Tanda-Tanda Ego

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga IIUM Confession sekalian. Kali ini saya ingin berkongsi tentang EGO.

Ego ni semua orang tahu, perasan bagus, perasan elok, perasan pandai, perasan hebat semualah. Kiranya ego ini merujuk kepada sifat suka melihat diri sendiri semata-mata.

Ego tidak boleh dirasai selagi belum diuji dengan sesuatu atau kejadian yang tidak diingini.

Contoh, korang duduk dalam kelas, time tu dah nak exam so korang tanyalah prof soalan apa akan keluar tapi prof tu balas mcm ni

“Awak ingat Universiti ni tempat suap? Macam mana lah nak jadi graduan yang berilmu.”

Korang rasa malu tambah marah. Tapi bila ada orang lain pulak tanya soalan yang sama tapi prof tu balas mcm ni:

“Hahahahah, awak ni awal betul. Inshaa Allah, kalau soalan exam keluar selari dgn kejadian kita, Alhamdulillah. Durian runtuh lah katakan.”

Korang jadi tak puas hati, benci bahkan boleh membawa kepada penyakit hasad dengki.

Point kat sini ialah, bila korang nak tahu yang korang tu ego cuba korang periksa diri korang macam mana korang reacted satu-satu situasi/ peristiwa dalam hidup korang.

Kalau korang ada marah-marah, tak puas hati dan sebagainya, korang kena cabut ego tu dan campak jauh-jauh.

Bila korang dah tak ego, Inshaa Allah korang tak akan berhadapan lagi dengan masalah-masalah yang buatkan korang tak suka.

Letakkan diri kita sebagai hamba, bukan tuan maka kehidupan yang baik akan datang pada kita.

Sekian.

Wallahu a’lam.

– Asyraf (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *