Tandatangan Khurafat

Assalamualaikum, salam hujung minggu buat pembaca semua. Aku harap apa yang aku cuba sampaikan ni dapat merungkai masalah aku selama ini.

Sampai sekarang aku masih tak boleh nak faham, nak hadam apa yang ustazah aku ini cuba sampaikan dan ajarkan. Wallahualam. Aku pun bukanlah orang yang senang-senang nak faham benda-benda pelik dan tak masuk akal.

Sebab itu sampai sekarang aku masih ingat apa yang ustazah aku ajar ini. Mungkin sesiapa yang ada dalil atau fakta mengenai apa yang ustazah aku ajar ini berpuluh tahun lalu dapat dirungkai pada hari ini.

Cerita ini merupakan apa yang aku belajar daripada seseorang yang bergelar ustazah. Waktu itu aku masih belajar disekolah rendah agama. Tidak perlulah aku menyebut nama sekolah berkenaan lagipun nama sekolah tersebut sudah ditukar.

Berbalik kepada cerita tadi, waktu itu aku berumur dalam lingkungan 8 ke 10 tahun. Terdapat seorang ustazah yang bernama zai(bukan nama sebenar).

Ustazah Zai ini berumur dalam lingkungan pertengahan 20an yang bagi aku pada masa itu boleh dianggap sebagai mak cik.

Nak dipendekkan cerita, aku tak tahu nak describe aku punya cerita ini sebagai khurafat atau apa. Sebab ustazah ni mengajar kami anak-anak muridnya mengenai tanda tangan.

Yup, atau dalam bahasa inggerisnya sign ataupun autograph. Kalau korang waktu dalam masa umur aku apa yang korang faham tentang tanda tangan ni?

Masa itu, memang aku tak tahu apa-apa melainkan hanya melihat orang dewasa sahaja yang menggunakan tanda tangan ini.

Lagi-lagi kalau dapat surat daripada sekolah untuk diberi kepada ibu bapa, pasti akan ada tanda tangan guru besar di bahagian akhir surat. Part paling tak best kalau surat hari terbuka untuk ambil report card murid.

Okay, lari topik kejap. Ustazah Zai inilah orang pertama yang mengajar aku tentang tanda tangan. Dulu sekolah kami mana ada papan putih, semua guna papan hitam yang sebenarnya warna hijau lumut untuk belajar.

Waktu itu waktu lapang murid-murid sebab semester persekolah hampir tamat. Ustazah Zai diarah untuk mengajar dan menjaga kami.

Ustazah suka bercerita, aku memang suka dengar ustazah-ustazah yang mengajar bercerita, lagi-lagi tentang sirah dan sejarah-sejarah islam.

Pada awalnya, Ustazah Zai bercerita mengenai surat yang harus diberi kepada ibu bapa dan tak tahu sampai macam mana boleh bercerita tentang tanda tangan.

Ustazah Zai ambil kapur yang ada kat papan hitam lepastu diajarnya cara menanda tangan. Bagi aku hanya nampak sebagai contengan yang kurang kemas.

Ustazah Zai mengajar kami supaya selepas menandatangan jangan sesekali garisan lurus akhir yang sentiasa digunakan dalam huruf akhir mengenai ekor-ekor bawah tanda tangan tadi.

Alasannya sebab nanti impian yang kita nak tak tercapai. Korang rasa apa? Aku memang peliklah. Apa fakta disebalik teori tersebut? Macam merepek pun ada juga kan.

Masa itu aku budak-budak mana tahu apa. Semakin aku meningkat dewasa semakin aku pelik. Kenapa seseorang yang bergelar guru mengajar anak-anak murid mengenai benda-benda pelik dan tak sahih?

Aku harap lepas ini,sesiapa sahaja guru yang nak mengajar di luar sana tak ajar benda-benda pelik dekat anak murid. Tak nak jadi macam aku, sampai sekarang masih tak hadam dan agak merunsingkan bagi aku.

Lagi-lagi kalau kena tanda tangan surat atau sebagainya mesti aku teringat pasal peristiwa ini. Akhirnya aku decide untuk tidak menggunakan apa-apa garisan di dalam tanda tangan aku.

Bukannya aku percaya dengan apa yang diajar ustazah aku, cuma trauma dengan ‘tanda tangan khurafat’ yang diajar ustazah aku.

-asyuh

– Asyuh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit