Tangan Yang Berdosa

Menggigil tangan menaip ini. Tapi saya perlu bantuan. Saya masih ingat dengan jelas, perbuatan mencuri saya bermula ketika belum sekolah pun lagi. Sekitar 5-6 tahun mungkin.

Apabila balik ke kampung, atuk ada kedai runcit. Jiwa kanak2 saya meronta ingin membeli itu dan ini. Susah nak dapat jajan secara percuma walaupun kedai runcit atuk sendiri.

Saya tahu dimana makcik saya simpan duit belanja sekolah mereka. Umur kami cuma beza 4-5 tahun saja. Mereka simpan di bawah baju didalam almari.

Disitulah saya meraba-raba mencari syiling. Dapat sekali, berulang kali mengambil sampai ditangkap makcik sendiri barulah saya berhenti tetapi masa tu masih kecil.

Wang yang diambil saya sekitar 20-50sen sahaja setiap kali seluk. Jadi semua anggap perkara kecil.

Masuk tahun 1, ibu cuma bagi belanja RM1. Cukup untuk membeli sepinggan makanan dan air segelas. Saya sangat menginginkan nugget. Ya, nugget ayam.

Saya bukan datang dari keluarga senang. Nugget jarang makan. Harganya seringgit 1 cucuk (ada 3).

Sekian lama memendam rasa, hari tu saya mencuba nasib, dalam keramaian berebut membeli makanan, saya dapat ambil seketul nugget dan berlalu pergi tanpa membayarnya. Puas dapat makan.

Hampir seminggu juga saya tidak ke kantin selepas itu risau kalau ada makcik kantin yang nampak dan menunggu saya. Tapi itu la kali terakhir saya mencuri di sekolah rendah.

Naik sekolah menengah, sekitar tingkatan 4, saya ada boyfriend. Dan ada telefon binbit juga. Nak bermesej, bergayut perlukan topup. Duit belanja mestilah tidak cukup. Disitu saya kerap mencuri duit ibu. RM5-RM10 dalam seminggu untuk topup sahaja.

Satu hari ketika di kampung untuk majlis perkahwinan makcik, saya jadi rambang mata melihat duit cash hantaran didalam bilik ketika masuk ke bilik pengantin untuk ambil barang.

Diam2 saya mengambil not RM100. Terus saya ke kedai membeli kad topup RM50 dua keping sampaikan aunty kedai pun tanya banyaknya duit. Tapi duit curi biasalah tak kekal lama. Kejap je habis.

Saya semakin berani membuka beg tangan mak saudara saya yang lain2 ketika mereka leka atau tinggalkan handbag dimana-mana. Malah saya curi duit raya sepupu saya dan saya tidak mengaku sedangkan saya lah yang berada di bilik itu satu-satunya.

Sepupu saya sangat tahu saya yang ambil tetapi ibu bapanya tidak mahu panjangkan isu kerana tiada bukti. Lebih menyedihkan, dirumah juga saya mencuri duit raya adik saya.

Bermati2an saya tidak mengaku sedangkan hanya saya saja dirumah bersama adik dan ibu ayah. Duit itu saya gunakan untuk membayar yuran makan asrama kerana duit yang ibu beri habis saya gunakan untuk berbelanja makan.

Ya asrama sediakan makan. Jadi ibu jarang memberi duit poket pada saya padahal waktu rehat sesi persekolahan juga ada kantin, mestilah saya pun nak makan mcm kawan2 yang lain.

Balik sekolah ada jual nasi lemak yang sedap.. saya juga nak makan itu. Tanpa sedar duit yuran saya gunakan dan perlu diganti. Saya rasa bersalah dengan adik tapi saya terdesak.

Ketika di universiti, saya pernah mencuri barang kemas pusaka nenek saya yang disimpan ibu saya. 2ribu saya dapat bila jual rantai pusaka tu. Saya guna untuk berjoli dengan kawan. Ya ini kesalahan yang susah untuk dimaafkan. Saya terkena kejutan budaya.

Kantoi apabila ibu dan adik senyap2 masuk ke bilik asrama saya ketika saya tiada. Mereka jumpa beg barang kemas tersebut. Tapi tiada siapa pun tampil kedepan bagitau perbuatan saya salah.

Hinggalah satu hari saya bergaduh dengan adik saya, adik saya menjerit pada saya memanggil saya pencuri. Ketika itu saya sedar rupanya semua orang termasuk saudara mara tahu semua perbuatan saya melalui ibu saya.

Ibu saya berani menceritakan pada seluruh saudara mara yang saya mencuri barang kemasnya tapi ibu tak berani tegur kesalahan saya secara berdepan. Itu yang paling saya kesalkan..

Tiada yang membimbing saya. Mereka hanya marah, cemuh dan perli. Tapi saya tebalkan saja muka.

Nanti saya sambung jika ada kerajinan.. kerana ketika ini diusia 35 tahun, sudah ada keluarga sendiri tapi saya masih panjang tangan malah menyedihkan saya ambil duit dari orang yang sangat dekat dengan saya.

Saya terlalu kecewa dengan diri sendiri. Semoga allah ampunkan dosa saya. Saya harap satu hari nanti saya dapat bayar semula semua duit yang saya ambil.

Yang sentiasa terluka dengan keadaan,

– Bunga Mati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *