Tanggungjawab Hakiki

Assalamualaikum.. Kisah bermula sewaktu 2 tahun yang lalu, saya dibesarkan oleh ibu tunggal iaitu ibu kandung saya.

Saya sendiri telah berkahwin dah mempunyai dua orang anak..S aya lepasan diploma institusi awam tetapi akibat kekangan kerja.

Saya memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, demi keselesaan suami saya yang menginginkan tempat seorang isteri disisi.

Cerita saya bermula, suami saya seorang yang cukup menjaga wang ringgit. Boleh dikatakan dia pandai menyimpan duit.

Saya tidak sedar sepanjang berkahwin, wang dipoket saya tak pernah ada. Nafkah kadang kadang diberi atau saya yang meminta.

Saya sedar saya seorang suri rumah. Keperluan berbelanja tidak lah sebanyak mana. Semua diuruskan oleh suami.

Saya tidak dibenarkan memegang duit yang banyak contoh nya, alasannya takut saya menghabiskan duit tersebut untuk tujuan yang sia2..

Hinggakan teringin sesuatu barulah saya suarakan, samaada dapat atau tidak belum tentu lagi. Segalanya akan diperincikan untuk tujuan apa seperti makanan, berhias diri dan sebagainya.

Lalu saya tidak tahu suami saya seorang yang kedekut atau pandai mengurus duit. Confius kejap..

Misalnya sesuatu yang dia perlu mengeluarkan duit untuk kecemasan atau pun hal keluarga. Itupun diungkit berkali kali mengatakan wangnya habis dibelanjakan kepada saya dan keluarga.

Jika hal suami, tidak pernah menyuarakan dia cukup atau tidak kepada saya. Saya hanya diam dan anggap biasa.

Tetapi jika berkali kali di ungkit saya juga terasa hati. Seperti saya menghabiskan wang gajinya.

Jika rakan rakan ingin meminjam atau adik beradik boleh pula dia memberi. Sedekah tak pernah tinggal, tetapi pada saya tetap rasa kurang dan saya adalah orang terakhir yang perlu diutamakan.

Saya diminta memahami keperluan duit sehingga cukup hujung bulan.

Jika saya mampu, saya sendiri mahu mencari duit untuk keperluan diri saya sendiri atau teringinkan sesuatu. Tapi belum masanya lagi, anak masih kecil memerlukan saya.

Jika ada pandangan dan nasihat tolong la bantu saya.

Saya juga ingin membalas jasa ibu saya yang bersusah payah menghantar saya ke universiti. Tetapi tersepit antara anak dan suami.

Jika ini sebahagian dari ujian rumah tangga saya, saya terima dengan seiklas hati.

– Sofi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *