulu tak dipelihara macam Al quraan. Al quraan ni macam mana dipelihara? Cepat2, kena jawab ni.. Rukun iman ni..

Haa.. Al quraan dipelihara dengan Hafazan atau Hafalan bukan sekadar lisan. Kalau lisan macam mana? Lisan ni, macam kita main satu game, kata berantai. Entahlah, tak tau la betul ke tak nama game tu, tapi.. Pernah tak main satu game yang kita susun lima enam orang dalam satu barisan, dan kita bisikkan sesuatu dekat orang yang pertama dan orang tu kena sampaikan pada orang yang kedua dan seterusnya.

Agak agak sama tak ayat orang yang terakhir tu dengan orang yang pertama? Tak kan? Beza dengan Al quraan. Alquraan ni dalam bentuk Hafazan. Korang kumpulkan lah orang yang ramai, bacakan Al fatihah, agak agak tersilap baca tak?

Of course tak, sebab Al fatihah yang sama yang di baca oleh setiap orang. Tidak berubah. Sebab Al quraan itu dipelihara didalam bentuk Hafalan atau Hafazan, bukan lisan. Lisan tu kalau gossip boleh la. Sorang cerita Alif tegar sentuh je, sampai orang yang ke sepuluh cakap Alif tegar penampar. Ah sudah. Tak, bukan bekap, nak bagi contoh je.

So kenapa aku cerita semua ni? First sebab mukadimah je, untuk entry lain tentang kebenaran dan pembukitan Al quraan dari Allah. Which is, yang ni korang kena remind aku eh. Second, sebab pada zaman selepas kehancuran Baitul maqdis tu, hanya Nabi Uzair yang hafal keseluruhan kitab Taurat atau Old Testament ni.

Jadi selepas Nabi Uzair sembuhkan Nenek tua tadi, masih ada lagi permintaan dari orang kampung yahudi Ketika itu. Mereka kata, selain dari bukti tadi, Nabi uzair je yang hafal keseluruhan Taurat. Jadi mereka pun minta Nabi Uzair untuk menyalin atau membacakan Taurat kepada mereka. Masa ni diceritakan Nabi Uzair lupa. Macam pending-pending camtu. Padahal ramai dah datang ni kemurun nak tengok.

Dan diceritakan jatuhnya tahi Bintang tepat ke dada atau sesetengah Riwayat terkena kepala Nabi Uzair dan Nabi Uzair pun Kembali mengingati hafalan dia dan membacakan taurat kepada mereka. Dan kerana peristiwa inilah Nabi Uzair digelar Anak Allah oleh orang Yahudi.

Okay, clear sampai situ? Jadi tadi kan kita cerita, yahudi ni dah terbuang ke Babylon. Sebab mereka diserang dan dibawa ke Babylon oleh Raja Nebuchadnezzar II? Korang kena bayangkan tau, bukan total kesemuanya dibawa ke Babylon atas nama tahanan perang, ada la sikit sikit yang balance macam cerita Nabi uzair tadi. Tetapi boleh dikatakan kebanyakan atau hampir keseluruhan bangsa yahudi ni dibawa ke kota Babylon.

Dan masa ni di Palestin, ada lah remnant atau sisa sisa orang yahudi sikit, orang asal Kanaan sikit yang masih ada kat situ. Mungkin semasa kejadian serangan itu berlaku, mereka takde kat situ, atau mereka bersembunyi atau mereka tengah travel macam Nabi Uzair yang travel tadi. Wallahualam.

So bila mereka Kembali ke tanah Palestin nanti? Ha… So nanti akan ada satu susuk tubuh atau figure yang akan bawa Kembali bangsa yahudi ni ke Tanah Canaan ataupun Palestin. Siapa dia?

Dia adalah seorang Raja Persia yang akan menyerang kota Babylon ini dan membebaskan kaum Yahudi. Dia adalah King Cyrus the great, atau Cyrus agung. Dan di dalam Islam, kita lebih mengenalinya dengan gelaran Iskandar Dzulkarnain. Bukan Alexander the great ya, tapi Cyrus the great.

Sebenarnya ada perbahasan yang panjang lebar tentang ini, tentang Cyrus the great ini, adakah dia adalah Iskandar Dzulkarnain yang dikatakan atau bukan. Wallahualam, Allah jualah yang lebih tahu. Bukan aku tak mahu bahaskan di sini, Cuma nantinya akan jadi perbahasan yang panjang lebar. Mungkin untuk kisah ini korang boleh buat research sendiri? Tentang beza Alexander the great dan Cyrus the great? Lama kan tak dapat homework kan?

Cuma spoon-feed sikit, tentang kenapa Cyrus the great dikatakan adalah Dzulkarnain. Kat sini aku nak tekankan bahwa aku boleh salah tau, tapi ada kertas kajian tentang ini yang membuat kesimpulan berdasarkan penemuan artifak dan juga Sejarah King Cyrus itu sendiri. Which is yang itu korang boleh lakukan semakan sendiri kenapa Cyrus bukan Alexander.

Firstly, Perbezaan yang paling ketara of course la, King Cyrus ni sembah satu Tuhan sementara Alexander ni banyak Tuhan dan dewa dewa. Dan Cyrus ini sendiri kalau ikut Sejarah, Dia lah yang telah menakluk timur, dan barat dan akhir ke suatu tempat. Dan didalam bible sendiri, ada mentioned tentang prophecy tentang akan ada satu Raja yang akan membebaskan mereka.

Dan kenapa bukan Alexander the great? Sebab mengikut rekod Sejarah, Alexander ni bukan saja ada menjalinkan hubungan dengan Perempuan tetapi bahkan lelaki ya. Haa… kita kena balik semula apa yang aku mentioned awal awal sebelum ni, bahawa kalau Allah mentioned nama dalam Al quraan, mesti orang tu memang betul betul baik, atau sebaliknya.

Dan kalau ikutkan, peribadi King Cyrus agung inilah yang lebih tepat berbanding Alexander the great sebagai Iskandar Zulkarnain. Eh tapi ni bukan macam homework dah, ni macam ujian open book dah. Eh? Haha

So, di singkatkan cerita, King cyrus Raja Persia ini menyerang Kerajaan Babylon dan membebaskan Bangsa yahudi. Zaman ni, wilayah jajahan takluk Parsi sangat besar ye dan ini termasuk Palestin juga Ketika itu. Dan Raja Cyrus Agung pun membenarkan Kaum Yahudi untuk kembali ke Palestin atau Baitul Maqdis.

Maka kaum yahudi ini pun membina untuk kali kedua, kuil sulaiman atau Temple of Solomon which is aku dah explain dalam entry sebelum ni. Kat sini, kembalilah Sistem beraja untuk Kaum Yahudi untuk kesekian kalinya. Masa ni, king Herod dari kingdom of judah yang mengetuai pembinaan semula Istana or which so called Istana Sulaiman or Haikal Sulaiman. Maka terbinalah untuk kali kedua.

Dan selepas kemangkatan King Herod ni, Baitulmaqdis diserang oleh Rum. Maka untuk kesekian kalinya hancurlah Temple of Solomon untuk kali kedua. Ni aku short story je taw. Sebab ikutkan panjang lagi cerita ni. Cerita Yahudi di Rom ini panjang dan ada di dalam timeline ini, kisah Imran yang memiliki dua orang anak perempuan, which is satu adalah Hannah dan satu lagi adalah Maryam.

Kat sinilah nanti, korang akan lihat bahawa isteri Imran ini telah bernazar kalaulah dia dikurniakan anak lelaki, maka akan di waqafkan lah anak tersebut menjadi penjaga baitul maqdis. Kira macam tok siak jugak lah, yang jaga masjid, yang jaga jemaah kat situ, kebersihan kat situ. Lebih kurang laa.

Tapi, akhirnya Imran dikurniakan anak perempuan, iatu Maryam, Ibu kepada Nabi Isa. Maka nazar tetap nazar, Maryam tetap dihantar untuk menjaga Baitulmaqdis.

Dan dibinalah mihrab dan tempat untuk Maryam disana. Haa ingat lagi tak tadi aku ada cerita yang Maryam ni ada kakak? Suami kakak Maryam ini adalah Nabi Zakaria yang Allah cerita kan memohon diberikan zuriat, tetapi usia nya telah lanjut. Nabi Zakaria inilah yang menjaga kebajikan Maryam Hinggalah ayat yang Allah ceritakan, Nabi Zakaria nampak diluar mihrab Maryam adanya buah buahan yang rare rare, bukan musim punya tapi ada di situ.

Kira macam Musang king la, kalau bukan musim, takde. Lalu Nabi Zulkfli pelik dan bertanya, siapakah yang memberimu buah buahan ini wahai Maryam? Maka dijawab Maryam, itu adalah kurniaan dari Rabb ku.

Maka, kat sini lah kemudian Nabi Zakaria kembali berdoa dan akhirnya Allah kabulkan juga doa Nabi Zakaria dan diberikan anak lelaki di namakan Nabi Yahya. Kira Nabi Isa dengan Nabi Yahya ni sepupu lah. Ni aku ringkaskan je taw, sebab ikutkan panjang lagi.

Tetapi apa yang aku boleh aku katakan, semasa zaman Rom di Baitulmaqdis, pada awalnya Yahudi masih dibenarkan tinggal di Baitul Maqdis. Tetapi ada peristiwa peristiwa yang berlaku yang akhirnya membuatkan Baitul maqdis dihancurkan kembali dan akhirnya mereka terbuang dari Baitul Maqdis dan tidak dibenarkan lagi masuk ke dalam Baitulmaqdis lagi.

Masa zaman mereka terbuang ni, Nabi Isa dah di angkat ke atas langit dah.Mereka terbuang ke mana? Mereka jadi pelarian ke tanah arab. Kenapa? Haa.. jom nanti kita explain.

Sebenarnya timeline Nabi Isa aku cerita sikit je dalam ni, Bukan apa, ada sebab kenapa aku tak nak go into detail sangat. Sebab aku risau korang pening nanti. Ye lah, focus kita kan Yahudi? Nanti akan bercampur aduk dengan kristian which is aku rasa patut untuk jadikan satu bab yang lain dan terasing. Cuma, aku nak tekankan, Nabi Isa diturunkan untuk bani Israel atau yahudi ketika itu. Bukan universal macam Nabi Muhammad.

Sebab itu ayat terakhir di dalam Al fatihah kita, kita menyebut, janganlah golongkan kita dari golongan yang Allah murkai which is yahudi, dan janganlah golongkan kita dari golongan yang sesat. Haa, so korang dah tau kan kenapa aku tak nak go into detail sangat? Sebab aku rasa better untuk satu entry yang lain, yang akan cover menyeluruh.

Cukuplah korang tahu, dekat sini lah bermulanya sejarah Kristian atau Nasrani.

Dan aku nak tekan kan kat sini, bahwa sebenarnya throughout history, Christian dengan Yahudi tidak pernah berbaik. Tidak pernah. Orang Kristian ni tak suka yahudi. Sebab apa? Sebab bagi orang kristian, orang Yahudilah yang jual Nabi Isa kepada King Herod untuk dihukum. Haa pening kan? Herod lagi.. haha. Bukan.. ni Herod lain.

So ingat tak mula mula aku ada lontarkan persoalan, adakah kita harus berlaku racist kepada yahudi? Tidak.. Bahkan Abdullah bin Salam adalah seorang yahudi, sahabat Baginda nabi. Jadi, kepada yahudi yang mana yang kita harus berhati hati?

Haa.. yang ni kena rujuk balik ayat apa yang Allah kata. Bahawa sesungguhnya Yahudi dan Nasrani memang tidak akan reda ke atas kita, tetapi yang lebih bahaya dari itu, yang Allah suruh kita berhati hati adalah yahudi yang bersahabat dengan Nasrani. Mereka yang bersahabat dengan sebahagian yang lain. So ada ke yahudi dan nasrani yang macam ni?

Ada, which is Zionis tu la. Christian Zionist and Jews Zionist. Haa yang ni kena berhati hati. Cuma aku tak nak go deeper, nanti korang kata aku konspirasi. Haha.

Tapi tidak dapat tidak untuk kita nafikan, dalam official Sejarah, ada satu nama yang korang takut nak sebut tu, which is freemason. Bukan takut sebab apa, sebab nanti orang gelak berguling. Entah yang gelak ni tahu atau tidak memang ada penglibatan Freemason dalam kejatuhan empayar Turki utmaniyah. Sejarah official ye. Official. Cuma freemason ni sedap sikit la didengar dari ilmunati atau zionist ni.

Dah cukup sampai situ. Tak nak terlalu deep. Sambung cerita.. So kita pun dah tau yahudi kembali terbuang setelah di halau oleh Rom. Maka kat sini faham lah kita, kenapa mereka berhijrah atau berpindah ke Yathrib atau sekarang di kenali sebagai Madinah. Kerana mereka menunggu janji tentang kedatangan Nabi Akhir zaman yang akhirnya mereka dustakan.

Jadi sebenarnya apa pegangan mereka? Ha, ingat tak masa zaman Rom halau tadi? Masa ni mereka masih ada which so called Taurat dan Injil dengan mereka. Sebab korang kena bayangkan taw, Nabi muhammad lahir pada tahun 570, which is lebih kurang 500 tahun selepas Nabi Isa. Jadi masih ada sisa sisa baki mereka yang masih berpegang pada Alkitab, salah satunya seperti Waraqah bin Naufal, saudara Siti Khadijah yang masih berpegang pada Tuhan yang satu dan tidak menyembah berhala.

Bukanlah Waraqah ni orang yahudi, tetapi dia mempelajari Alkitab untuk menujukkan masih ada sisa sia ajaran Tauhid yang tersisa sebelum kedatangan Nabi Muhammad. So siapa Waraqah ni? Dia adalah orang yang Siti Khadijah bawa Nabi Muhammad berjumpa dengan dia setelah turunnya wahyu yang pertama. Clear?

Jadi, masa ni mereka dah tau dah, akan ada Nabi yang terakhir yang akan diturunkan dan di utuskan ke Yahtrib atau Madinah Ketika ini, sebab itu mereka sanggup datang dan bermastautin di Yahtrib walaupun Yathrib pada waktu dan Ketika itu dipenuhi dengan wabak penyakit.

Ya, waktu itu Yahtrib bukanlah sebagaimana Madinah sekarang. Mereka duduk disana selepas terbuangnya mereka dari Baitul maqdis. Tetapi mereka tak membentuk Kerajaan pun dekat sini, kerana mereka masih bergaduh sesama mereka antara Bani bani yahudi itu sendiri. Dan mereka terpaksa membayar ufti atau pun cukai perlindungan dari ketua ketua kabilah arab badwi Ketika itu supaya mereka tidak diganggu.

Oh? Mereka ni duduk terasing ye, membina kubu kubu mereka sendiri, dan hubungan mereka dengan orang arab Ketika itu tak berapa bagus ye…Kira tak bercampur sangat la. Kira macam bercampur tapi tak bercampur. Lebih kurang la.Tapi kelebihan mereka ni, mereka ada pengetahuan which so called pengetahuan agama, dan beberapa history atau Riwayat israeliyat yang kita tahu sekarang. Kira yahudi ni kaum intelektual jugak lah berbanding arab.

Apa bukti yang Yahudi ni tak berapa ngam dengan orang Arab Ketika itu? Buktinya, mereka setiap hari mengancam orang orang arab, bahawa satu hari nanti akan ada ada Nabi yang diutuskan dan orang arab akan diperangi dan dihapuskan sebagaimana kaum Ad dan Iram, kata mereka.

Tetapi akhirnya, setelah Nabi Muhammad di utuskan, mereka pula yang tak nak beriman, kerana Nabi Muhammad bukan dari keturunan yahudi. Mereka berpaling walupun mereka tahu kebenaran bahawa Nabi Muhammad memang benar seorang Nabi yang di utuskan. Sebab itulah mereka adalah Kaum yang Allah murkai. Sebab apa?

Sebab mereka ada semuanya dah, dan mereka memang betul betul tahu kebenaran tu, tapi mereka buat buat tak tahu. Ada ya orang macam ni, dan salah satu kaum yang macam ni adalah kaum yahudi. Samalah macam yahudi sekarang, mereka tahu tanah Palestin tu bukan untuk mereka lagi dah, tapi mereka buat buat tak tahu. Banyak sangat play victim. Macam aku cakap tadi, drama. Hmm..

So long story short, akhirnya yahudi yahudi Madinah di halau keluar kerana pengkhianatan mereka kepada Baginda Rasul. Ha.. kalau nak go tru into detail kena cerita sirah pulak nanti tentang Bani Bani yahudi yang ada di Madinah. Tapi cukuplah korang tahu, yang kaum yahudi ini akhirnya terbuang juga dari Madinah kerana sikap mereka sendiri.

Hinggalah ke zaman Saidina Umar, Dimana masa zaman ini, Umar berjaya menumpaskan Rum dan menakluk Baitul maqdis. Kan Rum sebagaimana kita cerita tadi masih berkuasa ke atas Baitul maqdis dan mereka menghalau orang yahudi keluar?

Haa sebenarnya ada satu peristiwa Dimana Kerajaan Parsi Berjaya menakluki Baitul maqdis, tetapi dalam tempoh yang sekejap je. Lebih kurang 15 tahun dari tahun 613 hingga 629. Masa ini, kaum yahudi ni bergabung dengan tentera empayar Sasan atau Empayar Parsi menewaskan rum dan mereka dibenarkan masuk.

Hinggalah rum membalas dendam Pada Tahun 630 dan masa ni memang ribuan yahudi telah dibunuh di baitulmaqdis. Tapi Rum pun sekejap je, sebab tujuh tahun selepas tu, Islam dibawah kekhalifahan saidina Umar berjaya menakluk Baitul Maqdis pada tahun 637.

Sebab apa aku cerita semua ni? Sebab nak menujukkan adanya yahudi Ketika ini didalam Baitulmaqdis yang hidup Bersama dengan orang orang Kristian, walaupun mereka tak dilayan baik sangat pun.

Jadi pada zaman Sadina Umar, yahudi diberi ruang untuk kembali dalam Baitulmaqdis secara beramai ramai. Walaupun ketika itu pihak kristian meminta supaya tidak membenarkan orang yahudi ni masuk ke Baitulmaqdis kerana kebencian mereka kepada yahudi. Tapi umar benarkan juga Yahudi untuk hidup bersama dalam kelompok masyarakat di Baitul Maqdis. Dan untuk seketika, yahudi bebas hidup bersama masyarakat dibawah naungan Islam.

Korang, sejarah menunjukkan bangsa bangsa lain boleh hidup dengan aman di bawah pemerintahan Islam, hatta di Malaysia pun, tetapi sejarah membuktikan bahawa orang Islam tidak pernah dilayan dengan baik di bawah pemerintahan orang bukan Islam. Tak percaya? Bukak buku sejarah official, betapa kejamnya king Ferdinand dengan mahkamah Inkusisi nya semasa penaklukan Andalusia.

Dan betapa kejam nya golongan kristian terhadap orang Islam hinggalah Sultan Salim pertama, anak Sultan Sulaiman the magnificent datang untuk menyelamat orang orang Islam di Andalusia. Lihat juga Bahdgad yang diserang oleh orang monggol di bawah pimpinan Hulagu khan, hancur sehancur hancurnya dan bergelimpangan mayat orang Islam diseksa dan dibunuh.

Nak lagi? Lihat juga orang Palestin sekarang, dibawah pimpinan negara Israel bagaimana mereke diperlakukan? Rasa korang sendiri tahu dah tentang ini.

Okay, sambung cerita. Orang Yahudi semasa era islam, hidup aman selama beratus tahun sehinggalah datangnya perang Salib pertama. Maka hancurlah baitulmaqdis ketika itu diserang oleh tentera salib kristian atau which so called the knight of templar.

Dan waktu ni kalau korang baca tentang apa yang telah tentera kristian lakukan terhadap orang yahudi dan orang Islam, korang akan rasa jijik. Sebab sangat sangat teruk dan kejam. Dengan jalan jalan bermandi darah, dibunuh kesemuanya orang tua, Wanita hatta bayi. Ini ditulis sendiri oleh sejarawan barat ya. Jadi, jatuhlah Palestin atau baitul maqdis ini ke tangan orang Kristian semula sehinggalah dibebaskan oleh Sultan Salahudin Al ayubi.

Semasa serangan tentera salib pada Perang Salib pertama, yahudi terusir lagi, kali ini ke eropah. Sebab tu nanti korang akan faham, kenapa yahudi ada di eropah didalam peristiwa Holocaust. Tetapi macam aku cakap tadi, aku tak akan go into detail. Sebab kronologi pasca zaman sekarang ni agak complicated dan aku takut korang akan keliru. Sebab tu aku just briefly explain je. Tak dalam sangat. Untuk korang tau sekurang kurangnya.

Okay, so tamat eh kat situ. Aku nak pergi sikit lagi tentang Baitul Maqdis. Kenapa yahudi bersungguh mahukan Baitul maqdis atau palestin sekarang. Kerana mereka menggunakan claim bahawa mereka adalah layak untuk tanah itu kerana mereka asal dari situ, which is kita dah cerita sebelum ini, tetapi yang sebenarnya adalah Tanah itu adalah untuk orang Islam. Ya benar, untuk orang Islam. Bukan untuk yahudi. Kenapa?

First, sebab Nabi nabi terdahulu semuanya adalah Islam, mereka menyembah Allah yang satu. Dan kedua, waktu dan ketika itu memang mereka orang yang beriman. Mereka menyembah Allah dan mengikut Rasul, kerana itulah waktu itu Allah berikan tanah itu kepada mereka. Tapi mereka tak nak, ingat tak?

Semasa Nabi musa ajak mereka berperang, mereka kata kat Nabi Musa, Pi la berperang dengan Tuhan hang berdua. Kan kita dah bahas sebelum ni. Tanah yang mereka tak nak masuk dahulu, kini mereka terhegeh hegeh nak masuk. Tapi tak boleh dah, sebab mereka tak beriman dah.

Dan seterusnya kenapa mereka nak sangat Baitulmaqdis ni? Sebab mereka inginkan apa yang kita bahaskan sebelum ini, ayat ayat tentang Solomon Temple. Bagi kita takde la temple tu. Tapi istana tu ada, masa zaman Nabi Sulaiman. Yang ada kaca tu. Jadi mereka nak dirikan Kembali which so called temple pada bangunan Baitulmaqdis sekarang. Ingat tak kita cerita bahawa kuil ni dah beberapa kali di musnahkan? Banyak kali kan?

Dan semasa zaman rom yang kita cerita tadi, tinggal hanya sebahagian je kuil tersebut which is tembok barat, atau tembok meratap. Wailing Wall. Bagi mereka wailing wall la, tapi bagi kita tembok Burak, sebab Baginda Nabi ikat Burak kat tembok tu sebelum naik berjumpa dengan Allah dalam peristiwa israk mikraj.

Baitulmaqdis ni juga penting untuk orang Kristian jugak taw. Kerana bagi mereka kat sinilah tempat Nabi Isa di salib dan diangkat ke langit. Kristian ni berbeza sedikit, sebab mereka percaya Nabi Isa mati diatas salib, kemudian turun untuk last supper dan kemudian naik semula ke langit. Berbeza dengan pandangan kita ya. Tapi takpelah, yang itu kalau ada masa kita bahaskan.

Tapi kat sini aku nak tekankan, sebenarnya Baitul maqdis ni penting untuk orang Kristian kerana kepercayaan mereka bahawa Nabi Isa akan diturunkan di sana nanti. Ni aku simplify je taw, for the sake of simple understanding.

Dan kenapa orang islam harus pertahankan Baitulmaqdis? Kerana sebagai orang Islam, kita sayang Nabi nabi kita. Bermula dari Nabi Adam sampailah ke zaman Nabi Muhammad. Semua nabi nabi kita yang kita sayang. Hatta Nabi Isa pun kita sayang dan kita percaya. Sebab Baginda Nabi Isa Nabi orang Islam jugakan?

Jadi Baitulmaqdis pun sebenarnya adalah tempat Nabi nabi kita terdahulu, bahkan jauh sejak zaman Nabi Ibrahim. Dan Baitulmaqdis ni adalah kiblat pertama orang Islam. Oleh kerana itu, Baitul Maqdis itu adalah tempat kita, milik kita.

Sebab itu kita sebagai orang Islam harus mempertahankan Baitulmaqdis, sebab itu tempat kita. Kerana kita yang menyembah Allah dan mengikuti Rasul. Ya Kita, orang Islam.

Dan saudara kita yang jagakan Baitulmaqdis di tanah Palestin itu, itu juga adalah saudara kita. Saudara Islam kita. Mereka yang bertungkus lumus menjaga tanah air dan Baitulmaqdis milik orang islam seluruhnya. Walaupun sepatutnya tugas itu adalah untuk kita semua. Sebagaimana Tanah mekah dan Madinah yang harus kita pertahankan, sama jugalah Masjidil Aqsa di tanah Palestin.

Clear tak? So kat mana fungsi Zionist nya? Haaa.. Kat sini lah kita berbalik pada ayat yang Allah suruh kita berhati hati dengan yahudi dan nasrani yang bersahabat di antara satu sama lain dibelakang kita. Which is Zionist lah atau freemason or whatever yang korang nak gelarkan. Tapi Zionist jews dan Zionist Christian ni ada ya. Official.

Sebab memang tru out history, Christian dan Jews tidak pernah berbaik. Mereka ni bukan yahudi dengan Kristian betul dah, mereka ni lain. Bak kata abang Baha, dia bukan melayu betul, dia kimia. Haa lebih kurang lah.

So sebenarnya, siapa sebenarnya Zionis ni? Kalau nak bicarakan Zionis, maka tidak dapat tidak akan ada satu nama yang memang ada dalam catatan sejarah, which is Theodor Herzl yang menulis buku tentang the Jewish State tahun 1896. Dan yahudi yahudi diaspora yang bersepah seluruh dunia ini, telah berkumpul dalam satu persidangan bagi membincang kan negara yahudi yang akan dibina nantinya di tanah Palestin. Sekarang negara haram Israel lah.

Kalau aku nak cerita lebih, nanti korang kata aku konspirasi. Tapi takpe, aku bagi semua based on bukti sejarah official. Harap harap yang mengatakan konsiprasi apa semua ni, korang study sejarah tau. Tau tau. Baca, dan berfikir. Jangan baca, lepas tu muntahkan balik apa korang baca. Try go deeper, okay?

So sebenarnya, perancangan mahu merampas Palestin ni dah lama dah dirancang, Cuma officially di plan pada tahun 1896 oleh Theodor Herzl. Dan kalau korang follow timeline sekarang, memang tak dapat dinafikan setiap tahun ada je pencapaian ataupun achievement mereka ni. Achievement golongan zionis inilah.

Kat sini la nanti korang akan jumpa nama nama yang familiar macam Contoh Walter Rothschild dari keluarga Rothchild yang sanggup sponspor 1.5 juta pound sterling untuk merasuah sultan abdul hamid kedua which is sultan Uthmaniyah ketika itu.

Bagi aku personally, Turki Uthmaniyah ada dua wira yang patut didendangkan, which is zaman dahulu kita ada sultan Muhammad Al Fatih, dan era sekarang adalah Sultan Abdul Hamid ke dua. Cumanya, media barat dengan bantuan freemason berjaya memburukkan imej sultan Abdul hamid II ini hingga tercalar teruk Imej baginda yang akhirnya membawa kepada pengulingan sultan Abdul Abdul hamid II.

Korang jangan keliru tau, masa ini Sultan Abdul Hamid ni masih lagi sultan, Cuma takde kuasa dah. Yang berkuasa adalah CUP, salah satu parti zaman itu yang diwakili oleh wakil wakil Freemason di Turki.

Dan Theodor Herzl ni tuan tuan, dia cuba merasuah Sultan Abdul Hamid kedua untuk membeli tanah palestin tetapi tidak berjaya. Kata Sultan, Tanah palestin itu adalah hasil darah mujahdin terdahulu, dan aku hanyalah pemegang amanah. Hebatkan Sultan Abdul Hamid ke dua? Bagi aku dia memang wira pasca zaman sekarang.

Haa.. Kenapa Theodor Herzl ni cuba merasuah Baginda? Sebab.. masa ni Turki banyak hutang hasil dari kelemahan sultan terdahulu. Nanti kalau ada masa, kita cerita jugak pasal Uthmaniyah eh.

Okay sambung, kat sini aku nak cakap, memang kalau korang telusuri official sejarah, akan nampak seakan akan adanya hidden hand atau tangan tersembunyi yang membiayi gerakan Theodor Herzl dan zionis ni. Kalau korang tengok cerita kingsmen, mungkin korang akan faham maksud aku macam mana. Macam dah ada scripture dah. Cuma siapa? Wallahualam aku tak nak jawap.

Jadi Theodor Herzl tidak berjaya dengan sogokan, maka apa tindakan seterusnya?

Tindakan seterusnya mereka memburukkan Sultan Abdul hamid kedua, hingga rakyat bangun memberontak hinggalah hilang kuasa sultan dan berkuasa lah majlis CUP di Turki. Sama kan macam negara kita? Hihi.. Taklah, tak sama pun, Cuma adalah part part fitnah gebang yang aku tak setuju. Takpe, lets stick to the timeline.

Jadi sebenarnya apa kesan atau implikasi bila Sultan Abdul Hamid ini jatuh? Hasilnya Turki masuk Perang dunia pertama, sedangkan Wira yang menghalang Turki untuk perang selama ini adalah Sultan Abdul Hamid. Majlis majlis CUP inilah yang membuat Keputusan untuk menyertai peperangan World War one. Dan mereka adalah ahli Freemason okay, Sejarah official ni.

Okay gais, kat sini aku nak short cepat cepat. Aku nak korang amik masa untuk reflect, semasa perang dunia pertama, apa yang umat Islam hilang? Kekhalifahan atau Dinasti Uthaminyah yang memayungi banyak negara dan orang Islam Ketika itu. Dan perang dunia kedua? Apa yang kita hilang? Kita hilang Palestin gais. Ye, kita hilang Palestin dengan tertubuhnya pengadil baru dunia yang membenarkan secara officially untuk yahudi masuk ke Palestin.

Siapa pengadil tu? Pengadil itu adalah PBB. United Nation (UN) atau Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. Ha… so korang clear la kat sini eh? Kenapa mereka sampai boleh masuk? Kerana mereka mengunakan drama drama yang seolah olah mereka ini tersakiti dan minta simpati dunia. Contoh? Contoh peristiwa Holocaust tulah.

Dan yahudi ini berjaya mendapat penempatan di Palestin Officialy sampailah sekarang. Cuma, sad but true story is, sejak kejatuhan Uthmaniyah, tidak pernah ada lagi kekhalifan atau Negara atau Kerajaaan Umat Islam bangun memayungi dunia ini lagi. Sedih, kan?

Agak agaklah, pada perang dunia pertama kita hilang Turki, Perang dunia kedua kita hilang Palestin, agak agak lah, kalau the next war berlaku, kita hilang apa? Food for thought untuk korang Fikir.

Cuma, korang janganlah skeptikal sangat tentang semua adalah konspirasi. Untuk penulisan kalini, aku bawak Official sejarah yang bertulis ya. Kalau korang cari korang boleh jumpa sejarah yang sama. Cuma aku nak lontarkan soalan, kalau tiada so called konspirasi, adakah Palestin sekarang yang di masuki yahudi dan menubuh kan kerajaan Israel ketika ini adalah kerana takdir dan ketentuan Allah?

Adakah Palestin yang hampir hilang tanah air sekarang berlaku kerana takdir, bukan kerana adanya perancangan? Kenapa selepas perang dunia kedua, pembahagian wilayah berlaku antara negara negara yang menang, Palestine di “reserve“ kan dan British hanya menjadi pemegang amanah? Di reserve kan untuk siapa?

Adakah ini suatu kebetulan atau suratan? Food for thought bagi mereka yang sentiasa rasa semua adalah konspirasi.

Okay sikit lagi tentang zionis. Zionis Jews dan Zionis Christian masing masing ada peranan masing masing. Zionis ni mereka dah tak percaya sangat dah pun tentang peranan agama, tetapi mereka mengunakan sentimen agama untuk memenangi hati orang orang yahudi dan orang orang Kristian.

Dengan orang yahudi dikatakan bahawa mereka akan membina Kembali Solomon Temple untuk kedatangan Messiah mereka, dan dengan orang Kristian mereka menjual idea supaya disokong yahudi ke Baitulmaqdis agar nanti apabila Nabi Isa datang, Nabi Isa hapuskan kesemua yahudi yahudi ni semua sekali gus.

Harap korang clear la eh?

Aku rasa sampai sini je kot penulisan aku. Aku nak mintak maaf, kalau penulisan aku tak sedetail seperti mana yang korang harapkan. Aku cuba cari simplifikasi supaya orang boleh faham. Bukan lah aku tak mahu sertakan kertas kertas kajian yang aku baca sebab nanti akan menjadi panjang penulisan ini. Dan aku bimbang orang semakin tak faham nanti.

Cukuplah apa yang aku tulis, orang faham, tidak banyak harap adalah sedikit. Sebab tu aku tak go detail sangat sesetengah perkara. Dan aku mintak maaf jugak andai penulisan kali ni agak berat. Serious aku dah cuba sesimple mungkin. Aku harap korang maaf kan lah aku ya dengan bahasa penulisan aku. Sebab macam aku kata sebelum ni, penulisan bukanlah my strongest suite.

Aku rasa sampai sini sahajalah kisah aku dahulu tentang asal usul bangsa yahudi hingga pasca zaman sekarang. Dan aku mohon maaf juga aku tak banyak masukan ayat ayat Al quraan ataupun hadis hadis walaupun aku kata kita berpegang pada Al quraan dan hadis.

Bukan apa, aku bukanlah seorang yang so called religious person. Aku risau kalau orang tengok aku, orang tak pandang dah apa yang aku sampaikan. Haha. Dan aku rasa IIUM Confession adalah medan yang baik. Sebab orang akan tengok apa yang aku sampaikan, bukan siapa yang menyampaikan.

Tapi percayalah, kisah kisah yang aku ceritakan dari awal bukan aku buat cerita, kisah itu dari Al quraan dan hadis sendiri. Aku tinggalkan supaya korang boleh cari sendiri.

Moga moga nanti kalau korang cari sendiri, maka korang akan lebih rapat dengan Al quraan dan lebih berhati hati bila berkata tentang hadis. Wallahuallam, Allah jualah yang lebih tahu.

Assalamualaikum.

– Signing of, Shahidil Amin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. jangan lah signing off dulu . nak lagi cite sejarah khulafa al-rasyidin . apa apa pon penulisan tak membosankan mudah difahami (homework mmg kene buat ye bru faham) .

  2. Tuan Shahidil Aminnnn (not true name) cerita lah lagii, saya pun suka sejarah. Boleh tak saya nak subscribe untuk cerita Shahidil Amin sahaja dalam confession ni 😫

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *