Tanda-Tanda Penyakit Kemurungan

Hai assalamualaikum nama mia ( bukan nama sebenar) 15 tahun. saya ada satu perasaan yang saya sendiri tak tahu itu apa. Then saya ade research membawa kepada di bawah ini.

Tanda-tanda penyakit kemurungan

1. Perasaan murung atau sering marah-marah hampir sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu. Perasaan ini dilaporkan oleh pesakit secara subjektif seperti perasaan rendah diri ataupun daripada pengamatan orang luar contohnya selalu menangis. ( ok ini memang selalu cth kalau hari tu kena marah or ada orang sumpah seranah even gurau je pon saya boleh dapat perasaan diri rasa ‘xguna’ or benci dekat diri sendiri. and macam ada orang bercakap dalam kepala ‘ ko ni tak guan mia benda macam tu pon tak boleh buat ke?’ atau ‘ ko ni tak layak hidup la mia’ atau ‘ semua ni salah ko la mia’ kata- kata tu berlegar dalam kepala walaupun salah yang saya buat alahai sangat sikit. Lagi- lagi bila orang salahkan saya depan – depan secara gurauan dia punya feel tu macam dah tak nak buat ape dah. Lebih tepat lagi rasa macam tak nak hidup bila ade orang salah kan kita la.(nampak remeh kan sorry tak reti nak luahkan macam mana harap faham)

2. Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari. Contohnya tidak berminat untuk bersukan lagi atau berjumpa dengan sanak-saudara. sangat-sangatlah iye.

3. Berat badan merosot (~5%) daripada asal dalam waktu yang singkat atau kurang selera makan.
Yang ni tak kot sebab aq ni jenis banyak memikir bila penat memikir aq makan.

4. Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).Yang ni sekarang ya. Tak tahu kenapa aq dari dulu lagi kalau buat ujian yg stress, depression, anxiety. Depression dengan anxiety tahap max nun. kuat tidoq waktu tu la ni ja tiba-tiba dia berubah.

5. Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih aktif atau kurang aktif. yup ni ye ( kadang – kadang benci dengan diri sendiri sebab ni)

6. Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.
even sabtu ahad cuti pon rasa tak larat sangat nak buat keje. Rasa letih dia macam orang kemas rumah dari A-Z .

7. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu kesalahan perbuatan atau merasakan diri tidak berguna ( yang ni sangat -sangat accurate 10/10. suka sangat salahkan diri sendiri sebab tu saya lebih suka berdiam diri kalau jadi apa-apa saya tak kena mengenalah)

8. Tidak mampu memberikan konsentrasi atau berfikir secara rasional. Pesakit juga merasakan susah untuk membuat keputusan dalam kehidupan hariannya.yup

9. Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai pelan masa hadapan untuk membunuh diri.Tidak ni je tak mungkin sebab saya agama islam saya rasa selagi solat tak tinggal saya ok je. cuma bila perasaan tu datang susah

Apa yang saya nak cakap, tiap-tiap hari saya akan pikir ‘hidup aq esok macam mana?’ ‘malasnya nak hidup’ ‘ tak bergunanya aq’ ‘ susahnya tu susahnya ni’
Lagi satu rasa benci dekat diri sendiri tu sangat2 kuat tiap- tiap hari. saya ni spesies kalau bnda tu pengalaman mennyakitkan hati jiwa dan raga otak saya cepat je lupa. sesetengah la. so tak pasti apa sebab nak benci diri sendiri tu.Ha lagi satu kadang tu tanpa sebab tiba-tiba nak nangis.hmmm tu je lah kot ciri-ciri yang aq hadap setakat ni. aq takut sebab orang cakap depression ni jangan main -main.

Justeru, jika anda merasakan anda atau orang terdekat anda mempunyai gejala- gejala yang disebutkan di atas dalam tempoh waktu yang sudah lama, adalah lebih baik anda mendapatkan pertolongan daripada doktor anda atau hubungi mereka yang boleh memberikan pertolongan seperti di bawah.

no.1 dan 2 dan 7 sangat lah diri saya. persoalannya, adakah saya depression?

p/s: saya agak2 mesti ramai cakap saya acah depression. saya cuma nak tau saya kategori mana je harap dapat membantu saya. saya tak de tempat nak luah. mereka tak faham sebab saya tak reti bercerita. kalau rasa merepek maafla saya tak reti bercerita.(lagi satu thanks admin kalau publish) Harap dapat komen yang membantu.Terima kasih semua.

– mia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *