Tanam Tebu Ditepi Bibir

Assalamualaikum… Terima kasih buat semua pembaca yang sudi memberikan pandangan dan kata2 semangat menerusi nukilan saya baru2 ini di sini, (https://iiumc.com/tanam-tebu-ditepi-bibir/).

Saya baca semuanya dan saya ambil perhatian dari semua pendapat tuan puan. Alhamdulillah sedikit sebanyak telah membuka mata hati saya untuk terus melangkah ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. InsyaAllah…

Ada beberapa komen yang mengingatkan saya supaya berhati2 bila berkaitan dengan sihir.. Betul! Saya sangat tidak menafikannya..

Dulu saya bukan lah manusia yang percaya sangat pasal bomoh2 ni. Barangkali kerana dalam family saya sejak turun temurun tak pernah terkait dengan soal sihir menyihir ni. Tapi bila terkena atas batang hidung sendiri, seriously saya terduduk dan give up!

Saya ingin kongsikan apa yang berlaku dalam rumahtangga kami dan pengalaman berhadapan dengan gangguan mistik (sihir pemisah)..

Bukan niat saya nak korek cerita2 lama ni… Just jadikan ianya sebagai iktibar dalam kita berhubungan dengan orang luar agar kita lebih berhati2 pada masa akan datang… Rambut sama hitam tuan puan.. Hati manusia ni berbeza2…

Orang selalu cakap, bila ada yang tak kena pada suami, isteri akan boleh ada rasa… Sama la jugak dengan saya..

Untuk pengetahuan semua, bekas suami saya seorang yang sangat bertanggungjawab, penyayang, lembut bila berkata2, tak pernah tinggal solat dan sejenis family man..

Tapi begitulah, ujian Allah ni tak memilih siapa kita.. Allah pilih orang yang dia nak angkat darjatnya.. Bila rahsianya terbongkar…

Surprisingly, bekas suami saya (saya namakan sebagai Gopi) tersangat lah back up perempuan itu (saya namakan dia sebagai Buntat).

Owh lupa… Ini cinta jarak jauh ye… Kami di negeri P, Buntat di negeri K. Mereka bertemu semula menerusi WhatsApp Group Geng Sekelas..

Bergayut siang malam pagi petang macam budak baru nak bercinta. Pada mulanya saya tak terfikir pun Gopi disihir… Tak pernah terlintas perkara itu sebab saya memang bukan sejenis percaya sihir2 ni.

Petanda pertama… Gopi asyik sakit badan. Pergi klinik check dengan doktor… Doktor cakap semua ok.. tapi sakit badan yang teruk tak hilang2. Pergi berurut pun tak hilang jugak…

Petanda kedua…. Bila tido asyik mengigau… Igauan paling best bila dia nampak saya ini adalah Buntat kesayangannya…

So, bila mengigau selalu la dia gosok2 saya sambil zikir nama Buntat… Saya sejenis melayan… Layan kan aje… Hehehe… Buntat pun Buntat laaaa… Asalkan terasa disayangi.. Kalau tak, asal celik mata saja nak maki hamun saya..

Petanda ketiga… Dia selalu bagitau yang saya ini hodoh, buruk pada pandangan mata dia, macam nenek kebayan… Macam orang tua… Tak pandai berdandan…

Fuhhh time tu mak sentap la jugak.. Mak ni kemain vouge depan dia, boleh dia cakap mak macam nenek kebayan…

Amboihhhh! Biasa mulut tu…

Petanda keempat… Kepala otak dia dah tak nampak kebaikan orang lain… Hanya Buntat yang segala2nya baik, segalanya indah, mulia dan solehah… Saya ini paling hina, paling najis.. Macam sampah…

Petanda kelima… Dia panas duduk dalam rumah sendiri… Dan dia elak dari makan makanan yang saya atau family kedua2 belah keluarga masak.. Katanya dia rasa kami semua ni akan sihir kan dia.. Haduhhhh… Mana bisa begitu dong!

Petanda keenam… Saya sering bermimpi.. Mimpi dikejar ular hitam dan binatang berbisa lain.. Banyak kali.. Dan pernah bermimpi berada dalam 1 bangunan dipenuhi dengan mayat2 reput…

Ok.. Itu petanda sebelum bercerai.. Pada ketika ini, berat badan saya dah turun mendadak… Menderita punya hal.. Hilang hampir 10kg..

Macam bangkai hidup dah rupanya… Ramai yang memberi pendapat supaya saya pergi berubat kerana petanda kami disihir ini sangat jelas..

Seperti yang saya cakap tadi.. Saya tidak mudah percaya dengan cakap2 orang tambah yang berkaitan dengan mistik2 ni..

Maka saya ambil pendekatan saya sendiri… Hari2 saya bangun solat malam mohon petunjuk dari Allah SWT.. Jika benar kami disihir, berikan petunjuk..

Saya tak nak terlalu mendengar cakap2 orang.. Saya nak Allah yakinkan sendiri hati saya dengan petunjuk yang Dia beri sebab masa tu saya sangat naif tentang tanda2 disihir.

Akhirnya selepas berbulan2… Allah SWT hantar petunjuk melalui mimpi… Buntat yang datang dalam mimpi saya.. Situasi dalam mimpi agak menyeramkan sebab kami berjumpa dalam hutan tebal di sebuah pondok usang.

Dalam pondok tu ada seorang perempuan tua macam nenek kebayan.. Masa tu la Buntat memberitahu saya bahawasanya memang benar dia sihirkan kami..

Dan dia akan pastikan Gopi tak akan bersama saya lagi sampai bila2. Dalam mimpi tersebut Gopi hanya berdiri kaku.

Saya ajak Gopi pergi jumpa ustaz, namun jawapan dia amat mendukacitakan.. Dia suruh saya yang berubat dan bertaubat sebab dia tau saya yang sihirkan dia.

Dia dah pergi berubat siap2 dengan Buntat dan ustaz yang mengubati dia tu bagitau sayalah orang yang menyihirkan dia…

Subhanallah… Ini antara fitnah yang paling besar terhadap diri saya.. Hubungan saya dengan Gopi ketika itu benar2 berada di hujung tanduk…

Bermula dari hari itu, saya ambil keputusan untuk jaga dan sembuhkan diri saya sendiri sahaja..

Dalam mencari pengamal perubatan, satu sahaja nasihat saya.. Jangan lah menggunakan khidmat whoever “so-called-ustaz” tapi sebenarnya ada bantuan pendamping… Nauzubillahiminzalik… Percaya lah… Things will get worse nanti..

Selepas berjuang sehabisnya untuk mempertahankan rumahtangga, akhirnya saya diceraikan… Masa ini saya dah berlapang dada bila Allah dah tetapkan jodoh kami setakat ini sahaja…

Saya dah penat diaibkan, difitnah, dimaki, dihina, dijaja segala cerita buruk saya demi menghalalkan perbuatan keji mereka…

Saya ingatkan saya akan tenang bila sudah bercerai.. Rupanya tidak…

Owh btw… Saya tak kata Buntat yang sihirkan saya ye.. Saya tak nak ambik tau sape sebenarnya yang menghantar sihir ni.. Mimpi itu tadi boleh jadi sekadar petunjuk yang Allah hantar supaya saya pergi berubat..

Ustaz yang saya jumpa pun cakap.. tak perlu tau siapa yang hantar.. Fokus untuk pulihkan diri aje.. Boleh jadi orang lain yang busuk hati tak suka tengok kami bahagia…

Bila dah bercerai… Makanya benda2 mistik ni pun makin hebat menganggu kami anak beranak.. Macam2..

Daripada penampakan makhluk halus sehinggalah kepada bau-bauan busuk dan wangi bersilih ganti dan bunyi-bunyi2an aneh yang tak henti2 dalam rumah…

Saya dah beberapa kali panggil ustaz ke rumah untuk membantu buat pendinding rumah.. Sentiasa mengalunkan ayat2 suci Al Quran dalam rumah tak kira sama ada diri sendiri yang mengaji atau anak2 atau dari youtube.

Alhamdulillah setakat ni tak de lagi kes yang teruk sehingga mengancam nyawa.. Sekadar gangguan halus begitu sahaja la…

Tapi still get annoyed nak layan benda2 camni kan… Memenatkan! Terutama bila bunyi yang macam2 tu.. Jenuh jugak nak abaikan…

Dan kadang2 saya terfikir… Adakah sihir ini juga yang menutup nafsu saya untuk berkahwin lagi atau mencari pengganti…

Bukan tak ada orang yang mahu tapi bila dia nak, saya yang tak nak.. Bila orang tu tak nak, saya pulak macam tersuka tanpa sengaja.. Hmmm… Allah knows better…

Lagipun saya dah tak kisah sangat soal jodoh.. Dari awal lagi saya cari bahagia saya dengan anak2 sahaja… Mereka pun dah besar2.. Dah boleh jadi best friend ibu dia..

Doakan anak2 saya menjadi anak yang soleh dan solehah yang sentiasa dilindungi dari segala macam kemudaratan.. Aamiin2

Akhir kata, sekadar mengingatkan bagi yang mempunyai happy family tu… Please jangan terlalu menayang di socmed… Saya dulu begitu la… Bukan tak boleh tapi berpada2. Mata hati manusia ni tak sama.. Ada saja yang suka cemburu dan irihati…

Berhati2 bila pos gambar di media sosial… Ianya boleh jadi asbab berlakunya perkara yang tak diingini… Nauzubillahiminzalik

Ok cukuplah saya bercerita ujian kecil saya atas muka bumi ni.. Semoga tuan puan yang membaca sentiasa dirahmati Allah SWT. Aamiin2

Single Mom Yang Redha,

– Rozi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *