Tanam Tebu Dibibir

Saya luahkan disini kerana saya pernah dikecam di group yang saya nak bagi warning supaya tiada pelajar menjalani latihan di syarikat ini. Syarikat ni digital marketing di Johor.

Ya, aku sangat bahagia menjalani latihan industri di sini, sangat² bahagia sehingga aku rasa bos aku dari syurga. Kebetulan hari jadi aku pada bulan yang sama aku menajalani latihan di syarikat itu.

Aku tak pernah berharap untuk disambut hari jadi aku di syarikat itu kerana aku baru sebulan lebih latihan di situ. Bos aku memang sangat baik layanannya terhadap staff termasuk aku.

Bos aku sampai sanggup datang ke rumah aku untuk pick up dan dibawa ke majlis yang bos aku dijemput.

Jarak rumah aku dan syarikat itu 1 jam 30 minit bayangkan dia sanggup bertolak selepas subuh dan sesudah selesai majlis itu pun dia sanggup hantar aku pulang.

Aku agak kurang selesa sebab aku jenisnya common sense terlalu tinggi sampai satu tahap rasa bersalah bila orang buat baik dengan aku.

Sampailah satu hari aku dirisik untuk jadi pekerja tetap selepas habis latihan industri di syarikat yang sama. Siapa tak happy woi tengah² pandemic orang risik untuk kerja tetap. Aku pun terima dengan hati yang girang.

Aku memang sangat komited dengan kerja aku sejak aku latihan industri. Segala idea kreatif aku bagi dan bos aku pun sangat mengharapkan idea aku sehinggakan aku fikir, pekerja lain tiada otak yang kreatif ke…

Aku telah cuba dua kali bagi hint dekat bos aku untuk diberikan offer letter as pekerja tetap sebelum aku cuti seminggu. Cuti seminggu tu aku ambil supaya aku ready as permanent staff.

Tapi hint aku untuk dapatkan offer letter itu gagal. Tapi disebabkan aku rasa bos aku baik dan takkan aniaya aku. Aku pun okay jelah walaupun offer letter tak ditandatangan lagi aku dah mula bekerja.

Dua minggu kemudian baru aku dapat offer letter aku dengan alasan dia busy ada program dan bagi aku macam alasan semata. Offer letter tu dah dibuat oleh HR awal lagi sebelum aku naik cuti, cuma bos aku je yang hold.

Okay disinilah bermulanya syurga bertukar neraka. Bos aku ws aku bagitahu yang dia nak bagi task besar dekat aku.

Aku pun excitedlah tapi last² dia pass keje tu dejat orang lain tanpa bagitahu alasan dekat aku. Aku kecil hati tapi aku diam. Aku teruskan tugas aku yang lain.

Bila dah kecil hati ni semua benda aku flashback, sampailah satu masa aku cuba keluarkan semula offer letter yang aku tandatangan setelah dua minggu aku mula bekerja.

Aku agak terkejut (tapi aku pin bodoh juga sign tanpa baca betul²) EPF dan SOCSO tak ditolak atas alasan aku dalam tempoh percubaan 3 bulan which is sangat salah ye dari segi undang².

Lagi satu red flag aku dapat rasa, bos aku sebenarnya problematic yang tak boleh terima orang tegur salah dia. Dia sangat manis mulut. Tapi aku tak terpukau lama dengan manis mulut dua Alhamdulillah.

Ada suatu hari, Bos aku marah dengan HR, tapi tak pasal² aku di buang dari jadi admin di FB page syarikat,

Mungkin sebab aku rapat dengan HR dan dia takut aku sabotaj FB Page syarikat yang mana aku tak pernah ada niat. Kejadian tu buatkan jobscope aku terganggu.

Keesokannya dia tiba² naik hantu jerit² dan tengking baling cawan sampai pecah semua kerana tak puas hati dengan HR. Aku tak tahan dengan cara dia dan aku minta diberhentikan.

Syarikat ni semua perempuan termasuk bos. Aku ingatkan senang nak bekerjasama tapi ramai fake dan batu api.

Doakan aku dapat kerja yang lebih baik dan gaji setimpal. Company ni problematic dan tak adil. Siapa rajin jilat dia dapat ah senang cerita.

– Fana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *