Bismillah. Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang.
Assalamualaikum, baru baru ni keluarga aku ditimpa penyakit keturunan (Saka)wallahualam. Wallahi, aku sebelum ini kurang percaya tentangnya walau ibu pernah bercerita. Kerana 2016 yg aku rasa zaman moden, adik beradik semua phd-master holder dan kami lebih percaya science dan technology.
Dan kerana Tuhan itu Maha adil, dipilihnya keluarga aku untuk merasai semua ini. Bulan Ramadhan 2016 haritu, adik bongsu aku tiba tiba dirasuk (Rabu) selepas balik sekolah petang ., dan ia berlanjutan hingga Jumaat (dengan membaca ayat kursi 3 kali adik pulih) . Alhamdulillah, ditakdirkan Allah semua adik beradik pulang tanpa dirancang hujung minggu tersebut. Malam itu, tiba tiba terjadi lagi malah lebih teruk (kami terpaksa pegang kaki tangannya) dan panggil ustad. Maka berlakulah sesi soal jawab diantara ‘mereka’. Dan ‘dia’ sangat takutkan abang dan adik perempuan (kedua last), kerana abg selalu pergi ke masjid manakala adik perempuan tinggi ilmu agama. MasyaAllah. (aku reflect diri aku untuk jd lebih baik). Ustad tersebut menasihati kami sekeluarga untuk membuang benda tersebut kerana beliau hanya boleh halau keluar badan sahaja (ia tetap boleh berdamping).
Maka, bertungkus lumus kami mencari pengamal ilmu ini, para ustad, darulshifa dan sebagainya, akhirnya jumpa imam masjid cina yang diberi kebolehan untuk mengubati penyakit ini. SubhanaAllah dengan izin Allah, sesi rawatan telah pon dijalankan bagi membuang saka keluarga kami. Alhamdulillah.
Jadi, penyakit saka bukan sesuatu yg kita perlu pandang remeh. Dan andai terdapat sebarang petanda (walaupun ringan) segeralah berubat wahai kawan kawan. Macam family aku, dari digigit lipan, ular hitam datang, dan pebagai lagi peristiwa, aku pilih bila adik kene rasuk baru nak percaya. Allah.
Andai business kau tak maju, selalu sakit sendi,duit cepat habis, pemarah, berdebar-debar,ada anak derhaka, terdapat lebam lebam selepas tidur, tidur tak lena dan selalu terkejut (ni bahaya, serious),selalu hysteria, tidur gigi bergesel, pening dan rabun, family porak peranda. Lapangkan masa untuk berjumpa mana mana ustad atau pusat darulshifa berdekatan (google je) untuk bertanya. Kalau takut bolehlah bawak kawan sekali.
Aku tak arif dalam bidang ini dan kurang ilmu, maka apa yg aku cuba sampaikan kita boleh usaha untuk buang. Kadang – kadang kita belajar tinggi sangat sampai lupa ada benda ghaib sekeliling kita. Jadi untuk pulihkan penyakit syirik yg diamalkan nenek moyang kita ini, bermula dari diri kita sendiri.
Jadi, sedikit info aku kongsikan, sesi rawatan saka perlu dihadiri oleh semua adik beradik (kerana dia datang dengan janji maka pergi pon dengan janji) akan ada akad untuk membuang. (dan untuk kumpul adik beradik bukan senang, masing masing ada pandangan dan ideology sendiri dan susah nak yakinkan). Ia seharusnya dibuang dari atas (pewaris ibu saka) sehingga lah kebawah (anak anak dan cucu-cucu). Tapi kita buat je mana yang kita mampu, mula dengan keluarga kecik kita, adik beradik kita. Jika ada sebarang syak wasangka, pertanyaan,mahu berubat, atau nak scan badan korang boleh je google nombor talifon imam masjid muhammadiah and wassap imam.
Niat aku nak bantu, dan imam cakap kalau diri kita ni bersih insyaallah pasangan kita nnti pon bersih,(kan Allah tu maha adil) dan aku harap bakal pasangan aku nanti pon bersih, insyaallah amin. Sama sama kita pulihkan umat islam harini dari perkara syirik. Kalau kita taknak berubat sampai bila keturunan anak cucu kita nak bawa penyakit ini? Dan di akhirat nanti Yang Maha Agung akan tanya balik pada kita, apa usaha kita. Wallahualam.
Akhir sekali, sebagai iktibar aku nak kongsi 7 amalan (yg dikongsi oleh imam masjid Muhammadiah) untuk korang amalkan dan insyaallah boleh jadi saham aku dekat akhirat nanti.
1) Pendinding Saka- Sebelum tidur,Genggam kedua belah tangan dan baca 4 Kul (Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-nas) hembus dan usap kepala sehingga seluruh badan dan ikat, soalah olah kita berada didalam kepompong.
2) Pendinding Jin/Syaitan – Bismillah (21 kali) Baca sambil bayangkan Al-Quran dan telan air liur.
3) Pendinding Syaitan – Ayat Kursi (baca dengan 9 tempat berhenti)
4) Pendinding jin/Syaitan dari datang rumah –Sebelum magrib baca Al-Baqarah Ayat 285-286 (Amanarosulubina…)
5) Pengampun dosa pancaindera – Istigfar 3kali
6) Syafaat nabi –Selawat 3kali
7) Doa tidur (Bimikallahummaahyawaamut)
Selamat beramal.
– -elle-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit