Assalamualaikum. Aku seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak yang comel.
Lain orang lain jalan hidup. Aku nak berkongsi kisah hidupku.
Harap kisah hidup ni dapat menjadi pengajaran untuk semua pasangan di luar sana.
Dipendekkan cerita, satu hari, Allah jentik hati aku untuk baca mesej2 suami.
Terkejut sangat bila dapat tahu dia ada isteri lain dan ada seorang anak dah. Dah bertahun dia ada perempuan lain dalam senyap.
Bila flashback, sebenarnya banyak tanda suami ada perempuan lain. So aku share tanda2 mengikut pengalaman aku ni la.
1. Telefon
Suami tak bagi buka atau tengok telefon dia. Kalau dok sebelah, cepat2 dia sengetkan telefon tu. Pastu banyak masa dia dengan telefon.
Kadang2 nak masuk bilik tak boleh, sebab dia kunci dari dalam. Mungkin masa tu dia nak call atau video call orang lain.
2. Alasan kerja
Jenis kerja suami memang tak tentu masa. Suami mula selalu tak balik malam dengan alasan kerja. Bila ditanya kerja apa, dia bagi jawapan yang tak konsisten.
Setiap kali petang raya mesti ada panggilan kerja. Katanya kawan2 dia kampung jauh, bagi peluang diorang raya la.
Ada jugak dia tiba2 keluar rumah, dengan alasan jumpa kawan.
3. Kisah silam
Dulu2 suami ada banyak kawan baik perempuan masa sebelum kawin.
So, aku belajar satu lagi benda iaitu “the power of ex”. Ex-kawan sekolah, ex-best friend, ex-girlfriend, ex-tunang ni sangat power.
Walaupun dah bertahun tak berhubung, bila bertemu/ call/ mesej tanya kabar, senang je create chemistry tu balik.
Kalau pasangan korang dulu2 banyak kawan special sebelum kawin, hati2 lah.
4. Romantik tak semestinya setia
Suami selalu layan baik dan caring pada aku dan anak2. Walaupun dah 6 tahun kawin, dia layan macam baru bercinta. Dapat rasa sayang dia tu.
Nafkah tak pernah lupa bagi. Tapi rupanya ada perempuan lain senyap2. Mungkin dia dah biasa layan perempuan lain baik macam tu sepanjang hidup dia.
5. Naluri
Naluri perempuan sangat kuat. Aku ada perasan, bau sabun dan perfume di baju dia kadang2 bau lain.
Ada barang2 dia yang selalu hilang, contohnya stokin. Rupanya stokin tinggal rumah lain.
Kalau hati kita banyak kali terdetik mempersoalkan logik tindakan dia, siasat lah.
6. Termenung
Aku perasan dia ada termenung atau tak fokus bila bersembang. Bila aku tanya kenapa, dia cakap masalah kerja. Dia cakap, kalau bagitau pon, aku takkan faham.
Mungkin masa tu dia tengah pening fikir masalah nak urus dua rumah tangga ni. Bukan senang ye.
Mesti korang fikir. Kenapa la aku tak dapat tahu awal. Padahal banyak tanda.
Jawapannya, aku percaya dia bulat2, dia sibuk sebab kerja. Kerja dia tak tentu masa. Rupanya dia ambil kesempatan. Satu lagi, dia sangat caring dengan aku dan anak2.
Dengan tips2 ni aku harap dapat bantu korang. Bukan untuk buatkan korang terlebih rasa curiga. Tapi JANGAN PERCAYA 100%, simpan sedikit rasa curiga.
– Nawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit