Tanggungjawab

Assalamualaikum.. Luahan ni ditulis dengan harapan menjadi sempadan kepada semua ibu bapa diluar sana. Sebagai ibu bapa janganlah terlalu cuai tentang tanggungjawab terhadap anak-anak kita.

Saya tidak bekerja atas sebab- sebab tertentu tetapi untuk pendapatan sampingan saya mendapat upah menjaga anak saudara saya yang berusia 1 tahun (kini 4 tahun).

Pada asalnya abang saya bagi upah sebanyak RM350 setiap bulan. Tetapi berganjak naik usia anak nya 2 tahun, upah saya jatuh jadi RM300 tanpa sebarang pemberitahuan. Katanya pada kakak saya ‘kalau baby mahal sikit harganya kalau nak dibanding budak’.

Saya bukan hendak berkira, tetapi, anaknya semakin hari makin kuat meminta-minta itu ini, belum lagi kalau dia cakap nak sesuatu benda seperti gula-gula, coklat, atau mainan mesti kene sediakan waktu itu jugak. Kalau tidak dia akan memberontak menangis menjerit-jerit, meraung seperti kena dera.

Pembaca mesti akan cakap berapa sangat harga gula-gula, coklat tu. Tetapi, klu setiap kali keluar pergi pasaraya pun nak minta mainan yang harganya cecah ratus dan menjerit-jerit meraung dekat kedai mainan tu boleh pening juga. Sudah la upah tak seberapa, kena kikis lagi pula.

Ohh itu bukan luahan tentang tanggungjawab ibu bapa lagi. Sorry, sebenarnya nak luahkan tentang sikap abang dan kakak ipar saya nie. Diorang ade tabiat ‘sayang anak tinggal-tinggalkan’ jadi mesti pembaca boleh agak anak dia nie selalu tak balik. Jadi dalam seminggu mesti akan ade 4-5 hari tidur rumah saya. Kadang-kadang, budak tu sampai merajuk tak nak balik rumah. Pernah seminggu bekerja tak nak balik rumah.

Abang saya kerja hari Isnin – Sabtu (9am-6pm), kakak ipar pula Isnin – Jumaat (9am-5.30pm), okey pukul rata dua-dua kerja sampai pukul 7 malam. Tetapi, sampai rumah saya jam 10pm untuk ambil anaknya. Kadang-kadang jam 12malam pun pernah.

Hujung minggu pula dipenuhkan dengan aktiviti. Si isteri tak habis-habis hampir setiap minggu ada kursus, bengkel, outstation. Dalam ekonomi tak menentu yang banyak company nak cut cost, ade pulak company dia kerja nk buat kursus setiap minggu. Bila check social network, berjimba dengan kawan dia pergi sana, pergi sini, lepak dengan besties lah, karaoke night lah. So, anak diorang kat rumah saya lah sampai Isnin.

Jadi, bila pula masa saya untuk diri saya? Dah lah kene buat overtime tanpa gaji, masa untuk diri sendiri pun takde. Saya belum berkahwin, tiada teman lelaki, tetapi saya ada sebuah handbag besar bukan milik saya.

Itu belum lagi masuk keperluan anak buah saya. Kalau minta belikan susu, sabun, bedak, yg dibawa susu je lah. Barang-barang lain, sampai ke hari nie tak dibawa. Kesudahannya, keperluan saya terpaksa dikurangkan untuk keperluan anak buah saya tu.

Abang saya tu bukan jenis susah. Dua-dua bekerja dan mampu pakai kereta mewah. Tetapi kalau minta duit poket untuk belanja anak dia pun berkira, susah sangat nak hulur. Kalau kita dulukan duit kita pun kena cakap banyak kali pun tak tentu dia akan hulur.

Kadang-kadang fedup jugak dengan sikap anak buah saya yang mengada-ngada terlebih. Tambah lagi mak bapak dia pulak, lepas tangan macam tu je buat anak pandai.

Anak itu anugerah. Masa lambat Allah bagi anugerah, minta bagai nk rak. Bila Allah dh beri, macam ni pula dilayan anugerah dari Allah tu. Tolonglah ibu bapa kat luar sana, anak anda tanggung jawab anda. Jangan lepaskan tanggung jawab itu kat orang lain walaupun ahli keluarga anda.

– Azreen

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit