Assalamualaikum. thanks iium kalau penulisan aku disiarkan. dah lama aku nak tulis. tapi selalu sibuk, tak ada masa, lupa. begitulah hidup aku. aku perempuan. berkahwin baru nak masuk 3 tahun. anak sorang. satu tahun lebih. Alhamdulillah aku bersyukur dengan semua rezeki kurniaan Allah ni.
Berbalik pada tajuk aku tulis ni. tanggungjawab. ya. tanggungjawab. ini yang orang selalu dengar. selalu sangat sangat. tetapi tak sedar terlalu banyak tanggungjawab kita yang kita lalai dan tak laksanakan. termasuklah aku sekali. kali ni topik tentang tanggungjawab berkaitan DUIT sahaja. tanggungjawab lain aku taknak sebut.
Dipendekkan cerita, aku bongsu dari 5 beradik. 2 abang dan 2 kakak. aku kerja sebagai cikgu. bekerja di negeri orang. jauh. nak kena naik kapal terbang. bot lagi nak ke sekolah, yes. p3. gaji? orang nampak aku macam jutawan weh. tambah tambah family sendiri. kalau aku balik bercuti tu. macam macam lah nak ada ja nak dibeli di rumah mak. bukan niat nak berkira, tapi selagi aku mampu, aku bagi lah.
sebelum aku dapat kerja di borneo, aku ada plan nak beli kereta. habis je belajar, terus beli. tiba tiba dapat tau kena kerja jauh. aku pun redha je la. takkan nak pergi cancel booking pulak? dah bayar muka kereta dah. lepas tu it’s okay lah. aku pun kerja la di sini. setahun lepas kerja, aku plan nak kahwin. bakal (sekarang suami) kerja biasa biasa je. bantu mak dia buka kedai. hmmm. apa lagi kena tentang hebat pulak dengan parents. yelah. dorang nak yang sama taraf. cikgu. tak pun yang alim alim ulama. yelah. anak bongsu dorang. selalu dorang ingatkan aku. nak yang terbaik untuk yang terakhir. masa kecik kecik aku diamkan je la. tapi masa aku memberontak tu, aku cakap lah. mana dorang tau yang alim alim ke yang cikgu cikgu tu yang terbaik untuk aku? so cut short drama air mata tu, aku pun jadi kahwin. bapak aku punya tak nak bagi kahwin, dia letak harga mahal siot + + macam macam lagi dia mintak. gelang lah. rantai lah. adududu..
sorry terpanjang meleret leret. dipendekkan cerita, suami aku ikut aku ke bumi asing ni. di sini pedalaman sangat-sangat sampai dia pun tak tau nak kerja apa. lama jugak dia tak ada kerja. jadi surirumah je. so makan gaji aku je lah. aku tak kisah. sebab aku yang mintak dia duduk sekali. tak sanggup PJJ. tapi baru baru ni ada dia berniaga jual makan. awal awal dulu tak dapat sambutan sangat. sekarang boleh lah. sikit. laku jugak kurang kurang 10 bekas polisterin tiap hari.
jadi di sini lah mula dia. lepas je kahwin dulu, bila suami tak kerja. mak aku bising. hampir hari hari sibuk call mesej. asyik asyik menghasut mintak si suami aku balik semenanjung cari kerja. lepas tu tak habis habis dengan ayat “tu lah dulu mak suruh kahwin dengan si polan, mu tak nak. sama sama cikgu kan senang..”
sedih weh suami aku dengar. asal mak aku call je. suami aku jadi kemurungan. kami hidup kat negeri orang ni bukan ada kereta. contoh kalau kat bandar. nak ke sana sini kena sewa. tapi sekarang syukur ada grab. senang sikit. hehe.
okay mesti korang tak faham kan. tak berkaitan topik. haha. bukan aku nak cakap suami aku tak bertanggungjawab. No. it’s the other person in my life. kan kereta tadi tu aku beli jugak kan? so monthly memang akan potong direct dari bank akaun aku. roadtax pun aku jugak bayar. bulan bulan pun kena jugak hulur. Allah. bukan niat nak show off or mengungkit. tapi hari ni aku stress sangat.
awal awal dulu suami aku banyak slow talk dengan aku. mintak the other members of the family which name is “the siblings” yang tolong bayarkan. yelah. kitorang dah la baru berkahwin, baru masuk rumah yang kosong. baru lepas habis beriban riban dengan kenduri kendara (family nak sangat. aku kalau boleh tak payah kenduri besar pun tak apa. ini sebab penangan anak bongsu kan. nak grand tapi duit tak hulur). tapi aku ni jenis positif. yang hidupnya banyak cakap “tak apa lah”. aku cakap la kat suami. aku tak kisah. aku cakap dengan suami yang kalau bagi kat parents ni tak kan rugi. kalau balasan tak dapat kat dunia. Insya Allah kat sana nanti. tapi kes ni berlarutan.. disebabkan aku ni tak pernah tunjuk yang hidup aku ni susah. sempit. dan banyak masalah. aku kena pijak. sedih kan. hampir semua benda nak aku bayarkan.
ada si kakak aku nak guna duit nak beli kereta, mak aku bagi duit yang selama ni aku bagi kat dia bulan bulan tu. mudah je kat abang aku. kat aku ni? yang bulan bulan pening fikir macam mana nak bayar itu ini. nak survive kehidupan kat sini lagi. aku ni perempuan. tapi aku ni jarang jarang membeli. kadang kadang nak beli pun, fikir rasa benda ni tak penting. tak payah la. tak pernah langsung aku memanjakan diri dengan benda benda mewah ke. bercuti ke. padahal jauh di benak hati aku ni. teringin jugak nak ke mana mana. pakai barang itu ini. hurmm..
lama aku pendam, last awal tahun ni. aku meletus. dan juga sampai surat bank kat rumah mak. hutang kad kredit tak bayar 3 bulan dah. hutang kad kredit aku menggunung gila. tak mampu la nak bayar semua. mengharap gaji aku je. lain lah kalau kak mah bagi satuuu je beg birkins kat aku. jual yang tu. dapatlah bayar. mak call..marah marah. kenapa pakai kad kredit lah, kad kredit ni tak bagus lah. bla bla bla. habis tu. masa kami susah, tak ada duit. mak tak habis habis marah pasal aku kahwin dengan bukan cikgu lah. kawin awal sangat lah. tak sempat berbakti pada ibu bapa lah. aku nangis masa tu. aku luahkan semua. aku bagitau aku takda duit. sejak daripada tu mak aku faham lah sikit. sikit je la. haha. baru baru ni aku bawak balik pulak satu bala. ASTROK. aduh. menyampah betul aku dengan astrok ni.
dah la kawasan rumah aku(di negeri orang) tak dapat signal. aku call centre, centre memang tak dapat tolong. yelah. pedalaman kau. cas dorang datang je kena tanggung sendiri. so masa cuti panjang, aku bawak lah balik decoder aku tu letak di rumah mak. sebab kat rumah mak pakai tv biasa je sebelum ni. jadi kat rumah mak ada la sorang sibling yang kerja dekat dekat dengan rumah mak. aku punya plan astrok plak tak nak kalah. ye lah kan. first time nak melanggan. apa aku tau. amek pakej paling gempak la. lebam weh nak bayar. so kat rumah tu. dorang je la yang tengok astrok tu. aku yang membayarnya. mula mula aku taknak berkira. tapi lama lama aku makin stress pulak. aku ni makan gaji je. selagi tak datang gaji. mana nak dapat duit ye dok ibuk ibuk? kes terbaru ni berkaitan dengan bil astrok lambat bayar. so kena lah potong siaran. Allahu.. hari hari dok tanya bayar dah ke belum..
nak korek mana duit ni? penat bagitau suruh tunggu gaji. ada jugak aku cakap suruh mintak si sibling yang duduk di rumah tu or mak la bayar dulu. boleh pulak mak cakap, kesian dia tak ada duit nak bayar… Allahuuuu.. kena ceramah pulak tambah kot tepi. aku dah pun call astrok. dah buang pakej2 hebat tu. ni sekarang nak downgred lagi. nak pakai yang semurah habis. tapi suami aku cakap, membazir je. siaran biasa. tapi bayar jugak. baik pakai bende lain yang bayar sekali je. bulan bulan tak kena bayar. niat nak potong je terus. tapi tu lah. hati aku ni lembut. dok jugak fikir. kang dah potong. apa pulak dorang nak tengok nanti. haihhh..
kalau korang ada tertanya tanya mana lagi yang 2 abang 2 kakak tadi ye? haa. aku pun tertanya tanya. mana? haha. yang lelaki tu… hmmm.. sorang bisnes sendiri. sorang lagi kerja kerajaan. boleh tahan jawatan. tapi entahlah nak… mungkin ada jugak la kot yang dorang hulurkan senyap senyap sembunyi sembunyi kan.. kalau ikhlas tak boleh menunjuk nunjuk kaannnn.. hahaha.. tapi itulah. kadang kadang masa duduk bersembang dengan mak aku di dapur. mak aku ada cakap. yang bagi duit ni aku je. abang kakak semua kalau mak mintak, baru bagi. ada sorang tu. kalau mintak, selalu je cakap tak ada duit.. padahal dia anak lelaki kot.. tanggungjawab dia ibu bapa… cakap tak ada duit. tapi lepas tu tup tup bawa family dia jalan jalan ke genting lah. singapore lah.. adeh…
maaf kalau penulisan aku ni meleret leret serabut or tah apa apa tak berkaitan tajuk. aku stress. mana tak nye, hari ni gaji. bayar online sana sini je dah tinggal ciput je. belum lagi keluar ke bandar cari barang rumah.
thanks sudi baca sampai habis. diharap cuma komen yang membimbing dan membina. sebarang idea untuk penyelesaian pun boleh.. tambah tambah bab nak selesaikan hutang kad kredit nii..
– Min
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit