Tanggang Versi Moden III

Untuk part I, (https://iiumc.com/versi-moden/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/tanggang-versi-moden-ii/).

Fuhhh ramai menunggukan cerita si Kude Tanggang versi moden. Sabar tuan-tuan puan-puan, aku kena tulis satu persatu, biar terang dan nyata. Makin membarakan dengan sikap Kude.

Sekarang ni part aku nak cerita seminggu selepas kematian arwah Abah dan balasan untuk Kude. Dekat dunia Allah dah tunjuk kan apatah lagi dekat akhirat nanti.

Seminggu selepas arwah Abah meninggal, Kude kemalangan bersama keluarga. Paling kesian anak kude nombor 2, aku gelarkan Joki. Joki dalam umur 4 tahun lah kira dah kecik lagi, sikap Joki ni tak macam anak-anak buah aku yang lain. Setiap kali Joki balik, bilik aku harus aku kunci.

Hanya bila si Kude balik, bilik aku kena kunci siap-siap, sebab si Joki ni suka masuk bilik sesiapa kemudian dia jumpa barang dia suka, dan dia akan ambil tanpa minta izin. Sikap sama macam mak bapak dia juga sebenarnya.

Lepas tu bila barang tu hilang, mula lah aku naik angin. sebab pernah Joki ambil figure-figure lego bawak balik rumah dia. Menyirap makcik Hun kau tau sebenarnya.

Back to point pasal kemalangan yang menimpa si Kude. Kemalangan ini berpunca dari si Kude juga. Kude kalau bawak kereta suka laju-laju sebab dia saja rasanya pakai kereta Honda dekat Malaysia ni, dan satu sikap si Kude suka drive pegang phone, dah banyak kali dulu arwah abah tegur.

Sebab tu kadang arwah Abah tak suka naik kereta dengan Kude. Nak dijadikan cerita ada rakaman dashcam yang melibatkan kemalangan tu, memang nampak lah Kude yang salah sebab bawak kereta macam jalan tu dekat litar.

Tapi Kude kan, dia kata tak salah. Kes naik juga mahkamah sebab melibatkan kematian. Anak Kude si Joki cedera teruk juga, patah kaki dan bahu. Si Kude cuma patah tangan, Payung dengan anak sulung si Pony cedera luka-luka.

Kira seminggu tu Kude macam ditimpa bala juga. Sebab selain kemalangan, Kude dikehendaki pihak bank disebabkan kereta dia tertunggak bayaran.

Berapa kali pihak bank telefon arwah Abah sebab kereta si Kude dulu penjamin nya arwah Abah. Kebetulan telefon arwah Abah ada pada Hun.

Maka setiap kali bank buat panggilan aku akan bagi nombor telefon Kude berserta alamat. Itu belum lagi bapak mertua Kude pinjam Ah Long tapi Kude yang jadi penjamin.

Kira balasan lah untuk Kude juga. Bila Ah Long buat ugutan nak bakar rumah sewa si Kude. Nampak tak itu lah balasan untuk Kude.

Bapak mertua Kude ni aku panggil Anjang lah. Anjang ni sebenarnya tahi judi, disebabkan Anjang nampak si Kude macam menantu yang agak berduit, maka si Anjang buat lah pinjaman Ah Long.

Sengsara lah sikit si Kude disebabkan bapak mertua sendiri. Baiklah aku nak cerita yang pasal kemalangan.

Si Kude hilang kereta sebab kira Honda dia total lost, yang dia ada Vios si Payung lah kan. Walau dah kemalangan macam tu pun si Kude nak ambil kereta arwah Abah yang aku pakai.

Alasan Payung nak pakai kereta juga. Dijadikan cerita Kak Long tahu hal ini, apalagi kak Long yang gangster terus saja jumpa Kude.

Kak Long memang dah pantang harta arwah Abah si Kude nak pakai. Sebab sehari lepas arwah Abah meninggal Kude ambil kereta Perdana arwah Abah. Terus kak Long tanya

“Kau nak buat apa kereta banyak-banyak, kau larat ke nak bayar semua sekali kos kereta yang kau ada”,

Kude biasalah anak jantan akan menjawab walaupun dia tau kak Long tu dah benci dengan dia “Arwah Abah tinggalkan kereta ni untuk orang lain pakai, Kak Long ada hak apa?” biasalah Kude menjawab dengan ego dia.

“Kereta tu jadi hak Umi, kau dah ada kereta Honda kau kenapa nak pakai kereta Umi, biar kereta tu dekat Umi, kau tak de hak nak pakai!” kak Long bertegas juga. Tapi petang tu Kude tetap ambil kereta dengan alasan kereta Honda dekat bengkel.

Arwah Abah ada dua kereta, Perdana memang khas untuk Umi kemana sahaja. Yang Iriz untuk kegunaan Hun, sebab Hun memang tiada kereta, tapi disebabkan dah membesar, arwah Abah suruh pakai kereta Iriz. Kereta tu masih atas nama arwah Abah.

Nak dijadikan cerita, kereta Perdana Abah kena curi masa si Kude pakai. Pandai bila kena curi dia gelabah sebab dia akan tahu apa tindakan kak Long dekat dia. Mujur dalam masa 2 hari kereta sempat dijumpai tapi malangnya dah calar balar.

Kak Long mengamuk lah dekat Kude. Kak Long terus bagi amaran jangan sesekali ambil barang arwah Abah, disebabkan arwah Abah sempat wasiatkan semua harta atas satu nama sahaja. iaitu Umi. Lepas kereta dijumpai tu lah Kude kemalangan.

Masa Kude kemalangan memang masing-masing berada di luar kawasan. Hanya ada Umi dan Hun. Kude call kak Ngah untuk bantu Kude. Tapi kak Ngah masa tu bertugas di luar negara, jadinya kak Ngah call lah aku, Hun yang tengah bekerja ketika itu.

Maka aku bergegas bersama Umi untuk melihat si Kude.Mujurlah aku ni masih ada sikap kemanusiaan. Aku sempat WhatsApp kak Long untuk bagitahu si Kude kemalangan.

Jawapan Kak Long memang aku rasa urmmm ada betul juga. “Balasan untuk yang tak menjaga amanah dari Allah, biar dia ingat sikit Allah beri dia ingatan untuk sedarkan diri semula”.

Maka masa Kude kemalangan, Umi lah yang menjaga si Kude dan Joki. Payung pula alasan nya jaga anaknya si Pony dan Katy. Walhal kalau ikutkan bukan lah teruk sangat Payung dan anak-anak perempuan.

Umi juga yang terpaksa bermalam untuk menjaga si Kude dan Joki. Sepanjang Umi berjaga, Payung cuma datang bila tengahari itu pun hanya sekejap alasan nya maknya tak larat nak jaga anak-anak.

Eh tau pula si Payung tinggalkan anak-anak dekat maknya. Aku paling kesian dekat Umi, sebab berjaga demi si Kude.

Umi nasihatkan Kude tapi apa jawapan Kude? “insya- Allah Kude berubah Umi” itulah jawapan terbaik Kude.

Bila dah discharge, segala bil dibayar oleh Umi. Itu belum untuk bayar kes mahkamah pasal kemalangan yang memang sah salah si Kude disebabkan ada bukti kukuh tu. Part Kude kemalangan kak Long dan Kak Lang memang tak ziarah langsung si Kude.

Sebab kak Lang aku rasa masih berdendam disebabkan fitnah lama Kude yang menyebabkan Kak Lang hampir bercerai dengan Abang Lang. Jadi kesan nya sampai sekarang aku rasa.

Kak Long memang dia keras hati lah nak tolong Kude pun dia dah tak nak. Aku ni pula nasib saja jadi driver Umi maka kena lah jengah sekali.

Kalau ikut hati malas nak ziarah sebab Kude ni jenis tak pernah lah tak menyusahkan adik-beradik. Sebab sejenis Kude buat baik dengan aku, dia akan ungkit walaupun sekecil perkara. Walhal kakak-kakak yang lain lebih banyak membantu dari dia.

Ingat Kude insaf ke selepas kemalangan? Tidak ya puan-puan tuan-tuan followers kisah Tanggang versi moden ini.

Kenapa aku kata Kude tak insaf, masa bicara kuasa lah belang Kude tertonjol. Arwah Abah mewasiatkan beberapa harta pusaka yang arwah abah ada kepada beberapa penama, iaitu Umi dan Kak Long.

Maka disinilah si Kude rasa kenapa bukan nama dia dan kenapa mesti nama Kak Long. Arwah abah meninggalkan banyak juga harta pusakanya.

Rumah saja dah 3 buah, kereta, tanah kebun dan beberapa jumlah simpanan arwah Abah. Kude tuntut untuk rumah arwah Abah yang dia kata arwah Abah pernah janji nak bagi rumah tu dekat si Kude. Tapi tiada bukti hitam putih, mungkin sekadar di mulut.

Walhal masa si Kude ‘kononnya’ yang menjaga rumah sewa arwah Abah habis duit rumah sewa dikutip tanpa diserahkan kepada abah.

Bila dah jadi kes curi duit dalam akaun abah, baru lah arwah Abah decide duit tu biar masuk dalam akaun Umi, dan bukan lagi Kude yang mengambil hasilnya.

Best kan jadi Kude dengan mudah boleh dapat duit tanpa susah payah berpanas bekerja, petik jari semua Kude boleh dapat dengan mudah.

Waktu bicara kuasa memang jadi isu, sebab Kude bantah kenapa arwah Abah tak mengikut faraid. Habis Kude keluarkan ayat tentang faraidh dengan mengoogle beberapa ayat Al-Quran. Wah pandai rupanya keluarkan hadith dan Quran bila tiba bab harta.

Wah Kude kan memang bab harta dia rasa dia terlalu berhak. Lama juga nak selesaikan hal ini. Last sekali macam biasa gangster dalam keluarga Kak Long mainkan peranan. Kak Long ugut si Kude kalau tak nak jadi anak derhaka jangan nak membantah. Kes kena selesai di luar court.

Maka nak dijadikan cerita, balik ke rumah Umi, Kude menunjukkan rasa tidak puas hati kenapa na dia tiada dalam senarai, kenapa nama Umi dan kak Long sebagai penama penerima harta.

Kude menuduh Kak Long hasut arwah Abah sebelum meninggal. Kude nak bawa kes ini ke mahkamah. Tahu tak siapa yang ketawa besar bila Kude nak bawa kes ini ke mahkamah?

Of course lah kak Long. Kak Long kata “Kau ada duit ke nak bawa kes ke mahkamah, sedangkan bulan-bulan tagih duit dekat arwah Abah dan Umi”. Waktu ini muka Kude seperti berdendam dengan Kak Long.

Ya disinilah juga bermula episod derita kak Long sehingga kini kak Long menderita akibat dengki mendengki si Kude. Nanti aku cerita part ini.

Umi menjadi orang tengah. Umi kata segala harta yang arwah Abah tinggalkan Umi akan berikan sama rata.

Kami adik-beradik perempuan sebenarnya langsung tidak mengisahkan harta arwah Abah yang sebenarnya. Walaupun aku masa itu kerja gaji paras hidung pun, aku tak mengisahkan harta arwah Abah.

Dekat sini Kude siap ugut semula dekat Umi sebenarnya. Kan dah kata Kude mana pernah insaf, disebabkan dari dulu arwah Abah Umi bagi muka dekat Kude maka jadilah sebegini. Kude nak sentiasa dia yang lebih.

Umi tak kejam sebenarnya, setiap bulan kata arwah Abah sebenarnya banyak hulur dekat Kude, paling sikit pun RM1K, paling sikit RM1K? patut lah tak kerja sekalipun sentiasa bermewah kan.

Bila arwah Abah sakit yang arwah Abah tak dapat nak bantu si Kude. Lepas arwah Abah meninggal Umi ada berikan sikit, tapi bila si Kude minta.

Mesti ada yang tertanya si Kude hisap dadah ke selalu tak cukup duit? Kude tak hisap dadah tapi hisap rokok. Sehari si Kude hisap rokok paling sikit sekotak.

Tapi disebabkan Kude terlalu banyak komitmen yang dia buat, contohnya kereta Honda dan Vios dah berapa ribu kena habiskan, sewa rumah, motor berkuasa tinggi, hutang piutang yang lain.

Disebabkan Kude nak luxury lifestyle biar kawan-kawan tahu Kude ni have-have orangnya jadilah sebegini hidup sentiasa tak cukup duit. Bak kata peribahasa melayu ‘biar papa asal bergaya’, haaa macam hidup si Kude lah ni.

Ok next part kenapa si Payung isteri Kude takut dengan kak Long?

Si Payung ni ada tabiat yang aku rasa kalau tuan-tuan puan-puan tengok depan mata memang tak berkenan. Sejenis malas nak mandi tapi bermake-up dan berwangian mesti jadi keutamaan.

Waktu kami semua berkumpul di rumah arwah Abah, waktu pagi masing-masing dah mainkan peranan dekat rumah.

Biasa kalau semua berkumpul, Umi akan rest sahaja, kerja lain semua anak-anak akan buat. Menantu-menantu lelaki akan bersihkan luar rumah, anak-anak perempuan sibuk di dapur.

Kude dan Payung seperti raja dan permaisuri, dalam pukul 10 pagi masing-masing baru bangun dari tidur.

Waktu tu kak Long dah membara panas sebab kata kak Long, dia walaupun dekat rumah mertua pun akan bangun sebelum mertua dekat dapur. sebab tanda kita ni hormat mertua. Ini bangun untuk makan sarapan dengan belum mandi terus duduk bersama makan.

Satu lagi sikap yang kak Long tak senang dengan si Payung bab aurat. Aku pun kalau semua adik-beradik balik, harus bertudung dan menutup aurat.

Tapi tak bagi si Payung, siap pakej baju nampak lurah, atas punggung. Kak Long sendiri pernah tegur direct tapi macam mencurah air ke daun keladi.

Nak dijadikan cerita waktu masak tengahari kak Long bercerita mengenai kawan kak Long di pejabat ala biasalah hal remeh temeh sahaja bukan hal serious pun sebenarnya.

Guess what? Si Payung ini boleh pula update status di FB dan ramai yang komen. Macam mana aku tahu si Payung update status cerita ini di FB?

Biasalah aku kan stalker terhebat, maka aku pun tunjuk kan dekat kak Long, sebab ada unsur wrong information. Kak Long pun naik angin lah sebab kak Long rasa tak perlu lah sampai nak diupdate dekat media social. Kak Long terus lah pm si Payung.

Tak lama lepas tu, eh si Payung update kata ipar benci dia dan pernah juga dia confess dalam KRT pasal hal keluarga kami. Hal ini buat kak Long makin naik angin.

Ha kan aku dah buka cerita pasal si Payung. Bagus lah kan Payung jadi isteri si Kude. Perangai memang duanya sepadan. Kak Long dah hilang sabar dengan si Payung.

Awal kawin saja Payung tunjuk kan sikap yang baik belaka, tapi lama kelamaan sikap true colour Payung pun ditonjolkan.

Sampailah waktu berkumpul raya, pagi raya kami semua sibuk di dapur, tapi si Payung lebih awal dah bersiap dengan make-up semua, tapi kami semua masih lagi belum bersiap, Payung tolong juga di dapur tapi sekadar tolong yang mudah sahaja.

Nak dijadikan cerita pagi tu kak Long dah siapkan air panas untuk diminum, jadinya anak si Payung, si Joki pun sibuk nak minum air panas dan secara tak sengaja menarik jug air panas terkena pula anak kak Long, Mia yang paling kecil.

Habis melecur kaki si Mia, kebetulan Mia tengah makan di meja makan sebenarnya. Tahu apa yang Payung tengah buat waktu kejadian? Tengah selfie dan sibuk update status dipagi raya.

Kejadian ini menimbulkan rasa yang terlalu marah untuk kak Long. Kak Long terus tinggikan suara marahkan Payung, mungkin sebab kak Long dah terlalu bersabar dengan sikap menantu tunggul perempuan kesayangan arwah Abah.

Padahal pagi tu pagi raya sepatutnya semua bergembira, tapi disebabkan sikap si Payung yang tak tahu nak jaga anak, ini lah yang terjadi. Kak Long terus bergegas ke klinik bersama aku. Bayangkan Mia tu baru berusia tiga tahun ketika kejadian tu, habis melecur kaki Mia yang comel.

Sepanjang perjalanan ke klinik Mia menangis, yelah bayangkan air panas tercurah dikaki dan kain yang Mia pakai terlekap lagi. Kak Long tak berani nak buat apa-apa dahulu sebab kulit kanak-kanak mana sama dengan kulit orang dewasa.

Selepas balik dari klinik, arwah Abah seperti marahkan kak Long. Kata arwah Abah, kak Long tak perlu nak marahkan Payung dipagi raya sampai Payung dan Kude berkemas balik beraya di rumah Anjang atau Mak Tonah (mak Payung) pagi tu.

Arwah Abah kecewa bila si Kude tak beraya bersama, yelah hampir setiap tahun Kude akan beraya bersama.

Disebabkan peristiwa pagi raya ini, kak Long merajuk dengan arwah Abah, yelah Abah seolah menangkan menantu dan anak lelaki tunggul tanpa mengetahui hal sebenarnya.

Walhal, Umi sendiri dah cerita dengan arwah Abah, anak-anak perempuan sibuk di dapur tapi si Payung tak pedulikan anaknya, yang menjadi mangsa anak kak Long.

Boleh dikatakan pagi tu raya kami jadi tiada mood beraya, kak Long lepas ditegur oleh arwah Abah, seakan merajuk.

Tak sempat bergambar, kak Long sekeluarga terus berkemas dan balik ke rumah kak Long. Kak Long tiada mertua disebabkan abang Long anak yatim piatu. Kesian kak Long sepatutnya pagi raya kami semua bersama tapi disebabkan sikap si Kude sekeluarga menjadi huru hara.

Lama juga sebenarnya kak Long merajuk dengan arwah Abah, sampaikan arwah Abah terpaksa memujuk kak Long semula. Peristiwa inilah menyebabkan si Payung langsung tak pernah bertegur sapa dengan kak Long.

Ingat tak aku pernah mention hal kak Lang hampir bercerai disebabkan fitnah Kude? Aku sengaja nak buat sambungan disebabkan nak tuan-tuan puan-puan terus mengikuti pages IIUM Confessions.

Stay tune aku akan sambung cerita fitnah Kude dekat Kak Lang dan derita Kak Long akibat sihir si Kude.

– Hun anak Han (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *