Tanggang Versi Moden II

Untuk part I, (https://iiumc.com/versi-moden/).

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri buat semua warga netizen Malaysia yang follow pages IIUM Confessions ni.

Ramai yang ternanti dengan sambungan cerita Kude Tanggang versi moden. Kalau siapa yang belum tahu cerita part 1 boleh lah baca dulu ya.

Terima kasih atas semua komen-komen murni serta komen yang marah dengan sikap si Kude. Itu baru beberapa cerita sahaja. Sebenarnya banyak lagi cerita si Kude termasuk Kude menerima musibah sebagai peringatan kepada diri dia dan keluarganya.

Sekarang aku sambung part pasal duit akaun arwah Abah dulu. Kak Long ni kan sejenis gangster dalam adik-beradik, maka Kak Long mainkan peranan seperti Ah Long kutip hutang.

Bayangkan Kak Long muka nampak saja lembut tapi sekali dia buka mulut rasa sakitnya hati tak boleh nak buat bincang.

Jadinya bersama aku, Umi dan arwah Abah kami ke rumah sewa Kude. Waktu kami sampai Kude agak terkejut sebab mesti ada something wrong dengan kedatangan kami. Ya memang something wrong.

Sebelum pergi ke rumah Kude, Kak Long dah riki dulu dengan jiran Kude. Jiran Kude sebenarnya officemates Kak Long, jadinya officemates Kak Long adalah mata-mata untuk memerhatikan Kude.

Bersama bukti bank statement dan laporan polis kami bawa untuk dipersembahkan kepada Kude. Maka bermula sesi perang saraf antara Kude dan Kak Long.

Masa kak Long sampai, Payung isteri Kude terus masuk ke dalam. Sebab si Payung takut sikit dengan kak Long. Punca kak Long pernah sound baik dekat Payung suatu ketika dahulu. Ini akan diceritakan kemudian kalau ada permintaan.

Bermulah lah sesi soal menyoal antara si Kude dan Kak Long.

Dialog ini diringkaskan sebab aku tak berapa ingat susunan ayat Kak Long dengan si Kude.

Kak Long : Kude aku ada beberapa soalan yang aku nak kau terus terang depan Abah dan Umi. Kalau kau menipu aku tak teragak heret kau pergi balai.

Kude : Apa masalah? Ada salah apa aku buat dengan kau?

Kak Long : Bukan salah dengan aku tapi dengan Abah dan Umi! Kalau kau mengaku salah tu, aku boleh consider lagi. Tapi kalau kau tak mengaku aku memang buat tindakan ikut undang-undang.

Kude : Yelah salah aku apa? datang tiba-tiba lepas tu kau nak marah aku. Abah, Kude buat salah apa dekat Abah Umi? pasal duit ke?

Abah diam membisu. sebab Abah dah kena brainwash dengan Kak Long sebelum tu. Kak Long warning Abah, kalau tak nak Kak Long merajuk macam dulu. Abah kena ikut apa rancangan Kak Long.

Abah : Kude, sampai masa Abah nak kau jujur saja dengan kami semua. Abah tak marah sebab kau dah besar, sepatutnya kau yang bantu Abah, bukan Abah yang bantu kau.

Hal ni Abah dah serah dekat Kak Long. Kak Long anak sulung, kak Long yang banyak bantu Abah. Jadinya, Abah yang minta kak Long selesaikan. Abah tak nak hidup Abah ditipu dengan lakonan kamu.

See waktu ni Abah pun dah give up sebenarnya dengan Kude.

Kak Long terus campak bank statement Abah dekat meja.

Kak Long : Kude kau tengok satu persatu bank statement ni dan kau kena jelaskan. Sebab segala laporan polis dan bank, Abah dah buat. Ini semua sebab kau dah dikira pecah amanah khianat orang tua.

Kude terus baca bank statement dan diam seketika. Pasti si Kude nak mencari seribu satu jawapan untuk melepaskan diri.

Kude : Kenapa dengan bank statement ni, apa kaitan aku dengan bank statement Abah?

Kak Long : Kau tanya apa kaitan bank statement ni dengan kau? Sekarang ni aku tanya kenapa setiap minggu mesti ada pengeluaran duit dari akaun Abah. Bukan sikit kau keluarkan tapi hampir ribu setiap minggu.

Apa masalah kau sebenarnya keluarkan duit akaun Abah? Kalau Abah tak suruh Hun keluarkan duit Abah mesti kau tengah gembira keluarkan duit Abah setiap minggu.

Patut lah kau selalu balik ke rumah tidur dekat rumah. Rupanya kau ambil kad bank Abah untuk kau guna. Kau ingat Abah cap duit semata untuk kau? Kau tak rasa berdosa ke bagi anak bini kau makan pakai duit Abah. Kau ingat Abah simpan duit untuk kau saja ke?

Sebenarnya panjang lagi serangan ayat kak Long dekat si Kude. Macam peluru berpandu. Sebab kak Long dah terlalu marah dengan sikap si Kude.

Kude : Aku keluarkan pun sebab beli barang dapur rumah Abah, tiap minggu aku belikan barang dapur dengan bayar bil-bil rumah Abah. Kau tahu ke semua tu?

Checkmate si Kude! Selama ini urusan bil TNB, air, Unifi diuruskan oleh aku, si anak bongsu Hun. Sebab dari awal aku tinggal dengan Abah dan Umi aku lah yang uruskan segala bil rumah.

Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang bergilir-gilir belikan barang dapur untuk rumah. Dekat sini si Kude dah menipu semua. Masih deny kan pasal duit yang diambil secara sembunyi.

Kak Long : Kau bayar bil rumah? Segala bil rumah Hun yang uruskan. Barang keperluan rumah aku yang uruskan.

Sekarang ni apa kau nak jawab? Kau bagi bukti apa yang kau sebenarnya uruskan? Umi!, betul ke si Kude tiap minggu belikan barang dapur? Apa yang dia beli untuk keperluan rumah?

Umi : Ada lah sikit tapi bukan untuk Umi guna. Dia guna laki bini kalau balik rumah Umi. Macam barang basah. Itupun bukan banyak.

Umi terus berterus terang. Maka terkantoi busuklah si Kude dengan penipuannya.

Kak Long : Kau dengar tak apa Umi bagitahu? Sekarang aku nak kau mengaku dan kau bayar dulu half duit yang kau ambil atau aku buat laporan polis untuk heret kau ke mahkamah! sebab kalau ikutkan hati aku, aku nak saja panggil polis terus. Tapi aku hormat Abah Umi ada sekali.

Kude : Ye aku salah, aku ambil sebab setiap bulan duit aku tak cukup. Aku nak pinjam dengan Abah aku segan. Aku nak pinjam dengan adik beradik aku malu.

Ye aku yang ambil duit akaun Abah. Bah, Kude minta maaf dekat Abah. Kude janji Kude nak berubah bah. Kude anak yang selalu buat abah susah. bla bla bla (banyak lah dialog kemaafan si Kude dekat Abah).

Kak Long : Aku tak kisah kau dah minta maaf dengan Abah. Tapi aku nak kau bayar half duit tu dulu. kalau tidak kau tahu nasib kau aku nak ajar kau ni nanti.

Abah : Apa yang tak cukup untuk kau Kude? Abah tiap minggu bagi kau duit. Apa yang tak cukup sebenarnya dekat kau Kude? Kau terlalu boros nak tunjuk mewah. Abah ni kira salah mendidik kau Kude!

Anak yang lain semua tak membebankan Abah. Abah rasa senang bila dengan yang lain. Tapi dengan kau Abah rasa sedih. Abah rasa selama ni Abah salah mendidik anak-anak Abah. Abah akui silap Abah dekat anak-anak Abah.

Masa tu banyak juga drama air mata antara abah, dan Kude. Kude insaf ke selepas ini? Nah ada yang akan terjadi.

Sebenarnya ada beberapa kejadian yang Kude buat sampai kak Long dan Kak Lang merajuk dengan Abah. Sampai dua kakak aku yang gangster dan malang tu tak nak balik rumah disebabkan perangai Kude.

Kak Ngah saja yang lembut tu pun selalu jadi mangsa Kude sebenarnya. Sebab Kude dah anggap kak Ngah mesin ATM bergerak dia untuk dia minta duit.

Nah selepas peristiwa itu tadi, kak Long ambil kunci kereta si Kude, bila Kude bayar RM 5K baru kak Long akan pulangkan kereta si Kude. Short story selepas kes tu dalam 5 bulan kemudian arwah Abah meninggal.

Ada cerita semasa arwah Abah meninggal, sebenarnya arwah Abah meninggal kami semua ada dekat rumah nak celebrate birthday anak Kak Long.

Kebetulan hari Jumaat masa tu adalah public holiday. Jadinya, kami berkumpul ramai-ramai kecuali Kude. Kude memang tak pernah dimasukan dalam group WhatsApp family sekian lama.

Sebab pernah si Payung screenshot perbualan kami sekeluarga dan diupdate dalam socmed dia dan ramai yang mencela kak Long aku.

Walhal peristiwa tu adalah berpunca dari si Payung. Sebab Payung dan Kude suka play like a victim. Kalau ikutkan mereka tu lah sebenarnya yang punya angkara.

Cerita mengenai arwah Abah meninggal, pagi tu arwah Abah sempat main dengan cucu-cucu semua, sempat gelak ketawa dengan kami semua.

Dalam pukul 11, arwah Abah duduk di ruang tamu sementara tunggu nak ke masjid bersama menantu yang lain. Tiba-tiba masa kak Ngah kejut nak ajak makan tengahari arwah Abah dah tak sedarkan diri.

Panggil medical, rupanya arwah Abah dah kembali ke rahmatullah. Kak Ngah call Kude, panggilan tidak berjawab, call si Payung pun sama, banyak kali kami call sebenarnya. Tapi satu pun tiada respond, last sekali Kak Ngah cuma WhatsApp bagitahu yang arwah Abah dah tiada.

Kude rupanya ke Pulau Tioman bersama Payung dan anak-anak. Langsung tiada respond mungkin disebabkan disana tiada coverage line.

Maka, setelah dua hari arwah Abah kebumi maka si Kude munculkan diri bersama Payung dan anak-anak. Disini pun sebenarnya si Kude tak lagi menunjukkan rasa bersalah.

Alhamdulillah arwah Abah disempurnakan dengan baik oleh menantu-menantu arwah Abah. Dari mandikan sampai ke liang lahad, semua menantu Abah yang buat.

Anak lelaki arwah Abah? sibuk berhoray-horey dengan keluarganya. Masa si Kude sampai di rumah. Mulalah lakonan Kude, menangis sebab rasa berdosa dengan arwah Abah.

Siap janji nak jaga Umi lepas ni, siap kata akan jaga amanah arwah Abah. Kak Long sempat perli tanya apa AMANAH abah untuk kau?. Sebab segala AMANAH yang arwah Abah pesan sebenarnya ada pada kami. Arwah Abah dah wasiatkan segala harta peninggalan arwah Abah buat kami.

Tidak mengikut faraidh pun. Waktu bicara kuasa tu lah nanti berlaku pertelingkahan antara Kude dan Umi. Jeng jeng jeng. Akan ku ceritakan. haaaa makin banyak part lah tanggang versi moden.

Malam sebelum arwah Abah meninggal, kami semua sempat bertahlil, arwah Abah sempat memohon maaf selama ini arwah Abah salah mendidik anak, arwah Abah menyesal sebab mengutamakan anak lelaki, siap abah menangis depan kak Lang.

Kak Lang dari kecil sampai dah besar selalu jadi mangsa arwah Abah walaupun tu bukan salah Kak Lang.

Kami semua mohon maaf dekat Abah malam tu, Abah sebenarnya tak salah cuma mungkin Abah ingat dengan memanjakan anak lelaki akan menyenangkan Abah.

Malam tu sungguh syahdu buat kami semua, bila dah habis sesi solat jemaah, lama juga kami tidak makan bersama dalam talam. Ini semua sebenarnya idea kak Long.

Kak Long nak jernihkan suasana adik- beradik. Kak Long ajak juga si Kude, tapi Kude kata minggu tu Kude ada kerja. Nampak tak sebenarnya Kude masih lagi ego.

Kude ziarah pusara arwah Abah dengan Umi dan Kak Ngah, di pusara Kude menangis sebab menyesal tak jadi anak yang baik, selalu menyusahkan abah dan macam-macam lah kesalahan dia dan Payung. Kak Ngah cuma jadi pemerhati saja.

Sebenarnya hal si Kude, Umi dah lama makan hati, tapi Umi simpan dan pendam sebab tak nak si Kude jadi anak derhaka.

Umi ni sejenis tak akan doakan anak-anak yang tak baik. Umi lah yang selalu doakan anak-anak yang baik dan harap sangat selalu si Kude ni berubah.

Masa di pusara, Umi pesan dekat Kude, masa ni Kude dah kena jaga AMANAH arwah Abah. Arwah pesan supaya Kude jaga solat, jaga aurat isteri, anak-anak tu semua. Tunaikan perintah Allah. Banyak juga kata kak Ngah Umi tazkiran kan Kude masa di pusara.

Kude sebenarnya sejenis manusia yang lalai dengan dunia. Dulu masa kecik-kecik bila arwah Abah ajak solat, Kude akan kata dia dah solat, walhal belum pun.

Pernah dulu aku yang intai, dia kata nak solat tapi baring diatas katil sambil menyebut Allahuakhbar secara kuat konon menandakan dia tengah solat.

Sampailah dah beranak-pinak Kude cuma solat bila kami semua berjemaah, si Payung asal datang rumah arwah Abah period saja. Kalau tak berjemaah pun jarang nak tengok Kude solat. Pernah Kude tidur di rumah, dari Subuh sampai Isya’ tiada pun Kude solat.

Kadang Umi tegur tapi biasalah Kude dengan egonya bila Umi tegur. Kude dengan Umi memang suka melawan sikit, tapi kalau dengan arwah Abah, Kude seperti anak yang soleh.

Aku akan sambung apakah balasan yang Kude terima seminggu selepas arwah Abah meninggal, kemudian konflik antara Kak Long, Kak Lang yang merajuk dengan arwah Abah disebabkan fitnah si Kude dan akhir sekali waktu bicara kuasa untuk harta pusaka arwah Abah.

Aku sengaja nak buat episod bersambung sambung agar warga netizen IIUM Confessions terus menunggu dan tertunggu cerita tanggang versi moden. Stay tune dan jangan lah jadi seperti Kude.

– Hun anak manja Arwah Abah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *