Hai semua, harini aku nak share sikit cara untuk kita tahu siapa yang ada crush pada kita.
Haha, kenapa aku tulis ni? Sebab kadang tuh bila suka someone, tapi lambat pula dia tangkap hint kita bagi. Kita nak berterus terang tapi takut dia tak selesa. Overthinking macam-2. Hmm apakan daya.
Kadang kita cuma nak crush kita notice saja bukan nak lebih-2 pun. Tapi kalau dapat berkawan tu mesti happy gila kan. Ye tak?!
1. Eye contact
Kalau orang tu crush pada kita, dia kemungkinan akan suka buat eye contact dengan kita. Cuba tengok bebetul, anak mata dia mengembang tak.
Sebab biasanya kalau kita tengok perkara yang kita suka, anak mata hitam akan mengembang. Ops kalau mata melayu yang gelap ni susah sikit lah nampaknya!
Then kalau kita crush dengan someone yang tak kenal sangat pula bila masanya nak eye contact kan?! Yang ni mampu tenung dari jauh jelah. Takpe-2. Tengok step kedua.
2. Caring
Orang yang suka kita ni biasanya dia akan caring dengan kita dalam diam. Biasanya dia akan tengok dengan siapa kita berkawan, dan ambil tahu tentang kawan-2 kita semata-2 nak tahu perkembangan terkini kita.
Spesies ni akan stalk socmec kita habis-2an. Dan kalau kau orang dah classmate tu, dia akan selalu curi-2 pandang kita dalam diam.
Kau orang minta tolong kawan kau orang perhatikan jugak lah eh! Kadang diorang lagi expert berbanding diri sendiri, haha.
And then dalam konteks caring ni certain tu bukan bermaksud selalu chat pun. In case kalau kau orang dah lama tak jumpa each other, kekadang dia chat untuk nak tahu update kau orang saja.
Yang ni akan obvious kalau kau orang jenis tak update story sangat. Dia akan curious tentang kau orang. Kalau dah selalu update tu susah sikiit la nak kenal pasti sebab dia maybe akan stalk dan jalankan siasatan sendiri haha!
3. Wish
Biasanya kan kalau someone tu tak selalu contact kita sebab nothing in common, tapi bila hari yang penting untuk kita mesti dia ingat.
Contohnya birthday, boleh jadi someone yang minat kita ni tetiba saja wish birthday kita. kau orang ingat ramai orang rajin ke nak wish birthday orang yang dia tak rapat sangat.
Tambah-2 yang dediam takda repost wish birthday kawan-2. Kecuali la kau orang tu special aka crush diorang!
Selain itu, dia maybe akan wish kau orang time raya ke, bagi semangat time kau orang stress dalam pelajaran ke, exam ke gituh. Dia selalu nak tengok kau orang happy saja.
4. Minat
Bila dah suka kau orang, dia mesti minat apa yang kau orang minat contohnya lagu ke movie ke artis ke gituh. Bila dia tahu kau orang suka movie tu, terus dia pun nak tengok movie tu! Bila dia tahu kau orang suka lagu ni, dia pun akan ulang-2 lagu yang sama.
Kekadang tu dia bagi hint dekat story ke tweet ke, kau orang kena alert la haha sebab dia nak tarik attention kau orang saja sebenarnya!
Kadang dia akan approach dengan kaitkan kau orang dengan artis kesukaan kau orang. Tetiba saja tanya update artist tu dari kau orang padahal pada asalnya bukan kisah pun.
Selain tu, dia akan suka apa yang kau orang pakai, contohnya kau orang pakai jam warna merah, nanti tak lama lepastu dia pun pakai jam yang matching dengan kau orang.
Kau orang ada kasut brand sekian-2, eh tetiba dia pun ada. Tapi bila ditanya, eh kebetulan jawapannya haha.
Dia maybe juga ada any tag dengan huruf capital kau orang. Contohnya keychain ke rantai atau gelang, dia akan pakai capital nama kau orang. Tanya jelah kalau kau orang nampak atau suspicious tu, tengok dia gelabah ke tak haha.
5. Cemburu
Yang ni kalau dia nampak kau orang rapat dengan orang lain. Ada tu obvious dari muka nampak cemburunya. Tapi kekadang yang pura-2 tak cemburu tapi sebenarnya cemburu.
Dia akan tetiba macam ubah mood pura-2 happy ke bila kau orang cakap tentang orang lain yang dia cemburu tu. kau orang akan nampak la yang happy dia tu macam awkward sikit, bukan yang genuine punya.
Sebenarnya dia tengah sembunyikan perasaan jelous dia tu bila kau orang rapat atau crush dengan orang lain.
Dan kalau ada orang yang kacau kau orang, dia akan tanya pada kau orang sebab nak tengok respond kau orang macam mana. Sama ada suka atau meluat. Kalau kau orang suka, frust la dia hahaha.
6. Suka bagi hadiah
Yang ni obvious la kan. Kalau dia suka bagi coklat ke selalu nak belanja kau orang ke tapi dengan orang lain tak pula. Dengan kau orang dia tak kenal erti berkira.
Kau orang tengok apapun dia sanggup bagi untuk kau orang. Tapi kau orang jangan ambil kesempatan pula eh. Dia tengah mabuk perasaan tu.
Selain hadiah, dia maybe akan suka bagi notes pesanan supaya jangan lupa makan, take care and stay safe ke gituh selit di mana-2.
Harap tips aku ni membantu la sikit untuk kau orang kenal pasti siapa secret admirer kau orang tu!
Tbh, secret admirer kau orang sebenarnya nak saja kau orang tahu yang dia suka kau orang, tapi maybe dia malu dengan kawan-2 dia atau takutkan rejection. Atau dia lebih suka mencintai dari dicintai haha cliche.
Bukan senang kan sesorang nak luahkan rasa suka dia. Kadang tu sampai bertahun-tahun memendam haha. Bagi clue obvious tapi tak berani confront. Ish rugi-2.
So, kalau kau orang dah yakin someone tu suka kau orang, dan kau orang pun open untuk berkawan dengan dia, why not tanya gini:
“Hai XXXX, boleh saya tanya, awak berminat nak berkawan dengan saya ke? Saya minta maaf kalau saya salah orang (ayat nak cover malu)”
kau orang tahu tak ni antara soalan yang heaven gila dalam hidup someone yang ada crush! Seriously! Pasti membuat dia tersenyum sepanjang hari! Haha.
Ataupun kalau kau orang tak berminat nak berkawan atau rasa annoying, confront jelah dengan dia supaya jangan letak harapan dan pergi jauh-2. Sedih sangattt ni.
Tapi kau orang jangan halang dia daripada suka kau orang, sebab lagi kau orang halang lagi dia suka haha.
Cuma pastikan dia paham lah yang kau orang tak nak bagi harapan. Kalau dia nak berkawan saja tak ada masalah kot. Mana tahu dengan berkawan lama-2 perasaan admire tu hilang, ye tak ye?!
Hidup single dan ada crush ni rasanya ada baiknya jugak! Sebab crush tu kekadang memberi motivasi kan acewwahh.
Tapi kita beringatlah, jangan meletak harapan terlalu tinggi, nanti dikecewakan. Minta Allah jagakan orang yang kita sayang tu dan semoga dia dilindungi dan bahagia selalu, sama ada bersama/ tak bersama kita.
– Sabellana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tapi kalau dia cakap dia pun sukakan kita dekat kawan dia.. tapi,mesti kita yg cht Duluan dan dia suka bersendirian..dia selalu jaa tngok apa yg kita post dkt status..kalau dia reply pun sepatah dua kata..
Aku sbnrny sdr ssorg ad sukakan aku.tapi takut nk prcya sbb prnh kecewa dan dia ni CM misteri sikit.aku tau dia cuba mcm2 cara nak tarik perhatian aku tapi aku BT xnmpk je dgn semua tu hhahahah.
Aku suka sorang pengawas my classmates actually….she is a girl and im girl to,she always caring about other but dengan orang yang dia okay contoh budak suka busing kat kelas dia tak layan. Aku ni introvert tak Banyak cakap only communicate dengan kawan . She touch me while we talking. Im blushing right now!!!
Aku lelaki. Memang ada seorang kawan ppuan yang ada ciri² kat atas tu pada aku. Tapi masalahnya pada kawan aku pun dia buat benda sama? Caner tuh??
Aku suka sorang pengawas my classmates actually….she is a girl and im girl to,she always caring about other but dengan orang yang dia okay contoh budak suka busing kat kelas dia tak layan. Aku ni introvert tak Banyak cakap only communicate dengan kawan . She touch me while we talking. Im blushing right now!!!