Tanggungjawab Ibubapa Terhadap Anak Yang Belum Kahwin

Assalamualaikum, kebelakangan ni saya sangat² stress, tertekan. Kadang tetiba rasa nak menangis. Mudah emosi

Saya seorang perempuan. Kakak dan abang saya baru sahaja berkahwin. Selepas mereka berkahwin. Kakak dan suaminya tinggal bersama keluarga saya.

Sebelum kakak berkahwin, saya tinggal sebilik dengannya. Namun, setelah beliau berkahwin. Keluarga saya menyuruh saya berpindah bilik ke bilik abang saya.

Alasannya, abang saya walaupun dah berkahwin, namun kakak ipar takda batasan dengan saya. Saya boleh masuk biliknya suka hati.

Kalau bilik ada abang ipar saya tak boleh masuk. Okay alasan macam terima logik akal.

Masalahnya saya juga ada adik lelaki. Adik lelaki saya pun share bilik dengan abang. Adik lelaki saya dah universiti, umur dah 20++

Jadi sekarang, saya kena share bilik dengan abang dan adik lelaki. Saya tidur dengan adik lelaki.

Sebagai seorang perempuan, bohongla saya tak malu walaupun adik sendiri, kadang nak amik baju, barangan peribadi dalam almari, adik laki saya ada je. Dia dah besar pun.

Nak keluar bilik pulak saya tak berapa selesa. Setiap masa kena bertudung. Saya rasa dalam neraka di rumah sendiri. Sentiasa bertudung.

Saya rasa macam saya menumpang padahal rumah mak ayah saya, saya belum kahwin dan masih belajar. Sampai kan setiap malam saya google bilik sewa sekitar rumah saya. Saya yang rasa nak pindah.

Bila semua balik, abang dan isterinya balik. Abang marah saya duduk di biliknya. Jadi saya dan adik laki akan letak baju siap2 dalam beg dan keluar bilik.

Mak dan ayah saya suruh tidur dibilik mereka tapi umur 20++, dahla kena tidur dengan adik laki. Kena tidur dengan parents lak.

Kadang saya terpaksa. Tapi demi Allah saya tak selesa. Dalam islam pun ada masa kita masuk bilik mak ayah, 7 tahun dah pisah bilik laki ngan perempuan adik bradik. Tapi..

Jadinya bila semua balik, saya tidur dekat luar. Ruang tamu. Bertudung. Saya terpaksa tunggu semua orang tidur dulu. Takkan nak terbongkang di ruang tamu dengan ada abang ipar dekat rumah kan.

Kalau mengantuk sangat saya tidurla duduk. Dan badan saya sakit² keesokannya, tidur tak tentu.

Kakak pulak asyik dengan suami dia, sibuk saya tatau sebab apa, jadinya masak selalunya saya dengan mak. Itupun kalau mak larat, kalau tak, sayala masak.

Mak pulak sebelum pergi kerja masuk awal pagi kalau saya takda akan bekejar2 masak. Katanya nanti abang ipar saya nak makan apa. Jadi apa guna kehadiran kakak saya sebagai isteri?

Kadang saya bagi hint dekat mak ayah. Bila kakak dan abang ipar saya takda di rumah, (seronoknya leh bukak tudung), tapi selalunya saya dimarah.

Katanya, jangan keluarkan ayat begitu lagim nanti kakak dan abang ipar saya terasa, nak pindah rumah. Diorang dahla susah. Rumah sewa mahal. Duk sini makan free, sewa, bil air api tak yah bayar.

Jujurnya ayat tu buat hati saya disiat. Jadi, hak saya? Dahla saya belajar jauh. Balik 2 bulan sekali. Balik kejap2 takpa bertudung.

Bila cuti sem, 3 bulan rasa seperti menumpang rumah orang. Bukan balik rumah mak ayah sendiri. Bila raya ke kenduri ke semua balik, rasa cam nak lari rumah.

Tapi kalau tak balik rumah, nanti mak ayah saya terasa. Sedangkan bila saya kena keluar bilik (kan sebilik dengan kakak sebelum beliau kahwin), saya tak nak.

Mak jerit, tengking saya. Katanya saya anak derhaka, tak reti bertolak ansur dengan adik beradik. Mak baling barang saya keluar dari bilik tu.

Katanya, kalau saya tak keluar dari bilik tu. Terus wat perangai, saya doakan darahnya naik sampai stroke.

Sejak dari tu saya terpaksa terima. Saya takut melawan. Saya tak nak jadi anak derhaka. Tapi hati saya sedih, pilu. Kakak saya tanggungjawab siapa sekarang. Kenapa sampai mak ayah kena jaga begitu, saya siapa?

Belum cerita hak, duit bagi dekat saya. Barang keperluan saya beli sendiri, makanan kat uni ke apa, semua tanggungan sendiri.

Ayah cuma bagi duit bila saya mintak, tapi sanggup ke kita mintak duit? Itu pun mintak RM10 dapat RM10 je. Sampaikan saya habis kelas kerja part time kat uni, balik cuti sem kerja. Cari duit.

Sayakah teruk sebab sedih begini?

Doakan saya berjaya belajar. Doakan saya kerja jauh dan sukar balik rumah nanti. Sebab bila dekat, saya akan selalu nak balik. Tapi setiap kali balik hati saya terseksa.

Impian saya cuma, saya nak rumah sendiri.  Terima kasih..

– M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *